Isnin, 10 Disember 2012

sebenarnya semua masalah ada cara penyelesaian

Asalamualaikum sahabat semua, apa khabar? semoga dalam keadaan yang sangat baik walaupun pelbagai masalah yang ditanggung. Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menduga kita agar kita kembali kepadanya.

Dalam beberapa minggu yang sudah saya bersama dengan saudara mara yang sudah lama jugak tidak bertemu, walaupun baru saja lagi hari raya haji tetapi disebabkan pelbagai faktor kami tidak dapat bersua. Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga berjumpa dengan satu niat untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara.

Apa yang saya lihat ramai diantara saudara mara yang kelihatan dari luarnya bermasalah, tanda-tandanya badan kurus, muka tidak ada seri, banyak berdiam diri daripada bercakap perihal keluarga dan lebih mudah tersinggung.

Setelah saya bertanyakan kepada mereka semuanya sah memang ada masalah, ada yang berkaitan dengan rohani, ada yang berkaitan dengan tempat kerja, bisnes dan sebagainya. Salah satu cara yang saya berikan kepada mereka ialah kembalilah kepada Allah s.w.t dan carilah orang yang tahu kunci untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan ini. Kadang-kadang manusia seperti ini susah untuk kita jumpa kerana mereka sebuk dengan Allah s.w.t berdoalah agar kita dapat bertemu dengan mereka dan belajar bagaimana meredah lautan kehidupan ini. Jika ingin berkongsi masalah atau caranya silalah sms saya di no tel ini 0132736649 insyaallah saya akan bantu apa yang terdaya ^_^

Khamis, 29 November 2012

Pengurusan masa penting untuk kita

Asalamualaikum sahabat semua

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menjadikan kita sebagai seorang Islam yang beriman kepada Nya. Kot mana pun keadaan kita kembalilah kita kepada Allah s.w.t agar kita semakin kuat dengan ujian Nya.

Satu sahaja perkongsian saya pada hari ini iaitu tentang pengurusan masa, masa sentiasa berjalan tanpa menunggu kita. Bak kata pepatah arab masa itu umpama pedang jika kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Begitulah hebatnya masa, dan ada di dalam Al-Quran surah yang khusus dengan masa iaitu surah Al-Asr yang bermaksud demi masa.

Masa yang berkat ialah masa yang kita penuhi dengan ibadah dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan ibadah kepada Allah s.w.t. Jangan biarkan syiatan menghasut kita untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah s.w.t kerana masa yang berlalu akan ditanya oleh Allah s.w.t bagaimana kita mengisinya.

Kita pastikan waktu kerja, waktu makan, waktu bersama keluarga, waktu bersendirian kita itu tidak sia-sia, semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa kita dan semua muslimin muslimat yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Selasa, 20 November 2012

Mereka menderita kita masih bergelak ketawa

Asalamualaikum sahabt semua

Syukur diatas segala nikmat dan pemberianNya yang tidak terhitung dengan penghitung di dunia. Lama kita tidak berinteraksi di alam maya ini kerana saya betul-betul sibuk dengan tugas yang semakin berat. Tugasan saya mungkin antar tugas yang berat untuk dilaksanakan kerana tugasan saya bercakap tentang dunia dan akhirat, membimbing dan sentiasa memerhati keadaan supaya dalam keadaan yang tidak lari dari aqidah yang sebenar.

Dalam hidup ini jika aqidah belum jelas maka bahaya untuk kehidupan kita di akhirat, nampak macam berat tetapi hidup sebagai seorang yang beriman perlu serius di dalam hati. memikirkan kehidupan yang lebih hakiki dan menjadikan dunia sebagai tempat untuk menyakitkan diri sebab di akhirat kita akan senang hati dan bahagia sekali.

Kini di palastin sedang bergolak, anak kecil dibunuh, orang tuan dibunuh, orang muda dibunuh. tetapi kita disini di bumi yang aman ini tidak berasa keluh kesah dengan apa yang terjadi. Kita bergelak ketawa dan masih leka dengan keasyikan dunia yang sebenarnya adalah sia-sia belaka. Alangkah jeliknya kita jika masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kesenangan dunia, alangkah hinanya kita jika masih bersedih dengan kepayahan dunia.

berubahlah kita semua kearah yang lebih baik kearah yang lebih jelas tentang erti kehidupan yang sebenar, ingatlah perjuangan kita di dunia bukanlah sahaja mencari rezeki, menjaga anak, menjaga ibu ayah, tetapi kehidupan ini adalah jihad yang memerlukan kita sakit, payah, menderita kerana kita adalah hambaNya. Perlu taat apa yang Dia hidangkan untuk kita. Semoga ada masa untuk kita bertemu lagi...wassalam

Rabu, 19 September 2012

Seandainya masih ada peluang jika tidak....

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah ucapan dipanjatkan kepada Tuhan Pencipta alam Allahu Rabbi diatas segala nikmat yang kita masih nikmati, sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjalanan yang sangat singkat untuk menuju kepada kehidupan yang lebih abadi.

Lama sungguh saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini walaupun jarang sangat menulis tetapi masih ada yang sudi membaca blog ini saya mendoakan agar kalian semua dalam keadaan yang sangat hebat ^_^

Banyak sudah ranjau yang kita tempuh, banyak sudah keringat yang menitis, banyak juga wang dan masa terbuang kerana melayan ujian yang datang. adakah itu berbaloi buat kita? jawapannya ia kerana ujian itu sangat indah jika dapat merasai nikmat nya. tetapi berapa ramai yang memahami kelazatan ujian?

Kes rumah tangga semakin kronik jika kita selami dari satu sudut, sehinggakan ada yang sudah beranak enam tidak mahu meneruskan perjuangan sebagai seorang isteri gara-gara suami disukai oleh perempuan lain yang mengoffer diri untuk menjadi isteri kedua.

Memang satu penyiksaan jika berkongsi suami, bertentangan dengan jiwa seorang wanita. tetapi adakah dengan penceraian itu anda pasti dapat kebahagiaan yang seperti sekarang? bukankah perkara ini halal apabila dijalankan. Sungguh rumit....hati berlawanan dengan hukum yang telah termaktub, jaga-jaga kerana salah langkah maka syirik lah kita kepada Allah s.w.t.

Perkara seperti ini mungkin tidak semua yang alami, tetapi ramai juga yang sedang alami. Bagaimana cara yang terbaik? ikutlah kehendak dan ketentuanNya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Selagi kita taat kepadaNya selagi itulah kita mendapat kemenangan walaupun dimata manusia kita kalah.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, hanya kita tidak mahu menerimanya. Insyaallah saya akan kongsikan tips bagaimana mendapat jalan keluar daripada masalah kehidupan akan datang...wassalam

Isnin, 13 Ogos 2012

Allah s.w.t rindukan kita

Asalamulaikum sahabat semua,

Subhanallah...walhamdulillah...walailahaillallah...Allahuakbar...kita dapat bertemu kembali di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan Ramadhan sahabat semua? makin bagus atau makin teruk dari tahun lepas?^_^ jika masih belum mendapat tahap yang kita kehendaki, masih belum terlambat kerana Ramadhan masih ada bakinya pada tahun ini.

Baju baru bukan matlamat kita, rumah cat baru bukan matlamat kita, langsir baru bukan matlamat kita, yang menjadi matlamat kita ialah bebas daripada azab api neraka. Amin...

Ramai yang mengadu dengan saya tentang masalah kehidupan mereka sehinggakan mereka menganggap saya ini tidak ada masalah, saya ini bukan manusiakah?^_^ saya juga manusia biasa yang kekadang terjatuh juga dalam arus yang deras kehidupan. Apa yang menjadi kekuatan saya ialah Allah s.w.t sahaja. Mengapa Allah s.w.t memberi ujian pada kita? salah satunya ialah kerana DIA sangat rindukan kita, DIA rindu kita bermunajat padaNya, DIA rindu kita memujiNya, DIA rindu kita bercakap-cakap denganNya. Tetapi manusia itu buta, buta siapa diri dia dan dia ada apa.

Wahai sahabat, jangan kita kalah dengan ujian hidup ini, jangan jadikan membunuh diri satu terapi kehidupan tetapi jadikanlah Allah s.w.t sebagai terapi dalam kehidupan kita agar kita menang di dunia menang di akhirat.

Jumaat, 1 Jun 2012

ego manusia yang membara

asalamualaikum sahabat ku semua

alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi memberi kepada kita peluang untuk bertemu di medan maya ini, walaupun kewujudan medan ini adalah berpunca daripada manusia yang tidak beriman kepada Allah s.w.t akan tetapi tidak salah jika kita menggunakan medan ini untuk saling nasihat menasihati.

sifat manusia yang sangat ganas dan sering mengganas dalam diri seorang manusia adalah sifat ego, mungkin ego ini adalah salah satu bahasa inggeris yang telah diserapkan ke dalam bahasa melayu. jika kita merujuk pula kepada bahasa arab ego ini lebih kepada tinggi diri, tidak mahu kalah dan tidak boleh langsung di usik. benar atau tidak sifat ini ada pada manusia dan sering mengganas dalam diri manusia? jawapannya adalah benar.

mana manusia yang sanggup menerima cacian dan makian?mana manusia yang sanggup memakai kereta kancil walaupun bergelar jutawan?mana manusia yang boleh merendahkan diri dihadapan ibu dan ayahnya walaupun dia bergelar professor?mana manusia yang sanggup mengupah seorang anak kecil untuk membaling batu kepadanya semata-mata mahu menguji api kemarahannya?

inilah satu sikap manusia yang jika tidak dididik dan diasuh dengan taat kepada Allah s.w.t akan memakan diri manusia itu sendiri.setiaphari kita berperang dengan segala perintah Allah s.w.t kepada kita. siapa diantara anda yang sangat menanti masuknya waktu solat? yang ada rasa seperti ini hanya para nabi, para rasul, para sahabat, para walinya dan juga orang-orang yang benar-benar beriman.alangkah malu kita kepada Allah s.w.t jika kita menghadapNya dengan perasaan ego yang sangat tebal. wallahualam

Selasa, 22 Mei 2012

manusia tidak suka cabaran hidup

asalamualaikum sahabat semua apa khabar?

alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk berkomunikasi didalam alam maya ini dengan tujuan untuk berkongsi tentang kehidupan.bagaimana kehidupan anda hariini?jika dalam keadaan yang baik alhamdulillah jika tidak itu adalah cabaran dalam kehidupan kerana kehidupan itu mesti ada cabaran.

ramai yang diantara kita yang tidak selesa dengan ujian serta kesakitan,bahkan ada yang sangat takut dengan ujian.kita perlu sedar jika kita mahu ujian dalam hidup kita tidak layak untuk menjadi manusia yang beriman kerana Allah s.w.t telah menegaskan didalam al-quran bahawa orang-orang beriman pasti diuji.

mengapa kita lihat manusia yang tidak solat dan juga manusia yang tidak beriman kita lihat kehidupan mereka lebih baik daripada kita?kerana mereka ini adalah golongan yang akan terus sesat dengan kenikmatan yang Allah s.w.t kurniakan sehingga mereka tidak tahu bahawa kehancuran menanti mereka di alam barzakh. Jalan kemewahan,kesenangan,kebahagiaan tidak ada ujian adalah jalan yang ditempuh oleh insan-insan yang kebanyakannya derhaka kepada Allah s.w.t. sedangkan jalan penuh onak dan duri itu adalah jalan para kekasih Allah s.w.t.mana yang kita ingin pilih?