Asalamualaikum
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dengan keizinan daripada Allah S.W.T. Pada saat coretan tulisan ini ditulis bertepatan dengan hari ke 14 kita berpuasa. Apakah yang kita rasakan setelah sampai hari ke 14 kita menjalani ibadah puasa? Ada yang fokusnya telah sampai ketahap tak sabar hendak menyambut syawal. Ada pula diantara kita yang semakin memperbanyakkan ibadah kerana merasakan semakin lazat beribadah.
Dua perbezaan yang saya rasa ada pada setiap diri kita. Menjadi realiti diakhir zaman ini,ibadah tidak lagi dianggap sebagai segala-galanya akan tetapi ibadah itu sekadar asal buat sahaja.
Semoga kita tidak menjadi golongan-golongan yang merayu pada Allah S.W.T semasa dialam barzakh kerana mahu beribadat sepuas-puasnya.
Beribadahlah kita wahai sahabat-sahabatku dengan penuh cinta pada Allah,bukan kerana manusia.
Salam kasih sayang dari saya^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan