Khamis, 3 Mac 2011

rupa-rupanya

Asalamualaikum sahabat semua
Bagaimana keadaan anda pada hari ini?Saya doakan semoga kita semua dalam keadaan yang amat baik walaupun orang lain melihat kita sangat tidak baik,itu bermakna kita bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t kepada kita.

Alhamdulillah dipanjatkan kerana saya berjaya juga menghabiskan kursus selama tiga hari, pukul 6 semalam saya sampai di rumah.Banyak perkara yang saya pelajari daripada kursus tersebut.Perkara yang asas adalah faktor kepimpinan, keberanian dan etika diri kita sendiri dalam menjalankan amanah.

akan tetapi ada yang lebih penting daripada itu kerana ianya melibatkan aspek hukum yang kita jarang ambil berat sedangkan ianya merupakan hukum dalam agama.Apabila disebut hukum maka akan adalah juga dosa dan pahalanya.Saya didedahkan dengan perjalanan hidup seorang manusia bermula daripada alam rahim sehinggalah alam kematian.Islam telah menggariskan semuanya dengan lengkap,bermula dengan cara mencari pasangan,berkahwin,ada anak sehinggalah ke alam usia emas( 70an).

Kita tidak pernah bertanya mengapa mencukur rambut bayi itu mesti diletakkan di dalam bekas kelapa,kita jarang nak bertanya mengapa ada majlis menepung tawar bagi pengantin, kita tidak mahu menyoalkan mengapa perlu memakai inai di malam pernikahan.

Semua yang saya senaraikan di atas merupakan diantara beratus persoalan yang kita jarang bertanya mengapa dan yang sebenarnya ianya melibatkan hukum dalam Islam. Contoh mudah dimana suami isteri akan memakai inai apabila hendak bersanding atau semasa pernikahan, apakah hukum memakai inai dalam Islam?

Jawapannya ialah haram bagi lelaki dan bagi perempuan dibolehkan atas sebab tertentu.Bahaya bukan?lelaki biasa memakai inai di tiga jari.Bayangkan di permulaaan kita membina rumah tangga sudah ada unsur haram....kita sebenarnya sudah jauh dari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.Jadi jangan kita biarkan diri kita terus jahil dan hanyut dengan adat yang gila seperti ini.Semoga ada baik nya untuk pertemuan hari ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan