Rabu, 14 Disember 2011

perasaan rendah diri

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih sayangkan kita walaupun pada hakikatnya kita tidak layak untuk mengecapi segala nikmat kurniaanNya.

Walaupun kita sudah lama tidak bersua di dalam blog ini doa saya tetap bersama pembaca blog ini. Semoga anda semua kuat untuk menghadapi segala ujian.

Perasaan rendah diri adalah satu sikap yang positif sebenarnya kerana sikap ini sangat bagus untuk mendekatkan kita dengan Rab...Tuhan kita... perasaan ini jika kita atur sebaiknya akan membuatkan kita disegani oleh semua makhluk dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Kita merendah diri ddihadapan Allah s.w.t mengaku diatas segala dosa yang kita ulang saban hari, kita mengaku bahawa nikmat Allah s.w.t sangat banyak dan kita tidak mampu membayarnya. Kita mengaku bahawa Dialah yang menguasai diri kita dan seluruh alam sarwajagat ini.

Perasaan rendah ini akan menjadi negatif apabila kita merasakan dosa yang kita pikul atau kesilapan yang kita pukul, kehilangan yang kita pukul membuatkan kita rasa tidak layak lagi untuk hidup di dunia ini lagi, kita tidak layak dimiliki sesiapa di dunia ini dan kita merasakan kesilapan kita menghantui diri kita. Perasaan ini jika kita layan dan kita berikan baja yang menyuburkan akan menyebabkan diri kita dikawal oleh emosi yang diterajui oleh Syaitan yang sentiasa hendakkan kita putus asa dengan kehidupan ini dan tidak mahu lagi hidup bertuhan.

Jangan biarkan diri kita kalah dengan ujian ini...Allah bersama kita...Allah sayang kita...

Isnin, 21 November 2011

perasaan cinta

Asalamaualaikum sahabat semua

Saya mendoakan anda dalam keadaan yang saaaangat baik walaupun kita sebenarnya banyak masalah hidup.

Hari ini saya ingin kongsikan tentang perasaan kerana perasaan juga kadang-kadang menjadi ujian buat kita. Perasaaan yang saya ingin kongsikan adalah perasaan cinta. Siapa yang belum pernah bercinta angkat tangan?^_^ Saya yakin bahawa semua orang ada perasaan cinta dan ingin dicintai.

Kita berhak mencintai sesiapa pun, tetapi kita perlu ingat perlu ada di dalam lubuk hati kita satu cinta yang mengatasi cinta yang lain iaitu cintakan Allah. Cinta itu adalah satu anugerah yang perlu kita syukuri dan nikmati, sememangnya ia amatlah indah sehinggakan cinta mampu membuat satu perubahan yang sangat dasyat keatas pemiliknya.

Orang yang sakit boleh jadi sembuh kerana cinta, orang yang tidak bermotivasi boleh jadi power oleh kerana cinta. Semoga cinta yang sedang kita peluk adalah cinta yang membawa kita kepada positif. Saya masih ingat novel kedua yang saya baca selepas Konserto Terakhir iaitu novel ayat-ayat cinta. Mungkin ramai yang telah memilikinya, dan ramai juga mungkin yang mengaplikasikan novel ayat-ayat cinta dalam kehidupannya. Rasailah keindahan cinta dengan membaca novel tersebut...semoga air mata cinta yang dititiskan mampu memberikan kebahagiaan untuk kita semua amin....amin....jika tidak di dunia pasti diakhirat....

Selasa, 15 November 2011

perasaan bersyukur

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah,Allah s.w.t itu sangat sayangkan hamba-hambaNya walaupun tidak beriman apatah lagi yang telah beriman.

Berapa banyak nikmat yang kita sedang gunakan dengan free? nikmat sihat, nikmat makan, nikmat ketawa, nikmat happy, dan banyak lagi nikmat yang datangnya dari mana? jawapannya adalah Allah...

Akan tetapi sifat manusia sering tidak sedar diri bahawa dia adalah miskin dan papa kedana sebenarnya,dan yang kaya hanyalah Allah s.w.t. Ramai yang kaya menyangka bahawa dia ada segalanya sedangkan dia hanyalah siapa?

Bagi yang sedang dalam kemiskinan merasakan Allah s.w.t itu tidak adil kerana membiarkan mereka miskin sedangkan berapa banyak bikmat yang diberi tanpa ada bayaran?

Tidak kira siapa kita, kaya atau miskin yang penting kita ada perasaan bahawa kita semua miskin pada hakikatnya dan yang kaya hanyalah ALlah s.w.t. Banyakkan bersyukur diatas segala nikmat kerana perasaan syukur itu adalah kekayaan yang sebenarnya

Rabu, 9 November 2011

Jom berpesan-pesan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah sepanjang pertemuan kita di dalam blog ini, pasti ada sesuatu yang kita dapat kongsikan dan selalunya berkaitan dengan pengalaman hidup saya. Semoga anda menjadi lebih kuat dan hebat dalam menjalani hidup di dunia ini.

Di dalam Al-Quran ada menyebut di dalam surah Al-Asr (MAsa) Allah s.w.t memberitahu kepada kita bahawa orang-orang yang rugi adalah orang yang tidak berpesan-pesan kepada kebenaran. Apakah kebenaran itu? kebenaran adalah apa sahaja yang mengikut Al-Quran dan sunnah, pendapat ijma' ulama' dan perkara-perkara yang sememangnya benar.

Kita katakan jangan mencuri kerana berdosa, larangan Allah. Itu adalah contoh menyatakan kebenaran. Walaupun yang memberitahu kita itu adalah seorang yang jahat pada pandangan kita atau hina pada pandangan kita, nasihat yang benar itu tetap kita perlu terima.

Jika masyarakat semua menyatakan kebenaran walau dimana-mana insyaallah masyarakat kita akan lebih aman dan sejahtera. Tetapi pada hari ini kita ada sifat engkau-engkau aku-aku. Sama-sama kita fikirkan

Khamis, 3 November 2011

Menfaatkan hari ini kerana?

Asalamualaikum sahabat semua

Syukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan semoga bertambah nikmat yang kita peroleh. Kita sedang berada dalam bulan zulhijjah dimana pada bulan ini umat Islam menjalankan ibadat rukun iman yang ke 5 iaitu menunaikan haji di baitullah Mekah. Berazam lah kita sama-sama untuk kesana, niat itu amat penting disampaing usaha kita untuk kesana.

Berkesempatan pada hari ini adalah hari dimana doa dimakbulkan,iaitu para jemaah haji akan pergi ke padang arafah. Kita disini jangan goyang kaki sahaja kerana masih ada sesuatu yang kita boleh usahakan,berdoalah pada hari ini kerana ianya adalah mustajab insyaallah. Kepada yang tidak ada anak, ada masalah yang belum selesai, hanya Allah s.w.t sahajalah yang mampu membantu kita sebenarnya kerana Dialah tempat segala makhluk bergantung

Rabu, 2 November 2011

Mari Berubah Bersama Saya

Asalamualaikum sahabat semua

Saya ingin mengumumkan satu perkara, jika anda mahukan perubahan dalam hidup dengan menjalankan perniagaan, saya menjemput sahabat-sahabat semua dengan ketetapan berikut:-

1- 28/11/2011 Isnin
2- Dewan Orang Ramai Ampang
3- 2 Pakar Motivasi akan memberikan talk tentang perniagaan
4- Makanan disediakan
5- Peluang perniagaan
6-Bayaran rm30 sahaja

Sekiranya anda berminat sila emailkan nama, no tel dan bilangan yang ingin join pada email nusmaconsult@gmail.com tajuk email ialah Join Talk Motivasi

Sekian wassalam

Sabtu, 29 Oktober 2011

Berhibur biarlah berpada

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kerana kita dapat bersama lagi untuk berkongsi tentang kehidupan. Sesungguhnya kehidupan ini adalah tempat manusia yang beriman diuji.

Di dalam Islam kita tidak dilarang untuk berhibur kerana tidak ada nas yang jelas tentang pengharaman berhibur ini. Akan tetapi jangan kita jadikan hiburan itu sesuatu yang wajib sehingga melalaikan diri kita daripada mengingati Allah s.w.t. Jika muzik tersebut melalaikan, liriknya pula ada unsur maksiat dan syirik maka jelaslah haram bagi berhibur dengan nyanyian tersebut.

Banyak dikalangan kita berasa musik itu adalah tempat untuk menghilangkan tekanan dna tempat untuk melepaskan geram yang tersemat di dalam hati. Ingatlah kalam Allah s.w.t yang telah jelas menyatakan bahawa dengan mengingati Allah s.w.t sahaja kita akan tenang. Cuma terpulang kepada kita untuk meyakininya atau menyangkalnya. Ayuh berhiburlah dengan cara Islam kerana Islam itu the way of life.

Khamis, 27 Oktober 2011

anak adalah nikmat dan ujian

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah, Maha Suci Allah, Allahuakbar.....kita berada pada hari yang sangat berkat, kita yang beriman kepada Allah s.w.t dan kepada Rasulullah wajib berselawat keatas Rasulullah agar kita termasuk dikalangan umatnya yang mendapat syafaat insyaallah.

Anak merupakan nikmat yang sangat berharga kepada kita yang sudah berkahwin, dalam pada masa yang sama kita perlu sedar bahawa anak adalah amanah yang sangat besar kepada ibu dan ayah. Perjalanan hidup anak tersebut bergantung kepada kita samada ingin mengikut jalan yang lurus atau jalan yang penuh dengan liku.

Ramai ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan memberikan tanggungjawab penjagaan anak kepada orang lain seperti orang gaji,atau kepada mak dan ayah mereka yang telah berusia. Ini adalah permulaan kepada rosaknya anak tersebut kerana mereka memerlukan kasih dan sentuhan daripada ayah dan ibu mereka sendiri bukan orang lain.

Perkataan apakah yang kita ajarkan semasa bayi itu lahir? jika perkataan tersebut adalah kalimah memuji Allah insyaallah kehidupan bayi tersebut berada di jalan yang diredhai olehNya tetapi jika perkataan yang mula dengan dunia seperti apa! saham jatuh? maka anak tersebut sudha tersangkut dengan dunia. Bimbinglah anak-anak kita dengan keimanan kepada Allah s.w.t bukan keimanan kepada dunia yang hanya penuh dengan tipu daya.


Rabu, 26 Oktober 2011

menjemput rezeki dengan ibadat

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu setelah sekian lama saya meninggalkan anda semua kerana ada urusan dan tanggungjawab yang perlu saya selesaikan untuk beberapa hari ini. walau apa pun kehidupan kita perlu teruskan agar kita tidak mati sebelum kita dimatikan oleh Allah s.w.t.

Ramai yang berfikir tentang rezeki bukan?dan oleh sebab itulah banyak buku yang berkaitan dengan rezeki ini.Perkara yang perlu kita ambil berat ialah rezeki kita itu mestilah halal dan bebas daripada sebarang syubhah.

Diantara amalan yang boleh saya kongsikan di sini untuk menjemput rezeki datang dalam kehidupan kita ialah solat sunat dhuha, zikir hauqalah ( lahaulawalaquwwataillabillahil aliyyil azim) banyakkan istighfar dan selawat dan ayat quran seperti ayat seribu dinar serta surah al-fatehah.

Beramallah dengan ikhlas insyaallah bantuan Allah s.w.t akan sampai kepada kita dalam bentuk rezeki dan ketenangan.

Khamis, 13 Oktober 2011

terpulang kepada kita sebenarnya

Asalamualaikum sahabat semua

Hari ini adalah hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari, penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Ada satu saat pada hari jumaat dimana doa dimustajabkan oleh Allah s.w.t. akan tetapi kita tidak tahu bila saat itu kerana saat mustajab doa itu seperti malam lailatul qadar yang tidak tentu harinya. Apa pun sama-sama kita banyakkan doa untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat.

Walau apa pun yang terjadi kepada kita sebenarnya adalah bergantung kepada kita. Setiap masalah adalah berpunca daripada kelemahan kita sendiri jadi kita jugalah yang mampu untuk menghadapinya dan mencari jalan penyelesaian atas segala masalah. Cuma kekuatan yang ada pada kita tidak dapat untuk kita gunakan sepenuhnya kerana kita jarang sekali hendak berfikir dan mengkaji tentang diri kita sedangkan ada satu pepatah mengatakan jika kita kenal akan diri kita maka kita akan mengenal Allah s.w.t.

Banyak sekali nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita sebenarnya itulah kekuatan yang ada pada kita, ingatlah bahawa Allah s,w,t amat sayangkan hamba-hambaNYA.

Rabu, 12 Oktober 2011

masalah di padang masyar lagi berat dari masalah dunia

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah dengan sifat Arrahman dan Arrahim Allah s.w.t kita dapat bertemu di alam maya ini dan berkongsi sesuatu tentang kehidupan sebab itulah blog ini saya namakan cahayakehidupan ^_^.

Alhamdulillah semalam saya bersama dengan tuan guru yang amat saya sayangi dan sanjungi, menadah kitab bagi memenuhi dada yang sering kosong dan ropong disamping mengamalkan setiap apa yang didengar walaupun amat payah sebenarnya untuk beramal dengan ilmu yang kita pelajari expecially ilmu agama yang bertentangan dengan nafsu kita.

Pesanan tuan guru yang paling saya tersentuh ialah masalah di dunia ini ada limit nya iaitu ada sampai had nya maka masalah itu akan hilang sendiri. Bagaimana ingin mengetahui hujung kepada masalah kita itu? jawapan yang pasti adalah apabila kita mati kelak, confirm masalah selesai tetapi sebelum itu set kan diminda anda bahawa masalah kita ini akan selesai satu hari nanti.

Masalah yang perlu kita bimbang dan takuti adalah masalah di padang masyar, disana kita dengan diri kita sendiri, di saat itu tidak ada siapa yang dapat membantu diri kita. Jika hebat amalan kita untuk Allah s.w.t maka beruntunglah, tetapi jika sebaliknya bermandikan peluhlah kita di sana nanti nauzubillah hi min zalik...

Bagaimana untuk mendapatkan yakin bahawa masalah kita ini akan selesai? bagaimana untuk mendapat yakin bahawa padang mahsyar itu lebih menggerunkan dari masalah di dunia ini? jawapannya ialah dengan ilmu dan zikir...tuntutlah ilmu agama dan banyakkan berzikir. Saya sedang menuju kearah ini dan saya juga berharap agar teman-teman saya di blog ini pun begitu.

Sekian buat hari ini....wassalam

Selasa, 11 Oktober 2011

bagus kah jadi kaya?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah dengan limpahan rahmat daripada Allah s.w.t kita dapat bertemu untuk perkongsian yang untuk kita sama-sama fikirkan dan sama-sama kita amalkan insyaallah.

Menjadi fitrah manusia untuk hidup senang ataupun kaya, yang miskin impikan kekayaan, yang dah kaya inginkan jadi jutawan dan yang jutawan inginkan jadi hartawan. Semua nya berkait dengan duit. Apakah salah kita ada impian untuk menjadi kaya? jawapannya tidak salah, yang salahnya apabila kita menyalahgunakan kekayaan itu sehingga ada yang kita zalimi.

Sejarah menunjukkan bahawa dengan kekayaan manusia jadi lupa dengan asal usul mereka, banyak contoh yang kita boleh lihat seperti firaun yang kaya raya, qarun yang kaya raya, banyak lagi contoh di zaman kini yang kaya raya. Persoalannya ialah bagaimana akhir hidup mereka? mereka tetap mati dan disimpan di dalam tanah. Jadi apakah hakikat kekayaan yang sebenar?

Kekayaan yang sebenar adalah keimanan kita kepada Allah s.w.t, inilah yang akan kita bawa di dalam kubur kita dan keimanan jugalah yang menentukan samaada kita masuk syurga atau tidak. Ayuh jika anda ada harapan hendak jadi kaya jadikan kekayaan itu aset untuk mendapat kekayaan diakhirat dan jik anda lihat anda tidak ada harapan untuk kaya maka kejarlah kekayaan akhirat.

Selasa, 4 Oktober 2011

masalah vs tahajjud

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah Allah s.w.t masih memberi keizinan kepada kita untuk bertemu dan berkongsi sesuatu melalui blog saya yang tidak seberapa ini. Kehidupan perlu diteruskan walaupun pelbagai masalah melanda kehidupan kita.

Satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan sahabat semua ialah disamping kita melakukan usaha lahiriah untuk menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi, cubalah bangun malam untuk solat sunat tahajjud,solat ataubat,solat hajat dan witir. Berdoalah dengan sepenuh hati anda dan ceritakan masalah anda kepadaNya kerana Dia berada dekat dengan kita.

Mengapa tahajjud?kerana tahajjud dilakukan sepertiga malam sehingga subuh,diwaktu ini doa kita sangat mustajab.Cubalah pagi esok dan anda akan lihat kesannya sangat cepat insyaallah kerana ini adalah pengalaman saya yang sebenar.

Jumpa lagi ya wassalam

Khamis, 29 September 2011

berhati-hati dengan perempuan jahat

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah kerana kita masih dapat meneruskan kehidupan kita yang sebentar cuma. Lihatlah berapa ramai antara saudara mara kita dan kawan-kawan kita yang telah pergi meninggalkan kita.Kita bila lagi? soalan ini perlu kita ingat sampai bila-bila agar kita tahu dan sedar kemana arah kehidupan kita ini.

Wanita adalah salah satu makhluk Allah s.w.t yang sangat indah, mengikut sejarah wanita berasal daripada nenek kita iaitu siti hawa. Nabi Adam a.s kesunyian di dalam syurga dan Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa untuk menemani kesunyian nabi Adam a.s di dalam syurga.

Akan tetapi ingatlah wahai sahabat wanita sangat hebat dengan tipu dayanya, mungkin ramai wanita yang marah dengan pernyataan ini. Sebelum anda memarahi saya bacalah sejarah Nabi Yusuf dan zulaikha dimana zulaikha menggoda nabi yusof untuk memuaskan nafsunya.

Zaman ini adalah zaman penipuan, ramai yang melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit ataupun harta seperti kereta dan rumah dengan jalan yang salah. Banyak kisah yang kita boleh baca dimana wanita menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri mereka untuk mendapatkan kehendak mereka. Semoga kita mendapat sesuatu yang boleh kita fikirkan dan amalkan, semoga isteri anda adalah isteri yang solehah amin...

Rabu, 28 September 2011

kita memerlukan seseorang untuk?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada petang ini dapat lagi saya menulis sesuatu kepada anda dan semestinya perkongsian yang saya harapkan dapat membantu dalam kehidupan sahabat semua.

Hidup ini merupakan satu pentas yang bukanlah mudah bagi kita kerana pentas yang sedang kita pijak ini penuh dengan bermacam ujian. Setiap daripada kita pasti akan merasai betapa peritnya kehidupan apatah lagi kita ini beriman kepada Allah s.w.t.

Ingatlah pesanan saya ini dan jadikan ianya sebagai azimat, dunia ini adalah tempat kita diuji dan akhirat adalah tempat kita mendapat nikmat.

Kadang-kadang kita blur dengan permasalahan yang kita hadapi sehingga tidak mampu berbuat apa pun, dah macam orang gila yang tidak ada arah. Apabila kita tidak ada arah cubalah cari seseorang yang boleh mengarahkan kita kemana. Tetapi persoalannya ialah siapa?

Orang tersebut mestilah orang yang beriman kepada Allah s.w.t, memnunaikan segala yang fardhu dan banyak mengamalkan yang sunnah-sunnah. Itu adalah asasnya, dan yang paling penting adalah dia seorang pemurah dan baik akhlaknya kerana dua sifat ini adalah sifat ahli syurga. Semoga saya dapat membantu anda serba sedikit pada hari ini kerana inilah yang saya sedang hadapi,semoga anda terus kuat dengan ujian ini....

Ahad, 25 September 2011

buat maksiat hati gundah

Asalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat lagi bersua pada kali ini dengan perkongsian yang mungkin menarik bagi anda dan juga saya. Setiap masalah dalam diri kita adalah berpunca daripada diri kita sendiri dan ianya telah dirancang oleh Allah s.w.t dan kita perlu berfikir mengapa perkara ini berlaku ke atas kita.

Perkara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t adalah maksiat, apabila kita sebut maksiat maka berkaitlah dengan dosa. Sifat maksiat dan dosa adalah sedap tetapi ramai yang lupa bahawa disebalik kesedapan itu adanya kesakitan yang sangat dalam jika kita melakukannya. Setiap manusia akan melakukan dosa dan maksiat setiap hari, para ahli sufi menganggap melupakan zikir kepada Allah itu adalah satu dosa, itu bagi mereka...dengan tujuan untuk mendisiplinkan diri mereka sentiasa dalam zikrullah...

Kita manusia biasa sangat jauh daripada para ahli sufi kerana kita belum mampu untuk meninggalkan semua perkara yang haram dan syubhah bagaimana kita untuk mengamalkan perkara yang sunat-sunat sentiasa sedangkan yang wajibpun masih kantoi.

Sama-sama kita berfikir agar diri kita zahir dan batin tidak terjebak dengan maksiat yang sedap pada zahir tetapi menyakitkan pada pandangan batin. Semoga kita diberikan kekuatan daripada Allah s.w.t untuk menolak segala maksiat dan dosa dalam hidup kita sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengampun semoga kita tergolong dikalangan hambaNya yang sentiasa bertaubat amin...

Rabu, 21 September 2011

jangan salahkan orang lain

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu semula pada hari ini dengan satu lagi perkongsian daripada saya, semalam saya kongsikan tentang bisnes dan kebaikannya kepada kita.Pada hari ini insyaallah kita kongsikan tentang menyalahkan orang lain.

Menyalahkan orang lain merupakan satu sifat yang negatif pada pandangan saya dan mungkin juga anda. Perkara menyalahkan orang lain ini sangat mudah dilakukan dan boleh terjadi dimana-mana sahaja. Paling mudah kita dapat lihat berlaku ditempat kerja jika anda sudah bekerja dan berlaku juga di universiti jika anda seorang student.

Sebelum kita menyalahkan orang lain atau menunding jari kepada orang lain cuba kita lihat diri kita terlebih dahulu adalah kita sudah sempurna untuk menyalahkan orang lain dan carilah punca berlaku permasalahan tersebut dan selesaikan itu lebih baik daripada kita menyalahkan orang lain.

Semoga dengan berbaik sangka sesama kita menyebabkan kita sentiasa disayangi oleh sesiapa juga dan yang penting kita bebas daripada sifat mazmumah.

Selasa, 20 September 2011

membudayakan bisnes

Asalamulaikum sahabat semua, alhamdulillah kita dapat bertemu di laman ini bagi perkongsian yang baru semoga ada baiknya untuk kita semua.

Tajuk di atas mungkin sangat biasa bagi anda tetapi ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada semua agar kita sama-sama terbuka minda dalam menghadapi kehidupan yang sementara ini.

Pertama sekali kita perlu ingat bahawa bisnes adalah satu sunnah nabi, mengapa nabi tidak makan gaji tetapi memilih bisnes sebagai permulaan dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Bahkan ada hadis yang menyebut bahawa bisnes itu adalah 9/10 daripada cabang rezeki. Lihatlah kehebatan bisnes itu sendiri sehinggakan menjadi punca rezeki kita.

Bayangkan kita ada syarikat sendiri dan menpunyai 20 orang pekerja yang bekerja dibawah kita, mereka kita beri gaji dan dengan gaji itu kita memenuhi keperluan harian mereka. Bayangkan betapa banyak pahala yang kita dapat apabila menjadi bos sendiri melalui perniagaan. Fikir-fikirkan semoga anda ada perubahan

Rabu, 14 September 2011

mencari ketenangan dengan mengasingkan diri

Asalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu dan dengan satu tujuan untuk berkongsi sesuatu dengan semua.Bagaimana dengan puasa sunat 6 sahabat semua?jika belum habis cepat-cepatlah habiskan kerana syawal hampir masuk ke minggu ke tiga.Pulun jangan tak pulun sebab belum tentu kita akan bertemu dengan ramadhan dan syawal yang akan datang kan?

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang bagaimana kita untuk mendapatkan kembali kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian hidup ini. Salah satu caranya ialah kita bercuti panjang. Kita jangan beritahu kepada sesiapa pun terutamanya manusia yang sering memberi kita masalah,kita hanya beritahu kepada insan-insan terdekat kita. Pastikan phone anda off bagi memastikan hidup anda benar-benar tenang semasa proses pengasingan diri.

Saya sarankan pergi ke pusat-pusat peranginan yang murah tetapi puas hati dengan alam sekelilingnya yang menjana ketenangan untuk kita. Akhir sekali banyakkan ibadah walaupun kita dalam proses bercuti daripada mengahadapi masalah hidup. Kerana punca ketenangan hanya dengan mengingati Allah s.w.t, bercuti itu dalah salah satu usaha lahiriah kepada sahabat semua disamping ibadah. Semoga kita bertambah kuat mulai esok amin...

Ahad, 11 September 2011

ikut perintah Allah insyaallah berjaya

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana kita dapat bersama sekali lagi walaupun sudah agak lama saya tidak berkongsi di sini,banyak perkara yang saya perlu hadapi demi menyahut amanah yang telah diberikan kepada saya.

Semoga keimanan kita kepada Allah s.w.t tidak goyah walaupun ujian yang diberikannya kepada kita membuatkan diri kita separuh gila,tetapi ingatlah bahawa kita merasakan diri kita hampir gila tetapi yang sebenarnya selepas kegilaan itu adalah kejayaan buat kita sebagai hamba.

Diantara kita sudah pasti ada yang banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan,apakah yang ada fikir disaat ini?anda rasa tidak ada peluang untuk kembali kejalanNya?masa depan anda sudah gelap?itu semua adalah pemikiran yang sangat salah. Pemikiran yang benar adalah jika kita masih mengikut jalan Allah s.w.t insyaallah kita pasti akan menang tidak di dunia tetapi diakhirat.

Bak kata guru saya dunia ni tempat para kekasihnya di reging....betul bukan? Para rasul, para sahabat dan para kekasih ALlah sentiasa diuji sehinggalah mereka meningglkan dunia ini. Ayuh kita bangkit membina hidup baru, langkah lah dengan bersemangat kerana pentas kita adalah di sini dan kita harus menggunakannya dengan sebaiknya

Ahad, 4 September 2011

hari raya penuh dengan dugaan

Asalamualaikum sahabat semua

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin jika saya ada salah dan silap kepada sahabat semua,kerana mungkin ada yang terasa dengan perkongsian dan pandangan saya di dalam blog ini.Niat saya tidak lain dan tidak bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t agar kita sama-sama beringat bahawa hidup ini hanyalah bayang-bayang dan akhirat tempat yang abadi.

Raya kali ini bagaimana?sudah pasti ramai yang gembira kerana berjaya berpuasa selama sebulan. Kanak-kanak adalah golongan yang paling happy kerana mereka dapat baju baru dan duit raya, manakalah ayah dan ibu serabut kepala kerana banyak menghabiskan duit untuk belanja raya, bagi mereka apalah sangat duit jika hendak dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak.

Cuma perlu kita ingat disaat kita bergembira dna ketawa ada dikalangan kita yang sedang bersedih dengan pelbagai sebab,ada yang sudah tiada ayah dan ibu, ada yang sedang berada di katil hospital atau mungkin ada yang ditimpa musibah rumah terbakar. Semua itu adalah perancangan Allah s.w.t kita sebagai hambaNya perlu sabar dan redha dengan ketentuanNya. Jangan kita menunding jari kepada Allah s.w.t kerana itu adalah sikap yang membahayakan aqidah kita.

walau apa pun ujian yang datang ingatlah bahawa hidup ini sementara cuma^_^

Khamis, 25 Ogos 2011

khatam Al-Quran pun jadi isu

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana kita bertemu dan berkongsi tentang kehidupan, semoga antara kita ada yang saling mendoakan semoga kita tergolong dalam hambaNya yang beriman.

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi dan pada minggu ini ramai yang khatam al-quran setelah beberapa minggu berusaha bersengkang mata untuk menghabiskan 30juzuk al-quran semoga ianya menjadi pahala yang besar buat kita.

Persoalan yang saya ingin kongsikan kepada semua ialah apakah tujuan sebenar kita khatam al-quran?adakah kerana menjadi adat turun temurun kita atau memang kita ingin tanamkan perasaan cintakan al-quran dan ingin beramal dengannya.Sangat menyedihkan sekiranya khatam al-quran menimbulkan perasaan iri hati kerana ada yang tidak mendapat cenderahati sebagai ahli tadarus atau menjadi isu siapa baca sedap dan lembab.

Kita perlu mengubah cara khatam ini kepada cara yang lebih baik dan terbaik,saya cadangkan agar tadarus al-quran sebagai sekolah belajar al-quran dibulan puasa dan khatam al-quran adalah acara konvokesyen kepada semua alhi tadarus semoga ianya berkesan kepada kita semua


Selasa, 23 Ogos 2011

jangan tinggalkan al-quran

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada pagi ini kita masih dapat meneruskan kehidupan.Setiap orang pasti ada target setiap hari apa yang hendak dicapainya jika ada diantara kita yang tidak ada target harian maka dia bukanlah manusia yang mahukan kejayaan.Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan iaitu apakah target kita itu mampu kita lakukan dengan jayanya kerana ada target yang sangat mustahil untuk kita lakukan contohnya seperti ingin memenuhi semua kehendak orang maknanya kita mahu jadi seorang yang memenuhi hajat orang lain,mungkinkah kita bisa lakukan?jawapannya tidak mungkin...

Bulan ramadhan sudah semakin hampir meninggalkan kita,ramai yang sudah bercuti dan banyak office-office yang lenggang kerana semuanya ambil cuti awak bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.Sememangnya masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang bijak dalam menyelamatkan diri daripada kesesaka jalan raya.

Di bulan yang mulia ini kita banyak sekali membaca Al-Quran melalui tadarus atau juga melalui sendiri-sendiri.Amalan membaca Al-Quran ini adalah amalan yang sangat bagus diamalkan oleh kita.Akan tetapi apa yang saya lihat ialah setelah berlangsungnya majlis khatam Al-Quran keesokan harinya tidak ada lagi kedengaran bacaan ayat suci di masjid-masjid atau di surau-surau.Harapan saya agar amalan ini diteruskan agar Al-Quran itu dekat dalam diri kita dan akhirnya membentuk masyarakat kita.

Anda berubah satu kejayaan buat saya^_^

Isnin, 22 Ogos 2011

mengejar lailatul qadar atau mengejar redha?

Asalamaulaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita bertemu dihari ke 23 berpuasa,sesungguhnya nikmat berpuasa adalah nikmat bagi orang-orang yang beriman.Buikan semua orang dapat berpuasa dengan success cuma segelintir sahaja semoga kita termasuk dikalangan hambaNya yang berpuasa dengan perasaan cinta.

Diakhir ramadhan ini ramai yang mencari-cari malam lailatul qadar kerana pahala beramal pada malam tersebut menyamai 83 tahun lebih kurang iaitu 1000 bulan. Fenomena ini adalah sesuatu yang sangat bagus kerana kita masing-masing berlumba-lumba beribadat kepadaNya.

Akan tetapi ada sesuatu yang kita perlu fikirkan bersama iaitu adakah kita mengejar pahala seribu bulan itu atau kita mengejar redha Allah s.w.t?apakah perbezaan redha dan pahala? perbezaanya boleh diceritakan begini, seseorang yang masuk peperiksaan dengan membaca nota last minit dan yang memang belajar semata-mata untuk ilmu. Dua-dua yang akan berjaya tetapi yang stady last minit hanya dapat menjawab soalan peperiksaan tetapi yang belajar kerana untuk ilmu akan terus-menerus mengamalkan ilmunya dan ingat akan semua ilmu yang dia ada. jadi yang mana lebih untung?sudah semestinya yang cintakan ilmu. begitulah perbezaan diantara orang yang mengharap pahala dan orang yang mengharapkan redha Allah s.w.t

Khamis, 18 Ogos 2011

dekatkan diri kita sedekat dekatnya pada Dia

Asalamulaikum sahabat semua

Bagaimana iman kita pada hari ini?semoga ianya mekar seperti mana bunga ros ditaman astakona^_^

Bulan ramadhan masih mengisi ruang kehidupan kita,disaat ini para kekasih Allah begitu giat melancarkan pecutan untuk semakin dekat kepada Allah sehinggakan ada yang tidak tidur-tidur kerana rindukan kepadaNya.

Bagaimana pula kita yang belum mendapat title kekasih Allah?adakah kita masih leka dengan baju raya,kuih raya langsir raya dan duit raya?kita perlu bertanya kepada diri kita apakah sesuatu yang kita lakukan menjadi satu sejarah untuk ramadhan pada kali ini agar ianya menjadi kenangan yang sangat manis untuk kita bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang.

Selagi nyawa kita di badan dan selagi kita punya kudrat untuk beramal jangan kita sia-siakan kerana jika nikmat ini ditarik balik oleh Allah s.w.t maka nasib kita akan gelap dan hanya air mata menjadi peneman kita disaat kita melangkah pergi bertemu denganNya.

Salam ramadhan dan salam beramal buat semua

Berikanku kekuatan Ya Allah

Asalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu dalam dunia maya ini semoga dengan teknologi ini kita dapat mengeratkan silaturrahim melalui doa dan saling berkongsi tentang kehidupan.

Ujian sentiasa silih berganti dalam kehidupan kita, tambahan pula di bulan ramadhan ini. Kita diuji dengan kelaparan dan kelemahan fizikal kita.Itu merupan ujian yang sama rata buat kita sebagai hamba.Ada diantara kita yang terpaksa menghadapi keperitan seperti kehilangan ahli keluarga. Mungkin kerana kematian atau mungkin juga kerana kesilapan dirinya dia dinyahkan daripada keluarganya maka tinggallah dia seorang diri di bumi Allah ini.

Bagaimanakah dia akan meneruskan kehidupannya seorang diri?cuba kita letakkan diri kita ditempat dia adakah kita mampu menghadapi kehidupan yang akan datang sendirian? Oleh itu kita wajib bersyukur dengan apa yang kita ada,jika kita masih ada keluarga bersyukurlah, jika kita masih ada suami bersyukurlah,jika kita masih ada ayah dan ibu bersyukurlah. Buatlah yang terbaik untuk mereka agar kita mendapat kebahagiaan yang kita cari

Isnin, 15 Ogos 2011

dosa di bulan ramadhan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu di hari ke 16 kita berpuasa,semoga kita mendapat sesuatu hikmah daripada pensyariatan puasa,sesiapa yang berpuasa itulah tanda keimanan.tetapi baru tanda sahaja belum benar-benar beriman kerana ada aspek lain yang kita perlu lihat.

Kita cuba lihat di luar sana betapa ramai yang sanggup berpuasa sehingga kering-kering bibir dan pucat-pucat muka.Akan tetapi mereka tidak bersolat dan tidak berzakat.Apakah yang ada dalam hati mereka ini sebenarnya?adakah puasa itu sangat besar bagi mereka berbanding solat dan zakat?

Persoalan ini puas saya fikirkan beberapa hari ini mengapa umat Islam jahil ke tahap ini. Antara jawapan yang saya boleh kongsikan ialah manusia hanya mengambil syariat Allah s.w.t hanya yang bersesuaian dengan nafsunya.Mereka ini berpuasa hanya kerana nafsu bukan kerana Allah s.w.t. Mana mungkin kita berpuasa kerana Allah tetapi meninggalkan solat dan juga zakat

Sama-sama kita fikirkan....

Mengapa kita makin malas bila ramadhan semakin pergi

Asalamulaikum sahabat semua

Bagaimana puasa anda pada hari ini?adakah ianya semakin menambah keimanan atau anda semakin lemah dalam menjalani puasa tetapi nak bershopping terus bersemangat. Sebenarnya kita masih berlawan dengan nafsu kita sendiri walaupun di bulan ramadhan tidak ada lagi syaitan.

Pada pengamatan saya kita mempunyai penyakit yang sangat bahaya iaitu malas. Tambah-tambah dibulan ramadhan ini.Ramai yang menganggap bulan puasa meletihkan dan kita tidak mampu nak buat apa pun kerja.

Sebenarnya pendapat ini sangat salah kerana bulan ramadhan adalah satu tembok yang tinggi untuk kita daki agar kita dapat merentasinya dan apabila kita berjaya merentasinya kita adalah orang yang berjaya.Ingatlah bahawa bulan ini hanya datang sekali dalam setahun jika kita biarkannya dengan keletihan dan kemalasan maka rugilah kita.

Jumaat, 12 Ogos 2011

tekak perit

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada hari ini kita masih dapat meneruskan puasa pada hari ke 13 ramadhan. Semoga kita mendapat keampunan Allah s.w.t sehinggalah hari kematian kita. Bulan ramadhan kali ini mempunyai cabarannya yang tersendiri,salah satunya ialah kesihatan kita.

Apa yang saya perhatikan ialah ramai yang demam pada musim puasa ini,bagi imam-imam pula mengalami masalah tekak,suara menjadi serak dan tidak keluar suara.Itulah diantara perkara yang perlu kita hadapi bersama walaupun hujan tetapi bahang puasa tetap terasa sehingga ke tekak.

Nasihat saya banyakkan minum air suam daripada minum air yang manis supaya menjamin kesegaran tekak kita.Pengajaran yang kita dapat ambil ialah Allah s.w.t sentiasa menguji hambaNya walaupun dengan perkara yang ringan seperti sakit tekak.Kita sebagai hambaNya perlulah bersedia dengan apa jua cabaran yang akan dihidangkan kepada kita.Puasa adalah kesabaran dan kesabaran itu perlulah diuji.

Selamat berjuang

Khamis, 11 Ogos 2011

kita perlu tingkatkan kerja di bulan puasa

Asalamualaikum sahabat semua

Bagaimana puasa anda pada hari ini?saya mengharapkan agar puasa kita sama-sama mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum tetapi perkara-perkara yang ada kaitan dengan maksiat zahir dan batin.

Bulan puasa adalah bulan yang sangat berbeza daripada bulan yang tidak puasa. Bulan lain kita boleh makan pagi,tengahari,petang dan malam tetapi di bulan puasa kita hanya makan dari waktu magrib sehingga sebelum subuh sahaja. Ini menyebabkan ramai yang memberi alasan tidak larat bekerja kerana tidak ada tenaga disebabkan berpuasa.

Pemikiran seperti ini adalah satu pemikiran yang salah kerana apabila kita merujuk sejarah Islam, berlakunya peperangan dibulan ramadhan yang melibatkan kaum muslimin dan kuffar. Bilangan tentera muslimin pula adalah sedikit berbanding kuffar tetapi pada akhir peperangan umat Islam berjaya mendapat kemenangan walaupun tidak larat disebabkan berpuasa.

Di sini Islam mengajar betapa pentingnya aspek kerohanian daripada aspek fizikal, walaupun badan kita lemah tetapi roh kita kuat insyaallah apa sahaja kita akan dapat tempuh dengan cemerlang.Tingkatkan kecemerlangan hidup kita dengan amalan kerohanian agar hidup lebih tenang dan merasai nikmat bertuhan

Rabu, 3 Ogos 2011

lawan nafsu tidur

Asalamualaikum sahabat semua

Apa khabar iman anda pada hari ini,iman yang sangat sihat dan berada pada tahap yang terbaik dapat di kesan dengan banyak amal ibadat dan merasai kelazatan dalam beribadat.Bulan yang sedang kita tempuh adalah bulan yang perlu kita isi setiap saat dengan zikrullah dan ibadat kepada Allah s.w.t.Bermacam-macam offer yang diberikan kepada kita bagi mendapat kejayaan diakhirat kelak.

Ramai yang lembik apabila puasa dengan alasan tidak makan.Disaat inilah mata kita akan mengantuk teramat sangat.Adakah alasan puasa itu yang menyebabkan kita mengantuk sedangkan jika hari bukan puasapun kita mengantuk selepas makan.

Ini bermaksud mengantuk itu adalah dari diri kita sendiri bukan dari aspek puasa atau makanan yang kita makan.Nafsulah yang mengawal kita mengantuk atau tidak.Bukan tidak ada manusia yang tidak tidur di dunia ini,ada je cuma kita belum bertemu dengan mereka. Mereka adalah hambaNya yang sedang mabuk cinta kepadNya sehinggakan lupa kepada makan dan minum serta mengantuk.

Ayuh jangan mengantuk hari ini dan seterusnya barulah power^_^

imam pun malas

Asalamulaikum sahabat semua

Selamat menunaikan puasa,dan semoga puasa yang kita kerjakan mendapat keredhaan,kempunan dan menjadi penyebab kita bebas dari api neraka insyaallah.

Bagaimana ibadat taraweh anda?solat sunat taraweh sangat berbeza dari solat sunat yang lain kerana ianya hanya ada di bulan ramadhan sahaja.Oleh itu saya mengingatkan diri saya dan sahabat saya yang membaca blog ini untuk pulun habis-habisan dengan membuat 20rakaat solat sunat taraweh.

Semalam saya bertaraweh,akan tetapi ada sesuatu yang tidak menyenangkan.Iaitu tentang imam yang mengemudi solat sunat taraweh.Imam tersebut membaca sangat laju,rakaat pertama membaca setengah surah dan rakaat kedua membaca surah al-ikhlas. Dan yang paling mengantukkan jemaah suaranya sangat lemah seperti orang yang dipaksa untuk solat sunat taraweh.

Jadi saya mengingatkan agar semua imam-imam jalankan tugas anda dengan keikhlasan agar semua jemaah seronok berimamkan anda.Selamat berjuang!

Selasa, 2 Ogos 2011

ibadat atau duit

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih dapat bersua di blog saya ini yang ntah apa-apa, apa yang saya harapkan ialah ada sesuatu yang dapat kita kongsikan walaupun sebaris ayat.

Bulan puasa adalah bulan yang penuh dengan keberkatan terutamanya dalam aspek rezeki, baru sebentar tadi sahabat saya memberitahu bahawa rezekinya sangat murah dibulan ramadhan. Saya memang tidak menafikan kerana bulan puasa adalah bulan murah rezeki. Lihatlalah di masjid-masjid betapa banyaknya makanan yang dihidangkan sehingga kita tidak perlu untuk memikirkan apa juadah untuk dibeli.

Bagi peniaga bazar pula peluang ini amat dinantikan sehingga ada yang mengaut keuntungans ebanyak 20k sebulan dengan hanya menjual nasi lemak. Apatah lagi yang menjual makanan bertimbun-timbun untuk pelanggan.

Akan tetapi dalam kita merebut rezeki yang melimpah,kita terlupa bahawa ada lagi rezeki yang maha hebat iaitu pahala dan keampunan dari Allah s.w.t. Disamping kita mengejar rezeki jangan kita tinggalkan ibadah yang sepatutnya kita rebut.

Ahad, 31 Julai 2011

ramadhan kali ini bagaimana?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada hari ini kita masih dapat meneruskan kehidupan dengan satu lagi pentas yang menguji kita iaitu pentas Bulan Ramadhan.

Bagaimana untuk kita tempuh Ramadhan kali ini?mungkinkah kita akan mengharungi ramadhan dengan slumber sahaja tampa merasakan apa-apa atau kita akan merubah gerak kerja kita untuk mengharungi Ramadhan dengan ibadah sepenuh nya.

Ramadhan hanya akan bermakna jika kita tahu nilaiannya disisi Allah s.w.t. Jika kita tahu betapa besarnya pahala yang diberikan pada bulan ini saya yakin tidak ada satu detik pun kita tidak beribadat kepada Allah s.w.t.

Cuma yang sayangnya pahala itu hanya akan terlihat di akhirat nanti bukan di dunia ini. Jadi tambahlah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah s.w.t agar hati kita dapat melihat segala kehebatan dan keagungan Allah s.w.t.

Selasa, 26 Julai 2011

manusia yang rasa kebal akhirnya?

Asalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t atas nikmat iman yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita wajiblah kita mensyukurinya agar nikmat itu sentisa bertambah.

Satu pengajaran yang saya dapat semalam tentang perangai manusia yang tersangatlah pelik untuk saya kongsikan pada hari ini dengan sahabat semua. Ianya berkaitan dengan seorang hamba Allah yang menolak hukum Allah s.w.t. Beliau merupakan seorang yang berjiwa besar dan kehidupan pun sangat selesa kira kayalah tu. Akan tetapi setiap manusia akan pasti mengalami ujian sama ada yang berat atau pun ringan. Termasuklah hamba Allah ini, apabila ditimpa ujian tersebut maka terkeluarlah dari kata-kata beliau walaupun saya sudah terlanggar hukum biarlah saya yang menanggungnya walaupun itu hukum daripada ALLAH s.w.t.

Cuba sahabat-sahabat semua bayangkan betapa lemahnya iman kita disaat ini sehinggakan hukum ALlah s.wt dipermain dan diperlekehkan oleh hambaNya yang tidak memiliki apa-apa. Kita sebagai hambaNya perlu akur jika kita membuat kesalahan kita perlu dihukum agar di akhirat sana kita tidak menanggung siksa yang lagi pedih.

Ahad, 24 Julai 2011

jangan kita susah untuk mengucapkan terimakasih

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun seminggu sudah kita tidak bertemu tetapi hari ini kita dapat bertemu dengan keizinan dariNya. Bagaimanakah keadaan iman kita disaat ini?jangan risau jika iman kita dalam keadaan yang lemah kerana hakikat iman itu bertambah dan berkurang.Hanya iman para nabi dan rasul sahaja meningkat dari sehari kesehari dan hanya iman malaikat sahaja yang statik.

Ucapan terimakasih adalah ucapan yang sangat mudah sebenarnya tetapi susah untuk kita ucapkan.Banyak perkara yang menyebabkan kita susah dan payah untuk mengucapkan terimakasih. Salah satunya kita bersa ego dengan diri kita sendiri dengan merasakan diri kita hebat dengan usaha yang kita lakukan.Apabila kita sedar usaha kita bukan atas daya kita maka mudahlah untuk kita mengucapkan terimakasih tidak kira siapa dia.

Walaupun yang membantu kita itu hanya anak kita sendiri atau pekerja bawahan kita sendiri cubalah untuk mengucapkan terimakasih kesannya anda akan dikasihi dan disayangi bahkan nikmat akan bertambah dengan izin Allah s.w.t.

Rabu, 13 Julai 2011

emosi kita sangat bahaya

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat merasai nikmat hidup pada hari ini, sebaiknya kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang emosi. Kita sentiasa dengar tentang sifat-sifat manusia yang bermacam-macam ragam,kadang-kadang marah, kadang-kadang gembira, kadang-kadang bersedih.

Akan tetapi emosi yang paling parah adalah emosi marah. Marah jika kena pada tempatnya tidak mengapa tetapi jika tersalah tempat maka akan membahayakan diri kita dan sesiapa yang berhadapan dengan kita.Kesan kepada diri kita orang akan memandang rendah dengan diri kita kerana marah sebenarnya menunjukkan kelemahan kita kepada orang lain.

Selan daripada itu jika kemarahan kita itu melampaui batasan akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada sesiapa yang kita marah,motivasinya akan jatuh dan mungkin dia akan terus begitu kerana merasakan dirinya sangat lemah.

Kita boleh marah,tetapi kerana Allah dan berjaga-jaga kerana marah itu adalah api syaitan

Selasa, 12 Julai 2011

kita jadi gila apabila?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu di pagi rabu yang serba dingin ini dan di tempat saya berkumandang di masjid terdekat alunan ayat-ayat al-quran dan saya yakin ada insan yang telah kembali kepada Allah s.w.t pada hari ini.Kematian terjadi setiap saat dan merata tempat.Mati adalah satu kepastian dan permulaan hidup bagi kita.

Putaran hidup kita akan saling bersandar antara satu sama lain, kita perlukan ayah dan ibu untuk lahir kedunia dan ayah dan ibu perlukan kita untuk meneruskan keturunan mereka. Peniaga perlukan pelanggan untuk membeli segala apa yang mereka jual. Doktor perlukan pesakit untuk membeli segala ubatan dan perkhidmatan begitu juga dengan cikgu yang memerlukan murid-murid untuk mereka mengajar.

Akan tetapi satu perkara yang kita perlu ingat, jangan kita 100% bergantung dengan manusia. Kerana kita perlu bergantung 100% pada Allah s.w.t. Jika pergantungan kita pada manusia atau makhluk maka kita akan kecewa setiap saat dan setiap detik.Jadi saya tidak mahu kita semua kecewa.Ayuh Allah bersama kita setiap saat dan tarikan nafas kita.


Ahad, 10 Julai 2011

susahnya menerima kematian

Asalamulaikum sahabat semua

Saya mengharapkan sahabat semua dalam keadaan yang sangat baik dari segi fizikal mental dan spiritual tetapi yang perlu kita beratkan adalah spiritual kerana jika spiritual kita lemah tetapi fizikal kita kuat juga sebenarnya tidaklah bagus untuk kehidupan dunia dan akhirat kita kerana manusia yang selalu sihat dari segi fizikal akan lupakan Allah s.w.t dan jika dia sakit barulah hendak menyebut nama Allah s.w.t.

Setiap yang bernyawa akan merasai kematian ini bukanlah cakap penceramah tetapi ini adalah Kalam Allah s.w.t. Maka kita perlulah sedar dan yakin kita semua akan merasai saat kematian kita dan kembali ke sisi Allah s.w.t.

Cuba lihat diri kita dan tanyakan diri kita "adakah aku sudah bersedia untuk mati?" hati anda akan menjawab dan jawapan itu perlulah di bezakan dengan apa yang sedang anda usahakan sekarang.Adakah mengejar duit itu persiapan untuk kematian? adakah dengan meratapi pemergian insan yang tersayang itu adalah tanda kita meyakini kematian?

Ayuh sahabat semua,kematian adalah motivasi terindah buat seorang muslim.Jangan biarkan diri kita kesedihan kita menghadapi kemataian.Bayangkan kita sedang dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan pasti kita terus memecut untuk membuat persiapan kematian diri kita sendiri.

Anda berubah?satu kejayaan buat saya^_^

Khamis, 7 Julai 2011

anda cakap dan anda buat

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah di pagi jumaat yang penuh keberkatan ini kita masih diberi peluang untuk bersua dangan satu niat berjumpa dan berpisah kerana Allah s.w.t semata. Perjalanan hidup kita jika dimulakan dengan zikrullah insyaallah keseluruhan kehidupan kita pada hari ini pastinya dalam keadaan mengingati Allah s.w.t

Manusia yang akan dihormati adalah manusia yang bercakap dan lakukan apa yang mereka cakapkan. Allah s.w.t telah mengingatkan manusia di dalam Al-Quran tentang betepa Allah s.w.t melaknat sesiapa yang bercakap tetapi tidak melakukannya.

Zaman kini lebih banyak manusia yang bercakap tetapi tidak melakukannya, menyuruh kepada kebaikan tetapi diri sendiri membenci kebaikan.Apabila manusia melihat perbuatan seperti ini sudah pasti golongan ini tidak akan dihormati oleh masyarakat dan seterusnya mendapat laknat daripada Allah s.w.t.

OLeh itu saya menyeru kepada semua sahabat kita sama-sama bercakap(dakwah) dan mengamalkan setiap apa yang kita sampaikan kerana para sahabat dahulu beramal setiap ayat Al-Quran yang turun dan barulah disebar-sebarkan.Semoga anda lebih bersemangat menempuh hari ini.

Isnin, 4 Julai 2011

jangan melihat siapa yang bercakap

Asalamualaikum sahabat semua

Allah s.w.t telah memebrikan kita pelbagai nikmat yang kita tidak dapat menghitungnya. Nikmat ini manusia tidak pernah perasan, manusia hanya perasan tentang hajatnya yang belum dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Jarang sekali manusia akan bersyukur atas nikmat pekerjaan yang diperoleh,nikmat isteri dan anak-anak serta nikmat menyedut udara dengan tanpa bayaran sesen pun.

Allah s.w.t telah menetapkan ada satu golongan yang sentiasa akan memberikan nasihat dan pengajaran kepada sesama manusia.Contoh yang mudah kita lihat penceramah yang berceramah segenap ceruk bumi Allah s.w.t semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Apabila mati seorang maka akan diganti dengan pendakwah yang lain,begitulah seterusnya.

Akan tetapi ada satu persepsi manusia dimana mereka hanya melihat siapa yang bercakap dan tidak melihat apa yang dicakapkan itu.Oleh itu berlakulah ketidak adilan dalam penyebaran ilmu.Seorang tukang sapu tidak akan ada siapapun yang mendengar percakapannya kerana pekerjaannya yang hina dipandangan manusia.Begitu juga seorang pak guard yang menjaga sesebuah taman atau banggunan,tidak ada siapa yang akan mendengar percakapannya kerana status pekerjaannya.

Kita perlu ingat bahawa ilmu itu tidak mengenal siapa yang membawanya, kekadang satu ilmu itu hanya ada pada seorang sahaja di dunia ini dan dia adalah seorang penyapu sampah. Jadi kita sebagai seorang hamba Allah s.w.t perlu ada satu perasaan iaitu dengar apa yang disampaikan dan jangan lihat siapa yang menyampaikan.

Ahad, 3 Julai 2011

anak adalah aset kita

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pujian bagi Allah s.w.t yang telah mengizinkan kita untuk meneruskan kehidupan atas tiket sebagai seorang hamba.Perjalanan pagi isnin ini kita mulakan dengan bismillah.... dan pada akhirnya sama-sama kita mengucapkan syukur.

Baru-baru ini saya telah mengikuti satu program yang melibatkan anak-anak yang berumur daripada 9 tahun sehinggalah belasan tahun.Mereka ini adalah anak-anak staf di sebuah komuniti yang tidak asing di gombak. Saya sangat teruja apabila dijemput untuk mengikuti program ini selain diberi mandat untuk menjadi tenaga pengajar sepanjang program tersebut.

Pada mula perhatian saya program ini tidak mendapat sambutan kerana iainya adalah program agama bukannya program hiburan,tetapi jangkaan saya meleset kerana seramai 150 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program tersebut.Alhamdulillah satu permulaan yang sangat baik.

Program pada hari pertama melibatkan teori dan praktikal dalam melakukan solat, cara-cara bersuci dan juga aturan melakukan solat.Sepanjang program berjalanan saya melihat perilaku anak-anak tersebut tidak kira kecil atau besar.Pertama sekali apa yang saya lihat mereka sangat susah untuk mengikut arahan. Setiap arahan akan diulang sebnayak 3kali atau lebih, bagaimana pula ketika mereka di rumah?adakah mereka mendengar segala perintah ibu bapa mereka?

Pemerhatian saya yang kedua ialah mereka ini tidak ada ilmu agama yang asas seperti solat,whudu dan tayamum.Ilmu ini perlu diajar oleh ibu dan ayah mereka tetapi apa yang saya lihat mereka tidak mengajar mereka bahkan ada seorang anak ustazah tidak tahu bacaan dalam solat alangkah sedihnya....

Jadi kita sama-sama fikirkan...apakah ganerasi sekarang ini mampu membawa Islam ke mata dunia atau mereka inilah yang akan menghancurkan Islam.

Rabu, 29 Jun 2011

fikiran kolot manusia

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan semangat yang semakin kuat untuk mengharungi kehidupan yang sangat mencabar.

Kita sebagai manusia mempunyai berbagai perasaan dan jangan anda tidak tahu perasaan negatif adalah perasaan yang sangat mudah menguasai kita. Kerana apa? perasaan negatif adalah perasaan yang wujud daripada hasutan syitan yang inginkan kita jauh daripada Allah s.w.t.

Banyak perkara yang kita negatif sebelum melakukannya, contohnya seperti menjawat jawatan yang lebih tinggi.Kita akan di momok oleh rakan-rakan bahawa berjawatan tinggi akan menyebabkan kita memikul tanggungjawab yang sangat besar.Kita belum melakukannya lagi tetapi sudah termakan dengan kata-kata negatif kawan-kawan dan akhirnya kita hanya ditakuk lama.

jadi apa sahaja perkara baru dalam hidup anda teruskan dan lakukan jangan dilayan perasaan takut itu kerana takut itu datangnya daripada syaitan.

untuk Allah dan untuk manusia

Asalamualaikum sahabat semua.

Saya mendoakan anda semua agar sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Pendek sahaja pertemuan kita pada hari ini, saya cuma ingin berkongsikan sesuatu iaitu tentang Allah dan manusia. Kita sebagai manusia sangat segan dan takut dengan manusia juga terutama yang memegang prosedur dan undang-undang.Kita sangat takut melanggarnya sedangkan dengan perintah Allah s.w.t kta buat tidak endah. Kita mengutamakan makan daripada mengutamakan waktu solat. Kita mengutamakan prosedur daripada ibadat sunat yansangat besar pahalanya. Kita sama-sama fikirkan

Selasa, 21 Jun 2011

TIPS MENJUAL PRODUK

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu pada hari selasa ini dengan matlamat untuk buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan.

Jika anda seorang usahawan ada sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, atau mungkin juga ada diantara sahabat yang membaca blog ini baru ingin merancang untuk memulakan bisnes. Perkara yang kita perlu ingat dan abil perhatian apabila sudah ada benda untuk dijual adalah kemana kita akan menjual.

Ramai yang sangkut kepada siapa dia hendak menjual produk mereka kerana tidak ada ilmu atau malas untuk berusaha.Perkara pertama untuk anda fikirkan ialah produk tersebut mendapat permintaan tinggi pada golongan mana? Jika produk anda adalah produk kecantikan maka anda tidak boleh menjual produk di majalah kereta atau majalah robot kerana mereka yang membaca majalah tersebut meminati robot dan kereta.

Begitu juga produk seperti makanan kesihatan, perlulah dijual kepada mereka yang mempunyai peratusan yang banyak boleh membeli produk anda.Untuk hari ini fikirkan siapa yang akan membeli produk anda.Jumpa lagi^_^

Ahad, 19 Jun 2011

pegangan seorang pejuang hidup

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Tuhan Sekelian alam yang telah menunjukkan kepada kita hasil seninya melalui penciptaannya.Kita haruslah berfikir setiap apa yang telah Allah s.w.t ciptakan agar kita merasai jiwa sebagai hamba.

Satu lagi perkongsian untuk sahabat semua iaitu tentang seorang hamba Allah s.w.t yang merantau jauh dari negaranya semata-mata mahu meneruskan hidup sebagai manusia dan sebagai hamba Allah s.w.t. Apa yang menarik yang saya dapat dari beliau adalah satu rahsia bagaimana mengharungi kehidupan ini.

Katanya ramai kawan-kawannya yang merungut susahnya bekerja kerana pekerjaan dikalangan mereka ini sememangnya berat dan memerlukan tenaga yang sangat perit. Beliau menyatakan tidak ada satu pekerjaan pun yang berat jika hatinya sihat dan tenang. Saya terpaku apabila mendengar kata-kata beliau yang saya kenal sememangnya menjaga solat dan mengajar anak-anak belajar mengaji sebelah malamnya. Apabila hati tenang maka apa juga pekerjaan pasti mudah dan ringan.Saya kagum dengan insan ini dan kita harus mencontohinya untuk memiliki hati yang tenang dan sihat.

Jumaat, 17 Jun 2011

isteri yang berjaya

Asalamaulaikum sahabat semua

Selamat hari jumaat saya ucapkan, semoga hari ini kita tambahkan pahala dan kurangkan dosa semoga jiwa kita tenang dan kehidupan kita semakin positif.

Jika anda seorang isteri kejayaan anda hendak di ukur melalui apa?adakah jika anda dapat handle semua kerja rumah,anak-anak dan suami anda dikira sebagai manusia yang berjaya?jawapan yang ada pada saya tidak. Itu bukanlah kejayaan yang sebenar bagi seorang isteri.

Kejayaan seorang isteri adalah apabila dia berupaya meletakkan Allah s.w.t dan Rasulullah sebagai segala-galanya berbanding perkara yang lain. Selepas itu mendapat keredhaan suaminya maka barulah layak isteri tersebut mendapat gelaran sebagai seorang ISTERI.

Saya menyeru kepada semua isteri jadikan Allah s.w.t sebagai segla-galanya dan suami anda sebagai tempat anda mendapat syurga.Syurga itu tersangat indah berbanding dunia yang penuh kepura-puraan,tetapi dengan dunia juga kita boleh mendapat kejayaan diakhirat.

Selasa, 14 Jun 2011

sumai yang berjaya

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat bersama dalam pertemuan di alam maya. Kita gunakan teknologi yang ada untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Jika ada pembaca blog ini bergelar suami, soalan yang saya ingin ajukan ialah apakah anda telah berjaya menjadi seorang suami?seorang suami yang berjaya bukan yamg memiliki aset berjuta atau boleh memenuhi setiap apa yang dikehendaki oleh isteri dan anak-anak. Akan tetapi kejayaan suami terletak kepada sejauh mana dia dapat mendidik isteri dan anak-anak menjadikan Allah s.w.t adalah matlamat hidupnya.

Para suami perlu mendidik isteri agar bergantung kepada Allah s.w.t semata, bukan bergantung kepada suami. Memahamkan isteri bahawa perkahwinan adalah untuk mendapatkan redha Allah s.w.t dan mengikut sunnah.Sekiranya isteri anda telah mendapat Allah s.w.t sebagai matlamat hidupnya insyaallah kita akan bersamanya diakhirat akan tetapi sebaliknya jika isteri mengharapkan suami,bergantung kepada suami maka belum tentu kita kan berjumpa dengannya diakhirat.

Suami yang hebat adalah suami yang disayangi Allah s.w.t.

Ahad, 12 Jun 2011

rezeki bukan pada apa yang kita usahakan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu untuk berkongsi tentang kehidupan. Sedarkah kita bahawa rezeki, ajal maut dan jodoh telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak kita di alam roh lagi. Ramai dikalangan kita yang telah tersalah faham tentang rezeki. Ada yang mengatakan rezeki perlu di usahakan barulah dapat sedangkan Allah s.w.t telah menyetakn dalam Al-Quran sesiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t akan dibukakan jalan rezeki tanpa disangka-sangka.

Tidak salah kita bekerja atau berniaga tetapi keyakinan yang perlu ada dalam hati kita ialah Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada kita, dan pekerjaan yang kita buat adalah sebagai asbab sahaja untuk kita mendapatkan rezeki.Banyak kisah yang saya dengar tentang hambaNya yang mendapat rezeki tanpa terduga oleh mereka sendiri, inilah kekuatan seorang yang beriman.... Taqwa adalah kekayaan yang abadi....

Khamis, 9 Jun 2011

pesanan kepada pendakwah

Asalamualikum sahabat semua

Hari ini adalah hari yang penuh berkat dan jangan tinggalkan hari ini dengan sia-sia ok?

Jika anda seorang pendakwah tidak kira apa pentas anda saya nak kongsikan beberapa perkara.

pertama : anda perlu masuk semua golongan untuk mengetahui bagaimana cara pendekatan untuk memasukkan elemen agama dalam golongan tersebut kerana setiap golongan mempunyai cara yang berbeza dari segi kefahaman dan kebiasaan.

kedua : anda perlu sedikit pengorbanan dalam menyelusuri satu-satu golongan kerana kebanyakannya akan berbeza totally dengan apa yang kita ingin sampaikan.Jadi jangan cepat mengalah dan doalah kepada Allah s.w.t agar urusan kita dipermudahkan dan orang yang kita hendak dakwah mendapat taufik dan hidayah

Semoga dapat membantu para pendakwah

Rabu, 8 Jun 2011

ayahku seorang penjual burger

Asalamualaikum sahabat semua

Allah s.w.t Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia yang mengatur segala gerak geri kita dan dengan izinNya jua kita melakukan apa sahaja.

Berapa ramai anak-anak di sekolah atau di IPTA atau IPTS yang berani mengaku ayahnya seorang peniaga jalanan walaupun hakikatnya ayahnya adalah peniaga jalanan. Mereka tidak berani mengaku terutamanya anak-anak yang telah besar kerana bagi mereka peniaga jalanan adalah satu pekerjaan yang memalukan.

Padahal mereka tidak sedar duit yang mereka dapat daripada ayah mereka yang menjaja ditepi jalanan itulah yang membuatkan mereka selesa belajar di tempat mereka menuntut ilmu. Bukan sahaja anak-anak yang memandang rendah pada penjaja tetapi termasuklah masyarakat kita pada hari ini.

Kita perlu tahu bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada berniaga,apa maksudnya? maksudnya ialah 1/10 itu ialah orang yang makan gaji dan 9/10 itu adalah golongan yang berniaga.Kita perlu ubah pemikiran daripada makan gaji goyang kaki dalam office kepada terjum ke alam dan kehidupan seorang peniaga.Bagi saya berniaga adalah kehidupan,rezeki berkat dan kenal erti kehidupan yang sebenar.

Selasa, 7 Jun 2011

asal ujian adalah tidak ada

Asalamualikum sahabat semua

Bagaimana kesihatan iman pada hari ini? semoga ianya semakin sihat dan membesar dengan baik dan teratut.Iman ini sifatnya meningkat dan menurun tetapi jika dididik dan diasuh mengikut kaedah Islam yang sebenar insyaallah kita berjaya menjadi hambaNya yang dekat padaNya.

Kita semua ada ujian yang perlu diselesaikan, tidak kira besar mana ujian tersebut perkara yang kita perlu ingat ialah ujian tersebut adalah daripada Allah s.w.t.

Perkara kedua yang saya sangat pegang sehingga kini ialah setiap masalah asalnya adalah tidak ada, jadi yakinlah bahawa masalah kita akan selesai dan tidak ada lagi satu hari nanti. Bila saatnya itu sahaja persoalannya.

Sabtu, 4 Jun 2011

zulaikha dan nabi yusuf alihissalam

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita bertemu di hari ahad yang penuh dengan kemalasan,anda begitu ke?hehehe harap-harap janganlah sampai malas tahap bangun pukul 12 tengah hari ye.

Hari ini saya mulakan dengan pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan walaupun ada econsave yang agak save tetapi saya masih memilih pasar pagi kerana harganya yang boleh tahan dan yang pasti ialah kesegarannya terjamin tanpa bahan pengawet.

Macam hari-hari yang sebelum ini saya suka membeli akhbar perdana setiap minggu keran pengisiannya sempoy dan tidak melalut sangat.Lagipun akhbar ni nipis mudah saya nak baca hehehe.Ada sesuatu yang mengejutkan dalam akhbar tersebut yang menceritakan perihak anak muda yang terlibat dengan zina.

Apa yang lebih membuatkan saya tertarik bahawa perempuan tersebut yang memulakan aksi panas, bukannya lelaki. Semuanya berpunca daripada menyaksikan video lucah setiap hari sehinggakan gian untuk menontonnya.Sebenarnya menonton video lucah adalah satu perbuatan yang sangat hebat kesannya kepada kita dan juga kesannya pada akhirat kita. Boleh tambah ilmu anda dengan melawat blog ini http://penawaronani.blogspot.com untuk mengetahui bencana daripada menonton video lucah dan kesan onani.

Saya amat bimbang apa akan terjadi sekiranya gejala ini semakin berleluasa. Tidak takutkah kita jika yang terlibat itu adalah anak kita sendiri? jom fikir dan buatlah sesuatu

Jumaat, 3 Jun 2011

2 hari manusia akan diraikan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bertemu dan berkongsi pengalaman kehidupan. Hari ini adalah hari cuti dan kebanyakan kita akan bergerak ke tempat-tempat kenduri kawain kan?^_^

OK,disamping anda hendak keluar menambah pahala tu jom kongsi tajuk yang saya nukilkan diatas.Bilakan manusia akan diraikan tanpa dipinta? ada dua hari dimana manusia kan diraikan tanpa kita sendiri minta.Semua orang akan mengalaminya tidak kira kaya atau miskin.

Pertama sekali adalah ketika kita kawin, kita akan diraikan orang satu kampung atau taman dan lebih hebat satu dunia kita akan diraikan kerana orang yang bernikah ini dikatakan raja sehari. Bayangkanlah jadi raja sehari,tak ke seronok?dunia ini ana yang punya hehehe.

Yang kedua adalah disaat kematian kita, semua orang tidak akan dapat lari dari kematian. Apa pun dia tetap akan mati,inilah penghujung kehidupan kita. Lahir dengan tangisan dan akhir hidup kita juga akan ditangisi. Orang kampung atau taman akan menguruskan kita daripada memandikan sehinggalah kita dibawa ke kubur untuk disemadikan.

Inilah realiti kehidupan kita semua, dua sahaja tangisan dan kegembiraan.

Rabu, 1 Jun 2011

berkat surah yasin

Asalamualaikum sahabat yang saya kasihi

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu pada hari ini dengan perkongsian sesuatu yang baru daripada saya dan saya juga amat berharap ada sahabat pembaca blog ini yang berkongsi pengalaman dengan saya.

Kita biasa mendengar bacaan yasin setiap waktu malam jumaat dan akan bergema bacaan yasin sekiranya ada kematian atau seseorang yang sedang nazak. Sebenarnya fadhilat atau kelebihan surah yasin ini sangat besar jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai bacaan dimana sahaja dengan hajat tertentu.

Sesiapa yang lapar akan diberi makanan, sesiapa yang tidak ada pakaian akan diberikan tempat tinggal, sesiapa yang tidak ada baju akan diberikan baju. Begitu hebat sekali kelebihan membaca surah yasin ini. Jadi sama-sama kita jadikan surah yasin ini sebagai surah yang menjadi wirid kita seharian. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

Selasa, 31 Mei 2011

apa yang anda buat di dalam kereta?

Asalamualaikum sahabat semua

Posting sebegini pernah saya kongsikan cuma ada lagi penambahan, semuanya berdasarkan pengalaman sebenar seharian saya. Apa yang saya lihat boleh kata setiap hari kita menghabiskan masa hampir 5jam di dalam kereta sahaja. Apatah lagi jika duduk di KL bumi paling busy di malaysia hehehe.

Kebanyakan daripada kita lebih suka berbual kosong, mendengar radio berceloteh sampai letih atau sms dengan sesiapa sahaja.Cuba fikirkan sejenak berapa banyak masa kita telah terbuang dengan perkara yang sia-sia sahaja.Maksud saya apa yang kita lakukan tidak mendatangkan pahala, bayangkan saat kematian kita adalah di dalam kereta sedangkan kita tengah mendengar radio atau tengah memaki orang yang potong que...

Akhir kalam kita adalah kata maki atau perkara terakhir yang kita dengar adalah lagu cinta bandar tasik selatan...adakah ini kesudahan kita sebagai hambaNya yang mengaku beriman denganNya?

Kita perlu berubah kepada yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih kekal abadi, isilah setiap saat kita dengan menyemai kasih dengan pencipta kita, sebutlah namaNya lebih dari nama insan yang kita sayang, pujilah Dia lebih dari pasangan kita keran Dialah kekasih kita yang abdi

Jumaat, 27 Mei 2011

perang saraf melalui television

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada cuti hujung minggu ini kita masih lagi dapat berkongsi tentang kehidupan, belajar sesuatu pada hari dan kita kongsi bersama di dalam blog ini.

Guru saya sering berpesan janganlah tengok tv, saya sering berfikir mengapa tidak boleh sedangkan tidak semua rancangannya berunsurkan maksiat. Saya mengkaji apakah yang dimaksudkannya meninggalkan tengok tv itu.

Cuba anda lihat orang yang menonton tv, apa yang sedang dilakukannya selain memandang tv? sebenarnya orang yang menonton tv sedang berimaginasi, ataupun berangan dengan apa yang dilihatnya. Apabila melihat adengan yang sedih dia menangis dan jika adengan yang lawak dia akan gelak. Cuba fikirkan apakah berbuatan ini adalah satu perbuatan orang yang waras mindanya? sedangkan apa yang dilihat hanyalah rekaan semata.

Kanak-kanak yang melihat kartun merupakan satu perlakuan yang sangat bahaya kerana apa yang mereka lihat adalah tipu semata bahkan tanpa sedar ada dimasukkan perkara yang merosakkan akidah seperti superman yang kuat, ulttaman sebagai penyelamat dunia dan sebagainya.

Lihat?betapa bijak orang barat dan yahudi menipu kita hanya dengan menghantar televisiom kepada kita.Sedarlah bahawa ibadat kepada Allah s.w.t adalah tugas kita di dunia dan bukanlah tempat kita berangan sesuatu yang tidak mungkin seperti yang digambarkan dalam tv.

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

bos baru cara kerja pun baru

Assalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua dalam blog ini, semoga ada perkara baru yang anda dapat belajar daripada blog ini.

Apabila kita bekerja, maka akan ada orang di atas kita selaku penyelia yang akan menyelia segala kerja yang kita lakukan.Apa yang saya lihat ialah setiap kali pemimpin baru atau bos baru yang mengemudi sesuatu unit,cawangan ataupun syarikat maka cara nya akan pasti berbeza dengan bos yang sebelumnya.

Jadi akan timbul pelbagai masalah dalam sesi kita menyiapkan kerja. Mungkin prosedur kerja akan berubah atau undang-undang yang ada dalam syarikat itu berubah. Bagaimana untuk kita atasi masalah sebegini?

Kita sebagai pekerja bawahan perlulah mengikut apa sahaja rentak orang atasan kita bagi mengelakkan kita melanggar disiplin yang telah ditetapkan.Segala prosedur baru seharusnya kita ikut kerana kita adalah orang bawahan.Apabila kita dapat terima semua perubahan kita akan jadi lebih tenang.Berbeza dengan kawan-kawan kita yang asyik memberontak dengan arahan dan perubahan yang baru.

Minda sihat...badanpun insyaallah sihat..

Rabu, 25 Mei 2011

tiga perkara penting

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih disini dan akan terus buat yang terbaik untuk Allah s.w.t untuk diri dan juga insan sekeliling kita.

Setiap hari kita mengalami banyak perkara baru dimana ada perkara yang memerlukan kita membuat keputusan.Mungkin kita akan dapat satu info atau berita pada hari ini dan memerlukan kita memberikan satu pendapat atau keputusan.

Dalam kita hendak mengeluarkan satu-satu keputusan atau menerima sesuatu berita, kita perlu berlandaskan kepada beberapa perkara. Yang pertama ialah ilmu, dalam membuat satu-satu keputusan kita mestilah berlandaskan kepada ilmu yang kita ada dan bukan berlandaskan kepada nafsu.

Landasan yang kedua anda perlulah bertanya kepada yang pakar dalam bidang tersebut kerana kepakaran mereka melebihi ilmu yang kita ada. Selepas meneliti kedua-dua aspek maka anda bolehlah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang sedang anda hadapi.

Ramai yang tersilap dan mendapat dosa hasil daripada hanya mendengar, tidak berlandaskan ilmu atau bertanya pakar.Jadi bagi mengelak kita sama-sama terjebak dalam fitnah yang sangat halus perlulah kita melakukan sesuatu itu berlandaskan ilmu dan juga bertanya.

Isnin, 23 Mei 2011

siapakah tuhan?

Asalamulaikum sahabat semua

Kita berada pada hari selasa, alhamdulillah kita masih lagi meneruskan kehidupan kita seperti semalam. Nikmat inilah yang mahal,iaitu kehidupan.Kita masih berpeluang untuk beribadat dan buat yang terbaik untuk semua.

Saya melihat sekeliling saya dan menyelami diri saya.Persoalan yang timbul dalam benak saya ialah ramai yang tercari-cari siapakah tuhan?mengapa saya berkata sedemikian kerana manusia sekarang bergantung kepada benda dan bukannya kepada tuhan.Tidak pecaya?lihat manusia disebelah anda, apa yang sedang dilakukannya...membaca paper?tanya dia dah baca quran pagi ni? atau ada yang sedang mengelamun kerana berfikir ada ot ke tak hari ni, kerana bulan ni banyak hutang nak dibayar.Tanya padanya tidak cukupkah gaji dan apa yang Allah s.w.t sediakan untuk kita.Lupakah kita siapakah yang mengatur rezeki kita.

Zaman ini dan saat ini saya melihat manusia bertuhankan duit dan kekayaan, kesilapan ini amatlah besar kerana aqidah kita agak goyang sedikit semata-mata kerana duit yang kita kejar.
Jangan biarkan perkara ini mengawal diri kita wahai sahabat, ubahlah kekayaan duit itu kepada kekayaan hati itu lebih beerti....

anda berubah?satu kejayaan buat saya^_^

Ahad, 22 Mei 2011

kematian sebagai motivasi

Asalamualikum sahabat semua

Kita mulakan hari isnin ini dengan perasaan yang ceria dan gembira, kalau nak gelak pun takpe kalau nak senyum saje pun takpe asalkan dengan niat untuk menggembirakan diri dan menyegarkan diri.Al maklumlah hari isnin adalah hari kita semua baru nak panaskan enjin hehe

Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan berlakunya kejadian tanah runtuh di hulu langat yang membabitkan sebuat tempat jagaan anak-anak yatim. Disebabkan kejadian tersebut berlakunya kematian beberapa orang penghuni pusat asuhan tersebut.

Apa yang saya perhatikan banyak kesan positif daripada kejadian tersebut dari sudut yang positif, ramai yang mengucapkan tahniah kerana anak-anak mereka yang telah meninggal itu akan membela mereka diakhirat kelak. Tangisan itu perkara biasa apabila bersedih, dan jauhi meratap.

Saya pernah bertemu dengan insan-insan yang tehap imannya sangat tinggi, pemikiran mereka hanya berkisar tentang akhirat sahaja sehinggakan aspek kematian adalah satu motivasi dan saham bagi mereka diakhirat kelak. Mereka menganggap kematian anak yang kecil adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana anak-anak itulah yang akan membela mereka dengan syarat ada perasaan redha.

Semoga berjumpa dihari esok^_^

Sabtu, 21 Mei 2011

dugaan sebagai peniaga makanan

Asalamualikum sahabat semua

Hari ini adalah hari kita untuk bersantai bersama kawan-kawan bagi yang bujang dan bersama keluarga bagi yang sudah berkeluarga. Masa hujung minggu jangan kita sia-siakan dengan perkara yang tidak memberi faedah seperti tidur sampai ke petang atau menonton wayang sahaja tambah-tambah lagi cerita yang tidak berfaedah, tonton filem nur kasih kira ok la tu^_^

Semalam saya bertemu dengan seorang makcik yang berniaga di tepi simpang masuk jalan tempat saya bekerja. Saya hanya oder secawan teh o untuk mengeringkan tekak yang kehausan. Sampai sahaja pesanan air tu makcik yang menjadi bos di gerai makanan tersebut memulakan boraknya dengan mengadu kepada saya tentang pekerjanya yang suka menyebar fitnah dan menjatuhkan air muka bos nya sendiri.

Yang terbaru ialah tentang seorang pelanggan yang menegur pekerjanya itu tentang darah yang terdapat pada ayam yang telah di goreng, apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah pekerja tersebut tidak dapat menerima teguran tersebut malahan memarahi pelanggan itu dengan kata-kata yang kasar. Apa yang berlaku amat menyedihkan bos pekerja tersebut, maksud saya akak yang bercerita pada saya tu lah. akak tersebut boleh menerima teguran pelanggan kerana baginya pelanggan its always right... fuh dasyat makcik ni boleh speaking london^_^

Saya yakin ramai peniaga makanan yang mengalami masalah seperti ini, tambahan lagi pekerja yang memang tidak mengetahui skill sebagai peniaga dan pekerja di sebuah kedai makan. Oleh itu saya sarankan bos-bos kedai makanan memberikan pesanan kepada pekerja agar menerima sahaja apa pun teguran daripada pelanggan.

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

Jumaat, 20 Mei 2011

al-quran sebagai bahan bacaan utama

Asalamualaikum sahabat yang saya sayangi sekalian

Alhamdulillah pujian bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang meciptakan segalanya tanpa sia-sia walaupun pada mata kita sebagai manusia ada juga makhluk Allah s.w.t yang kita katakan sebagai sia-sia.Itulah Allah s.w.t yang Maha Bijaksana berbanding kita yang tersangatlah bodohnya dalam berfikir.

Manusia hanya mahu berfikir mengikut kehendak hawa nafsunya, jarang ada manusia yang mahu berfikir mengikut landasan yang Allah s.w.t telah tetapkan.

Pada hari ini saya ingin kongsikan tentang bahan bacaan umat Islam yang utama iaitu Al-Quran, yang merupakan wahyu teragong yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w yang kita cintai. Ayat pertama yang diturunkan adalah surah al-alaq ayat 1 hingga 5. Mengapa permulaan wahyu itu menyarankan agar kita sebagai hambaNya membaca? Betapa pentingnya membaca sehinggakan Allah s.w.t telah memberikan muqaddimah Al-Quran dengan perintah membaca.

Jadi apa yang perlu kita baca? surak khabar? komik?novel? jawapannya mudah sahaja, sudah pasti Al-Quran yang perlu kita utamakan. Kita berbelanja banyak untuk membeli surat khabar setiap hari sedangkan Al-Quran hanya perlu beli sekali. Saya sarankan agar sahabat semua istiqamah membaca satu muka surat Al-Quran setiap hari beserta dengan terjemahan. Kesannya sangat besar, melalui pengalaman saya segala masalah dalam hidup terjawab dengan Al-Quran.

Selamat beramal....anda berubah?satu kejayaan buat saya^_^

Khamis, 19 Mei 2011

melihat sesuatu jangan dari zahirnya sahaja

Asalamualaikum sahabat semua

Hari jumat adalah hari paling bahagia bagi semua orang yang makan gaji kerana esok cuti hehe. Walaubagaimanapun ada yang lebih beerti daripada cuti iaitu hari ini adalah hari penuh dengan keberkatan, carilah keberkatan itu sehingga ke waktu selepas asar.

Sifat manusia sangat menarik untuk dikaji, dan itulah salah satu sifat saya. Saya amat meminati kajian tentang manusia dan sifat-sifatnya. Salah satu yang saya boleh kongsikan adalah sifat menilai sesuatu dari sudut zahirnya sahaja.

Apabila seseorang makan dia hanya fikirkan makan untuk mengenyangkan, jika dia seorang yang bekerjaya maka ia memandang pekerjaan itu menjadi sumber rezekinya. Pandangan manusia kepada kehidupan juga jauh tersasar, mereka lebih mengejar apa yang terhidang dihadapan mereka dan melupakan sesuatu yang lebih realiti dan kekal abadi.

Melihat kebendaan seperti kereta dan rumah juga dengan zahirnya sahaja, dengan adanya benda seperti ini barulah sempurna hidup dan dapat perlindungan yang sewajarnya tetapi manusia lupa bahawa yang melengkapkan hidup ini bukan kebendaan.

Semoga sahabat semua dapat berfikir sesuatu pada hari ini....

Rabu, 18 Mei 2011

ubat paling mujarab untuk semua masalah

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk kerap bertemu dengan sahabat semua melalui penulisan di blog ini.

Kita semua mempunyai masalah masing-masing, cuma berat atau tidak sahaja dan juga cara kita mengatasinya berbeza-beza. Jika anda seorang guru, ada masalah juga. Jika anda seorang peguam lagi banyak masalah yang kena dihadapi. Jangan lupa para ulama dan ustaz-ustaz juga ada masalah mereka tersendiri.

Puas saya mengkaji apakah jawapan kepada permasalahan hidup kita di dunia ini, saya belajar tentang minda, saya belajar tentang reiki (sekarang dah tak amal kerana ada kaitan dengan jin), dan ada juga saya mengamalkan zikir-zikir untuk menyelesaikan masalah. Melalui pengalaman-pengalaman ini saya dapat simpulkan bahawa.

Apa sahaja masalah kita di dunia ini ubatnya ialah semua yang berlaku ke atas kita telah diaturkan oleh Allah s.w.t

Selasa, 17 Mei 2011

Happy 24 jam

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah pagi ini kita mulakan dengan senyuman, tengah hari dengan senyuman dan petang dengan senyuman.Begitulah cara untuk kita mengawal kehidupan agar sentiasa dalam keadaan yang senyum sentiasa.

Adakah mustahil untuk kita happy 24 jam? jawapannya mudah, tidak mustahil kerana perkara seperti ini tidak memerlukan modal yang besar melainkan hanya dengan kawal perasaan dan emosi anda.Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan memulakan pagi hari dengan happy.Tidak semestinya anda perlu bergelak ketawa, cukup dengan senyuman dan gurauan.

Dalam perjalanan anda akan menghadapi kesesakan jalan raya yang akan mencalarkan minda dan emosi, kawal ianya dengan zikir ataupun cuba dengar radio yang memberi motivasi dan gelak ketawa agar anda tidak terpengaruh dengan keadaan jem di luar kereta.

Sampai sahaja di office hidupkan susana dengan memberi salam dan lemparkan senyuman. Cuba bergurau dengan rakan yang paling rapat dengan anda yang memang anda faham tahap mana gurauan yang dia boleh terima.

Teruskan happy dengan ingatkan diri anda sendiri bahawa anda hendak happy^_^

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

Isnin, 16 Mei 2011

Pengalaman dan ilmu dalam buku

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat meneruskan hari ini dengan bercuti hari wesak. Banyak aktiviti yang kita boleh buat hari ini tetapi saya minta jauhi bermandi manda di sungai kerana cuaca sekarang tidak menentu.

Dalam beberapa hari ini saya banyak bergaul dengan orang-orang lama(otai), semuanya bukan diatur tetapi ianya jadi sendiri.Mungkin disebabkan oleh jiwa saya yang ingin berdakwah tanpa mengikut umur. Banyak yang saya belajar dengan otai-otai ni, terutamanya bab agama dan bab kehidupan.

Apa yang saya lihat banyak perkara yang kita belajar secara bersistem kadang-kadang tidak menyamai pengalaman orang yang telah mengalami sendiri sesuatu perkara. Contoh mudah adalah bab menunaikan umrah di Mekah, kita boleh belajar dalam buku tetapi hakikatnya tidak sama dengan realiti dan orang yang telah melakukannya.

Pengalaman adalah tersangat mahal, oleh itu sama-sama kita cari dengan menambah pergaulan kita dengan syarat bergaullah dengan mereka yang berpengalaman positif