Isnin, 31 Ogos 2009

Melihat diri melalui alam

Asalamualaikum

Salam perkenalan saya ucapkan,pertemuan kita di alam maya ini telah diaturkan tanpa kita memintanya.semoga menjadi platform untuk kita bertukar fikiran dan menambah ilmu disamping mencari keredhaan dariNya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T,berapa kali agaknya kita merenung diri kita sepanjang umur kita yang terkini,macam saya dah 24tahun^_^ dan berapa kali pula kita melihat alam dengan mata hati.

Pada hakikatnya kita banyak melihat perkara yang zahir tetapi tidak melihat sesuatu dari sudut yang sebaliknya.apatah lagi melihat sesuatu dengan pandangan mata hati.

Pernahkah sahabat sekalian melihat insan-insan yang meminta belas ditepi-tepi jalan dengan mengharapkan belas kasihan. Apa yang terlintas dalam fikiran sahabat semua?
mungkin ada yang berbisik didalam hati,ish pemalasnye la makcik ni.badan sihat tapi tak bekerja. ada pula yang hari ini mengalami sakit perut, habis perut kena sumpah seranah. ape la perut ni,bulan-bulan pose ni la nak meragam.

Inilah dia pandangan mata zahir kita,kita perlu ubah cara kita berfikir. Apabila kita bertemu dengan orang-orang peminta sedekah,terus bersangka baik.berikan beberapa sen yang termampu,jangan bagi banyak tapi akhirnya mengungkit hehe.so lepas tu ape yang dia nak buat dengan duit tersebut,terpulanglah.yang penting niat kita nak membantu dan mencari redha Allah.teringat yang sakit perut tadi,ingatkah kita bahawa perut kita ni pun makhluk juga, bukannya robot.so ade masa die kondem kejap^_^janganlah marah-marah ya saudara^_^

Semoga pertemuan kita yang pertama ini memberikan warna yang lebih ceria buat kehidupan kita semua. Salam Ramadhan...