Isnin, 7 Disember 2009

Motivasi Tawakal

Salam sahabat semua
Hari ni saya ingin berkongsi tentang motivasi melalui satu sifat mahmudah,atau dalam bahasa jawanya sifat yang terpuji.
Sifat yang saya ingin katakan disini adalah sifat tawakal kepada Allah S.W.T. Pernah atau tidak kita menghadapi dimana tiba satu saat kita tak mampu lagi untuk berusaha dan takde sapa yang boleh tolong kita lagi?
Apakah perasaan kita disaat itu?
Saya yakin hanya doa menjadi peneman kita disaat kekuatan itu hilang.
Perasan bertuhan semakin bertambah.
Penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah semakin kuat.
Akhirnya Allah dengan limpahan rahmatnya membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi dengan tanpa kita terfikir.
Kadang-kadang Allah S.W.T nak bantu kita dengan cara yang kita sendiri tak terfikir.

Semoga kita akan sentiasa sedar bahawa ada yang lebih sayangkan kita melebihi sayangnya mak ayah kepada seorang anak.

Rabu, 2 Disember 2009

Hidung dan nafas

SALAM motivasi buat semua

Tajuk kita hari ni agak berbeza dari hari yang lain. Tapi sebenarnya tajuk ni simple sahaja^_^
saya ingin membawa topik antara islam dan kehidupan.zaman terkini ramai diantara kita yang melupakan islam dalam kehidupan dengan menganggap zaman ini bukan lagi seperti zaman nabi. Tidak perlu kemajuan,tidak perlukan mencari duit siang malam pagi petang.Mereka ini bukan tidak tahu kepentingan Islam dalam kehidupan,tapi buat-buat tidak tahu tentang kepentingan Islam dalam kehidupan.

Golongan ini akan ingat dan sedar akan kepentingan Islam dalam kehidupan apabila sudah tersungkur dengan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini.Ok contoh mudah yang saya nak sahabat semua fikirkan,sekiranya kita sedang kelemasan ditengah lautan,tiada siapa yang dapat membantu.Apakah tindakan yang akan kita lakukan?

Kita akan pasti merintih....Ya Allah....selamatkan aku Ya Allah....

Renung-renungkan......

Isnin, 30 November 2009

Diantara ilmu dan kuasa

Salam kesejahteraan kapada semua sahabat.
Semoga sihat sentiasa dan berasa bagus sentiasa.
Sejak akhir-akhir ini malaysia mengalami kejadian-kejadian yang mencemaskan.
Semalam kejadian gempa bumi berlaku di kuala pilah.Kita sebagai hamba perlu ingat bahawa semua ini adalah teguran daripada Allah untuk kita supaya sentiasa patuh dengan perintah Allah.
Ok lah itu sebagai pembuka kata je^_^sebenarnya saya ingin menyentuh tentang ilmu dan kuasa.Ilmu adalah lambang kehebatan pada seseorang begitu juga kuasa.Akan tetapi jauh perbezaan antara ilmu dan kuasa.Ilmu letaknya di dalam hati akan tetapi kuasa terletak pada zahir kita.
Sekiranya kita memandang orang yang berilmu apakah yang terfikir di benak kita?
Sekiranya kita memandang orang yang berkuasa apakah yang kita terfikir?

Semoga kita berjumpa lagi^_^

Jumaat, 27 November 2009

Motivasi korban

Selamat hari raya aidil adha kepada semua sahabat.
Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu di hari raya haji pada tahun ini.Semuanya adalah ketetapan Allah S.W.T kepada kita.Tahun ni macam biasa kita dapat tonton satu tragedi dimana lembu, kerbau dan unta tumbang sekor demi sekor kerana patuh dengan perintah Allah melalui ibadah korban.Allah S.W.T telah menetapkan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang menjalankan ibadah korban ini.Dari sudut motivasinya,kita dapat lihat bahawa banyak pengajaran yang kita dapat peroleh daripada ibadah korban ini.Yang pertama sekali ialah usaha.Untuk menjalani ibadah korban ini kita perlu berusaha untuk menyediakan dana untuk dapat membeli satu bahagian atau seekor lembu untuk dikorbankan.Bukan mudah untuk kita lekukan sedemikian kerana ibadah korban secara zahirnya tidak lah menjanjikan pulangan berbentuk zahir akan tetapi semata-mata mengharap keredhaan Allah S.W.T.

Yang keduanya ialah keikhlasan,seorang yang hendak berkorban mestilah ikhlas kerana sekiranya keikhlasan itu tidak ada,si hamba tidak akan dapat apa-apa pun melainkan korban dana untuk membeli bahagian lembu tersebut.Ini memberikan pengajaran kepada kita agar sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan ibadat kita.

Seterusnya ialah kerjasama,dalam menjalankan ibadah korban ini kita lihat ramai yang mengambil bahagian tidak kita muda atau tua semuanya ada memberikan pengorbanan dari segi tenaga atau masa.Ini menunjukkan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba saudara bayangkan sekiranya ibadah korban dilakukan oleg seorang sahaja^_^

Selasa, 24 November 2009

Pokok yang mati di tengah hutan

Salam motivasi buat sahabat semua
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu^_^
Satu perkongsian untuk hari ini,saya terlihat sebatang pokok yang telah mati,tiada daun apatah lagi buah dikawasan tempat kerja saya ni.Lalu saya terfikir mengapa Allah jadikan pokok tersebut sebegitu,mati ditengah rimbunan pokok yang segar bugar.
Apa yang saya dapat kaitkan kehidupan kita dengan pokok tersebut ialah,kita sebagai salah satu daripada masyarakat akan sentiasa di uji oleh masyarakat sekeliling kita.Tidak kira dalam bentuk apa pun sehinggalah kita mati,sebagaimana pokok yang mati ditengah-tengah pokok yang segar.Jadi kita sama-sama fikirkan erti kehidupan ini sebenarnya.
Perlukan kita menyakiti sesama kita semata-mata tidak puas hati.
Sedangkan tujuan hidup ini bukanlah mengejar kepuasan hawa nafsu semata.
Semoga kita semua sentiasa baik untuk agama,bangsa dan negara^_^

Ahad, 22 November 2009

Tips nak kawin awal

Salam motivasi dan kebahagiaan kepada sahabat semua.
Alhamdulillah kita masih berkesempatan berjumpa di alam maya ini tapi menceritakan perihal kehidupan yang realiti.
Ramai diantara remaja masa kini yang berniat untuk kawin awal,banyak faktor yang memungkinkan seseorang itu kahwin awal.Mungkin disebabkan terlalu lama bercinta maka selepas dapat kerja terus bernikah demi menjaga syariat islam itu sendiri.Oleh itu saya akan berikan beberapa tips bagaimana menghadapi perkahwinan dengan umur yang muda.Iaitu dalam lingkungan 24 ke 26 tahun.Antara perkara yang perlu diambil berat ialah:-

(1) Kita bernikah dengan niat kerana Allah Taala,bukan cinta semata-mata

(2) Mengenali pasangan luar dan dalam(hati ye bukan benda lain^_^) dan mengenali pasangan anda melalui ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

(3) Pastikan anda mencintai pasangan anda kerana agamanya kerana ini amat dititikberatkan oleh nabi sendiri

(4) Pastikan anda mempunyai tahap kesabaran seperti para nabi^_^ kerana kawin muda ni menjamin seribu ujian terutamanya dalam proses untuk memahami.Sahabat perlu ingat bahawa saat bercinta adalah berbeza semasa kita sudah bernikah.

(5) Jangan cepat putus asa sekiranya ujian semakin kuat dalam proses pernikahan atau pertunangan kerana syaitan sememangnya tidak menyukai pernikahan anak adam

Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat semua^_^

Jumaat, 20 November 2009

Diantara basuh baju pakai tangan denan basuh baju pakai mesin

Salam kesejahteraan kepada sahabat semua.
Tajuk pada hari ni lain sket hehe sebab saya baru je lepas membasuh baju.Sambil-sambil basuh baju tu saya terfikir tajuk untuk blog saya hari ni. Ramai diantara kita sekarang ni membasuh baju guna mesin basuh,dah tak ramai yang basuh guna tangan macam orang-orang dulu. Mengapa mesin ni diciptakan?terutamanya untuk memudahkan kita membasuh baju.Tak payah lagi nak penat-penat,tak payah lagi nak sakit-sakit pinggang macam saya hehe.Inilah kebaikan teknologi zaman kini.
Tapi kita pernah tak terfikir bahawa orang dulu-dulu membasuh pakai tangan ni banyak faedahnya,kita lihat orang zaman nenek moyang kita semuanya sihat-sihat belaka.Takde penyakit yang dasyat-dasyat macam sakit jantung,sakit buah pinggang dan macam2 lagi.Kerana apa? kerana orang zaman dulu aktif sentiasa,tak macam kita.Teknologi menjadikan kita malas nak buat keje yang melibatkan tenaga.
Oleh itu untuk mengimbangkan antara teknologi dan kesihatan kita,saya anjurkan sahabat semua jangan manjakan diri sangat,jika kedai dekat tu jalan sahaja.Jangan nak naik moto atau kereta jugak hehe.Sekadar pandangan ye^_^

Ok setakat ini dahulu,semoga kita bertemu lagi.

Salam motivasi kehidupan