Selasa, 20 November 2012

Mereka menderita kita masih bergelak ketawa

Asalamualaikum sahabt semua

Syukur diatas segala nikmat dan pemberianNya yang tidak terhitung dengan penghitung di dunia. Lama kita tidak berinteraksi di alam maya ini kerana saya betul-betul sibuk dengan tugas yang semakin berat. Tugasan saya mungkin antar tugas yang berat untuk dilaksanakan kerana tugasan saya bercakap tentang dunia dan akhirat, membimbing dan sentiasa memerhati keadaan supaya dalam keadaan yang tidak lari dari aqidah yang sebenar.

Dalam hidup ini jika aqidah belum jelas maka bahaya untuk kehidupan kita di akhirat, nampak macam berat tetapi hidup sebagai seorang yang beriman perlu serius di dalam hati. memikirkan kehidupan yang lebih hakiki dan menjadikan dunia sebagai tempat untuk menyakitkan diri sebab di akhirat kita akan senang hati dan bahagia sekali.

Kini di palastin sedang bergolak, anak kecil dibunuh, orang tuan dibunuh, orang muda dibunuh. tetapi kita disini di bumi yang aman ini tidak berasa keluh kesah dengan apa yang terjadi. Kita bergelak ketawa dan masih leka dengan keasyikan dunia yang sebenarnya adalah sia-sia belaka. Alangkah jeliknya kita jika masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kesenangan dunia, alangkah hinanya kita jika masih bersedih dengan kepayahan dunia.

berubahlah kita semua kearah yang lebih baik kearah yang lebih jelas tentang erti kehidupan yang sebenar, ingatlah perjuangan kita di dunia bukanlah sahaja mencari rezeki, menjaga anak, menjaga ibu ayah, tetapi kehidupan ini adalah jihad yang memerlukan kita sakit, payah, menderita kerana kita adalah hambaNya. Perlu taat apa yang Dia hidangkan untuk kita. Semoga ada masa untuk kita bertemu lagi...wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan