Rabu, 1 Disember 2010

Isteri zaman kini membawa ke mana?

Salam ketenangan,syukur kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t

Perjalanan hidup kita ini diteruskan dengan teman yang akan sentiasa bersama dengan kita khususnya para suami diluar sana.Menjadi sunnatullah bahawa kehidupan ini berpasang pasangan tidak kita apa.Langit pasangannya bumi,matahari pasangannya bulan.dan nabi adam a.s pasangannya adalah hawa.

Sampai masa dan ketikanya pabila kita telah ditakdirkan berkahwin maka kita perlu menghadapinya walaupun kadang-kadang ada yang belum bersedia berkongsi hidup. Bagi seorang suami apakah yang diharapkan dari seorang isteri?layanan yang baik?akhlak yang baik?
masakan yang sedap?

Jawapan yang Islam telah Islam berikan kepada kita ialah isteri yang didambakan oleh seorang lelaki yang solah adalah isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat atau jalan untuk menuju ke syurga.Suami itu adalah sumber pahala baginya.ianya mengharapkan redha Allah s.w.t dan redha suaminya.Sentiasa taat kepada Allah dan suami selagi suami tidak menyuruh kepada perkara yang mungkar.

Contoh mudah bagaimana kita ingin menguji bakal isteri kita atau isteri kita sendiri. Apabila dia meminta sesuatu daripada kita, cuba berikan kurang dari apa yang dipinta. Apakah reaksinya? jika terima kasih yang diucapkan insyaallah itulah isteri yang solehah. Akan tetapi sekiranya rungutan yang dilemparkan kepada suami maka berhati-hatilah para suami kerana mungkin bakal isteri anda atau isteri anda kini bersama dengan anda bersebab....maksudnya mengarah kepada keduniaan....jika tidak kerana sebab tersebut maka dia tidak akan bernikah dengan kita.

Semoga ada baiknya kita bertemu dihari ini...semoga anda terus cemerlang

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara penulis...

    di sini sy dapati saudara masih kekurangan bahan/pengalaman... kerana sebenarnya... masih banyak yang boleh di lakukan agar kita mampu menguji tahap apakah iman seseorang muslimah itu... namun sy ucap kan tahniah kerana saudara punyai keikhlasan untuk berkongsi... alhamdulillah... amin...

    BalasPadam