Asalamualaikum sahabat semua
Alhamdulillah dengan izin darinya kita dapat bersama lagi dikala ruang masa yang begitu sempit. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan yang berpesan-pesan kejalan kebenaran.
Kita rasa apa yang kita lakukan seharian adalah sudah baik dan terbaik. Yang kaki ibadat merasakan ibadatnya sudah terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t. Jika anda seorang guru, anda sudah menyangka anda berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam akademik.
Sebenarnya kita silap, banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang. Sesunggunya Al-Quran itu sarat dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t. Adakah kita sudah mengkajinya dan beramal dengannya?Kita banyak melanggar hukum Allah s.w.t yanpa kita sedar atau dengan sedar. Contoh mudah yang saya boleh berikan adalah hukum taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syarak. Saya melihat para isteri lebih banyak mengawal suami dan inginkan segala kehendaknya dituruti oleh suami. Adakah ini mengikut tuntutan Allah s.w.t? Sedangkan suami itu adalah kunci kepada para isteri masuk kedalam syurga.
Begitu juga para suami yang melupakan amanah yang Allah s.w.t telah galaskan kepada mereka. Ramai yang terlupa bahawa tugas menyampaikan ilmu fardu ain kepada isteri dan anak-anak adalah tugas suami. Jadi cermin-cerminlah diri kita adakah kita sudah mendapat keredhaan Allah s.w.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan