Rabu, 9 Mei 2012

masalah kewangan yang membingitkan

Asalamualaikum sahabat semua

alhamdulillah kerana banyak nikmat yang kita kecapi pada hari ini sehinggakan kita lupa akan nikmat ini iaitu Allah s.w.t. begitu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita dan ada satu atau dua sahaja ujian yang perlu kita hadapi.

entah mengapa saya lihat ramai yang sedang mengalami kesempitan wang,ya...wang. ada yang terpaksa meminjam ada yang buat loan ada yang lagi teruk meminjamah long.alangkah hinanya kita wahai sahabat kerana kita diperkotak katikkan oleh wang yang hanya sehelai kertas yang dicetak dengan not rm10 rm50rm100.

kita bekerjapagi balik malam semata mata mengejar sekeping kertas sahaja, adakah kita bodoh? bukan kita bodoh tetapi kurang ilmu tentang wang.wang jika kita rasa amat penting dia akan menyusahkan hati kita bila kita tidak ada wang tetapi jika kita merasakan aku perlu wang sedikit sahaja asalkan cukupkeperluan asas ku maka hatikita akan tenang kerana wang bukanlah segalanya dalam hati kita.

ingatlah bahawa ada satu lagi kuasa yang lebih Maha Hebat dari wang iaitu Allah s.w.t yang telah menyediakan segalanya buat kita, hiduplah rasa bertuhan agar kita menjadi insan yang sangat kaya didunia ini

Selasa, 1 Mei 2012

hati ku sama dengan kamu?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah diatas segalanya Ya Allah, sesungguhnya nikmat rasa bertuhan itu lebih besar dari segalanya, apa yang Engkau lakukan untuk hamba-hambaMu semuanya untuk membuatkan setiap makhluk Mu membesarkanMu dan memujiMu dengan harapan mendapat keredhaan Mu.

Semenjak dua menjak ini ramai para habib datang kenegara kita dengan niat menjalankan dakwah cintakan rasulullah, masyaallah beruntung kita kerana kekasih Allah sudi datang menasihati kita walaupun mereka datang dari negara yang sangat jauh daripada kita,mengapa mereka sanggup?kerana cintakan Allah s.w.t dan Rasulullah sangat mendalam dalam hati mereka melebihi segalanya yang ada di dunia.

Mereka banyak bercerita tentang hati, permasalahannya dan cara untuk merawat hati kita. Hati adalah raja dalam diri kita, jika baik dia maka baiklah kita. Siapapun kita jika hati kita bermasalah, ada virus cintakan duniaada virus tidak suka sunnah maka hidup kita akan bermasalah di dunia dan akhirat, ayuh jangan biarkan hati yang menjadi tempat tilikan Allah s.w.t kepada kita ini kotor dan sangat gelap apabila menghadap rabbul Jalil di padang mahsyar nanti.

Sabtu, 28 April 2012

rezeki itu milik siapa

asalamualaikum sahabat semua

alhamdulillah kita masih dapat mengecapi nikmat iman dan islam, disaat ini kita masih selesa untuk melakukan ibadah walaupun disaat ini sedang dilanda aura bersih.

saya ingin menyentuh tentang rezeki,apa yang kita tahu tentang rezeki?rezeki adalah salah satu daripada nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNya tidak kira Islam atau tidak begitulah kasihnya Allah s.w.t kepada kita hambaNya.

Kita perlu jelas bahawa rezeki itu telah ditetapkan semenjak kita di alam rahim lagi, begitu juga umur dan jodoh kita semasa di dunia.Oleh itu kita jangan peningkan kepala kita tentang rezeki cuma perlu yakin Allah s.w.t pasti akan memberikan rezeki kepada kita.

Cuma kita belum jelas bahawa rezeki itu sebenarnya bukanlah duit tetapi rezeki itu boleh dalam keadaan yang lain seperti ketenangan, kelazatan dalam ibadah, dikasihi orang, mendapat cinta yang sejati dan banyak lagi. Apa yang saya lihat kita sering memandang bahawa rezeki itu adalah dunit, ini adalah satu kefahaman yang salah.

Bagi memastikan rezeki kita itu berkat dan mencukupi, pastikan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki tersebut sebagai asbab untuk kita mendapat rezeki.Selepas berusaha doalah dan tawakal lah kepada Allah s.w.t, yakinlah bahawa ada rezeki untuk kita kerana Allah s.w.t bersifat Razzaq yang Maha Pemberi rezeki, kekadang kita akan diberikan rezeki tanpa disangka-sangka,bila?apabila kita bertaqwa kepada Allah s.w.t, rujuklah pada surah at-tolaq ada menyebut tentang mereka yang dibantu Allah s.w.t dalam hal rezeki.Jom taqwa pasti rezeki terjamin

Rabu, 18 April 2012

mari bersama para kekasih Allah

Asalamualaikum sahabat sekalian

Dimana kita kini?apa yang sedang kita buat?kemana kita akan pergi sebentar lagi? ini semua adalah perancangan dan yang menjadikannya kenyataan adalah Allah s.w.t.

pertemuan kita pada hari ini adalah satu titik dimana kita belumpasti adakah hari esok untuk kita. perjalanan ini perlu dihiasi dengan pengorbanan yang hakiki agar kita tidak rugi satu hari nanti. kekuatan yang ada bukanlah kekuatan milik kita bahkan adalah dari pada NYA.

Kekasih Allah merupakan makhluk ciptaanNya yang sangat luar biasa, apa yang mereka pandang bukanlah seperti yang kita pandang, perbezaan antara mereka dan kita sangat jauh kerana merekamelihat kesakitan itu adalah kenikmatan,siapah kekasih Allah yang hidupnya tidur di atas tilam yang empuk?berbantalkan kapas yang menjaga leher?berjalan dengan sepatu yang sangat indah?merekainilah orang yang tahan lasak dengan ujian,tidak cepat melatah walaupun hanya ada sesen didalampoket mereka yang penting AKU ADA ALLAH

Kehidupan mereka tidak ada siapa yang mengerti melainkan dia, bahkan dicaci dan dikeji kerena kedhoifan. Padahal merekaini kaya lebih kaya dari manusia yang zahirnya kaya.Berapa kilo emas yang anda mahu?merekaakan berikan.Mengapa mereka ada?kerana dunia tiada lagi dalam hati mereka ynag ada adalah cinta pada rabb Nya yang melebihi segalanya.

Semoga kita menyelusuri dan meneladani kehidupan merekaagar menjadi kekuatan kepada kita untuk merentasi jambatan ujian dan kesakitan amin...

Selasa, 17 April 2012

LAU KANA BAINANA

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah Allah s.w.t memberikan kita nikmat Iman dan bermacam-macam nikmat lagi kepada kita. Berusahalah kita agar menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur agar kita tidak kufur.

Alhamdulillah kerana saya selamat sudah menyeberangi lautan kecintaan dan kehambaan kepada Allah s.w.t dan dan Rasulullah. Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang saya disana, apa yang paling mengejutkan ialah begitu ramai umat Islam yang kini sedang kembali kepada Allah s.w.t disaat ada juga dikalangan manusia masih lagi tidak sedar siapa dia di dunia ini.

Saya menyemai kecintaan dengan Rasulullah semasa berada di madinah, rasa diri ini sangat kerdil kerana masih banyak sunnah nabi belum diamalkan, masih banyak kecintaan dunia di dalam hati mengatasi kecintaan kepad Rasulullah, tetapi saya dijemput untuk menziarahi baginda. Alangkah bertuah sesiapa yang bertemu dengan nabi dan memberi salam kepada baginda. Insan yang namanya ada disetiap lapisan langit, insan yang sanggup mengambil semua kesakitan umatnya, insan yang sanggup mengorbankan segalanya demi Allah dan agama Islam, insan yang digeruni dan disayangi oleh semua makhluk, adakah layak kita mencitai yang selainnya melebihi baginda?

Menyemai cinta dengan Allah s.w.t di Masjidil Haram adalah saat yang paling mengasyikkan, kiblat yang kita hanya berarahkannya dapat dilihat dengan mata kepala saya sendiri, begitu banyak rahsia ketuhanan disana hanya dapat dilihat bagi orang yang dibenarkan melihat, maka tidak hairanlah ada diantara mereka yang tidak mahu melepaskan tempat yang barokah ini melainkan atas faktor tanggung jawab di sini.

Ya Allah izinkan hamba Mu yang berdosa ini untuk menjejakkan kaki semula di kota KekasihMu dan izinkan hambaMu ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Barokah Mu agar aku hanyut dengan cinta kepada Mu.

Khamis, 15 Mac 2012

jika Allah suka kenapa nak bimbang?

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah semoga Islam yang ada dalam diri kita bukanlah semata-mata topeng tetapi Islam yang kita galas adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Jangan kata kita hebat walaupun kita ada PHD dalam Quran Sunnah atau PHD dalam Qiraat kerana kita masih belum mampu menandingi kehebatan Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hambali. Cermin diri kita adakah amalan kita seperti mereka, cermin diri kita adakah kita mampu meninggalkan dunia demi agama.

Sahabat semua....pada pagi ini saya agak serius kerana melihat keadaan manusia disaat ini yang semakin lalai dengan nafsu sendiri, kita lebih banyak mengutamakan nafsu,perasaan dan keduniaan berbanding dengan perintah Allah s.w.t. kepada kita. Lihatlah berapa ramai yang tidak solat subuh semata-mata ingin mengejar waktu punchcard sebelum pukul 8 pagi. Berapa ramai yang tidak mengeluarkan zakat kerana takut kurangnya harta dan berapa ramai menolak hukum hudud kerana berbagai alasan yang mengikut hawa nafsu sahaja.

Ayuh bangunlah wahai jiwa umat Islam kita bukan lagi diambang keselesaan kerana maut dan masa titik pertemuan kita dengan rABBUL jaLIL SEMAKIN HAMPIR. aDAKAH KITA INGIN BERJUMPA DENGANNYA DALAM KEADAAN DERHAKA?

Isnin, 12 Mac 2012

blok dalam kehidupan

Asalamualaikum sahabat semua

Syukur pada Mu Ya Allah diatas nikmat iman dan kekuatan untuk bernafas di saat ini. Malam yang sepi sering kali kita biarkan dengan lena yang panjang sedangkan para kekasihNya menjadikan malam sebagai pentas untuk mereka beraksi bagi menyatakan cinta yang membara di dalam hati.

Kehidupan hari ini kita sama-sama harapkan agar ianya menjadi yang terbaik dari semalam kerana itulah target kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. Jika hidup kita di dunia ini tidak ada matlamat maka perjalanan hidup kita ini seperti kapal yang tiada kapten.

Pernah tak sahabat-sahabat semua terfikir ada beberapa perkara yang kita nak sangat tetapi sangat susah untuk kita capai dan gapai apatah lagi memeluknya. Perkara seperti ini saya perhatikan sudah sekian lama, apa yang saya dapat simpulkan ialah setiap penghalang ataupun blok bagi kita mencapai sesuatu perkara ada kaitannya dengan dosa.

Mungkin ada diantara kita yang menyatakan ini adalah mustahil, tetapi saya ada hujahnya iaitu ilmu tidak akan dapat masuk ke dalam hati yang kotor, begitu juga dengan matlamat kita tidak akan dapat capai sekiranya hati kita masih kotor khususnya dengan sifat yang negatif seperti hasad dengki, riak takabur dan sebagainya.

Untuk memastikan segala yang kita rancang berjalan dengan lancar pastikan kita dalam keadaan bersih zahir dan batin insyaallah segalanya dalam genggaman.