Salam kesejahteraan kepada sahabat semua.
Tajuk pada hari ni lain sket hehe sebab saya baru je lepas membasuh baju.Sambil-sambil basuh baju tu saya terfikir tajuk untuk blog saya hari ni. Ramai diantara kita sekarang ni membasuh baju guna mesin basuh,dah tak ramai yang basuh guna tangan macam orang-orang dulu. Mengapa mesin ni diciptakan?terutamanya untuk memudahkan kita membasuh baju.Tak payah lagi nak penat-penat,tak payah lagi nak sakit-sakit pinggang macam saya hehe.Inilah kebaikan teknologi zaman kini.
Tapi kita pernah tak terfikir bahawa orang dulu-dulu membasuh pakai tangan ni banyak faedahnya,kita lihat orang zaman nenek moyang kita semuanya sihat-sihat belaka.Takde penyakit yang dasyat-dasyat macam sakit jantung,sakit buah pinggang dan macam2 lagi.Kerana apa? kerana orang zaman dulu aktif sentiasa,tak macam kita.Teknologi menjadikan kita malas nak buat keje yang melibatkan tenaga.
Oleh itu untuk mengimbangkan antara teknologi dan kesihatan kita,saya anjurkan sahabat semua jangan manjakan diri sangat,jika kedai dekat tu jalan sahaja.Jangan nak naik moto atau kereta jugak hehe.Sekadar pandangan ye^_^
Ok setakat ini dahulu,semoga kita bertemu lagi.
Salam motivasi kehidupan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan