Khamis, 29 November 2012

Pengurusan masa penting untuk kita

Asalamualaikum sahabat semua

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menjadikan kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Nya. Kot mana pun keadaan kita kembalilah kita kepada Allah s.w.t agar kita semakin kuat dengan ujian Nya.

Satu sahaja perkongsian saya pada hari ini iaitu tentang pengurusan masa, masa sentiasa berjalan tanpa menunggu kita. Bak kata pepatah arab masa itu umpama pedang jika kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Begitulah hebatnya masa, dan ada di dalam Al-Quran surah yang khusus dengan masa iaitu surah Al-Asr yang bermaksud demi masa.

Masa yang berkat ialah masa yang kita penuhi dengan ibadah dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan ibadah kepada Allah s.w.t. Jangan biarkan syiatan menghasut kita untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah s.w.t kerana masa yang berlalu akan ditanya oleh Allah s.w.t bagaimana kita mengisinya.

Kita pastikan waktu kerja, waktu makan, waktu bersama keluarga, waktu bersendirian kita itu tidak sia-sia, semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa kita dan semua muslimin muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Selasa, 20 November 2012

Mereka menderita kita masih bergelak ketawa

Asalamualaikum sahabt semua

Syukur diatas segala nikmat dan pemberianNya yang tidak terhitung dengan penghitung di dunia. Lama kita tidak berinteraksi di alam maya ini kerana saya betul-betul sibuk dengan tugas yang semakin berat. Tugasan saya mungkin antar tugas yang berat untuk dilaksanakan kerana tugasan saya bercakap tentang dunia dan akhirat, membimbing dan sentiasa memerhati keadaan supaya dalam keadaan yang tidak lari dari aqidah yang sebenar.

Dalam hidup ini jika aqidah belum jelas maka bahaya untuk kehidupan kita di akhirat, nampak macam berat tetapi hidup sebagai seorang yang beriman perlu serius di dalam hati. memikirkan kehidupan yang lebih hakiki dan menjadikan dunia sebagai tempat untuk menyakitkan diri sebab di akhirat kita akan senang hati dan bahagia sekali.

Kini di palastin sedang bergolak, anak kecil dibunuh, orang tuan dibunuh, orang muda dibunuh. tetapi kita disini di bumi yang aman ini tidak berasa keluh kesah dengan apa yang terjadi. Kita bergelak ketawa dan masih leka dengan keasyikan dunia yang sebenarnya adalah sia-sia belaka. Alangkah jeliknya kita jika masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kesenangan dunia, alangkah hinanya kita jika masih bersedih dengan kepayahan dunia.

berubahlah kita semua kearah yang lebih baik kearah yang lebih jelas tentang erti kehidupan yang sebenar, ingatlah perjuangan kita di dunia bukanlah sahaja mencari rezeki, menjaga anak, menjaga ibu ayah, tetapi kehidupan ini adalah jihad yang memerlukan kita sakit, payah, menderita kerana kita adalah hambaNya. Perlu taat apa yang Dia hidangkan untuk kita. Semoga ada masa untuk kita bertemu lagi...wassalam