Khamis, 15 Mac 2012

jika Allah suka kenapa nak bimbang?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah semoga Islam yang ada dalam diri kita bukanlah semata-mata topeng tetapi Islam yang kita galas adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Jangan kata kita hebat walaupun kita ada PHD dalam Quran Sunnah atau PHD dalam Qiraat kerana kita masih belum mampu menandingi kehebatan Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hambali. Cermin diri kita adakah amalan kita seperti mereka, cermin diri kita adakah kita mampu meninggalkan dunia demi agama.

Sahabat semua....pada pagi ini saya agak serius kerana melihat keadaan manusia disaat ini yang semakin lalai dengan nafsu sendiri, kita lebih banyak mengutamakan nafsu,perasaan dan keduniaan berbanding dengan perintah Allah s.w.t. kepada kita. Lihatlah berapa ramai yang tidak solat subuh semata-mata ingin mengejar waktu punchcard sebelum pukul 8 pagi. Berapa ramai yang tidak mengeluarkan zakat kerana takut kurangnya harta dan berapa ramai menolak hukum hudud kerana berbagai alasan yang mengikut hawa nafsu sahaja.

Ayuh bangunlah wahai jiwa umat Islam kita bukan lagi diambang keselesaan kerana maut dan masa titik pertemuan kita dengan rABBUL jaLIL SEMAKIN HAMPIR. aDAKAH KITA INGIN BERJUMPA DENGANNYA DALAM KEADAAN DERHAKA?

Isnin, 12 Mac 2012

blok dalam kehidupan

Asalamualaikum sahabat semua

Syukur pada Mu Ya Allah diatas nikmat iman dan kekuatan untuk bernafas di saat ini. Malam yang sepi sering kali kita biarkan dengan lena yang panjang sedangkan para kekasihNya menjadikan malam sebagai pentas untuk mereka beraksi bagi menyatakan cinta yang membara di dalam hati.

Kehidupan hari ini kita sama-sama harapkan agar ianya menjadi yang terbaik dari semalam kerana itulah target kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Jika hidup kita di dunia ini tidak ada matlamat maka perjalanan hidup kita ini seperti kapal yang tiada kapten.

Pernah tak sahabat-sahabat semua terfikir ada beberapa perkara yang kita nak sangat tetapi sangat susah untuk kita capai dan gapai apatah lagi memeluknya. Perkara seperti ini saya perhatikan sudah sekian lama, apa yang saya dapat simpulkan ialah setiap penghalang ataupun blok bagi kita mencapai sesuatu perkara ada kaitannya dengan dosa.

Mungkin ada diantara kita yang menyatakan ini adalah mustahil, tetapi saya ada hujahnya iaitu ilmu tidak akan dapat masuk ke dalam hati yang kotor, begitu juga dengan matlamat kita tidak akan dapat capai sekiranya hati kita masih kotor khususnya dengan sifat yang negatif seperti hasad dengki, riak takabur dan sebagainya.

Untuk memastikan segala yang kita rancang berjalan dengan lancar pastikan kita dalam keadaan bersih zahir dan batin insyaallah segalanya dalam genggaman.

Ahad, 4 Mac 2012

jika tiada perasaan bersyukur hati pasti tidak kaya

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah diatas segala kurnianNya kepada kita, apabila kita melihat diri kita dari hujung rambut sampai ke hujung kaki alangkah lemahnya kita kerana kita bergantung sepenuhnya dengan Allah s.w.t

Perjalanan hidup kita tetap akan berterusan sehinggalah kita memejamkan mata, selagi belum menutup mata kita perlu melangkah walaupun terasa sangat berat untuk melangkah dan mungkin juga ada diantara kita yang hampir terjatuh dalam kehidupan.

Perasaan sedih kecewa ditimpa ujian dalam mehidupan ini, akan tetapi kita semua perlu sedar bahawa kehidupan ini bukan milik kita dan juga bukan milik orang lain kerana kehidupan itu dimiliki oleh Allah s.w.t kerana DIA yang Maha Hidup. Segala apa yang berlaku adalah atas kehendakNya.

Ramai yang terlupa, dengan angkuhnya menyalahkan orang lain diatas kejatuhan hidupnya tetapi lupa bahawa kejatuhan hidupnya dibenarkan oleh Allah s.w.t dimana kita ini adalah hambaNya.

Bersyukurlah kita sahabat kerana kesakitan itu hanya sedikit jika kita hendak bandingkan dengan nikmat kurnianNya yang sangat banyak dan tidak dapat kita hitung.

Isnin, 27 Februari 2012

Layakkah aku menjadi tetamu MU

Asalamualaikum sahabt ku semua

Kumulai kehidupan ini dengan esak tangis dan sendu dikala mengalunkan al-fatehah dan qunut di hening pagi,apa yang dapat kurasakan saat ialah DIA sedang menugguku dan aku sudah sangat hampir kepadaNya.

Penulisan saya pada pagi ini mungkin banyak perbezaannya kerana hati saya pada pagi ini pun sangat berbeza dari hari yang lepas, entah mengapa mudah sangat air mata mengalir semenjak saya dinobatkan untuk menjadi tetamuNya pada 23/3/2012 ini.

YA Allah semoga aku bertemu denganMu dalam keadaan yang bersih keran aku takut segala kesilapan ku yang telah lepas mendapat balasannya disana....

Sahabatku sekalian marilah kita hidup dengan rasa kecintaan yang sangat mendalam kepadaNya kerana dialah siti khadijah mewaqafkan dirinya untuk agama, kerana Dialah juga Rasulullah yang kita kasihi berdarah gusinya kerana menyatakan Tauhid kepadaNya.

Jadikan setiap kasih sayang dan cinta sesama kita untuk mendapat keredhaanNya, hidup ini hanya seketika cuma yang kekal abadi adalah akhirat yang sangat banyak nikmatnya. Semoga bertemu lagi wassalam

Ahad, 26 Februari 2012

bekalan untuk kita...sila sebarkan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t diatas segala nikmat yang tidak terhitung dan tidak dapat kita bayar segalanya kepada Rabb kita semua.

Oleh itu jangan kita bangga apatah lagi takabbur dengan segala nikmat ini kerana semuanya adalah milik DIA. Hari ini saya ingin kongsikan satu ilmu yang saya dapat daripada yang berbahagia ustaz shahrin salah seorang perawat islam yang amat saya hormati kerana sentiasa berkongsi ilmu kerohanian yang membawa kita berjaya di dunia dan akhirat.

Saya pernah berkursus dengan ustaz selama sehari untuk mendalami ilmu kerohanian, alhamdulillah disini saya kongsikan satu amalan yang dinamakan ilmu zikir istinjak, maksud intinjak adalah penyucian diri daripada najis dosa. Zikirnya sangat simple, semua orang boleh amlakan walaupun sambil memandu atau sambil bersenam di tepi tasik. Khasiat zikir ini boleh dirasakan sendiri oleh anda yang beramal dengannya.

zikirnya adalah seperti berikut (1) Astaghfirullahalazim 100 kali sambil munajat kepada Allah s.w.t Ya Allah ampunkanlah segala dosa zahirku,dosa mata,dosa mulut,dosa kaki dan sebagainya. (2) Allahummasollialamuhammad 100kali sambil munajat Ya Allah ampunkanlah segala dosa batin ku dan dosaku kepada RAsulullah dan (3) Lailahaillallah 100kali sambil munajat Ya Allah ampunkanlah dosa syirikku kepadaMu, amalkan 2kali sehari selepas subuh dan magrib selama 40 hari. Saya ijazahkan kepada sesiapa yang hendak beramal, jika ada apa-apa pertanyaan dan pengalaman sila sms saya ditalian 0132736649

Selasa, 21 Februari 2012

perjalanan hidup orang soleh memang pelik

Asalamualaikum shabat semua

Alhamdulillah diatas nikmat iman dan kehidupan kita pada hari ini. Sama-sama kita mulakan hari ini dengan perasaan bersyukur dan penuh dengan kasih sayang bukan dengan kebencian.

Hari ini saya ingin membawa sahabat semua untuk melihat satu sudut yang jarang untuk kita lihat sedangkan di sudut kecil itulah mengajar kita tentang perjuangan dalam kehidupan. Perjalanan orang yang soleh sentiasa kita lupakan, apakah erti soleh?atau solehah? ianya bermaksud hamba Allah s.w.t yang perjuangan hidupnya adalah mengharapkan redha Allah s.w.t sahaja tidak ada satu pun yang dilakukan kerana nafsu dan emosi.

Diantara contoh yang menjadi kontroversi ialah seorang kiyai yang sangat alim dan soleh malahan sudah dikenali sebagai seorang murabbi yang sangat hebat, akan tetapi perkembangan terbarunya beliau telah mengahwini seorang model yang sangat hebat di tempatnya. Maka ramai yang mencemuhnya kerana mengahwini seorang yang buta agama malahan ditambah lagi cemuhan itu apabila beliau menceraikan isteri yang pertama.

Apakah yang kita fikir apabila menerima cerita kehidupan seperti ini? jika dilihat pada sudut emosi dan nafsu kita akan menghukum kiyai tersebut sebagai kuat seks dan sebagainya akan tetapi lihat pula dari sudut agama. Pemikiran semua wanita yang berada di lembah kegelapan akan terbuka apabila melihat perkahwinan seorang kiyai yang soleh dengan seorang model. Difikiran mereka mengatakan kiyai pun boleh menerima mereka sebagai isteri apatah lagi Allah s.w.t yang Maha Pengampun.

Bagi isteri tuanya perlulah sedar penceraian itu bukan beerti benci tetapi untuk menyelamatkan dia daripada dosa terhadap suami.Jom berfikir cara iman bukan dengan cara emosi dan nafsu

Isnin, 20 Februari 2012

kita lupa siapa musuh kita

Asalamualaikum sahabat dunia akhirat ku sekalian

Alhamdulillah diatas segalanya YA Allah...sesungguhnya jika dihitung segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami maka terjawablah persoalan bahawa manusia itu semuanya miskin dan faqirdisisiMu melainkan mereka yang bertaqwa.

Wahai sahabat...sesungguhnya kita perlu sentiasa sedar bahawa musuh kita tidak pernah lupa dengan kita sedangkan kita sentiasa lupa dengan mush kita. Siapa musuh kita? di dalam Al-Quran banyak menyebut siapa musuh kita, jawapan yang mudah dan tepat musuh kita adalah syaitan.

Siapa diantara kita yang sentiasa sedar akan gerak geri musuh kita ini? saya amat yakin sangat sedikit yang memikirkannya.Kita perlu sedar bahawa dengan melupakan musuh kita ini maka kita akan sesat bahkan mensyirikkan ALlah s.w.t disaat kematian kita nanti.

Bersiap sedialah kita dengan ilmu,iman dan amal agar kita berjaya dalam peperangan dengan mush yang jelas...iaitu syaitan....semoga kita kembali kepada ALlah s.w.t dalam keadaan hati yang tenang. amin....