Jumaat, 30 April 2010

Monolog Seorang Suami Buat Isteri

Wahai isteriku,aku menikahimu kerana Allah dan Rasul
Demi memenuhi kehendak agama yang ku junjung sejak dari lahir
Dimana aku berpijak disitulah ku junjung Islam
Sampai saat ini aku masih seorang muslim dan mukmin

Wahai Isteriku
Seorang suami yang soleh tidak mahu isteri seorang model atau pelakon
Akan tetapi mengharapkan seorang isteri yang solehah
Dalam fikirannya menyatakan bahawa suamiku adalah pahala bagi ku
Bukan suami ku tempat aku memenuhi hajat dunia ku.

Wahai isteriku
Tanggungjawab seorang suami amat besar berbanding dirimu
Disinilah perlu tolak ansur dan bukannya paksaan
Memang benar seorang suami perlu memenuhi kehendak isterinya
Akan tetapi sedarkah kamu akan keadaan suami mu?

Wahai isteriku
Seorang sumai yang soleh tidak pernah menjadikan kemarahan sebagai hobi
Sekiranya hati nya terguris dengan kata-katamu dia akan hanya simpan di satu sudut hatinya
Dia pasti memafkanmu akan tetapi adakah Allah memaafkan mu?
Ingatlah wahai isteri,syurga mu dibawah keredhaan suami bukan pada ibu bapa mu lagi

Wahai isteriku
Suami yang soleh tidak mengharapkan layanan seperti saidatina fatimah kepada suaminya saidina ali karamallahuwajhah.
Akan tetapi cukuplah dirimu menjaga tutur kata mu setiap saat bersama dengan suami mu.
Akhlak yang baik adalah lebih mulia dari seorang ahli ibadah yang tidak ada akhlak.

Wahai isteriku
Seorang sumai yang soleh pasti memahami diri mu
Dia akan cuba memehami dirimu sehinggakan dia mengorbankan kehendaknya sendiri.
Adakah disimu sedar wahai isteri?
Seorang suami adalah seperti seorang ayah yang berkorban secara senyap
Redha Allah yang dicari.

Wahai Isteriku
Seorang suami wajib mendoakan isterinya sesudah solat
Ya Allah ampunkan dosa-dosa isteriku
Adakah kamu mendoakan suami mu?

Ya Allah,aku tahu aku lemah.aku bukanlah seorang suami yang soleh.Akan tetapi aku sedang berusaha menuju ke arah itu.Pinpinlah tangan ku Ya Allah.......

Isnin, 26 April 2010

Kita mencari apa?

Salam kasih sayang

Dalam kehidupan kita ini kita berbeza-beza dari segi matlamat dan mungkin juga ada yang mempunyai persamaan.Dunia ini sebenarnya adalah pencarian.Setiap makhluk Allah di muka bumi ini ada pencarian masing-masing.Pelajar ada pencariannya,bermula dengan peperiksaan UPSR sehinggalah kepada DR.Begitu juga manusia yang bergelar sufi,dimana pencarian mereka hanya lah Allah.Perjalanan yang mereka tempuh semuanya hanya kerana Allah sehinggakan ada diantara mereka yang menolak syurga dan hanya hendak Allah.

Perjalanan seorang yang hendak jadi jutawan melalui bermacam-macam kepahitan dan kejatuhan. Setelah menggenggam title jutawan itulah saat paling manis kerana usaha yang dilaksanakan menghasilkan buahnya.Akan tetapi inikah matlamat sebenar kita?

Perjalanan seorang ahli politik merupakan perjalanan yang menyakitkan sebenarnya kerana depan tepi dan belakang ada sahaja musuh yang ingin menikam.Pantang berbuat salah itulah yang akan dijadiakan modal untuk menjatuhkan.Jika bernasib baik bolehlah memerintah di sesuatu tempat dalam beberapa penggal selepas itu apa kesudahannya?

Apakah perjalanan seorang muslim?
Perjalanan seorang muslim ialah tidak lekang dari ingat kepada Allah dan sentiasa patuh dan taat kepada Allah Taala.

Anda mencari apa?

Jumaat, 23 April 2010

Apa yang mempengaruhi emosi kita

Salam kasih sayang

bersyukur kita kepada Allah yang masih memberi kita pelung untuk bertemu di blog ini, satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah perkara-perkara yang mempengaruhi emosi kita.

Apa dia emosi?emosi boleh jadi mood,perasaan,seperti gembira,sedih,kecewa dan sebagainya. Persoalannya ialah mengapa berlaku situasi beremosi seperti ini.

Banyak perkara yang boleh kita perhatikan.Pertama ialah emosi sebenarnya atas kawalan kita. Betul atau tidak?ok begini,apabila anda bangun dari tidur anda berasa malas dan tidak segar. ini adalah permulaan emosi anda akan tetapi anda sebenarnya boleh ubah emosi tersebut kepada GEMBIRA.bagaimana? anda sendiri yang perlu lakukan bukan orang lain.Anda perlu katakan bahawa anda mesti gembira dan segar semasa bangun daripada tidur.Insyaallah anda akan berjaya dengan syarat anda mesti HENDAK gembira dan segar.

Kemahuan akan membuatkan kita kuat dan power,jika anda lapar tapi tidak ada kemahuan hendak makan anda pasti tak makan.tapi bila ada kemahuan anda akan terus usahakan untuk mendapatkan makanan untuk dimakan.

RAHSIA kejayaan mereka yang berjaya salah satunya mesti ada KEMAHUAN.

SALAM POWER

Isnin, 5 April 2010

Kadang kala kita perlu bersendirian

salam kasih sayang

semoga hari ini kita lebih kuat dan hebat,kalau tak hebat kena la hebat jugak hehehe.
kita semua adalah manusia yang saling memerlukan untuk melengkapkan putaran hidup kita di dunia.tanpa bantuan dari yang lain mungkin kita tak mampu untuk meneruskan putaran roda kehidupan.akan tetapi manusia juga perlu bersendirian apabila tiba ketika yang tertentu kerana memang fitrah manusia itu sebenarnya keseorangan.dalam perut ibu kita bersendirian, dan dalam kubur nanti sudah pasti kita bersendirian.sendiri sebenarnya memberikan ketenangan apatah lagi diselubungi dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.membesarkanNya pada setiap kali bersendirian apatah lagi menangis mengenangkan dosa-dosa.

Sendirian juga boleh membuatkan kita selamat dari manusia yang mempunyai virus hati. maksudnya adalah sifat negatif dan perbuatan negatif manusia.manusia sifatnya adalah menerima apa sahaja,dan Allah S.W.T menciptakan penapis alami untuk manusia membanteras sifat-sifat negatif tersebut.Benteng yang paling kuat adalah ingat kepada pencipta kita,setiap saat setiap tempat dan ketika.Dia lah yang mengatur segalanya,Dialah yang perlu kita dekati dan cintai sehingga akhir hayat.

Saya menyeru kepada semua agar bersendirian bagi menambahkan kecintaan kepada Allah S.W.T dan menjauhi kecelaruan manusia.

Salam kebahagiaan