Khamis, 9 Disember 2010

Tambah kebaikan kurangkan dosa

Salam tahun baru hijrah kepada sahabat yang amat saya kasihi.

Kita sudah melangkah ke tahun baru hijrah,banyak perkara yang telah kita lakukan tahun lepas dan ada juga perkara yang masih belum selesai.

Semalam saya mengikuti satu ceramah maal hijrah di tempat saya bertugas, ustaz yang di inport khas daripada Darul Quran. Apa yang menarik ustaz tersebut menyarankan kita untuk menjadi BAIK dari sudut yang amat ringan.

Katanya,zaman kini manusia banyak yang meninggalkan solat lima waktu, jadi disarankan kita sebagai umat Islam untuk menjaga perkara wajib ini terlebih dahulu bukannya melakukan transformasi yang melampau seperti buat solat sunat 20 rakaat setiap hari. Jika satu perubahan itu dilakukan secara drastik maka kembalinya kepada kejahatan juga adalah drastik.

Sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit dan pastikan ianya berkekalan,soal diri kita siapa kita didunia ini?

Siapa yang terlepas daripada kejahatan dan kemaksiatan?saya yakin dan pasti semua terlibat bukan?mulai hari ini kita kurangkan kejahatan yang kita lakukan.sedikit-demi sedikit insyaallah perkara tersebut dapat kita tinggalkan.Pesanan ustaz tersebut sebelum kita lakukan maksiat atau kejahatan cuba bayangkan bahawa segala apa yang kita lakukan tersebut ditayangkan dihadapan berbilion-bilion orang yang melihat.Inilah situasi yang akan kita alami semasa dipadang mahsyar....

Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik.

Khamis, 2 Disember 2010

Bantu orang ikut kemampuan

Salam pagi jumaat

Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan selagi kita masih dapat menyedut udara dan merasai sejuknya air pada waktu pagi. Semalam sudah kita lalui dengan jayanya dan pada hari ini kejayaan itu pasti akan datang.

Ramai yang punyai sikap positif berbanding sifat negatif sebenarnya, mengapa saya berkata sedemikian?kerana fitrah manusia itu adalah baik.Taat pada Allah s.w.t dan berjanji akan buat baik sebelum lahir ke dunia.Begitulah sikap manusia sebenarnya inginkan kebaikan walaupun diri kita jahat.

Pernah ada seseorang minta bantuan anda?sekiranya anda benar-benar seorang yang baik anda akan membantu beliau dengan sungguh-sungguh kerana itulah kepuasan bagi anda. Akan tetapi pertolongan itu adakah semestinya kita penuhi?atau ada hadnya?

Melalui pengalaman kehidupan saya pertolongan yang kita berikan mesti ada hadnya. Yang pertama kita perlu pastikan bahawa pertolongan yang akan kita berikan adalah kita mampu lakukan dan tidak membebankan kita. Banyak perkara yang kita buat atas dasar tolong yang membebankan kita contohnya menjadi penjamin bagi pinjaman dan sebagainya.

Seterusnya pertolongan yang anda berikan itu kepada siapa?pastikan yang anda tolong adalah manusia yang kenal erti kemanusiaan.Mengapa?kerana ada manusia yang kita bagi madu tetapi dibalas dengan racun.berhati-hatilah sahabat.

Buat yang terakhir pastikan masa pertolongan itu dan tempatnya.Sekiaranya anda dalam keadaan kelam kabut dan tertekan jangan berikan pertolongan kerana dibimbangi anda membuat keputusan yang salah.Dan anda perlu pastikan dimana kawasan anda memberikan pertolongan.adakah ditempat yang sunyi.....(kes kereta rosak) atau dikawasan terbuka.

Semoga kehidupan kita semakin cerah dan berwarna warni. Anda hebat kerana Allah s.w.t jadikan anda hebat.Pecayalah!

Rabu, 1 Disember 2010

Isteri zaman kini membawa ke mana?

Salam ketenangan,syukur kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t

Perjalanan hidup kita ini diteruskan dengan teman yang akan sentiasa bersama dengan kita khususnya para suami diluar sana.Menjadi sunnatullah bahawa kehidupan ini berpasang pasangan tidak kita apa.Langit pasangannya bumi,matahari pasangannya bulan.dan nabi adam a.s pasangannya adalah hawa.

Sampai masa dan ketikanya pabila kita telah ditakdirkan berkahwin maka kita perlu menghadapinya walaupun kadang-kadang ada yang belum bersedia berkongsi hidup. Bagi seorang suami apakah yang diharapkan dari seorang isteri?layanan yang baik?akhlak yang baik?
masakan yang sedap?

Jawapan yang Islam telah Islam berikan kepada kita ialah isteri yang didambakan oleh seorang lelaki yang solah adalah isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat atau jalan untuk menuju ke syurga.Suami itu adalah sumber pahala baginya.ianya mengharapkan redha Allah s.w.t dan redha suaminya.Sentiasa taat kepada Allah dan suami selagi suami tidak menyuruh kepada perkara yang mungkar.

Contoh mudah bagaimana kita ingin menguji bakal isteri kita atau isteri kita sendiri. Apabila dia meminta sesuatu daripada kita, cuba berikan kurang dari apa yang dipinta. Apakah reaksinya? jika terima kasih yang diucapkan insyaallah itulah isteri yang solehah. Akan tetapi sekiranya rungutan yang dilemparkan kepada suami maka berhati-hatilah para suami kerana mungkin bakal isteri anda atau isteri anda kini bersama dengan anda bersebab....maksudnya mengarah kepada keduniaan....jika tidak kerana sebab tersebut maka dia tidak akan bernikah dengan kita.

Semoga ada baiknya kita bertemu dihari ini...semoga anda terus cemerlang

Selasa, 30 November 2010

Kita rasa kita dah baik

Salam kasih sayang buat anda

Kita semua adalah hamba Allah s.w.t yang terbaik manakan tidak kita antara berjuta sperma yang berjaya menjadi manusia.Didalam diri kita sudah ada ciri-ciri kehebatan dan seorang pejuang.Islam telah mengajar kita agar hari ini lebih baik dari semalam dan jangan sekali-kali buruk dari semalam.Ini adalah kata-kata motivasi yang amat ampuh buat kita dan sebagai muhasabah buat kita setiap hari.

Dalam kita mengejar kecemerlangan adakah kita sedar bahawa kita sememangnya benar-benar cemerlang atau benar-benar baik?adakah persoalan ini kita yang terbaik sebagai penjawabnya atau?jawapannya ialah kita perlukan cermin untuk menilai diri kita.Siapakah cermin itu? jika anda seorang suami cermin anda adalah isteri anda atau mak mertua anda, jika anda seorang isteri begitulah juga keadaanya.Anda sudah dapat bagaimana hendak menilai diri.Sekarang anda sudah tahu dimanakah kelemahan anda dan adakah anda sudah terbaik?

Insyaalah ada masa lagi untuk kita berubah,daripada jahat kepada baik.daripada baik kepada yang lebih baik.

Jumaat, 26 November 2010

Mengapa berubah ya?

Salam kejayaan buat anda!

Hari ini saya ingin bercerita tentang satu lagi episod dalam kehidupan, sahabat saya anuar telah berkenalan dengan seorang ustaz dengan cara tidak sengaja di sebuah R & R untuk solat fardu. Selepas melakukan solat fardu sahabat saya telah ditegur oleh seorang ustaz yang diiringi oleh anak muridnya yang berjubah dan berserban.Di dalam hatinya tergerak bahawa ustaz tersebut adalah seorang guru tahfiz. Ustaz tersebut menyatakan bahawa kamu perlu berguru! mungkin ustaz tersebut dapat MELIHAT amalan yang dilakukan oleh sahabat saya ini yang sememangnya rajin bangun malam dan berzikir. Pesananya ialah taqwa kepada Allah dan sabar.....

Pertemuan tersebut hanya berakhir disitu....sehinggalah anuar dan saya tergerak untuk menghubungi ustaz tersebut kerana berminat dengan ilmu zikir ini atau dinamakan ilmu tarekat. Alhamdulillah ustaz tersebut memberikan galakan kepada kami untuk berguru dan memberikan alamat dan nama guru nya di kawasan subang selangor. Maka saya dan anuar telah mencari tempat tersebut seterusnya berguru disana.

Panas tidak sampai ke petang apabila ustaz tersebut telah menghubungi anuar untuk mengadu satu masalahnya iaitu masalah duit.Ustaz tersebut menyatakan hendak menjalankan satu perniagaan di melaka dan memerlukan rm7000 untuk memulakan bisnes tersebut. Maka anuar telah menyatakan ingin mencuba untuk mendapatkan dana tersebut dengan meminta bantuan orang lain kerana dirinya bukanlah orang senang,hanya makan gaji.

Semakin hari ustaz tersebut terus menerus menekan anuar untuk mendapatkan dana tersebut sehingga mengganggu pekerjaan anuar.paling menyedihkan gangguan itu tidak mengenal waktu solat sehingga terdetik dalam hati anuar bahawa ustaz tersebut sudah hilang kewarasannya kerana terdesak untuk mendapatkan wang tersebut. Tekanan demi tekanan telah diberikan kepada anuar sehingga ustaz tersebut menyatakan anuar adalah munafiq kerana mungkir janji sedangkan anuar hanya ingin CUBA menbantu.

Sikap ustaz tersebut betul-betul melemahkan anuar untuk beramal ibadah...inilah ujian dalam kehidupan.apabila seseorang selalu diuji dengan ujian yang berat maka dia akan tenang dalam menghadapi apa sahaja tetapi jika ujian itu baru sekali datang dalam hidupnya terus sahaja melatah sehingga menyalahkan orang lain dan menonjolkan kelemahan diri sendiri.

sama-sama kita berfikir.....

Isnin, 15 November 2010

Belajar daripada kesibukan

Salam kasih sayang buat semua teman yang singgah di blog saya ini,
semoga jalinan kasih sayang antara kita akan semakin erat sehingga akhir hayat disamping perkongsian ilmu yang saya hamparkan di blog ini serta pengalaman dalam kehidupan dan dalam mengenali kehidupan itu sendiri.

Alhamdulillah walaupun saya semakin sibuk dengan urusan kerja, proses menambah ilmu dan juga keadaan kesihatan yang semakin meruncing Allah s.w.t tetap memberikan daya kepada saya untuk terus berhubung silaturrahim dan berkongsi pengalaman dengan anda selaku sahabat saya.

Kini pekerjaan saya semakin sibuk sehinggakan setiap minggu saya ada program yang perlu dijalankan luar daripada farmasi tempat saya bekerja sehinggakan saya mengalami penyakit tonsil ataupun ketumbuhan di tekak.Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa saya dengan penyakit yang diberikanNya ini.

Mujahadah yang kita lakukan perlu diteruskan kerana ujian seperti penyakit itu bertujuan meningkatkan kesabaran kita dan menjadikan kita semakin kuat.Itu lah falsafah kehidupan kita di dunia ini, akhir kata saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha maaf zahir batin. Sama-sama kita hayati pengorbanan nabi ismail dan nabi ibrahim.....kita belajar lagi erti kehidupan dengan satu sejarah yang meruntun kehidupan.

Isnin, 1 November 2010

Belajar dari kesusahan

Salam kasih sayang dan kecemerlangan buat anda

Kasih sayang adalah hak milik setiap insan, kecemerlangan juga adalah hak setiap insan. Mengapa saya katakan sedemikian?kerana semua itu ada pada kita.Kasih sayang ada pada kita, manakan tidak haiwan pun ada perasaan kasih sayang.Begitu juga kecemerlangan.Kita adalah satu-satunya benih yang berjaya berjuang untuk menjadi manusia.Bersyukurlah pada Allah s.w.t yang telah mengatur segalanya untuk kita.

Kita semua dalam keadaan susah bukan?selalunya apabila disebut susah bermaksud kurang duit atau tidak kaya.Itulah persepsi kita apabila menyebut tentang susah.Sebenarnya kesusahan itu hak bagi setiap insan.Walau sekaya mana pun seseorang dia masih ada kesusahan.Contohnya dia ada kereta mewah tetapi sudah tidak mampu untuk memandu dan hanya bergantung kepada orang lain iaitu driver.Maka itulah kesusahan dari sudut orang kaya.Susah untuk menjaga harta juga penyakit orang kaya.

Bukan niat saya untuk memperlekeh kekayaan itu tetapi saya ingin sedarkan kita semua bahawa setiap manusia ada ujian dan kesusahan mereka sendiri.Oleh itu cara untuk menjadikan kita kuat dalam menghadapi apa juga kesusahan dalam hidup kita adalah ingat bahawa setiap orang pasti ada masalah.

Kadang-kadang penyelesaian itu ada hanya pada hujung jari kita sedangkan kita puas mencari orang luar yang boleh membantu kita.kita sebagai umat Islam perlulah yakin bahawa setiap yang berlaku pada kita adalah ketentuan dariNya.Kita semua inginkan kebahagiaan yang berkekalan dan keamanan sepanjang hayat.Akan tetapi rancangan Allah s.w.t adalah lebih hebat daripada kita.

Yakinlah kita pasti bertemu jalan untuk mendapat kebahagiaan setelah beribu-ribu kesusahan melanda diri kita...