Asalamualaikum sahabat semua
Sudah agak lama bagi saya kita tidak bertemu di dalam blog ini, saya dalam minggu ini agak busy dengan kerja luar.Pada hari Isnin yang lepas sehingga hari Khamis saya ditugaskan untuk pergi ke bukit bubu untuk menjalankan program di sana.Bukan sebagai pendaki tetapi sebagai pemberi semangat melalui aktiviti kerohanian.
Pengalaman yang mereka alami semasa sepanjang menaiki dan menuruni bukit bubu adalah satu pengalaman yang bagi saya amat hebat.Yang pasti kita akan diuji dari aspek fizikal dan mental semsa dalam perjalanan.bagi yang tidak biasa pasti akan kecundang dipertengahan jalan tetapi bagi yang cintakan cabaran dialah pemenangnya walaupun turun dengan keadaan yang tersangat penat.
Bagi saya pendakian bukit atau gunung merupakan satu falsafah kehidupan dimana pada permulaan sebelum kita memulakan perjalanan mendaki kita perlu menyediakan bekalan secukupnya untuk jangkaan sepanjang perjalanan.Begitulah juga dengan kehidupan ini dimana kita perlu menyediakan bekalan secukupnya untuk menghadapi kehidupan yang hanya beberapa puluh tahun atau berbelas tahun sahaja.
Segala perit jerih semasa dalam perjalanan mendaki adalah ujian yang perlu kita hadapi sepanjang dalam kita melayari bahtera kehidupan, ada yang terjatuh ketika mendaki sungai ada pula yang kehilangan tongkat semasa dalam perjalanan.Itulah kehidupan dimana setiap daripada kita pasti akan diuji dengan bermacam dugaan dan cubaan.Apa yang penting adalah apa yang telah Allah s.w.t anugerahkan kepada kita digunakan semaksima yang mungkin kerana Allah s.w.t tidak akan menguju hambaNya melainkan ujian itu dapat dihadapi dengan jayanya.
Kita fikirkan bersama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan