Ahad, 6 September 2009

Antara minyak dan air

Allah S.W.T telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran. Apabila kita melihat kepda realiti kehidupan masa kini,orang-orang yang solat pun terbabit dengan maksiat. Seorang datuk yang sering ke surau telah sabit kesalahan merogol cucunya sendiri sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar harian.



Terdengar juga suara-suara sumbang mengatakan ada pelajar tahfiz mengadakan hubungan songsang dengan gurunya. Mengapakah fenomena ini terjadi?



Bagi saya perkara ini adalah normal kerana kita manusia diberikan akal dan nafsu.tidak seperti malaikat yang punyai iman sahaja.Terdapat banyak cerita tentang dikalangan manusia yang pada mulanya adalah seorang yang alim dan ahli ibadah akan tetapi pengakhiran hidupnya adalah kufur kepada Allah S.W.T. Berdoalah kita agar kematian kita nanti dalam keimanan kepada Allah S.W.T

Sesungguhnya kita telah diberikan akal dan bimbingan wahyu dari Allah serta sunnah nabi,maka teruslah dijalan yang benar. Jangan kita sekali-kali ingin mencuba jalan kesesatan. Sekiranya terlanjur,segeralah kejalan yang benar selagi nyawa di kandung badan.

Salam kasih sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan