Asalamualaikum kepada semua sahabat
Alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu untuk berkongsi sesuatu. Nikmat sungguh rasanya apabila kita dapat membantu seseorang kan?ada tak dikalangan anda yang tidak seronok apabila membantu seseorang?jika anda tidak ada perasaan seronok anda perlu cek hati anda mungkin ada masalah.Hati yang baik dan bersih salah satu tandanya adalah merasa cinta dan kasih untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja.
Menjadi fitrah manusia mempunyai sifat besar kepala atau degil.Kekadang kedegilan itu membuatkan mereka terus hanyut dengan kelekaan mereka.Sebab itulah di dalam agama Islam ada penyeru yang dipanggil daie atau pendakwah.Pendakwah ini lah yang akan menyeru kepada umat manusia kepada mengamalkan agama dan yakin dengan hari pembalasan.
Persoalannya mengapa manusia tetap berdegil apabila diseru kepada kebaikan?apabila diseru untuk melakukan solat di masjid atau surau manusia memekakkan telingan yang sebenarnya tidaklah pekak dari sudut kedoktoran tetapi menjadi pekak dari sudut batinnya.
Jika anda seorang pendakwah atau apa juga profesion anda, jangan putus asa jika anda menyeru kepada kebaikan tetapi tidak mendapat apa-apa respon.Doa adalah senjata utama bagi kita. Semoga mereka yang masih dialam kesenangan dan kerehatan mendapat petunjuk. Teruskan usaha kita dalam menyeru kearah kebaikan kerana ini adalah tugas para Rasul yang mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan