Asalamualaikum sahabat semua
Semoga hari ini terlebih baik dari semalam kerana itulah yang kita perlu targetkan untuk menjadi seorang yang hebat dunia dan akhirat.Sebenarnya tidak mustahil untuk kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat kerana contoh telah ada melalui kisah para Nabi dan Rasul serta para sahabat.Ada dikalangan mereka yang jutawan, dan jutawan juga di akhirat kerana menggunakan harta yang ada di jalan Allah s.w.t.Jika anda seorang jutawan jadikan diri anda jutawan juga di akhirat seperti meningkatkan amal ibadat dan sedekah.
Setiap daripada kita sentiasa melakukan sesuatu dan melakukan kebaikan setiap hari, dan setiap perbuatan itu ada niatnya yang tersendiri.Amat malanglah sekiranya amalan kebaikan kita itu tidak disertai dengan niat kerana dengan niatlah satu-satu perbuatan itu dikira ibadat atau adat.
Saya pernah bertemu dengan insan-insan yang sentiasa menyebut perkataan ikhlas sebelum menyatakan sesuatu, diantara ayatnya seperti....saya cakap ikhlas ni ustaz saya tak rasa apa-apa pun ada 6 jawatan dalam satu masa....Cuba anda bayangkan seseorang yang berkata sedemikian pada anda,apa yang anda fikir kan?sudah pasti anda rasa ketidakikhlasannya itu kan?
Sebenarnya ikhlas tidak perlu kita ungkapkan kerana ikhlas itu adalah rahsia Allah s.w.t. Ikhlas bukanlah benda yang boleh kita zahirkan, tetapi ikhlas adalah sesuatu yang terletak di dalam lubuk hati dimana manusia biasa tidak mampu mengesannya.Kita tidak perlu meyakinkan orang dengan mengatakan kita ikhlas kerana manusia yang ikhlas ada satu cahaya bersama senyumannya.Anda pernah jumpa insan seperti ini?jika pernah anda adalah bertuah.
Keikhlasan amat penting bagi memastikan setiap amalan kita diterima oleh Allah s.w.t, jika kita ada niat lain disebalik amalan kita percayalah bahawa kita akan miskin pahala di akhirat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan