Selasa, 31 Mei 2011

apa yang anda buat di dalam kereta?

Asalamualaikum sahabat semua

Posting sebegini pernah saya kongsikan cuma ada lagi penambahan, semuanya berdasarkan pengalaman sebenar seharian saya. Apa yang saya lihat boleh kata setiap hari kita menghabiskan masa hampir 5jam di dalam kereta sahaja. Apatah lagi jika duduk di KL bumi paling busy di malaysia hehehe.

Kebanyakan daripada kita lebih suka berbual kosong, mendengar radio berceloteh sampai letih atau sms dengan sesiapa sahaja.Cuba fikirkan sejenak berapa banyak masa kita telah terbuang dengan perkara yang sia-sia sahaja.Maksud saya apa yang kita lakukan tidak mendatangkan pahala, bayangkan saat kematian kita adalah di dalam kereta sedangkan kita tengah mendengar radio atau tengah memaki orang yang potong que...

Akhir kalam kita adalah kata maki atau perkara terakhir yang kita dengar adalah lagu cinta bandar tasik selatan...adakah ini kesudahan kita sebagai hambaNya yang mengaku beriman denganNya?

Kita perlu berubah kepada yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih kekal abadi, isilah setiap saat kita dengan menyemai kasih dengan pencipta kita, sebutlah namaNya lebih dari nama insan yang kita sayang, pujilah Dia lebih dari pasangan kita keran Dialah kekasih kita yang abdi

Jumaat, 27 Mei 2011

perang saraf melalui television

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah pada cuti hujung minggu ini kita masih lagi dapat berkongsi tentang kehidupan, belajar sesuatu pada hari dan kita kongsi bersama di dalam blog ini.

Guru saya sering berpesan janganlah tengok tv, saya sering berfikir mengapa tidak boleh sedangkan tidak semua rancangannya berunsurkan maksiat. Saya mengkaji apakah yang dimaksudkannya meninggalkan tengok tv itu.

Cuba anda lihat orang yang menonton tv, apa yang sedang dilakukannya selain memandang tv? sebenarnya orang yang menonton tv sedang berimaginasi, ataupun berangan dengan apa yang dilihatnya. Apabila melihat adengan yang sedih dia menangis dan jika adengan yang lawak dia akan gelak. Cuba fikirkan apakah berbuatan ini adalah satu perbuatan orang yang waras mindanya? sedangkan apa yang dilihat hanyalah rekaan semata.

Kanak-kanak yang melihat kartun merupakan satu perlakuan yang sangat bahaya kerana apa yang mereka lihat adalah tipu semata bahkan tanpa sedar ada dimasukkan perkara yang merosakkan akidah seperti superman yang kuat, ulttaman sebagai penyelamat dunia dan sebagainya.

Lihat?betapa bijak orang barat dan yahudi menipu kita hanya dengan menghantar televisiom kepada kita.Sedarlah bahawa ibadat kepada Allah s.w.t adalah tugas kita di dunia dan bukanlah tempat kita berangan sesuatu yang tidak mungkin seperti yang digambarkan dalam tv.

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

bos baru cara kerja pun baru

Assalamulaikum sahabat semua

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua dalam blog ini, semoga ada perkara baru yang anda dapat belajar daripada blog ini.

Apabila kita bekerja, maka akan ada orang di atas kita selaku penyelia yang akan menyelia segala kerja yang kita lakukan.Apa yang saya lihat ialah setiap kali pemimpin baru atau bos baru yang mengemudi sesuatu unit,cawangan ataupun syarikat maka cara nya akan pasti berbeza dengan bos yang sebelumnya.

Jadi akan timbul pelbagai masalah dalam sesi kita menyiapkan kerja. Mungkin prosedur kerja akan berubah atau undang-undang yang ada dalam syarikat itu berubah. Bagaimana untuk kita atasi masalah sebegini?

Kita sebagai pekerja bawahan perlulah mengikut apa sahaja rentak orang atasan kita bagi mengelakkan kita melanggar disiplin yang telah ditetapkan.Segala prosedur baru seharusnya kita ikut kerana kita adalah orang bawahan.Apabila kita dapat terima semua perubahan kita akan jadi lebih tenang.Berbeza dengan kawan-kawan kita yang asyik memberontak dengan arahan dan perubahan yang baru.

Minda sihat...badanpun insyaallah sihat..

Rabu, 25 Mei 2011

tiga perkara penting

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih disini dan akan terus buat yang terbaik untuk Allah s.w.t untuk diri dan juga insan sekeliling kita.

Setiap hari kita mengalami banyak perkara baru dimana ada perkara yang memerlukan kita membuat keputusan.Mungkin kita akan dapat satu info atau berita pada hari ini dan memerlukan kita memberikan satu pendapat atau keputusan.

Dalam kita hendak mengeluarkan satu-satu keputusan atau menerima sesuatu berita, kita perlu berlandaskan kepada beberapa perkara. Yang pertama ialah ilmu, dalam membuat satu-satu keputusan kita mestilah berlandaskan kepada ilmu yang kita ada dan bukan berlandaskan kepada nafsu.

Landasan yang kedua anda perlulah bertanya kepada yang pakar dalam bidang tersebut kerana kepakaran mereka melebihi ilmu yang kita ada. Selepas meneliti kedua-dua aspek maka anda bolehlah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang sedang anda hadapi.

Ramai yang tersilap dan mendapat dosa hasil daripada hanya mendengar, tidak berlandaskan ilmu atau bertanya pakar.Jadi bagi mengelak kita sama-sama terjebak dalam fitnah yang sangat halus perlulah kita melakukan sesuatu itu berlandaskan ilmu dan juga bertanya.

Isnin, 23 Mei 2011

siapakah tuhan?

Asalamulaikum sahabat semua

Kita berada pada hari selasa, alhamdulillah kita masih lagi meneruskan kehidupan kita seperti semalam. Nikmat inilah yang mahal,iaitu kehidupan.Kita masih berpeluang untuk beribadat dan buat yang terbaik untuk semua.

Saya melihat sekeliling saya dan menyelami diri saya.Persoalan yang timbul dalam benak saya ialah ramai yang tercari-cari siapakah tuhan?mengapa saya berkata sedemikian kerana manusia sekarang bergantung kepada benda dan bukannya kepada tuhan.Tidak pecaya?lihat manusia disebelah anda, apa yang sedang dilakukannya...membaca paper?tanya dia dah baca quran pagi ni? atau ada yang sedang mengelamun kerana berfikir ada ot ke tak hari ni, kerana bulan ni banyak hutang nak dibayar.Tanya padanya tidak cukupkah gaji dan apa yang Allah s.w.t sediakan untuk kita.Lupakah kita siapakah yang mengatur rezeki kita.

Zaman ini dan saat ini saya melihat manusia bertuhankan duit dan kekayaan, kesilapan ini amatlah besar kerana aqidah kita agak goyang sedikit semata-mata kerana duit yang kita kejar.
Jangan biarkan perkara ini mengawal diri kita wahai sahabat, ubahlah kekayaan duit itu kepada kekayaan hati itu lebih beerti....

anda berubah?satu kejayaan buat saya^_^

Ahad, 22 Mei 2011

kematian sebagai motivasi

Asalamualikum sahabat semua

Kita mulakan hari isnin ini dengan perasaan yang ceria dan gembira, kalau nak gelak pun takpe kalau nak senyum saje pun takpe asalkan dengan niat untuk menggembirakan diri dan menyegarkan diri.Al maklumlah hari isnin adalah hari kita semua baru nak panaskan enjin hehe

Beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan berlakunya kejadian tanah runtuh di hulu langat yang membabitkan sebuat tempat jagaan anak-anak yatim. Disebabkan kejadian tersebut berlakunya kematian beberapa orang penghuni pusat asuhan tersebut.

Apa yang saya perhatikan banyak kesan positif daripada kejadian tersebut dari sudut yang positif, ramai yang mengucapkan tahniah kerana anak-anak mereka yang telah meninggal itu akan membela mereka diakhirat kelak. Tangisan itu perkara biasa apabila bersedih, dan jauhi meratap.

Saya pernah bertemu dengan insan-insan yang tehap imannya sangat tinggi, pemikiran mereka hanya berkisar tentang akhirat sahaja sehinggakan aspek kematian adalah satu motivasi dan saham bagi mereka diakhirat kelak. Mereka menganggap kematian anak yang kecil adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana anak-anak itulah yang akan membela mereka dengan syarat ada perasaan redha.

Semoga berjumpa dihari esok^_^

Sabtu, 21 Mei 2011

dugaan sebagai peniaga makanan

Asalamualikum sahabat semua

Hari ini adalah hari kita untuk bersantai bersama kawan-kawan bagi yang bujang dan bersama keluarga bagi yang sudah berkeluarga. Masa hujung minggu jangan kita sia-siakan dengan perkara yang tidak memberi faedah seperti tidur sampai ke petang atau menonton wayang sahaja tambah-tambah lagi cerita yang tidak berfaedah, tonton filem nur kasih kira ok la tu^_^

Semalam saya bertemu dengan seorang makcik yang berniaga di tepi simpang masuk jalan tempat saya bekerja. Saya hanya oder secawan teh o untuk mengeringkan tekak yang kehausan. Sampai sahaja pesanan air tu makcik yang menjadi bos di gerai makanan tersebut memulakan boraknya dengan mengadu kepada saya tentang pekerjanya yang suka menyebar fitnah dan menjatuhkan air muka bos nya sendiri.

Yang terbaru ialah tentang seorang pelanggan yang menegur pekerjanya itu tentang darah yang terdapat pada ayam yang telah di goreng, apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah pekerja tersebut tidak dapat menerima teguran tersebut malahan memarahi pelanggan itu dengan kata-kata yang kasar. Apa yang berlaku amat menyedihkan bos pekerja tersebut, maksud saya akak yang bercerita pada saya tu lah. akak tersebut boleh menerima teguran pelanggan kerana baginya pelanggan its always right... fuh dasyat makcik ni boleh speaking london^_^

Saya yakin ramai peniaga makanan yang mengalami masalah seperti ini, tambahan lagi pekerja yang memang tidak mengetahui skill sebagai peniaga dan pekerja di sebuah kedai makan. Oleh itu saya sarankan bos-bos kedai makanan memberikan pesanan kepada pekerja agar menerima sahaja apa pun teguran daripada pelanggan.

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

Jumaat, 20 Mei 2011

al-quran sebagai bahan bacaan utama

Asalamualaikum sahabat yang saya sayangi sekalian

Alhamdulillah pujian bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam, yang meciptakan segalanya tanpa sia-sia walaupun pada mata kita sebagai manusia ada juga makhluk Allah s.w.t yang kita katakan sebagai sia-sia.Itulah Allah s.w.t yang Maha Bijaksana berbanding kita yang tersangatlah bodohnya dalam berfikir.

Manusia hanya mahu berfikir mengikut kehendak hawa nafsunya, jarang ada manusia yang mahu berfikir mengikut landasan yang Allah s.w.t telah tetapkan.

Pada hari ini saya ingin kongsikan tentang bahan bacaan umat Islam yang utama iaitu Al-Quran, yang merupakan wahyu teragong yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w yang kita cintai. Ayat pertama yang diturunkan adalah surah al-alaq ayat 1 hingga 5. Mengapa permulaan wahyu itu menyarankan agar kita sebagai hambaNya membaca? Betapa pentingnya membaca sehinggakan Allah s.w.t telah memberikan muqaddimah Al-Quran dengan perintah membaca.

Jadi apa yang perlu kita baca? surak khabar? komik?novel? jawapannya mudah sahaja, sudah pasti Al-Quran yang perlu kita utamakan. Kita berbelanja banyak untuk membeli surat khabar setiap hari sedangkan Al-Quran hanya perlu beli sekali. Saya sarankan agar sahabat semua istiqamah membaca satu muka surat Al-Quran setiap hari beserta dengan terjemahan. Kesannya sangat besar, melalui pengalaman saya segala masalah dalam hidup terjawab dengan Al-Quran.

Selamat beramal....anda berubah?satu kejayaan buat saya^_^

Khamis, 19 Mei 2011

melihat sesuatu jangan dari zahirnya sahaja

Asalamualaikum sahabat semua

Hari jumat adalah hari paling bahagia bagi semua orang yang makan gaji kerana esok cuti hehe. Walaubagaimanapun ada yang lebih beerti daripada cuti iaitu hari ini adalah hari penuh dengan keberkatan, carilah keberkatan itu sehingga ke waktu selepas asar.

Sifat manusia sangat menarik untuk dikaji, dan itulah salah satu sifat saya. Saya amat meminati kajian tentang manusia dan sifat-sifatnya. Salah satu yang saya boleh kongsikan adalah sifat menilai sesuatu dari sudut zahirnya sahaja.

Apabila seseorang makan dia hanya fikirkan makan untuk mengenyangkan, jika dia seorang yang bekerjaya maka ia memandang pekerjaan itu menjadi sumber rezekinya. Pandangan manusia kepada kehidupan juga jauh tersasar, mereka lebih mengejar apa yang terhidang dihadapan mereka dan melupakan sesuatu yang lebih realiti dan kekal abadi.

Melihat kebendaan seperti kereta dan rumah juga dengan zahirnya sahaja, dengan adanya benda seperti ini barulah sempurna hidup dan dapat perlindungan yang sewajarnya tetapi manusia lupa bahawa yang melengkapkan hidup ini bukan kebendaan.

Semoga sahabat semua dapat berfikir sesuatu pada hari ini....

Rabu, 18 Mei 2011

ubat paling mujarab untuk semua masalah

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah Allah s.w.t telah memberikan saya kekuatan untuk kerap bertemu dengan sahabat semua melalui penulisan di blog ini.

Kita semua mempunyai masalah masing-masing, cuma berat atau tidak sahaja dan juga cara kita mengatasinya berbeza-beza. Jika anda seorang guru, ada masalah juga. Jika anda seorang peguam lagi banyak masalah yang kena dihadapi. Jangan lupa para ulama dan ustaz-ustaz juga ada masalah mereka tersendiri.

Puas saya mengkaji apakah jawapan kepada permasalahan hidup kita di dunia ini, saya belajar tentang minda, saya belajar tentang reiki (sekarang dah tak amal kerana ada kaitan dengan jin), dan ada juga saya mengamalkan zikir-zikir untuk menyelesaikan masalah. Melalui pengalaman-pengalaman ini saya dapat simpulkan bahawa.

Apa sahaja masalah kita di dunia ini ubatnya ialah semua yang berlaku ke atas kita telah diaturkan oleh Allah s.w.t

Selasa, 17 Mei 2011

Happy 24 jam

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah pagi ini kita mulakan dengan senyuman, tengah hari dengan senyuman dan petang dengan senyuman.Begitulah cara untuk kita mengawal kehidupan agar sentiasa dalam keadaan yang senyum sentiasa.

Adakah mustahil untuk kita happy 24 jam? jawapannya mudah, tidak mustahil kerana perkara seperti ini tidak memerlukan modal yang besar melainkan hanya dengan kawal perasaan dan emosi anda.Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan memulakan pagi hari dengan happy.Tidak semestinya anda perlu bergelak ketawa, cukup dengan senyuman dan gurauan.

Dalam perjalanan anda akan menghadapi kesesakan jalan raya yang akan mencalarkan minda dan emosi, kawal ianya dengan zikir ataupun cuba dengar radio yang memberi motivasi dan gelak ketawa agar anda tidak terpengaruh dengan keadaan jem di luar kereta.

Sampai sahaja di office hidupkan susana dengan memberi salam dan lemparkan senyuman. Cuba bergurau dengan rakan yang paling rapat dengan anda yang memang anda faham tahap mana gurauan yang dia boleh terima.

Teruskan happy dengan ingatkan diri anda sendiri bahawa anda hendak happy^_^

Anda berubah?satu kejayaan buat saya

Isnin, 16 Mei 2011

Pengalaman dan ilmu dalam buku

Asalamualikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat meneruskan hari ini dengan bercuti hari wesak. Banyak aktiviti yang kita boleh buat hari ini tetapi saya minta jauhi bermandi manda di sungai kerana cuaca sekarang tidak menentu.

Dalam beberapa hari ini saya banyak bergaul dengan orang-orang lama(otai), semuanya bukan diatur tetapi ianya jadi sendiri.Mungkin disebabkan oleh jiwa saya yang ingin berdakwah tanpa mengikut umur. Banyak yang saya belajar dengan otai-otai ni, terutamanya bab agama dan bab kehidupan.

Apa yang saya lihat banyak perkara yang kita belajar secara bersistem kadang-kadang tidak menyamai pengalaman orang yang telah mengalami sendiri sesuatu perkara. Contoh mudah adalah bab menunaikan umrah di Mekah, kita boleh belajar dalam buku tetapi hakikatnya tidak sama dengan realiti dan orang yang telah melakukannya.

Pengalaman adalah tersangat mahal, oleh itu sama-sama kita cari dengan menambah pergaulan kita dengan syarat bergaullah dengan mereka yang berpengalaman positif

Ahad, 15 Mei 2011

cabaran untuk menyaimpaikan kebaikan pada orang

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah, pujian sebanyak-banyaknya buat Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan perjalanan hidup yang singkat ini berbekalkan ilmu dan juga amal ibadat.

Bulan mei adalah satu bulan yang sangat bermakna kerana macam-macam sambutan ada pada bulan mei ni termasuklah birthday saya ^_^

Sesiapa juga boleh menyampaikan nasihat asalkan perkara yang disampaikan itu adalah ilmu dan kebenaran disamping cara penyampaian yang betul. Seseiapa juga boleh berdakwah asalkan landasannya adalah quran dan sunnah.

Bos menegur anak buah dengan niat memperbaiki anak buah adalah satu dakwah juga, begitu juga seorang pemungut sampah yang menasihati orang yang membuang sampah merata-rata juga adalah satu dakwah. Akan tetapi tugas memberitahu kebenaran atau dakwah ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana ianya melibatkan kebenaran. Zaman sekarang kebenaran adalah sesuatu yang perit dan sakit berbanding di zaman Rasulullah dimana kebenaran itu terasa akan nikmatnya.

Dakwah atau nasihat yang paling susah adalah kepada ahli keluarga sendiri, inilah fenomena yang kita tidak tahu. Para cendekiawan atau pendakwah tidak ada kekuatan untuk menasihati ahli keluarga sendiri. Mengapa berlaku sedemikian? jawapannya adalah, ini adalah ujian. Pentas dakwah adalah pentas ujian bagi sesiapa yang menceburinya.

Semoga kita belajar sesuatu pada hari ini...
Anda berubah?satu kejayaan buat saya

Sabtu, 14 Mei 2011

manusia yang paling banyak berkorban

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini, kita wajib bersyukur diatas nikmat kehidupan ini.Sekiranya kita bangun pagi dalam keadaan kita tidak mampu menggerakkan tubuh kita, dan kita dapat melihat diri kita yang terbujur kaku.Saat itu kita pasti dalam kesedihan kerana menyedari diri sudah berada dalam alam yang lebih hakiki.

Hari ibu sudah berlalu,apa yang kita perlu ingat bahawa ibu merupakan makhluk yang paling banyak berkorban untuk kita.Ibulah yang mengandungkan kita selama 9 bulan. Menjaga dan menatang kita sepenuh hati, tidak membenarkan walaupun seekor nyamuk untuk menggigit kita.

Saya pasti, ada ibu yang serba kekurangan. Kekadang terpaksa melakukan luar batasan demi menyara keluarga. Jangan kita sisihkan ibu yang sebegini kerana mereka perlukan belaian seperti kamu kecil-kecil dahulu.

Ada juga ibu-ibu yang sering menyakiti anak mereka dengan bermacam-macam kerenah, bersabarlah wahai anak selagi ibumu tidak menyalahi perintah agama. Mereka adalah kunci syurga buta kita. Walaupun mereka berlainan agama dengan kita, mereka tetap darah daging kita.

Selamat hari ibu....

Selasa, 10 Mei 2011

REMAJAKU..

Assalamualaikum sahabat semua.

Bagaimana kehidupan anda hari ini? Saya mengharapkan ada perubahan positif dalam diri anda. Setiap hari pasti ada sesuatu yan kita belajar. Mungkin anda tidak perasan. Tetapi jika anda membuat pemerhatian pasti ada.

Pengalaman saya yang terbaru adalah berkaitan dengan golongan remaja. Pada saya remaja merupakan golongan paling penting kerana pada merekalah kita mengalaskan agama, ekonomi, negara dan sebagainya. Memandangkan tenaga mereka masih fresh, fikiran mereka tajam dan punyai daya untuk membuat kajian yang terkini bagi kemaslahatan negara. Akan tetapi, ada segelintir remaja yang mana mereka jauh dengan agama, jauh dengan ilmu dan jauh dengan masyarakat. Sehinggakan hukum asas dalam agama pun tak mampu nak dilafazkan. Apa yang ada dalam fikiran mereka? Jika kita ada ilmu, dekati mereka dan jangan sekali-kali jadikan mereka satu golongan yang tidak ada apa-apa peranan dalam negara. Mereka adalah aset....yang amat berharga.

Ayuh kita menuju kepada remaja yang dekat dengan islam dan berbakti kepada negara!!

Anda berubah? Satu kejayaan buat saya.

Khamis, 5 Mei 2011

Berani tak cakap??

Assalammualaikum sahabat semua...

Alhamdulillah kita dapat bertemu dalam keadaan yang luar biasa. yang tahu hanya saya. hari ini saya ingin kongsikan mengapa ada sesetengah dari kita yang takut sangat nak bercakap di hadapan orang ramai. Mengapa kita takut? jawapannya mudah, kerana kita memang jarang bercakap. Pepatah ada mengatakan bahawa alah biasa tegal biasa. Maksudnya kalau kita dah biasa melakukan sesuatu tu kita akan lebih yakin dan slumber.

Cuba sahabat lihat orang-orang yang berjaya disekeliling kita. Semuanya ada kelebihan dalam bercakap dihadapan orang ramai. Lihat perdana menteri kita begitu hebat dalam bercakap. Lihat pula jutawan muda irfan khairi, bukan sahaja pandai bisnes, pandai juga bercakap di hadapan audiance. Apa yang saya dapat simpulkan ialah...

Untuk jadi hebat pada pandangan orang dan juga kaya. Kita perlu ada skill untuk bercakap di hadapan orang ramai. Jangan terkejut jika saya katakan ada insan hebat yang di bayar RM5ribu sejam untuk bercakap.

Anda berubah? Satu kejayaan buat saya...

Ahad, 1 Mei 2011

Kasturi kijang

Asalamualaikum sahabat semua

Kali ini saya ingin kongsikan sesuatu yang ajaib iaitu tentang kasturi kijang. Saya berharap agar sahabat semua sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Berikut adalah tentang kasturi kijang, semoga sahabat semua dapat kebaikan pada hari ini.
Mengikut rujukan pengarang kitab Al-Aqlaa "iq" dan juga kitab jaami karamat al-aliyaa, sesungguhnya di kala Nabi Adam A.S diturunkan dari syurga ke bumi ini, beliau telah diziarahi oleh seekor kijang, lalu Nabi Adam A.S teleh pun menghadiahkan secebis daun dari syurga dan dengan izin Allah s.w.t memberikan dia berbau kasturi.
- Disebut di dalam Al-Quran : Tanah-tanah di syurga dijadikan daripada kasturi
- Juga dikatakan badan Rasulullah S.A.W sentiasa berbau kasturi dengan semulajadi. Dengan itu baginda tidak dihinggapi nyamuk/lalat (Riwayat Bukhari-Muslim)
- Kasturi merupakan minyak wangi kesukaan Nabi S.A.W
- Diriwayatkan oleh muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda, maksudnya " Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali".

KHASIAT DAN KELEBIHAN KASTURI
- Berdasarkan kajian yang di buat oleh ilmuan terutama IBNU QAYYIM AL JAUDIAHRIA dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat :-

(1) menenangkan jiwa dan hati
(2) mencerdaskan akal dan menyihatkan otak(3) menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
(4) menghilangkan debaran jantung dan sesak nafas
(5) menyedarkan orang pengsan
(6) membuang angin yang berlebihan dalam badan(7) memperkuatkan organ dalaman tubuh
(8) menghilangkan rasa gementar dan sejuk tubuh
(9) menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
(10) Allah s.w.t redha, disukai para malaikat dan orang-orang solah, dan sebaliknya dapat mengusir syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

MENCEGAH GANGGUAN JIN DAN ANGIN AHMAR
- caranya adalah digunakan sebagai minyak wangi sepanjang masa
Semua penyembuhan adalah daripada Allah s.w.t, kita hanya ikhtiar dan juga fadhilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan wangi-wangian kerana 70 kali lebih baik daripada tidak memakai wangi-wangian. Insyaallah....

RM 10.00 Sebotol 3ML
(kos penghantaran bagi semenanjung dan sabah/sarawak= Rm3.00 sahaja)

sebarang tempahan sila hubungi

AZRI

0173124941
0192372836