Selasa, 29 September 2009

Teruskan bermotivasi

Pada artikel saya yang lepas saya telah memberikan lima cara yang membuatkan kita bermotivasi,bagaimana sahabat-sahabat diluar sana?sudah cukup bermotivasi untuk hadapi hari ini?^_^kalau belum saya nak bagi lagi lima cara untuk kita bermotivasi. Semoga kita sentiasa dalam keadaan yang positif.

Langkah seterusnya ialah,pastikan diri anda ada tempat mengadu.Saya yakin dan percaya setiap dari kita punyai masalah tersendiri dan kita juga pasti ada seorang sahabat yang paling akrab dengan kita.So,seandainya anda punyai masalah hari ini,teruslah berhubung dengan sahabat anda tersebut untuk meringankan beban emosi anda.Jangan biarkan anda menanggung bebanan emosi yang akan menyebabkan diri anda hilang motivasi k.

Ha,satu cara ni pasti buatkan anda tersenyum.Sekiranya anda punyai masalah,tulis segera diatas kertas dengan penuh emosi.tak kiralah bagaimana keadaan ,muka anda disaat menulis tersebut.Apa yang penting segalanya diluahkan diatas kertas tersebut.Setelah anda tulis semula,keronyokkan atau letak dalam botol,pastu ape lagi sila buangkan tulisan tersebut didalam sungai atau laut^_^jangan buang dalam tong sampah sebab tak berapa dramatik hehe.

Seterusnya,anda hendaklah sentiasa ingin berubah kepada yang lebih baik.Ada diantara kita ni yang hendak berubah tapi asyik memikir sahaja,tapi berubahnya tak jugak.So,sekiranya anda ingin berubah,just do it!

Agak-agak la kan apakah hobi anda?kadang-kadang ada diantara kita yang tidak tahu hobi diri sendiri.Hobi ni banyak faedahnya,yang pertama boleh mengisi masa terluang kita.Yang kedua boleh memberikan sumber pendapatan kedua untuk kita itupun kalau kita ingin berfikir caranya.Bila hidup kita rasa terisi maka kita tahu apa yang kita hendak buat setiap hari,oleh karana itulah maka timbul motivasi tanpa kita sedari.

Akhir sekali pastikan anda ounyai pendirian sendiri,bertegaslah pada diri anda sendiri. Jika anda mahu bermotivasi sampai ke petang maka cakap pada diri sendiri "AKU MAHU BERMOTIVASI SEHINGGA KE PETANG" Selamat beramal dan salam motivasi

Rabu, 23 September 2009

ANDA ada masalah?dan tiada yang ingin mendengar?saya sudi membantu ANDA

Asalamualaikum
Tahniah kepada ANDA yang telah mencari jalan yang positif bagi mencari penyelesaian kepada masalah ANDA.Setiap daripada kita mempunyai masalah sendiri bukan?cuma yang membezakan antara kita adalah cara kita mengatasi masalah tersebut.Kehadiran saya adalah sebagai seorang insan yang ingin membantu sesama kita.Sekiranya anda ingin berkongsi masalah sila email kepada nusmaconsult@gmail.com atau YM saya Tok_janggut_85@yahoo.com . Sedikit pembayaran dikenakan iaitu RM3 bagi masalah melalui email dan RM10 bagi YM.Insyaalah sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan 100% sekurang-kurangnya ANDA telah meringankan beban emosi anda dengan bercerita kepada saya.

Salam Motivasi

Bagaimana menjadi seorang yang bermotivasi

Salam kecemerlangan buat sahabat semua.
Insyaallah hari ini saya ingin berkongsi dengan saudara semua beberapa tips yang membuatkan kita bermotivasi. Apa yang penting disini ialah praktikalnya ya sahabat semua^_^

Sebelum kita melakukan sebarang tindakan yang drastik pastikan sahabat semua tarik nafas panjang-panjang sampai dah tak boleh tarik nafas^_^ selepas itu lepaskan nafas sampai habis. Amacam,rase lebih tenang?^_^selepas itu sahabat semua beri salam pada diri sendiri contohnya seperti begini (Asalamualaikum Mohd Azri)kemudian teruskan dengan kata-kata semangat seperti ini (Saya dijadikan sebagai seorang yang cemerlang dan positif)itu contoh je ye sahabat semua^_^

Selepas proses yang pertama kita teruskan dengan tindakan,iaitu mengubah sedikit imej supaya nampak kelainan.Jika anda sebelum ini jarang bersikat,cuba sisir rambut untuk kelihatan lebih kemas,ataupun cuba pakai minyak wangi yang segar baunya,tapi bukan minyak yang memeningkan kepala orang lain ye hehe.Jika anda seorang wanita cuba kenekan mekap yang sederhana dan jangan terlalu over pulak^_^janji kita kelihatan lain sedikit dari hari yang lepas-lepas itupun dah mencukupi.

Seterusnya lakukan sedikit senaman ringan,tak kesahlah apa juga jenis senaman janji kita buat sedikit pergerakan dan regangan.nak tawaf umah 7 kali pun boleh hehe.

ok buat masa ni apa yang sahabat semua rasa?^_^aik ada yang tengah tersenyum ye hehe ok itulah tips yang seterusnya iaitu senyum...dan senyum....senyuman adalah tanda ketenangan dan menjadi menjadi pengubat kepada hati yang gundah.Berikan senyuman kepada orang disebelah anda pasti anda akan dapat kembali senyuman,kalau dpat duit tu rezeki sangat-sangat la ye hehe.

Tips yang ke lima ialah pastikan tido kita mencukupi,kerana apa?pernah sahabat semua kurang tido?tak kesahlah sebab buat assigmen ke atau pakwe call sampai dua tiga pagi^_^ esoknya apa sahabat rasa?mesti nak marah je kan...mesti moody je kan....so mulai malam ni tidolah awal. Insyaallah esok pasti rasa kelainannya.Saya ada lagi lima tips untuk bermotivasi,bersama saya esok^_^

Salam kecemerlangan

Selasa, 22 September 2009

Adakah kita lemah?

Mungkin ada diantara kita yang menganggap diri mereka lemah,tidak kira dari segi akademik, fizikal,kewangan,pangkat dan sebagainya.Pemikiran seperti ini sebenarnya akan merosakkan diri kita malahan keseluruhan kehidupan kita.Mengapa saya berkata sedemikian?kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang amat mencabar,walaupun perbuatan kita hanya hendak mencari sesuap nasi untuk dimakan pada tengah hari ini.Cuba kita fikirkan bersama dari mana datangnya nasi tersebut,dari mana datangnya ikan,dan dari mana datang nya milo ais.

Sebenarnya semua itu perlu menjalani proses yang merumitkan dan memerlukan daya yang cukup kuat untuk dihasilkan dan kita perlu kuat untuk mendapatkannya.Allah S.W.T telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian dan kita perlu ingat bahawa diri kita ini adalah yang terbaik.Apabila kita memikirkan bahawa diri kita ini adalah yang terbaik maka tidak akan ada sifat merasakan dirinya lemah.

Kita adalah yang terbaik.

Raya yang betu-betul best

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada anda selaku pembaca blog saya yang tidak seberapa ini^_^ raya tahun ini lebih bererti bagi saya kerana berada ditempat yang berbeza dan suasana yang amat berbeza.Alhamdulillah raya tahun ini penuh dengan pengalaman yang manis.

Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita,persoalan yang perlu ditanya pada diri kita ada atau tidak kesan Ramadhan pada hati kita atau pada amalan kita?semoga Ramadhan pada tahun ini membentuk kita menjadi muslim sejati yang sanggup korban apa sahaja demi agama Islam yang suci.

Jangan kita kotori syawal ini dengan pembaziran,dan kehambaan pada hawa nafsu yang sentiasa menggila.Mungkin ada diantara kita yang bersedih kerana kehilangan,jangan ditangisi pemergian mereka akan tetapi curahi mereka dengan bacaan surah al-fatehah.Semoga mereka dalam redha Allah sentiasa.

Sabtu, 12 September 2009

Luluhnya hati

Diantara insan-insan yang tidak akan disentuh oleh api nerakaialah mereka yangpernah menangis kerana takutkan Allah

Bagaimana dengan kita wahai sahabat sekalian?
Pernahkah kita menangis kerana takutkan Allah.
Boleh dikatakan kehidupan diantara kita didunia ini penuh dengan gelak ketawa dan gurauan.Sedangkan kita sebagai orang yang beriman digalakkan untuk sentiasa memperbanyakkan tangisan takutkan kepada Allah.

Dengan tangisan itu kita dapat melembutkan hati
Dengan ketawa hati kita akan menjadi keras

Tangisan yang lahir itu mestilah tangisan dari hati yang luhur. Pembacaan Al-Quran akan lebih memberi kesan jika kita lakukan dengan tangisantakutkan Allah.

Semoga cinta kita kepada Allah semakin menyemarak dan cintakan dunia semakin terhakis dalam diri kita.

Khamis, 10 September 2009

Dahaga Ilmu Agama

Salam ketenangan buat sahabat semua
Ilmu agama semakin ditinggalkan kini.
Akan tetapi kesedaran terhadap ilmu agama juga ditahap yang tinggi, buktinya dimasjid-masjid banyak diadakan majlis ilmu dan hadirin yang datang juga ramai.Bagi sesiapa yang kakinya sentiasa kemasjid atau surau sudah semestinya sentiasa dicurai lautan ilmu daripada para da'e yang sentiasa bertebaran dimuka bumi Allah ini.
Apalah yang kita ingin kejarkan sangat dengan harta benda jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Tinggi.
Bahkan insan-insan yang tinggi ilmu agamanya dengan jelas dipandang tinggi oleh masyarakat.Tidak pernah hidupnya kesempitan,bahkan sentiasa rezekinya mencurah-curah.
Ilmu menghapus kejahilan,ilmu menggangkat darjat,ilmu juga sebagai cahaya dalam mengharungi kehidupan.
Seorang yang berilmu lebih mulia daripada abid yang tidak berilmu.
Semoga kita semua berazam untuk sentiasa menambah ilmu dan juga amal disamping doa yang berterusan agar mendapat redhaNya