Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dengan satu lagi episod dalam kehidupan.
Menjadi sifat biasa bagi manusia mempunyai sikap untuk memandang rendah dengan insan lain. Sikap seperti ini akan lebih menyerlah jika kita punyai pangkat harta dan kedudukan.
Sifat ini dalam tasawuf dipanggil sikap yang tercela,sikap yang tidak disukai oleh Allah s.w.t begitu juga dikalangan makhluk-makhlukNya.
Kita perlu sedar tanpa insan-insan yang lemah seperti si miskin, si capik, si fakir, si cacat kita tidak akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Mengapa saya mengatakan sedemikian kerana si miskinlah tempat kita mengeluarkan zakat, si cacat lah tempat kita memberi pertolongan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Selalunya mereka yang hina pada pandangan kita sebenarnya mempunyai kehebatan yang luarbiasa yang kita tidak tahu. Anda tidak percaya?cuba cari orang cacat dan tanyakan bagaimana beliau menempuh hari-hari yang telah dia lalui.Saya yakin anda tidak mampu lakukannya seperti beliau.
Begitu juga mereka yang melakukan pekerjaan yang hina pada pandangan kita seperti si penyapu sampah, si tukang kebun dan sebagainya. Mereka ini bergaji rendah tetapi pada hakikatnya mereka memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Bayangkan di negara kita tidak ada si tuakang sapu....siapa yang akan mengutip sampah di tepi-tepi jalan?
Mulai saat ini ubahlah diri kita agar sentiasa merendah diri kepada orang lain dan menghargai orang lain. Tidak salah mengucapkan terima kasih kepada tukang sapu atau belanja mereka minum teh tarik^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan