Jumaat, 29 April 2011

makcik umur 51 tahun pun....

Asalamualaikum sahabat semua

Bagaimana kehidupan anda pada hari ini? saya doakan dalam keadaan yang tenang dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Kisah kehidupan tetap akan berjalan selagi kita masih bernafas. Walaupun ada diantara kita sedang terlantar di katil hospital, itu juga adalah episod dalam kehidupan.

Satu pengalaman yang amat memberi kesan kepada saya dalam minggu yang lepas dimana satu kejadian aneh telah berlaku di tempat saya berkhidmat. Ada peserta kursus yang telah terlibat dengan maksiat yang berat. Perkara tersebut telah berlaku dalam sebulan yang lepas tetapi bari terkantoi seminggu yang lepas.

Yang lelaki sudah mempunyai isteri dan anak dan yang perempuan sudah ada suami dan memiliki cucu, mana taknya dah berumur 51 tahu kan? sagalanya bermula dengan si lelaki meminta perempuan tadi yang bertugas sebagai cleener untuk membelikan nasi di luar tempat kursus kerana baginya makanan di tempat kursus low class. Tanpa disedari hubungan mereka makin erat sehinggalah melakukan maksiat.

Bermula daripada blilik asrama. bilik stor, sehinggalah ke budged hotel. Si suami wanita tadi terperasan perubahan isterinya yang keluar rumah dengan bercantik-cantik yang sangat luar biasa dan di gundahkan lagi dengan tidak mengangkat telefon apabila dihubungi. Akkirnya suami tersebut mengambil tindakan drastik dengan menyuruh isterinya mengaku apakah yang dibuatnya di luar....akhirnya rahsia terbongkar.....

Siasatan telah dilakukan dan mendapati puncanya adalah si suami berniat untuk kahwin lain... lihatlah sahabat semua betapa ceteknya pemikiran manusia dimana menjual agama dan maruah semata-mata kerana suami ingin melakukan salah satu daripada suruhan Allah s.w.t dan sunnah nabi. Semoga ada baiknya cerita ini kepada kita....

Anda berubah? satu kejayaan buat saya

Selasa, 26 April 2011

Sanggup masuk neraka kerana nafsu

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah dengan izin darinya kita dapat bersama lagi dikala ruang masa yang begitu sempit. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan yang berpesan-pesan kejalan kebenaran.

Kita rasa apa yang kita lakukan seharian adalah sudah baik dan terbaik. Yang kaki ibadat merasakan ibadatnya sudah terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t. Jika anda seorang guru, anda sudah menyangka anda berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam akademik.

Sebenarnya kita silap, banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang. Sesunggunya Al-Quran itu sarat dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t. Adakah kita sudah mengkajinya dan beramal dengannya?Kita banyak melanggar hukum Allah s.w.t yanpa kita sedar atau dengan sedar. Contoh mudah yang saya boleh berikan adalah hukum taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syarak. Saya melihat para isteri lebih banyak mengawal suami dan inginkan segala kehendaknya dituruti oleh suami. Adakah ini mengikut tuntutan Allah s.w.t? Sedangkan suami itu adalah kunci kepada para isteri masuk kedalam syurga.

Begitu juga para suami yang melupakan amanah yang Allah s.w.t telah galaskan kepada mereka. Ramai yang terlupa bahawa tugas menyampaikan ilmu fardu ain kepada isteri dan anak-anak adalah tugas suami. Jadi cermin-cerminlah diri kita adakah kita sudah mendapat keredhaan Allah s.w.t

Khamis, 21 April 2011

jika anda jatuh dalam bisnes

Asalamualaikum sahabat semua

Anda sudah jadi seorang peniaga?
Jika belum teruskan untuk mencuba kerana dengan mencuba itu mana tahu disitulah kejayaan anda dalam kehidupan.

Perkara yang paling ditakuti oleh sesiapa yang berniaga ialah tidak untuk ataupun lagi teruk bungkus. Perlu kita ingat bahawa perniagaan ada untuk dan rugi. Mana ada orang berniaga untung sentiasa kan? berniaga dadah pun akhirnya rugi

Jika ada sedang dlam kejatuhan dalam bisnes bangkitlah dari kegagalan kerana kegagalan anda sekarang adalah cikgu yang akan mengajar anda bagi mendapat kan kejayaan. Langkan yang ini adalah selangkah untuk mendapatkan kejayaan.

bagi mengelakkan kerugian yang besar dalam perniagaan anda perlu memulakan perniagaan dengan benda yang kecil dahulu, yang modalnya hanya ratusan sahaja atau puluhn sahaja. Jika rugipun hanya sedikit dan anda masih ada motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam bisnes. Jangan sekali-kali anda terjebak dengan perniagaan diatas angin seperti pelaburan. memang dengar je dah tertarik, masuk 3000 bulan-bulan dapat seribu tetapi apakah janji tersebut ada sandarannya yang berlandaskan undang-undang.

Satu kata akhir dari saya.....perniagaan adalah kehidupan....

jika anda seorang peniaga

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah dengan keizinannya dapat kita bertemu di alam maya tetapi masih dibumi yang sama. Apabila kita menghadapi hari yang baru maka akan semakin dekatlah kita dengan kematian. jangan lupa tu....

Saya yakin dan percaya bahawa setiap daripada kita ada pekerjaan masing-masing, ada yang selesa dengan keadaan sekarang dan ada yang berasa tidak cukup dengan imbuhan yang diberi. Saya cadangkan kita sama-sama buat bisnes. Tidak kira bisnes apa janji boleh mendatangkan duit lebih kepada kita.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w sendiri adalah seorang peniaga yang berjaya semasa zaman bujangnya sehinggalah bernikah dengan siti khadijah isteri yang pertama. Apakah modal terbesar rasulullah dalam berniaga? modalnya hanyalah amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan.

Jadi apa pun perniagaan anda hatta berniaga pisang goreng sekalipun tetapi anda ada modal kejujuran dan amanah saya boleh jamin anda akan berjaya

selamat berniaga!

Khamis, 14 April 2011

kehidupan sememangnya sukar

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu walaupun seminggu sekali. Akan tetapu kita perlu tetap bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk kita menuskan kehidupan ini sebagai hamba Allah s.w.t bukannya hamba kepada kerja^_^

anda perasan atau tidak apakah sistem yang kita gunakan dalam seharian hidup kita? bermula daripa kecil sehinggalah kita membesar. Contoh mudah pekerjaan....adakah bekerja itu benar-benar wajib? jawapannya sahabat boleh cari sendiri atau bertanya kepada ustaz atau ustazah,satu lagi soalan ialah adakah makan itu wajib?jawapannya ialah harus sahaja.

Saya ingin sedarkan diri saya dan sahabat semua bahawa kita sedang berada dalam satu sisitem yang menyesatkan kita dari landasan yang sebenar.Tujuan hidup kita yang sebenar dan apakah kehidupan kita yang sebenar.

Berapa ramai diantara kita yang ingatkan mati dalam sehari....sedangkan nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang banyak ingatkan mati dan bersedia untuk hari kematian.Sedangkan kita dimana....masih mengejar duit....masih mengumpul harta....agenda siapakah ini?tidak lain dan tidak bukan adalah agenda syitan yang dilaknat Allah s.w.t.

Ayuh kita kembali ke jalan yang sebenarnya kerana dunia semakin huru hara, dan Islam semakin pelik dimata manusia.Ingatlah kita akan kemana....jumpa lagi^_^

Jumaat, 8 April 2011

apabila syiar di pinggirkan

Asalamualaikum sahabat semua

Semoga hari sabtu ini adalah hari yang bahagia buat anda, sangat baik kita pergi mengeratkan silaturrahim keluarga kita yang terdekat.Niatkan kerana Allah s.w.t insyaallah rezeki kita bertambah,bukan saya kata Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda^_^

Motivasi amat perlu dan berbeza berbeza pula bagi setiap orang,bagi saya motivasi merupakan satu semangat positif yang membuatkan kita kuat secara fizikal mental dan spiritual. Ada yang bermotivasi sebaik sahaja mendapat berita gembira ataupun bermotivasi sebaik sahaja melihat senyuman anak-anaknya.Jika anda dapat mengesan cetusan motivasi anda gunakan ianya untuk menjadikan anda terbaik disetiap hari.

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan sangat pelik dari sehari ke sehari,itulah kehidupan. Tugasan saya selain mengajar adalah menjadi imam ditempat kerja.Semalam waktu asar ada hamba Allah cuba untuk menggunakan alat pembesar suara bagi melakukan iqamah sebelum solat tetapi muncul tiba-tiba seorang lagi hamba Allah dari hadapan dengan suara yang tinggi menegur hamba Allah yang ingin qamt tadi seperti berikut "tak payah nak pakai pembesar suara,bukan ramai pun yang solat" lihatlah sikap umat Islam kini sahabat semua.

Saya amat kecewa melihat kejadian depan mata saya ini,akan tetapi saya perlu redha bahawa syiar seperti solat 5 waktu ini tidak ad lagi kepentingannya bagi umat Islam sendiri. Sebab itulah umat Islam lemah dan di tindas.

Anda...jangan begitu k,walaupun solat berseorangan azanlah dan qamat,semoga mendapat rahmat dan redha Allah s.w.t

Khamis, 7 April 2011

mengapa anak kita terlampau aktif

Asalamualaikum sahabat semua

Hari ini adalah hari jumaat dan ianya merupakan hari paling berkat dari semua hari. Sama-sama kita banyakkan selawat pada hari ini kerana jika kita berselawat kepada Rasulullah pada hari jumaat maka Rasulullah sendiri yang akan membalas selawat kita itu macam sms jugaklah^_^ Anak-anak adalah janerasi yang akan meneruskan susur galur keturunan kita,susah juga jika tidak ada zuriat ni.Jika anda seorang jutawan siapakah yang akan meneruskan kejutawanan anda jika tidak ada anak bukan?

Ramai yang inginkan anak tetapi payah untuk mendapat anak manakala yang tidak terfikirpun pasal anak sesang je nak dapat anak fuh berat. Ok bukan nak cerita tentang payahnya nak mendapatkan anak ni, hari ini saya nak kongsikan dengan sahabat semua mengapa anak kita hiperaktif macam dalam kartun dekat tv tu. Saya mendengar beberapa pendapat daripada doktor dan juga ulama. Mereka menyatakan bahawa punca anak-anak hiperaktif adalah kerana pemakanan mereka yang tidak terjaga. Makanan ringan seperti keropok,gula-gula dan coklat adalah makanan yang menyumbangkan tenaga yang terlampau kepada anak-anak sehingga mereka tidak dapat mengawal pergerakan mereka.

Seorang doktor hemopathy membuat satu kajian dimana ada dua kumpulan anak yang pertama memakan makanan ringan yang kedua makanan terjaga dan berkhasiat.Mereka dibawa ke masjid ketika solat jumaat. Apa yang dapat kita lihat ialah kanak-kanak yang makan makanan ringan membuat bising dan tidak duduk diam manakala kanak-kanak yang terjaga pemakanannya itu dududk diam seperti yang diperintahkan oleh ayah mereka. Maka jelas bahawa pemakanan anak-anak kita menjadi penyebab besar mengapa mereka hiperaktif dan susuah untuk dinasihat. Jom ubah pemakanan kita dan anak-anak kita....

Selasa, 5 April 2011

zaman fitnah melampau

Asalamualaikum kepada sahabat semua

Macam biasa,saya mengharapkan anda semua dalam keadaan yang terbaik dari semua segi. Yang paling penting redha Allah s.w.t itu menjadi milik kita.Insyaallah tidak ada yang mustahil jika kita mengikut segala suruhan dan larangan-Nya. Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran fitnah itu lebih besar dosanya daripad membunuh, cuba kita bayangkan betapa besarnya dosa fitnah ini. Ianya tidak memerlukan modal yang besar, cukup hanya dengan sedikit dendam dan mulut dan juga gigi yang sihat sejahtera.

Itulah modal bagi melakukan dosa besar ini. betapa ramai dikalangan kita yang tanpa sedar atau sengaja melakukan dosa ini sehari-hari. bahkan setiap hari ada sahaja fitnah yang kita lakukan.tidak mustahil diakhirat kelak kita semua akan muflis dan menjadi hina kerana dosa kita lebih banyak daripada amalan. kadang-kadang ada yang menyangka dirinya sudah baik dengan amalan sedangkan mulutnya belum lagi baik.masih mengumpat, masih mengeji masih mengadu domba setiap hari. Kita perlu ingat ibadah yang baik adalah akhlak yang terjaga.

Sebagaimana yang telah kita sering dengar bahawa Rasulullah s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia yang sememangnya tersangat lah buruk. ayuh sahabat kita menuju akhlak yang baik,hindari dosa fitnah.Selamatkan diri kita,jauhilah dari perkara ini kerana impaknya adalah sangat besar iaitu diakhirat nanti. adakalanya lagi bagus kita bersendirian daripada bermasyarakat....renungkan

Jumaat, 1 April 2011

masa lebih berharga bersama keluarga

Asalamualaikum sahabat semua yang saya kasihi

Alhamdulillah kerana hari ini kita masih lagi dapat menyarung baju yang berwarna warni,apatah lagi diserikan dengan wajah yang penuh dengan senyuman.Pernahtak terfikir sekiranya kita bangun dari tidur kita telah dibalut dengan kain putih?pernah dengar lagu cinta kain putih? inilah tanda cinta kita kepada Allah s.w.t. Apabila badan kita sudah diselimuti kain putih maka bermakna cinta kita akan di balas oleh Allah s.w.t.

Demi masa sesunguhnya manusia itu dalam kerugian,inilah salah satu peringatan Allah s.w.t kepada kita.Masa jika kita tidak gunakan dengan perkara yang baik terutamanya dalam melakukan ibadat maka kita akan berada dalam kerugian.

Hari ini saya cuba sedarkan diri saya dan sahabat pembaca sekalian bahawa betapa pentingnya kita memberikan masa kepada keluarga kita.terutama mak,ayah kita.Isteri dan anak-anak kita. Betapa busy pun kita kita tidak lagi sebusy Perdana Mneteri, maka kita masih lagi ada masa untuk insan tersayang kita.

Apa yang penting sangat dengan memberikan masa kepada mereka?kerana ianya merupakan penentu kepada kejayaan kita dan keberkatan kita hidup di dunia ini.Jika kita tidak ada masa dengan mak ayah kita apa yang mereka doakan untuk kita.Jika kita tidak ada masa dengan isteri dan anak kita,mungkinkah keluarga kita akan bahagia bersama kita?

Diantara punca kerosakan remaja di saat ini adalah kekurangan kasih sayang daripada mak dan ayah yang lebih tertumpu kepada mencari duit.Saya seru kepada kita semua berikan masa kepada insan tersayang kita.Insyaallah kita tidak akan rugi dunia dan akhirat.