Hidup ini memjanjikan seribu kemungkinan yang kita tidak mampu untuk mengetahui walaupun sesaat dari sekarang.Akan tetapi kita mampu merancang dan berusaha serta tawakal bagi mendapat yang terbaik
Rabu, 29 Jun 2011
fikiran kolot manusia
untuk Allah dan untuk manusia
Selasa, 21 Jun 2011
TIPS MENJUAL PRODUK
Asalamualaikum sahabat semua
Alhamdulillah kita dapat bertemu pada hari selasa ini dengan matlamat untuk buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan.
Jika anda seorang usahawan ada sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama anda, atau mungkin juga ada diantara sahabat yang membaca blog ini baru ingin merancang untuk memulakan bisnes. Perkara yang kita perlu ingat dan abil perhatian apabila sudah ada benda untuk dijual adalah kemana kita akan menjual.
Ramai yang sangkut kepada siapa dia hendak menjual produk mereka kerana tidak ada ilmu atau malas untuk berusaha.Perkara pertama untuk anda fikirkan ialah produk tersebut mendapat permintaan tinggi pada golongan mana? Jika produk anda adalah produk kecantikan maka anda tidak boleh menjual produk di majalah kereta atau majalah robot kerana mereka yang membaca majalah tersebut meminati robot dan kereta.
Begitu juga produk seperti makanan kesihatan, perlulah dijual kepada mereka yang mempunyai peratusan yang banyak boleh membeli produk anda.Untuk hari ini fikirkan siapa yang akan membeli produk anda.Jumpa lagi^_^