Semoga kita semakin tenang dan semakin kuat dalam menghadapi api kehidupan kita yang semakin bersemarak membakar umur kita.
Sama-sama kita bersyukur diatas segala nikmat pemberian Allah s.w.t samada yang zahir mahupun yang tersirat.Semoga nikmat yang ada menambahkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya.
Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu dengan kelahiran Rasulullah s.a.w yang kita kasihi dan cintai. Perjalanan hidupnya perlu kita selusuri dan kita resapi dalam sanubari.Baginda adalah contoh untuk kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Satu perkara yang menarik minat saya untuk saya coretkan di sini ialah Rasulullah memilih jalan untuk hidup sederhana sedangkan baginda adalah pemimpin segala nabi dan Rasul, dan dikasihi oleh Allah s.w.t.Kemana sahaja Rasulullah pergi akan disambut dengan kasih sayang oleh setiap makhluk.
Rasulullah biasanya akan makan selang sehari,sehari lapar esok berbuka. Rumah baginda amat sederhana,bukan istana atau mahligai.Rasulullah tidak ada wang berjuata-juta, apatah lagi baju yang mahal-mahal. Baginda boleh mendapat emas sebesar gunung uhud tetapi baginda hanya hidup amat sederhana.
Cuba bandingkan kita dengan Baginda....lihat diri kita sedalam-dalamnya....adakah kita patut mengejar kekayaan yang sebenarnya adalah bayang-bayang....sifat cukup dan bersyukur itu adalah mahal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan