Selasa, 29 September 2009

Teruskan bermotivasi

Pada artikel saya yang lepas saya telah memberikan lima cara yang membuatkan kita bermotivasi,bagaimana sahabat-sahabat diluar sana?sudah cukup bermotivasi untuk hadapi hari ini?^_^kalau belum saya nak bagi lagi lima cara untuk kita bermotivasi. Semoga kita sentiasa dalam keadaan yang positif.

Langkah seterusnya ialah,pastikan diri anda ada tempat mengadu.Saya yakin dan percaya setiap dari kita punyai masalah tersendiri dan kita juga pasti ada seorang sahabat yang paling akrab dengan kita.So,seandainya anda punyai masalah hari ini,teruslah berhubung dengan sahabat anda tersebut untuk meringankan beban emosi anda.Jangan biarkan anda menanggung bebanan emosi yang akan menyebabkan diri anda hilang motivasi k.

Ha,satu cara ni pasti buatkan anda tersenyum.Sekiranya anda punyai masalah,tulis segera diatas kertas dengan penuh emosi.tak kiralah bagaimana keadaan ,muka anda disaat menulis tersebut.Apa yang penting segalanya diluahkan diatas kertas tersebut.Setelah anda tulis semula,keronyokkan atau letak dalam botol,pastu ape lagi sila buangkan tulisan tersebut didalam sungai atau laut^_^jangan buang dalam tong sampah sebab tak berapa dramatik hehe.

Seterusnya,anda hendaklah sentiasa ingin berubah kepada yang lebih baik.Ada diantara kita ni yang hendak berubah tapi asyik memikir sahaja,tapi berubahnya tak jugak.So,sekiranya anda ingin berubah,just do it!

Agak-agak la kan apakah hobi anda?kadang-kadang ada diantara kita yang tidak tahu hobi diri sendiri.Hobi ni banyak faedahnya,yang pertama boleh mengisi masa terluang kita.Yang kedua boleh memberikan sumber pendapatan kedua untuk kita itupun kalau kita ingin berfikir caranya.Bila hidup kita rasa terisi maka kita tahu apa yang kita hendak buat setiap hari,oleh karana itulah maka timbul motivasi tanpa kita sedari.

Akhir sekali pastikan anda ounyai pendirian sendiri,bertegaslah pada diri anda sendiri. Jika anda mahu bermotivasi sampai ke petang maka cakap pada diri sendiri "AKU MAHU BERMOTIVASI SEHINGGA KE PETANG" Selamat beramal dan salam motivasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan