Salam keharmonian buat sahabat-sahabat semua
Allah S.W.T telah menciptakan kita dengan pelbagai rupa,bangsa,agama dan rantai kehidupan.Ada yang hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Ada pula yang hidupnya berjalan diatas wang, wang bukan masalah baginya.
Apakah si miskin perlu meratap nasibnya seharian dan ada juga yang menyalahkan Allah S.W.T dengan keadaan nasibnya.Ini merupakan satu kesilapan besar,sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.Maka jangan biarkan nasib menguasai diri kita akan tetapi biarlah kita yang menguasai nasib kita.Usahalah sebanyak yang mungkin setelah itu berdoa dan berserahlah pada Al-Razzaq.
Adakah kita terfikir bahawa insan-insan yang kaya itu cukup segala-galanya?terdapat banyak kisah jutawan-jutawan yang banyak hartanya tapi kosong jiwanya.Dimanakah erti kekayaannya?
Sebenarnya kaya JIWA itu lebih mahal dari kaya kebendaan.Syaitan laknatullah tidak bersumpah untuk meragut semua harta umat manusia akan tetapi bersumpah untuk meragut iman umat-umat yang bertaqwa.
Sedarlah wahai sahabat-sahabatku sekalian,bahawa hidup ini adalah jambatan untuk ke akhirat.Sekiranya nasib kita kurang baik disaat ini,segeralah kerahkan tenaga anda dan buatlah yang terbaik untuk mengubah hidup anda,setelah itu tingkatkanlah ketaqwaan kita kepada Allah agar redhaNya kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan