Salam sahabat semua,apa khabar pada hari ni. saya berdoa agar sahabat semua dalam keadaan yang terbaik dari segi rohani dan jasmani. Anda pernah di hina? tak kiralah anda dihina dengan sebesar-besar perkara atau dengan sekecil-kecil perkara. Saya yakin kita semua pernah dihina dan terhina^_^
Persoalan yang saya nak bincangkan adalah apakah tindakan kita semasa dihina. Ada yang melenting sampai merah padam muka apabila dihina, ada yang mengeluarkan aksi ganas dan macam-macam lagi. Adakah ini satu tindakan yang baik^_^
Bagi insan-insan yang berjiwa positif apatah lagi sebagai seorang Islam,kita ada cara yang lebih manis jika mengalami keadaan seperti ini iaitu sahabat boleh anggap penghinaan itu sebagai baja yang membuatkan kita jadi lebih baik. mesti ada yang berkata eh bukan mudah nak buat tu. Yes saya akui semua itu,tapi apa yang boleh kita lakukan adalah set minda. Bagi kata-kata rangsangan pada diri sendiri. ok contoh ( apabila saya dihina saya mesti senyum dan berterima kasih) insyaallah apabila anda dihina,secara tidak langsung anda akan senyum dan berterima kasih.
Apa yang penting set minda ANDA^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan