Asalamualaikum sahabat semua
Lama kita tidak bertemu di blog ini, kerana saya sedang berpindah office.Keadaan masih lagi tidak tersusun,PC pun belum boleh dipasang,ni pun pinjam laptop kawan untuk update blog^_^
Alhamdulillah kerana kita masih lagi boleh bernafas dan alangkah indahnya jika setiap nafas kita adalah zikir kepada Allah s.w.t.Kita perlu usaha dan ada kesedaran diri jika mahu. Pada minggu ini saya banyak belajar tentang erti hidup yang sebenar.Kehidupan hakikatnya adalah kematian. Setiap hari yang baru kita lalui adalah selangkah dekatnya kita pada kematian.Ramai yang tidak sedar bukan?Setiap kali kita menyambut hari lahir ramai yang gembira,sepatutnya kita bersedih kerana umur kita semakin berkurang.
Dua kematian saya hadapi minggu ini dan ianya mencabar fizikal,mental dan ilmu yang ada pada saya.Pertama kali saya dipikulkan dengan tanggungjawab menguruskan jenazah sedangkan saya tidak pernah menguruskan jenazah selama ini kerana tidak diberi peluang.Apabila sudah di suruh maka saya gagahkan diri untuk mengurus jenazah sahabat saya itu.Bagaikan tidak percaya saya sendiri yang menguruskan jenazah sahabat saya,dalam pemikiran saya siapalah yang akan menguruskan jenazah saya nanti....
Perkara yang paling pelik saya lihat adalah keadaan insan sekeliling yang pada pandangan saya tidak mengambil iktibar atas kematian sahabat mereka.Ketawa,gelak,bergurau adalah yang paling saya tidak seronok melihat ketika berlakunya kematian.Saya sangat kecewa melihat perkara ini sedangkan nabi pernah bersabda bahawa kematian itu adalah satu peringatan yang sudah cukup bagi kita.
Saya menyeru sahabat semua agar sama-sama kita membuat persiapan untuk hari kematian kita yang mungkin pada hari ini,bukan niat saya menakutkan tetapi itulah hakikat kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan