Satu berita yang paling terharu saya dapat semalam berkaitan tentang program yang saya jalankan pada hujung minggu yang lepas.Seorang pegawai dimana saya dapat meruntuhkan egonya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang pegawai pada hari qiamullail itu telah berjumpa dengan saya menyampaikan satu berita yang amat merobek hati seorang hamba seperti saya.
Pegawai tersebut menceritakan kepada saya tentang seorang dari para peserta kursus yang terlibat dengan qiamullail tersebut.Dimana peserta kursus tersebut telah jumpa pegawai tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah malam qiamullail.
Katanya selama ini dia dibenci oleh ayahnya sendiri kerana berkahwin tanpa keredhaan ayahnya,dia telah berkahwin di siam tanpa pengetahuan ayahnya.Perkara ini menyebabkan die dibenci oleh ayahnya,bukan dia sahaja dibenci malah isterinya dan anaknya juga dibenci oleh ayahnya.Subhanallah......hati yang keras ini membuatkan putusnya tali silaturrahim antara anak dan bapa.
Diatas kesedaran anak tersebut dalam sujud selepas solat hajat dia berdoa dengan hati yang penuh harap agar bapanya dapat menerimanya kembali dan silaturrahim antara anak dan bapa kembali bertaut.
Kisah ini diteruskan lagi dengan si anak tadi pergi memberanikan diri untuk bertemu ayahnya yang terlantar di IJN kerana sakit jantung,disaat anak itu mendekati ayahnya....tangan ayahnya serta merta memegang erat tangan anaknya yang selama ini dia benci kerana pernikahannya dengan isterinya.Maha Hebat Allah taala telah memakbulkan permintaan anak tersebut, semoga bahagia menanti mereka sehingga akhir hayat.
Kisah ini adalah benar.....semoga menjadi pengajaran buat kita,apa-apa hajat mengadulah pada Allah disepertiga malam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan