Alhamdulillah gema selawat masih berkumandang walaupun sudah berlalu sambutan majlis maulidur rasul.Itu bermakna kita masih ada kecintaan kepada Rasulullah,jangan sekali-kali kita lupa untuk berselawat keatas baginda kerana baginda adalah kekasih Allah s.w.t dimana baginda menjadi ketua segala Rasul.
Hari ini satu lagi pengalaman yang kita akan tempuh, semoga ianya menjadi satu episod yang gemilang buat anda.Pernahkah kita terfikir bahawa sesuatu perkara itu baik untuk kita dan mengapa tidak baik pula pada pandangan orang lain.
Contohnya mudah, ada antara kita yang lebih suka pergi bekerja dengan menaiki motor, tetapi ada juga diantara kita yang memilih menaiki kereta.Masing-masing mempunyai alasan mengapa memilih motor atau kereta.Yang bermotor ada alasan yang tersendiri,untuk jimatkan kos pergi kerja,tidak perlu membayar parking kereta dan mudah mencari tempat untuk parking.
Yang berkereta pula lebih mengutamakan keselesaan berbanding kos yang perlu ditanggung setiap kali keluar.
Contoh yang lebih jelas apabila keadaan kehidupan kita yang saling berbeza antara satu sama lain.Yang miskin mengatakan kekayaan itu terbaik untuk kehidupannya dan yang kaya mengatakan miskin itu tidak baik baginya.
tetapi perlu kita sedar bahawa Allah s.w.t boleh mengubah kehidupan kita dengan sekelip mata. Dan kita tidak berhak untuk menyatakan bahawa itu baik untuk kita dan ini tidak baik untuk kita.
Jom fikir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan