Alhamdulillah, pujian sebanyak-banyaknya buat Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada kita untuk meneruskan perjalanan hidup yang singkat ini berbekalkan ilmu dan juga amal ibadat.
Bulan mei adalah satu bulan yang sangat bermakna kerana macam-macam sambutan ada pada bulan mei ni termasuklah birthday saya ^_^
Sesiapa juga boleh menyampaikan nasihat asalkan perkara yang disampaikan itu adalah ilmu dan kebenaran disamping cara penyampaian yang betul. Seseiapa juga boleh berdakwah asalkan landasannya adalah quran dan sunnah.
Bos menegur anak buah dengan niat memperbaiki anak buah adalah satu dakwah juga, begitu juga seorang pemungut sampah yang menasihati orang yang membuang sampah merata-rata juga adalah satu dakwah. Akan tetapi tugas memberitahu kebenaran atau dakwah ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana ianya melibatkan kebenaran. Zaman sekarang kebenaran adalah sesuatu yang perit dan sakit berbanding di zaman Rasulullah dimana kebenaran itu terasa akan nikmatnya.
Dakwah atau nasihat yang paling susah adalah kepada ahli keluarga sendiri, inilah fenomena yang kita tidak tahu. Para cendekiawan atau pendakwah tidak ada kekuatan untuk menasihati ahli keluarga sendiri. Mengapa berlaku sedemikian? jawapannya adalah, ini adalah ujian. Pentas dakwah adalah pentas ujian bagi sesiapa yang menceburinya.
Semoga kita belajar sesuatu pada hari ini...
Anda berubah?satu kejayaan buat saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan