Salam motivasi kehidupan
Apa yang saya nukilkan disini adalah hasil pemerhatian saya dalam menjalani hidup sebagai seorang yang makan gaji dan sebagai seorang yang ingin berjuang dijalan Allah S.W.T.
Terdapat banyak perkara yang membuatkan orang respect dekat kita. Akan tetapi saya lebih menekankan dari aspek agama dan motivasi itu sendiri.
Diantara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti berikut:-
(1) Tambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Kita terlupa bahawa jaminan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa itu melebihi segala yang ada di bumi ini. Segala makhluk akan tunduk kepadanya. Bertaqwalah kepada Allah dengan menambahkan ilmu dan amal ibadah kita. Tetapi kita mesti ingat ketaqwaan yang dikejar itu mestilah ikhlas semata kerana Allah S.W.T.
(2)Kita kena respect orang terlebih dahulu
Bak kata kumpulan scorpion what you give you get back^_^ apa yang kita beri pasti kita akan dapat kembali. Begitu juga sekiranya kita hendak dihormati, mestilah kita yang nulakan dahulu dengan menghormati sahabat-sahabat kita.
(3)Tambah ilmu
Kita kena pastikan segala ilmu yang kita ada sentiasa bertambah, contohnya seperti seorang ustaz perlulah sentiasa peka dengan isu semasa. Cuba selesaikan isu semasa tersebut dengan ilmu yang dia ada. Maka orang sekeliling akan lebih kagum dan hormat kepadanya jika tahu menjawab tentang isu-isu semasa.
Jumpa lagi di tips akan datang^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan