Isnin, 16 November 2009

Motivasi dari hujan

Salam motivasi buat sahabat semua. Hari ini merupakan hari yang paling sejuk rasanya kerana hujan turun start subuh sehingga senja.Kita sering melihat sahaja apabila hujan turun mencurah-curah ke bumi tapi tidak terfikir apakah motivasi yang terhasil dari hujan ini. Janganlah ada diantara kita yang melihat hujan dengan seribu keluhan kerana susah untuk balik kerja atau kereta kita kotor kerana hujan^_^

Perkara pertama yang boleh kita ambil dari hujan ialah hujan tidak pernah turun dari bawah ke atas tapi terus turun darji atas ke bawah dari dulu sehingga sekarang. Jika kita nak aplikasi sifat hujan ini dalam kehidupan kita,sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran kita mestilah mengikuti segala suruhan Allah S.W.T. Sedangkan hujan sentiasa taat dengan perintah Allah u tuk sentiasa turun dari atas ke bawah,inikan pula manusia yang sebaik-baik ciptaan.

Satu lagi sifat hujan yang dapat kita jadikan motivasi ialah hujan bersifat sabar. Aik mesti ada diantara sahabat yang tersenyum kerana saya katakan hujan itu bersifat sabar. Kita perasan atau tidak dengan tangan kita inilah hujan yang turus sekarang ini bersifat asid dan kotor tidak seperti dahulu yang sentiasa segar airnya.Walau apa pun yang kita lakukan pada hujan dia tidak pernah marah atau mogok lapar dengan kita^_^camtulah juga manusia,kita kena sabar walau apapun orang cakap pasal kita,janji kita buat yang betul. zaman sekarang ni dah terbalik,orang baik disangka jahat dan orang jahat disangka baik.

Salam kasih sayang buat semua^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan