Ahad, 29 Ogos 2010

Tips perniagaan

Salam ramadhan buat semua

Lama juga saya tidak mencoret apa-apa di laman sesawang saya ni^_^ maklumlah kerja bertambah disaat bulan ramadhan yang penuh berkat ni.

Pada bulan ramadhan ni saya lihat ramai yang berniaga,terutamanya pasar malam.Bagi saya yang berniaga di bulan puasa adalah mereka yang bijak termasuk kawan saya yang berniaga butang baju melayu hehehe

Dalam kita berniaga perlu ada strategi sepertimana peniaga di bulan puasa.Ada yang menjual baju-baju.Ambuil upah menjahit dan macam-macam lagi.Bagi anda yang berminat hendak berniaga perlu ada kajian sedikit tentang apa yang anda hendak jual dan kepada siapa anda hendak jual bukan main belasah je^_^

Perkara ini amat penting kerana sekiranya kita tidak mengkaji kepada siapa kita akan menjual barangan kita sudah pasti kerugian itu lebih utama menjengah anda daripada keuntungan kerana anda tidak pasti siapakah yang akan membeli produk anda.

Terimakasih kepada bro RK yang mengajar teknik ini^_^

wassalam

Ahad, 22 Ogos 2010

Siapa orang di sekeliling anda


Salam ramadhan.

Hari ini merupaka hari ke 12 kita berpuasa,kita sudah masuk ke fasa kedua bulan ramadhan iaitu mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Kita perlu mengambil lebih perhatian pada masa kedua ini kerana kemapunan Allah s.w.t merupakan matlamat kita sepanjang ramadhan ini.

Ada seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya dimana sahaja dia pergi maka akan adalah hamba Allah yang baik-baik dan soleh yang akan mendekatinya.Dia bertanyakan mengapa perkara ini berlaku?saya berikan jawapan yang mudah kepadanya iaitu Allah s.w.t sekiranya menyayangi seseorang hambaNya makan Allah s.w.t akan memberikannya kefahaman agama kepadanya.

Beliau tersenyum dengan jawapan saya,kerana pada pandangannya dirinya bukanlah baik sangat jika hendak dibandingkan dengan orang yang sentiasa disisinya.Dirinya kini sedang menghadapi masalah yang besar,sehinggakan rumah tangganya kini sudah hancur. saya berpesan kepanya bahawa Allah s.w.t tidak akan memberikan ujian yang bukan mengatasi imannya.

Beliau kembali bersemangat setelah saya memberikan kata-kata seperti berikut....Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepada awak.....

Begitu juga anda yang sedang membaca coretan saya ini,kita sama sahaja melainkan ketaqwaan. Kita punyai masalah yang hampir sama.Bagaimana cara kita mengatasinya adalah berbeza-beza. Peringatan terakhir saya ialah yakinlah Allah s.w.t menyatakan kasih sayangnya melalui ujian yang diberikanNya kepada kita.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Hidangan makanan yang menyatukan hati


Salam keceriaan buat anda yang saya hormati

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan perjuangan kita sebagai manusia yang mempunyai matlamat yang jelas untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.Manusia yang tidak mempunyai matlamat hidup umpama kapal yang tidak ada nakhodanya.Tiada arah tuju melainkan mengikut rentak ombak.

Dalam kehidupan ini kita memerlukan sanak saudara untuk menceriakan kehidupan kita seharian. Akan tetapi adakalanya kehidupan kita suram kerana hubungan kita dengan sanak saudara agak longgar disebabkan oleh faktor masa dan pekerjaan.

Tidak ada masa untuk bertanya khabar,begitu juga dengan kesibukan kita dengan hal-hal kerja kita seharian.Ada cara bagaimana kita akan menyatukan sanak saudara kita dalam satu masa dan mengeratkan tali silaturrahim.

Saya sarankan anda cadangkan satu hari dimana anda dan sanak saudara membuat projek makan-makan dimana semua perlu mengambil bahagian tiada yang terkecuali.Anda akan lihat hasilnya depan mata anda.

Rabu, 18 Ogos 2010

Penyakit hati yang mematikan

Salam ramadhan dan salam ketenangan

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan perjuangan kita sebagai hamba Allah s.w.t pada hari ini.Semoga redha Allah lah yang kita tuntut bukan dunia semata-mata.

Hati merupakan tempat pandangan Allah sepertimana dalam lirik lagu kumpulan hijjaz PANDANGAN MATA SELALU MENIPU PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH...PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI KALAU HATI ITU BERSIH.....

Banyak yang kita boleh belajar daripada lirik diatas,dimana hati menjadi tempat tilikan Allah s.w.t.Mengapa hati yang menjadi pandangan Allah?kerana pandangan zahir selalunya salah.
Kita lihat berapa ramai wanita yang pada luarannya adalah baik,akan tetapi hatinya busuk seperti bangkai.

Begitu juga lelaki yang pada luarannya nampak kesolehannya akan tetapi hatinya kotor dengan titik-titik hitam.sebab itulah kita dilarang sama sekali menghukum orang hanya berpandukan kepada luaran sahaja.Maka disini menunjukkan yang layak menghukum hanyalah Allah s.w.t bukan kita manusia yang belum pasti tahap pandangannya.

Untuk menjaga hati kita yang sentiasa bebas seperti burung untuk bersangka apa sahaja bukanlah mudah melainkan kita bermuhasabah diri untuk mengenal kesilapan yang kita lakukan

Selasa, 17 Ogos 2010

Bazar kena serang angin

Salam Ramadhan

Kita dikejutkan dengan fenomena yang agak pelik di Melaka bumi Hang Tuah. Bazar diserang angin kencang sehingga mencederakan beberapa orang peniaga yang sedang mencari rezeki. Apa yang saya fikirkan adalah hikmah disebalik kejadian tersebut.

Berkemungkinan kejadian tersebut adalah bertujuan untuk mengingatkan umat manusia bahawa dalam melakukan ibadah jangan kita kotori ibadah itu dengan maksiat.

Ada diantara kita yang berpuasa tetapi tidak solat.Ada yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat anggota.

Puasa bukan sekadar kita menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa akan tetapi puasa segalanya demi menandakan ketaatan kita kepada Allah s.w.t. tingkatkan darjat puasa kita kepada yang lebih baik.Mana yang ada cuti panjang cuba usahakan cuti di akhir ramadhan supaya kita menjaga diri kita daripada perkara yang merosakkan pahala puasa kita

Isnin, 16 Ogos 2010

Zaman kegelapan


Salam Ramadhan

Alhamdulillah hari ini kita dapat lagi meneruskan kehidupan sebagai muslim dengan mentaati Allah s.w.t berpaksikan ibadah puasa.

Tajuk di atas merupakan tajuk yang kita belajar di zaman sekolah iaitu sejarah dimana ada negara yang pernah berada di zaman kegelapan.Akan tetapi kini zaman kegelapan itu lain tafsirannya.
Zaman ini gelap kerana telah kembali ke zaman jahiliah.Wanita kembali menjadi hamba seks sehinggakan lahirnya anak luar nikah setiap hari.

Berpunca daripada zina makan rosaklah keturunan yang dibina selama ini.Tidak sanggup rasanya mata saya menatap kaki dan tangan si comel yang dicampak di dalam sungai.Di letak dalam tong sampah apatah lagi yang dibiarkan bersemut ditempat yang tidak sepatutnya.

Zaman kegelapan ini diteruskan dengan ilmu hitam yang semakin berleluasa, semakin ramai yang terkena dan semakin ramai yang menggunakannya.Seorang jiran menyihir jiran sebelahnya.Kawan baik menyihir kawan baiknya.Malah lebih teruk isteri menyihir suaminya. Ini lah yang saya katakan zaman kegelapan.Masing-masing tidak lagi mengenal perkara yang baik atau buruk.

Kita sebagai hamba Allah yang beriman dan yakin tiada yang memberikan mudarat melain kan Allah perlu kita pegang dan pergantungan kita akan tetap mantap walau apapun ujian yang melanda diri kita.Ingatlah Allah itu Maha Pengasih kepada hambaNya.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Matlamat tidak menghalalkan cara


Salam ramadahan untuk hari yang ke 4.

Bagi saya tahun ini ramadhan agak panas,walaupun hujan turun akan tetapi bahangnya tetap kuat sepertimana maksud ramadhan itu sendiri bererti panas membakar.ada yang mentafsirkan panas cuaca kerana setiap kali ramadhan tiba suhu akan meningkat sepertimana sekarang dan ada juga yang mentafsirkan panas membakar itu adalah panas membakar dosa-dosa kita.

Pada bulan ini nafsu kita di lemahkan selemah lemahnya,pertama sekali tidak makan dan minum disiang hari,seterusnya melakukan ibadat yang banyak seperti solat sunat taraweh dan bangun sahur.Saya yakin semua yang berpuasa akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.apa yang anda fikirkan disaat anda tidak larat hendak malakukan apa sahaja kerana kekurangan tenaga.

Saya ingin sentuh sedikit tentang tajuk diatas dimana matlamat tidak menghalalkan cara.Manusia mempunyai agenda sendiri dalam kehidupan dan ada matlamat yang perlu dicapai setiap hari.Paling tidak target anda untuk dapatkan sedikit duit untuk menyara hidup. Mungkin ada juga yang tidak perlukan duit dalam kehidupannya mungkin bilangannya amat sedikit.

Akan tetapi metlamat kita yang positif itu tidak boleh dicapai dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang dan agama.Ramai yang menyangka bahawa sesuatu kebaikan itu akan dipandang baik walaupun caranya salah.Kebenaran tetap kebenaran....tidak mungkin dicampur aduk kan.....

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jangan Biasakan ke Bazar


Salam ramadhan kepada pembaca yang budiman

Hari ini merupakan hari ke tiga kita berpuasa,mungkin ramai yang sedang membeli makanan di bazar,saya pula baru hari ini hendak ke bazar.Alhamdulillah ramai yang bersungguh-sungguh untuk memenuhkan perut semata-mata dengan niat untuk beribadah kepada Allahs.w.t^_^

Perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum menjejak kan kaki di bazar setting minda untuk tidak membazir.Anda hanya kan beli makanan yang anda boleh habiskan sahaja,bukannya makanan bukan-bukan.Ramai yang saya lihat membeli bukan dengan kehendak sendiri tetapi menurut hawa nafsu sahaja.

Berjaga-jaga kerana makanan itu dibuat dan disediakan oleh orang lain,maka banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku contohnya sayur yang digunakan adalah sayur lama dan tidak dibasuh ini akan menyebabkan kita sakit dan mudarat.

Selalu ke bazar akan mengakibatkan kita malas untuk bantu membantu dalam menyediakan makanan berbuka puasa.ini akan mengurangkan kerjasama diantara ahli keluarga terutama anak-anak.

Insyaallah kita sambung lagi cerita

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan kali ini

Apa khabar anda hari ini?salam ramadhan dan salam kerahmatan

Kini sekali lagi kita menjalani ibadah puasa,tidak kira umur semuanya berpuasa demi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t.Ramadhan kali ini saya rasakan amat berbeza dari yang lepas-lepas. Masa semakin pantas berlalu sehinggakan puasa itu dirasakan amat kejap sekali.

Ujian dalam merentasi puasa juga berbeza kerana beberapa faktor,jika dizaman nabi puasa disambut dengan berlakunya peperangan untuk menegakkan agama Allah s.w.t,kini ujian umat akhir zaman adalah lebih ringan pada zahirnya akan tetapi berat pada batin.

kita semakin susah untuk mencapai makam puasa yang tertinggi iaitu khawasul khawas dimana kita kini tidak lagi mampu menjaga pancaindera daripada membuat maksiat.Hati tidak lagi berhubung dengan Allah s.w.t,yang di ingat hanyalah tentang dunia yang hanya menipu ini. Ujian semasa berbuka juga berbeza,dizaman nabi kurma dan air suman sudah cukup untuk memenuhi waktu berbuka.Akan tetapi di zaman ini meja makan di penuhi dengan bermacam juadah yang memberatkan kita untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Kepada yang putus cinta atau di kecewakan pada bulan puasa ini,kesabaran anda membuatlan anda menjadi jutawan diakhirat nanti.Kesabaran itu merupakan sebahagian daripada iman dan iman itu merupakan kunci untuk masuk ke syurga.

Isnin, 9 Ogos 2010

Kasih sayang dan cinta perlu ada limit

Salam rindu buat teman-teman yang sudi membaca blog saya ini. Sudah terlalu lama saya tidak merapu dalam blog saya ni^_^

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t. Dan esok kita akan berpuasa,selamat berjuang di bulan puasa. Pada hari ini saya ingin kongsikan tentang kasih sayang dan cinta. Dua perasaan ini merupakan perasaan fitrah bagi manusia semenjak zaman Nabi Adam a.s dan Siti Hawa.

Sayang bermaksud perasaan kita terhadap sesuatu atau manusia yang mempunyai limitnya,ada tahapnya.Ini berbeza dengan perasaan cinta dimana kita sanggup berkorban kepada apa yang kita cintakan.Cinta banyak melibatkan pengorbanan dan banyak melibatkan pengorbanan nyawa. Terlalu ramai pasangan couple yang terkorban kerana cinta.Habis maruah,harta,masa dan tenaga terkorban demi cinta.

Tidak salah kita bercinta akan tetapi perlu ada limitnya kerana apabila cinta itu sampai ke tahap mengorbankan nyawa,cinta itu sudah menjadi haram kerana mengorbankan nyawa.Apabila kita Sayangkan seseorang simpanlah sedikit perasaan benci,cintakan seseorang simpanlah sedikit sedikit perasaan benci.Insyaallah hidup anda selamat.

Cinta paling selamat dan tidak ada limit adalah cinta kepada Pencipta,cinta Allah cinta pertama, cinta kedua cinta kepada Rasulullah dan cinta ketiga adalah cinta kepada Ayah dan ibu.

Sama-sama kita kembali kepada cinta sebenar kerana cinta yang salah amat menyakitkan