Allah s.w.t Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia yang mengatur segala gerak geri kita dan dengan izinNya jua kita melakukan apa sahaja.
Berapa ramai anak-anak di sekolah atau di IPTA atau IPTS yang berani mengaku ayahnya seorang peniaga jalanan walaupun hakikatnya ayahnya adalah peniaga jalanan. Mereka tidak berani mengaku terutamanya anak-anak yang telah besar kerana bagi mereka peniaga jalanan adalah satu pekerjaan yang memalukan.
Padahal mereka tidak sedar duit yang mereka dapat daripada ayah mereka yang menjaja ditepi jalanan itulah yang membuatkan mereka selesa belajar di tempat mereka menuntut ilmu. Bukan sahaja anak-anak yang memandang rendah pada penjaja tetapi termasuklah masyarakat kita pada hari ini.
Kita perlu tahu bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada berniaga,apa maksudnya? maksudnya ialah 1/10 itu ialah orang yang makan gaji dan 9/10 itu adalah golongan yang berniaga.Kita perlu ubah pemikiran daripada makan gaji goyang kaki dalam office kepada terjum ke alam dan kehidupan seorang peniaga.Bagi saya berniaga adalah kehidupan,rezeki berkat dan kenal erti kehidupan yang sebenar.
sy setuju,...
BalasPadamsama seperti abg ipar sy, wlaupun bekerja dengan gaji yg besar, tetapi masih mahu berniaga. menjual burger pd waktu mlm...
alhamdulillah, sekarang dah ada byk cwngn stall burgernya.. abg ckp, selain berniaga, dia juga dpt membantu org bwahannya, yang bergaji kecil. dengan membantu dia menjual burger, dpt juga membantu org lain..
alhamdulillah realitinya adalah sebegitu,ada manusia yang berjiwa usahawan walaupun sudah bergaji besar.malahan ada yang berhenti makan gaji walaupun gajinya mencecah 20k sebulan semata-mata mencari kepuasan.kirim salam saya pada pakcik awak ya
BalasPadam