Sabtu, 28 April 2012

rezeki itu milik siapa

asalamualaikum sahabat semua

alhamdulillah kita masih dapat mengecapi nikmat iman dan islam, disaat ini kita masih selesa untuk melakukan ibadah walaupun disaat ini sedang dilanda aura bersih.

saya ingin menyentuh tentang rezeki,apa yang kita tahu tentang rezeki?rezeki adalah salah satu daripada nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNya tidak kira Islam atau tidak begitulah kasihnya Allah s.w.t kepada kita hambaNya.

Kita perlu jelas bahawa rezeki itu telah ditetapkan semenjak kita di alam rahim lagi, begitu juga umur dan jodoh kita semasa di dunia.Oleh itu kita jangan peningkan kepala kita tentang rezeki cuma perlu yakin Allah s.w.t pasti akan memberikan rezeki kepada kita.

Cuma kita belum jelas bahawa rezeki itu sebenarnya bukanlah duit tetapi rezeki itu boleh dalam keadaan yang lain seperti ketenangan, kelazatan dalam ibadah, dikasihi orang, mendapat cinta yang sejati dan banyak lagi. Apa yang saya lihat kita sering memandang bahawa rezeki itu adalah dunit, ini adalah satu kefahaman yang salah.

Bagi memastikan rezeki kita itu berkat dan mencukupi, pastikan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki tersebut sebagai asbab untuk kita mendapat rezeki.Selepas berusaha doalah dan tawakal lah kepada Allah s.w.t, yakinlah bahawa ada rezeki untuk kita kerana Allah s.w.t bersifat Razzaq yang Maha Pemberi rezeki, kekadang kita akan diberikan rezeki tanpa disangka-sangka,bila?apabila kita bertaqwa kepada Allah s.w.t, rujuklah pada surah at-tolaq ada menyebut tentang mereka yang dibantu Allah s.w.t dalam hal rezeki.Jom taqwa pasti rezeki terjamin

Rabu, 18 April 2012

mari bersama para kekasih Allah

Asalamualaikum sahabat sekalian

Dimana kita kini?apa yang sedang kita buat?kemana kita akan pergi sebentar lagi? ini semua adalah perancangan dan yang menjadikannya kenyataan adalah Allah s.w.t.

pertemuan kita pada hari ini adalah satu titik dimana kita belumpasti adakah hari esok untuk kita. perjalanan ini perlu dihiasi dengan pengorbanan yang hakiki agar kita tidak rugi satu hari nanti. kekuatan yang ada bukanlah kekuatan milik kita bahkan adalah dari pada NYA.

Kekasih Allah merupakan makhluk ciptaanNya yang sangat luar biasa, apa yang mereka pandang bukanlah seperti yang kita pandang, perbezaan antara mereka dan kita sangat jauh kerana merekamelihat kesakitan itu adalah kenikmatan,siapah kekasih Allah yang hidupnya tidur di atas tilam yang empuk?berbantalkan kapas yang menjaga leher?berjalan dengan sepatu yang sangat indah?merekainilah orang yang tahan lasak dengan ujian,tidak cepat melatah walaupun hanya ada sesen didalampoket mereka yang penting AKU ADA ALLAH

Kehidupan mereka tidak ada siapa yang mengerti melainkan dia, bahkan dicaci dan dikeji kerena kedhoifan. Padahal merekaini kaya lebih kaya dari manusia yang zahirnya kaya.Berapa kilo emas yang anda mahu?merekaakan berikan.Mengapa mereka ada?kerana dunia tiada lagi dalam hati mereka ynag ada adalah cinta pada rabb Nya yang melebihi segalanya.

Semoga kita menyelusuri dan meneladani kehidupan merekaagar menjadi kekuatan kepada kita untuk merentasi jambatan ujian dan kesakitan amin...

Selasa, 17 April 2012

LAU KANA BAINANA

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah Allah s.w.t memberikan kita nikmat Iman dan bermacam-macam nikmat lagi kepada kita. Berusahalah kita agar menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur agar kita tidak kufur.

Alhamdulillah kerana saya selamat sudah menyeberangi lautan kecintaan dan kehambaan kepada Allah s.w.t dan dan Rasulullah. Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang saya disana, apa yang paling mengejutkan ialah begitu ramai umat Islam yang kini sedang kembali kepada Allah s.w.t disaat ada juga dikalangan manusia masih lagi tidak sedar siapa dia di dunia ini.

Saya menyemai kecintaan dengan Rasulullah semasa berada di madinah, rasa diri ini sangat kerdil kerana masih banyak sunnah nabi belum diamalkan, masih banyak kecintaan dunia di dalam hati mengatasi kecintaan kepad Rasulullah, tetapi saya dijemput untuk menziarahi baginda. Alangkah bertuah sesiapa yang bertemu dengan nabi dan memberi salam kepada baginda. Insan yang namanya ada disetiap lapisan langit, insan yang sanggup mengambil semua kesakitan umatnya, insan yang sanggup mengorbankan segalanya demi Allah dan agama Islam, insan yang digeruni dan disayangi oleh semua makhluk, adakah layak kita mencitai yang selainnya melebihi baginda?

Menyemai cinta dengan Allah s.w.t di Masjidil Haram adalah saat yang paling mengasyikkan, kiblat yang kita hanya berarahkannya dapat dilihat dengan mata kepala saya sendiri, begitu banyak rahsia ketuhanan disana hanya dapat dilihat bagi orang yang dibenarkan melihat, maka tidak hairanlah ada diantara mereka yang tidak mahu melepaskan tempat yang barokah ini melainkan atas faktor tanggung jawab di sini.

Ya Allah izinkan hamba Mu yang berdosa ini untuk menjejakkan kaki semula di kota KekasihMu dan izinkan hambaMu ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Barokah Mu agar aku hanyut dengan cinta kepada Mu.