Salam motivasi dan kebahagiaan kepada sahabat semua.
Alhamdulillah kita masih berkesempatan berjumpa di alam maya ini tapi menceritakan perihal kehidupan yang realiti.
Ramai diantara remaja masa kini yang berniat untuk kawin awal,banyak faktor yang memungkinkan seseorang itu kahwin awal.Mungkin disebabkan terlalu lama bercinta maka selepas dapat kerja terus bernikah demi menjaga syariat islam itu sendiri.Oleh itu saya akan berikan beberapa tips bagaimana menghadapi perkahwinan dengan umur yang muda.Iaitu dalam lingkungan 24 ke 26 tahun.Antara perkara yang perlu diambil berat ialah:-
(1) Kita bernikah dengan niat kerana Allah Taala,bukan cinta semata-mata
(2) Mengenali pasangan luar dan dalam(hati ye bukan benda lain^_^) dan mengenali pasangan anda melalui ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
(3) Pastikan anda mencintai pasangan anda kerana agamanya kerana ini amat dititikberatkan oleh nabi sendiri
(4) Pastikan anda mempunyai tahap kesabaran seperti para nabi^_^ kerana kawin muda ni menjamin seribu ujian terutamanya dalam proses untuk memahami.Sahabat perlu ingat bahawa saat bercinta adalah berbeza semasa kita sudah bernikah.
(5) Jangan cepat putus asa sekiranya ujian semakin kuat dalam proses pernikahan atau pertunangan kerana syaitan sememangnya tidak menyukai pernikahan anak adam
Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat semua^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan