Selamat hari raya aidil adha kepada semua sahabat.
Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu di hari raya haji pada tahun ini.Semuanya adalah ketetapan Allah S.W.T kepada kita.Tahun ni macam biasa kita dapat tonton satu tragedi dimana lembu, kerbau dan unta tumbang sekor demi sekor kerana patuh dengan perintah Allah melalui ibadah korban.Allah S.W.T telah menetapkan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang menjalankan ibadah korban ini.Dari sudut motivasinya,kita dapat lihat bahawa banyak pengajaran yang kita dapat peroleh daripada ibadah korban ini.Yang pertama sekali ialah usaha.Untuk menjalani ibadah korban ini kita perlu berusaha untuk menyediakan dana untuk dapat membeli satu bahagian atau seekor lembu untuk dikorbankan.Bukan mudah untuk kita lekukan sedemikian kerana ibadah korban secara zahirnya tidak lah menjanjikan pulangan berbentuk zahir akan tetapi semata-mata mengharap keredhaan Allah S.W.T.
Yang keduanya ialah keikhlasan,seorang yang hendak berkorban mestilah ikhlas kerana sekiranya keikhlasan itu tidak ada,si hamba tidak akan dapat apa-apa pun melainkan korban dana untuk membeli bahagian lembu tersebut.Ini memberikan pengajaran kepada kita agar sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan ibadat kita.
Seterusnya ialah kerjasama,dalam menjalankan ibadah korban ini kita lihat ramai yang mengambil bahagian tidak kita muda atau tua semuanya ada memberikan pengorbanan dari segi tenaga atau masa.Ini menunjukkan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba saudara bayangkan sekiranya ibadah korban dilakukan oleg seorang sahaja^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan