Khamis, 30 Disember 2010

TAKDIR ikut kita atau kita yang perlu ikut takdir

Salam di ambang tahun baru 2011,semoga kita lebih hebat di tahun yang baru ini.

Perjalanan hidup kita di dunia ini adalah diaturkan oleh Allah s.w.t iaitu qada dan qadar Allah s.w.t ke atas semua makhluk ciptaanNya.Sama ada yang baik atau yang buruk ianya adalah daripada Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita susah dan payah untuk menerima segala takdir Allah s.w.t sama ada yang berkaitan dengan kecelakaan, bala' atau nikmat.Kita sebagai hambaNYa yang beriman wajib menerima segala apa yang diaturkan kepada kita.Bukan mudah untuk kita lakukan dan aplikasikan rukun iman yang kelima ini.

Kemaitan adalah diantara perkara yang jarang manusia boleh terima kerana kematian tidak boleh diundur walau sesaat kerana ianya adalah ketetapan Allah s.w.t semasa kita di alam rahim lagi. Begitu juga rezeki kita.

Kekuatan kita dalam mengharungi segala kesusahan dan ujian di dunia ini adalah iman yang 100% kepada Allah s.w.t tanpa sedikitpun keraguan padaNya.

Sehinggalah kita mencapai tahap nafsu mutmainnah(nafsu yang tenang)

1 ulasan:

  1. takdir???? kadang2 kita tersilap tafdir dengan takdir... takdir adalah dengan apa yang telah berlaku tapi bukan dengan apa yang sedang dihadapi... contohnya... kita nak hadapi exam... kita kena berusaha dahulu... lepas tu dapat keputusan...so...tu la takdir antara lulus ke tak...bukan pasrah terus dengan tidak berusaha apa pun...

    sepertimana juga kematian....ada orang cakap mati ni Allah yang tentukan...memang betul... tapi kadang2 kita boleh minta pada Allah... kalau kita dah tahu kita ni panjang umur...baik kita tak yah bersedekah...betul kan.... kalau kita banyakkan bersedekah, umur kita akan panjang...betul ke tidak???.. tak percaya cuba la...

    yang pasti apa yang berlaku sebelum terjadinya sesuatu adalah ujian dan dugaan hidup...setelah apa yang berlaku kena la terima takdir seperti kematian...kalau dah mati baru boleh terima takdir... sebelum mati jangan dianggap takdir tapi ini adalah ujian kehidupan kita....apa pun kita kena cuba yang terbaik untuk kehidupan kita...kita yang tentukan macam mana kehidupan kita dan kita yang pilih... kalau buruk, buruk la jadinya....kalau baik, baik la jadinya... waAllahu'alam...

    BalasPadam