Sabtu, 14 November 2009

Bagaimana membuatkan masyarakat mengenali anda walaupun anda tidak mengenali mereka

Salam motivasi buat sahabat semua.
Alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat bertemu didalam blog ini dan berkongsi sedikit ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita.Disaat artikel ini ditulis saya baru sahaja balik dari kenduri perkahwinan saudara seislam saya^_^
Masyarakat kita sekarang ini masih lagi mengamalkan budaya tegur menegur dan saling menghormati. Apa yang saya lihat pada majlis tersebut, ada diantara hadirin itu yang jarang pulang ke kampung atau ada yang sibuk dengan tugasan harian sampai lupa bergaul dengan masyarakat setempat.Apa yang menghairankan saya ialah mereka ini ada yang masih dikenali dan amat dihormati walaupun jarang bersua. Terus minda saya berfikir mengapa perkara ini boleh terjadi. Antara faktornya ialah:

(1) Pekerjaan yang disandang mempengaruhi pandangan orang lain pada kita
-Sahabat sekalian sedar atau tidak masyarakat amat memandang kerjaya, sebab itulah seseorang itu mudah diingati dan amat dihormati disebabkan oleh kerjaya mereka

(2) Faktor kedua adalah cara pergaulan mereka
-Sekiranya kita menjaga pergaulan,masyarakat akan lebih menghormati kita. Maksud saya bergini,sekiranya kita tergolong dalam ahli akademik jangan bergaul hanya dengan ahli akademik akan tetapi tetap bergaul dengan bukan ahli akademik tapi ada batasannya.Segenap masyarakat kita tegur selagi terdaya disamping wajah yang sentiasa menyejukkan mata

(3) Ketenangan
- Ketenangan yang terpancar pada wajah kita akan mempengaruhi masyarakat sekeliling kita. Semakin kita tenang semakin itu lah terpancar karisma kita.

Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat-sahabat sekalian^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan