Jumaat, 31 Disember 2010

Sambut Azam baru bukan tahun baru

Salam tahun baru dan semangat baru,semarakkan cinta kepada Allah dan Rasul

Apa guna kita sambut tahun baru sampai ke pagi,jerit pekik calmdown tapi pagi ni tak mampu nak bangun subuh,silap-silap bangun pukul 1 tengah hari.Erti tahun baru perlu kita betulkan dan perlu kita beritahu kepada anak muda,jangan biarkan mereka jadikan tahun baru sebagai pentas untuk bersuka ria tanpa batasan.Saya yakin malam tadi bersepah anak muda yang melakukan maksiat dan mungkin juga ada yang bakal melahirkan anak luar nikah.

Alamak terseriusla pulak^_^
Bukan apa,saya amat sedih keadaan masyarakat kita yang mengutamakan hiburan daripada ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sediakan pen dan kertas,cuba kita senaraikan berapa banyak perkara yang hendak kita lakukan bukan pada diri tapi untuk agama terlebih dahulu.Apa usaha dakwah kita untuk agama dan apa tindakan yang perlu kita buat mengikut langkah-langkah yang diatur dengan teliti.

Ilmu....amal.....adalah kunci kejayaan kita di dunia ini,walaupun satu ayat quran kita amalkan itu sudah memadai,setelah itu kita sampakan pula kepada kawan-kawan...semoga pahala berterusan....


Khamis, 30 Disember 2010

TAKDIR ikut kita atau kita yang perlu ikut takdir

Salam di ambang tahun baru 2011,semoga kita lebih hebat di tahun yang baru ini.

Perjalanan hidup kita di dunia ini adalah diaturkan oleh Allah s.w.t iaitu qada dan qadar Allah s.w.t ke atas semua makhluk ciptaanNya.Sama ada yang baik atau yang buruk ianya adalah daripada Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita susah dan payah untuk menerima segala takdir Allah s.w.t sama ada yang berkaitan dengan kecelakaan, bala' atau nikmat.Kita sebagai hambaNYa yang beriman wajib menerima segala apa yang diaturkan kepada kita.Bukan mudah untuk kita lakukan dan aplikasikan rukun iman yang kelima ini.

Kemaitan adalah diantara perkara yang jarang manusia boleh terima kerana kematian tidak boleh diundur walau sesaat kerana ianya adalah ketetapan Allah s.w.t semasa kita di alam rahim lagi. Begitu juga rezeki kita.

Kekuatan kita dalam mengharungi segala kesusahan dan ujian di dunia ini adalah iman yang 100% kepada Allah s.w.t tanpa sedikitpun keraguan padaNya.

Sehinggalah kita mencapai tahap nafsu mutmainnah(nafsu yang tenang)

Kita ikhlas tak?

Salam ketenangan buat anda,ketenangan itu hanya akan datang apabila kita mengingati Allah s.w.t. Ini adalah janji Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

Setiap detik dan saat hidup kita ada berkaitan dengan dosa dan pahala,betul atau tidak? saya ingin beritahu kepada anda bahawa setiap apa yang kita lakukan ada kaitan dengan ibadah. Jika kita berdiam maka harus lah hukum nya sehinggalah ada larangan dari Al-Quran atau hadis nabi.

Ibadah kita hanya akan diterima oleh Allah s.w.t pabila ibadah kita itu ikhlas. Ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu perkara itu semata-semata kerana Allah s.w.t.Jika ibadah yang kita lakukan itu atas dasar ingin mendapat pujian daripada orang maka ibadah itu tercemar dengan sifat riya'.

Saya ada pengalaman sendiri tentang ikhlas ini, disamping saya melakukan kerja hakiki iaitu makan gaji saya ada juga melakukan kerja mengajar orang mengaji dengan niat dakwah dan mendapat tambahan pendapatan.Sehinggalah satu hari ada seorang hamba Allah sms saya untuk belajar mengaji,maka satu sesi perjumpaan dirancang untuk berbincang tentang masa untuk sesi pembelajaran.Sebelum berpisah saya bertanya kepada hamba Allah tersebut sudah bekerja atau tidak alangkah terkejutnya saya bahawa dia menyatakan belum bekerja dan baru sahaja habis STPM.

Dalam hati saya terdetik bagaimana dia hendak membayar yuran jika tidak bekerja...maka terdetik dihati saya bahawa Allah ingin menguji keikhlasan saya dalam berdakwah.

Maafkan aku tuhan...

Selasa, 28 Disember 2010

Nimat yang mengatasi kesakitan

Salam hari rabu yang sememangnya terbaik

Anda sihat hari ini?anda tidak sihat?dah makan ubat?dah jumpa doktor?
Apa yang anda rasakan disaat badan anda sihat?anda berasa semangat untuk melakukan apa sahaja bukan?anda mampu lakukan apa sahaja dengan baik dan dengan izin Allah s.w.t anda jadi yang terbaik dengan kesihatan yang baik.

Pernah anda terfikr apabila anda sedang sakit atau kini anda sedang sakit?apa yang anda rasakan disaat ini?saya yakin anda amat terasa dengan ujian kesakitan ini.Banyak perkara yang anda tidak dapat lakukan,anda tidak lagi selincah sebelum ini.Inilah nikmat yang wajib kita syukuri iaitu nikmat kesakitan.

Jika disaat ini anda tidak sihat malahan mengalami penyakit kronik teruskan aktivti yang anda mampu lakukan dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana anda masih di sini dan mampu lagi menghirup udara segar di pagi rabu ini.

Anda perlu ingat bahawa nikmat sihat ini mahal harganya,bukan sejuta atau satu bilion harga nya.Hanya orang yang sakit kritikal dapat merasai betapa pentingnya kesihatan.

Ya Allah kurniakanlah kami semua kesihatan yang baik agar mudah kami beribadat kepada Mu

Isnin, 27 Disember 2010

Emosi anda pagi ini anda yang tentukan

Salam pagi selasa yang amat menyegarkan

Anda segar?bugar?atau keletihan?sekiranya anda tido awal malam tadi tapi pagi ini anda masih lemah bermakna anda tidak dapat tidur yang cukup dan berkualiti.Saya akan ajarkan cara bagaimana mendapatkan charge yang sempurna untuk badan kita semasa tidur.

Caranya adalah dengan mengamalkan zikir yang dinamakan zikir siti fatimah sebelum tidur, zikir ini diberikan nabi kepada puterinya kerana mengadu keletihan dalam membuat kerja seharian lalu nabi mengajar zikir ini subhanallah 33kali alhamdulillah 33kali Allahuakbar 33kali. Insyaallah kita akan segar setelah bangun daripada tidur.

ok itu satu perkongsian buat anda sahabat dunia akhirat saya,tahu tak bahawa emosi kita sebenarnya boleh di kawal dan sememangnya boleh dikawal.ada atau tidak orang yang gembira tiba-tiba tanpa sebab?mesti ada bukan?sekurang-kurangnya dia gembira sebab dapat hidup lagi hari ini lalu ingin menikmatinya dengan sepenuh hati.

Ada orang yang tiba-tiba hendak marah tanpa sebab?paling tidak dia terpijak gula-gula getah semasa berjalan bukan?

Semuanya bersebab dan boleh dikawal,pastikan kita sentiasa dalam emosi yang positif. Perkara yang kita boleh sabar kita sabar dan perkara perlu marah kita marah.Lagi tepat kita marah kerana Allah dan sayangpun kerana Allah.

Anda memang hebat!

Ahad, 26 Disember 2010

Jaga perut insyaallah sihat

Salam Isnin yang penuh dengan semangat,jika tidak semangat anda perlu semangat juga kerana jika hari ini anda lembik dan tidak bersemangat sepanjang minggu ini anda akan lembik tidak bersemangat.

Syukur pada Allah s.w.t kerana pasukan Malaysia telah menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak semalam.siapa kata kita tak boleh?Malaysia memang boleh. Kata-kata semangat seperti Malaysia boleh membuatkan meremang bulu roma kita ya tak?

Perut merupakan punca segala penyakit,tak pecaya?perut adalah tempat makanan kiat diroses, jika anda masukkan makanan yang tidak berkhasiat atau makan dengan melampaui had yang sebenar maka makanan itu akan memudaratkan anda.

Islam mengajar cara makan yang amat baik,iaitu berhenti sebelum kenyang dan melaksanakan ibadah puasa sunat.Puasa banyak kebaikan pada fizikal dan spiritual kita.Bukan sahaja agama Islam,malahan agama lain juga ada gaya puasa mereka sendiri.

Jom jaga perut!

Sabtu, 25 Disember 2010

Hujung tahun yang memeningkan mak ayah

Salam hari sabtu buat anda

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu perkara yang berkaitan dengan anak-anak yang perlukan belanja yang besar di hujung tahun,ada yang baru hendak masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah ataupun masuk ke alam IPT.

Ibu bapa yang ramai anak pasti pening memikirkan budged yang perlu disediakan untuk setiap anak.Ada yang sampai terpaksa buat pinjaman semata-mata untuk anak-anak yang nak sambungkan pelajaran.

Oleh itu bagi yang baru memiliki anak yang masih kecil,sediakan tabung khusus untuk mereka bagi meringankan beban anda dimasa hadapan.

Selasa, 21 Disember 2010

Kita kekurangan idea kah?

Salam pagi rabu yang penuh dengan kesegaran dan semangat yang membara dalam menempuh kehidupan.

Kita teruskan kehidupan hari ini dengan melihat sekeliling kita, pagi ini saya melihat satu perkara yang perlu kita fikirkan bersama.Jangan la serius sangat^_^

Di taman saya tinggal ada seorang akak yang menjual nasi lemak pada waktu pagi dan pada sebelah petang menjual kuih ditempat yang sama juga.Saya pun cuba untuk merasai tahap kelazatan nasi lemak dan kuih akak tersebut.Wau! boleh tahan rasa nasi lemak dia. Boleh kata tiap minggu saya mesti beli nasi lemak akak tersebut kerana kesedapannya sehingga tidak ada sebutir nasi yang saya tinggalkan semasa makan.

Tidak sampai sebulan iaitu pada hari ini saya lihat timbul sorang lagi yang menjual nasi lemak ditambah dengan mee goreng dan bihun goreng.Aduhai apa yang saya fikirkan ialah kita sudah tidak ada idea kah untuk berniaga?

Sudah menjadi kebiasaan oraang melayu bila start sahaja sorang buat pembaharuan yang lain pasti akan ikut,malas nak fikir benda lain.Sorang jual nasi lemak semua nak jual nasi lemak. Jika di kawasan KL atau PJ tidak mengapa jika ramai kerana penduduknya memang ramai. Jika ada 100 orang yang membeli nasi lemak boleh dah untuk RM50 sehari.

Apa yang saya ingin bawakan pada hari ini ialah kita wajib berfikir luarbiasa bagus(ayat DR.TUAH ni hehe)fikirkan lain dari yang lain.Semoga kita semakin cemerlang. Cabar diri anda fikirkan sesuatu yang luarbiasa dan positif

Ahad, 19 Disember 2010

Kepentingan bersuci dalam kehidupan

Salam kasih sayang buat anda.

Bagaimana permulaan hari bekerja hari ini?jika kelam kabut cuba tenangkan dengan zikir atau perkara yang boleh buat anda tenang.

Sebelum kita melakukan apa sahaja ibadat kita perlu bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar bukan?betapa pentingnya ilmu bersuci ini sehinggakan jika cara penyucian itu salah maka ibadat kita akan ditolak oleh Allah s.w.t.

Jadi di akhirat nanti kita akan miskin dengan ibadat walaupun kita di dunia tidak pernah meninggalkan solat walaupun satu waktu.Di sinilah pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita seorang muslim

Tidak terlewat lagi untuk kita belajar,carilah guru yang dapat membantu anda dalam hal ilmu seperti ini.semoga Allah s.w.t memberikan kesempatan pada kita untuk jadi lebih baik.

Buat akhirnya guru berpesan agar berdoa didalam hati disaat kita membersihkan anggota sulit dengan doa supaya dilindungi daripada zina....

Khamis, 16 Disember 2010

Hari Jumaat Hari Melawat ayah dan Ibu

Salam hari jumaat kepada anda

Semoga hari ini anda lebih bersemangat untuk menghadapi hidup kerana hari ini adalah penghulu segala hari dan tidak akan terjadi kiamat melainkan hari jumaat.Seram kan?^_^

Satu perkongsian saya dengan anda,saudara seIslam saya dan sahabat di dalam blog ini. Guru yang saya amat kasihi berpesan bahawa lawati ayah dan ibu kita pada hari jumaat kerana hari ini adalah hari yang berkat.

Tidak kira berapa jauh mak ayah anda usahakan untuk kita sampai dan ziarahi mereka dengan penuh kasih sayang.Mengapa perkara ini saya bicarakan?kerana ayah dan ibu adalah sumber keberkatan hidup kita di dunia malah diakhirat kelak.

Selagi mereka masih ada nyawa jom kita pakat sayangi ayah ibu dan lawati mereka pada hari jumaat atau mana-mana hari dalam seminggu.Insyaallah anda rasai keberkatannya.

Rabu, 15 Disember 2010

Ketika kita menghadap makanan

Salam bulan muharram,semoga anda hari ini lebih cemerlang daripada semalam.Ini doa saya kepada anda untuk hari ini.

Perjalanan hidup kita diteruskan lagi,kali ini menyingkap satu perbuatan yang boleh dikatakan wajib dilakukan oleh kita semua tidak kira kaya atau miskin iaitu makan. Makan merupakan perkara harus sahaja dalam Islam, maksud harus adalah anda buat tidak ada pahala tinggal pun tidak ada apa-apa untuk anda di sisi Allah s.w.t. Kekadang harus ini boleh jadi sunat,makruh dan haram mengikut keadaan.Kuat makan sehingga berpenyakit maka hukumnya haram kerana memudaratkan diri,makan kerana untuk dapat tenaga bagi bekerja atau beribadah maka jadilah ia sunat.

Ketika kita mengadap apa sahaja rezeki yang Allah s.w.t hidangkan pada kita apa yang kita fikirkan?Jika anda bersyukur terlebih dahulu maka anda hamba Allah s.w.t yang baik dan jenis yang pandai bersyukur kerana dikurniakan rezeki.Bagi anda yang terus belasah makanan tersebut apa yang ada dalam fikiran anda?makan sekadar untuk menghilangkan lapar atau makan kerana hobi?

Rasulullah s.a.w merupakan contoh yang terbaik,baginda mengajar kita etika sebelum,sedang dan selepas makan.Kita disunatkan berdoa sebelum makan sebagai tanda kita mengingati yang Maha Pemberi rezeki dan ingat malaikat mana yang menyampaikan rezeki tersebut. Semasa makan nabi mengajar kita untuk berhenti sebelum kenyang.Mengapa?kerana jika kita makan berlebihan maka kita akan jadi malas,tidak ada kelazatan dalam beribadah dan banyak penyakit. Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada perut.

Rasulullah s.a.w tidak pernah memberikan komen macam-macam terhadap makanan yang dihidangkan,apa yang terhidang diterima dengan redha kerana itulah rezeki ketetapan Allah s.w.t kepada hambanya.Apabila menerima tetamu yang bertandang Rasulullah akan menghidangkan makanan yang terbaik yang baginda ada,berbeda dengan kita yang memnyorokkan makanan yang sedap daripada tetamu.Apabila makanan itu dimakan pula secara beramai-ramai maka bertambahlah berkatnya.

Mulai hari ini ubah cara kita makan,bacalah doa,makanlah ala kadar dan jangan banyak komen tentang makanan yang dihidangkan.Anda hebat jika anda buat sunnah ini.

Selasa, 14 Disember 2010

Sampai bila makan gaji

Salam semangat dan keceriaan buat anda

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu dengan satu lagi perkongsian kehidupan dan pengalaman. Kita semua pasti sedang bekerja atau mungkin juga yang membaca blog ini sedang mencari kerja.Kita semua pasti ada kelulusan bukan?paling tidak pun di zaman ini kita ada sijil SPM.Dengan kelulusan tersebutlah kita berharap akan dapat kerja setaraf dengan kelulusan kita.

Sedarkah anda bahawa setiap tahun begitu ramai graduan yang mengganggur kerana tidak ada kerja,mereka yang keluar daripada IPTA atau IPTS sering berharap akan mendapat kerja dengan apa yang mereka ada iaitu kelulusan ataupun sijil.Sikap ini tidak lagi relevan disaat ini kerana kita perlu keluar daripada sikap mengharap dan berserah tanpa usaha mengubah sikap dan kepercayaan.

Cuba anda fikir apa kata aku cipta kerjaya aku sendiri, aku kerja sendiri, usaha sendiri. Inilah kerjaya kita yang sebenar, tidak ramai diluar sana yang suka dengan apa yang mereka kerjakan sebab itulah mereka lesu ketika memulakan hari untuk bekerja.

Kita hanya akan pergi jauh dalam kerjaya apabila kita melakukan sesuatu yang amat kita minati. Anda minat dengan kerja anda?jika tidak cuba fikirkan sesuatu yang membolehkan anda buat apa yang anda suka dan apa yang anda lakukan itu boleh membuatkan poket anda penuh^_^

Jika anda sudah bekerja cuba buat sesuatu yang anda minati, mana tahu dengan itulah anda akan bergelar jutawan satu hari nanti.Saya amat berharap perniagaan akan menjadi satu bidang kerjaya yang profesional satu hari nanti.Ayuh remaja!

Isnin, 13 Disember 2010

Kita Semua Adalah Pejuang

Salam di pagi hari selasa

Anda berpuasa sunat muharram hari ini?jika ya tahniah saya ucapkan dan jika tidak jawapan yang anda berikan maka esok masih berkesempatan.Bagi yang memang tidak boleh doa semoga dipertemukan lagi dihari yang berkat ini.

Kita semua adalah pejuang,anda sedar?jika tidak maka saya bertanggungjawab menyedarkan anda.Hidup ini adalah sebagai satu perjuangan yang sinonim apabila disebut perjuangan seperti dalam peperangan.Hari-hari kita berperang....celik sahaja mata maka kita berperang dengan perasaan malas ingin bekerja,malas hendak ke sekolah, malas hendak ke tempat berniaga. Itu juga adalah perjuangan.

Bagaimana sikap seorang pejuang dalam peperangan?mesti bersikap berani dan berjiwa kental. Kita semua wajib ada sifat seperti ini kerana apa?kerana jika kita tidak ada sikap ini kita akan cepat kecundang dalam banyak perkara.

Dalam sehari lebih sepuluh perkara yang kita perlu hadapi dengan sikap berani dan berjiwa kental.Berjiwa kental bermaksud sabar.....berani bermaksud kuat.....pejuang akan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir begitu juga kita semua,perlu berjuang sehingga ke akhir hayat. Jangan sekali-kali kita tamatkan hayat kita kerana malas berjuang.

Semakin banyak halangan yang anda tempuh semakin kuat diri kita jika berjaya menghadapinya. Jika kecundang bangkit sedikit-demi sedikit dan kembali berjuang. Kemenangan pasti akan jadi milik ANDA!

Ahad, 12 Disember 2010

Bagaimana kehidupan anda hari ini

Salam kesegaran dan salam semangat buat anda

Anda segar hari ini?anda sihat hari ini?anda putus cinta hari ini?anda dikecewakan hari ini?
apa ubat paling mujarab bagi masalah dalam kehidupan?jawapannya ialah mati^_^ sebab itu ada manusia yang tertekan dengan masalah dunia ini mengambil langkah gila dengan mematikan diri.

Anda selaku sahabat saya perlu sedar bahawa apabila kita lahir sahaja ke dunia ini maka kita akan terlibat dengan masalah,anda lahir sahaja anda perlukan tilam,lampin,pampers,susu dan sebagainya.Bukankah itu masalah?

Kita dilahirkan dengan masalah dan kita mampu mengatasinya kerana kita adalah manusia yang paling hebat,sesiapa yang berjaya lahir ke dunia adalah manusia yang hebat.Jadi jangan berputus asa dengan masalah anda kerana anda akan dapat selesaikan masalah anda satu hari nanti.Yakinlah....

Jika anda bersedih disaat ini gembirakan diri anda dengan gembirakan orang lain, jika anda kecewa dengan seseorang anda perlu ubati kekecewaan orang lain insyaallah anda akan mendapat ubat kepada kekecewaan diri anda.

Semoga hari ini adalah hari yang amat hebat untuk kita tempuhi.

Khamis, 9 Disember 2010

Tambah kebaikan kurangkan dosa

Salam tahun baru hijrah kepada sahabat yang amat saya kasihi.

Kita sudah melangkah ke tahun baru hijrah,banyak perkara yang telah kita lakukan tahun lepas dan ada juga perkara yang masih belum selesai.

Semalam saya mengikuti satu ceramah maal hijrah di tempat saya bertugas, ustaz yang di inport khas daripada Darul Quran. Apa yang menarik ustaz tersebut menyarankan kita untuk menjadi BAIK dari sudut yang amat ringan.

Katanya,zaman kini manusia banyak yang meninggalkan solat lima waktu, jadi disarankan kita sebagai umat Islam untuk menjaga perkara wajib ini terlebih dahulu bukannya melakukan transformasi yang melampau seperti buat solat sunat 20 rakaat setiap hari. Jika satu perubahan itu dilakukan secara drastik maka kembalinya kepada kejahatan juga adalah drastik.

Sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit dan pastikan ianya berkekalan,soal diri kita siapa kita didunia ini?

Siapa yang terlepas daripada kejahatan dan kemaksiatan?saya yakin dan pasti semua terlibat bukan?mulai hari ini kita kurangkan kejahatan yang kita lakukan.sedikit-demi sedikit insyaallah perkara tersebut dapat kita tinggalkan.Pesanan ustaz tersebut sebelum kita lakukan maksiat atau kejahatan cuba bayangkan bahawa segala apa yang kita lakukan tersebut ditayangkan dihadapan berbilion-bilion orang yang melihat.Inilah situasi yang akan kita alami semasa dipadang mahsyar....

Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik.

Khamis, 2 Disember 2010

Bantu orang ikut kemampuan

Salam pagi jumaat

Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan selagi kita masih dapat menyedut udara dan merasai sejuknya air pada waktu pagi. Semalam sudah kita lalui dengan jayanya dan pada hari ini kejayaan itu pasti akan datang.

Ramai yang punyai sikap positif berbanding sifat negatif sebenarnya, mengapa saya berkata sedemikian?kerana fitrah manusia itu adalah baik.Taat pada Allah s.w.t dan berjanji akan buat baik sebelum lahir ke dunia.Begitulah sikap manusia sebenarnya inginkan kebaikan walaupun diri kita jahat.

Pernah ada seseorang minta bantuan anda?sekiranya anda benar-benar seorang yang baik anda akan membantu beliau dengan sungguh-sungguh kerana itulah kepuasan bagi anda. Akan tetapi pertolongan itu adakah semestinya kita penuhi?atau ada hadnya?

Melalui pengalaman kehidupan saya pertolongan yang kita berikan mesti ada hadnya. Yang pertama kita perlu pastikan bahawa pertolongan yang akan kita berikan adalah kita mampu lakukan dan tidak membebankan kita. Banyak perkara yang kita buat atas dasar tolong yang membebankan kita contohnya menjadi penjamin bagi pinjaman dan sebagainya.

Seterusnya pertolongan yang anda berikan itu kepada siapa?pastikan yang anda tolong adalah manusia yang kenal erti kemanusiaan.Mengapa?kerana ada manusia yang kita bagi madu tetapi dibalas dengan racun.berhati-hatilah sahabat.

Buat yang terakhir pastikan masa pertolongan itu dan tempatnya.Sekiaranya anda dalam keadaan kelam kabut dan tertekan jangan berikan pertolongan kerana dibimbangi anda membuat keputusan yang salah.Dan anda perlu pastikan dimana kawasan anda memberikan pertolongan.adakah ditempat yang sunyi.....(kes kereta rosak) atau dikawasan terbuka.

Semoga kehidupan kita semakin cerah dan berwarna warni. Anda hebat kerana Allah s.w.t jadikan anda hebat.Pecayalah!

Rabu, 1 Disember 2010

Isteri zaman kini membawa ke mana?

Salam ketenangan,syukur kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t

Perjalanan hidup kita ini diteruskan dengan teman yang akan sentiasa bersama dengan kita khususnya para suami diluar sana.Menjadi sunnatullah bahawa kehidupan ini berpasang pasangan tidak kita apa.Langit pasangannya bumi,matahari pasangannya bulan.dan nabi adam a.s pasangannya adalah hawa.

Sampai masa dan ketikanya pabila kita telah ditakdirkan berkahwin maka kita perlu menghadapinya walaupun kadang-kadang ada yang belum bersedia berkongsi hidup. Bagi seorang suami apakah yang diharapkan dari seorang isteri?layanan yang baik?akhlak yang baik?
masakan yang sedap?

Jawapan yang Islam telah Islam berikan kepada kita ialah isteri yang didambakan oleh seorang lelaki yang solah adalah isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat atau jalan untuk menuju ke syurga.Suami itu adalah sumber pahala baginya.ianya mengharapkan redha Allah s.w.t dan redha suaminya.Sentiasa taat kepada Allah dan suami selagi suami tidak menyuruh kepada perkara yang mungkar.

Contoh mudah bagaimana kita ingin menguji bakal isteri kita atau isteri kita sendiri. Apabila dia meminta sesuatu daripada kita, cuba berikan kurang dari apa yang dipinta. Apakah reaksinya? jika terima kasih yang diucapkan insyaallah itulah isteri yang solehah. Akan tetapi sekiranya rungutan yang dilemparkan kepada suami maka berhati-hatilah para suami kerana mungkin bakal isteri anda atau isteri anda kini bersama dengan anda bersebab....maksudnya mengarah kepada keduniaan....jika tidak kerana sebab tersebut maka dia tidak akan bernikah dengan kita.

Semoga ada baiknya kita bertemu dihari ini...semoga anda terus cemerlang