Isnin, 31 Mei 2010

Pesanan dari solat hajat

Satu berita yang paling terharu saya dapat semalam berkaitan tentang program yang saya jalankan pada hujung minggu yang lepas.Seorang pegawai dimana saya dapat meruntuhkan egonya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang pegawai pada hari qiamullail itu telah berjumpa dengan saya menyampaikan satu berita yang amat merobek hati seorang hamba seperti saya.

Pegawai tersebut menceritakan kepada saya tentang seorang dari para peserta kursus yang terlibat dengan qiamullail tersebut.Dimana peserta kursus tersebut telah jumpa pegawai tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah malam qiamullail.

Katanya selama ini dia dibenci oleh ayahnya sendiri kerana berkahwin tanpa keredhaan ayahnya,dia telah berkahwin di siam tanpa pengetahuan ayahnya.Perkara ini menyebabkan die dibenci oleh ayahnya,bukan dia sahaja dibenci malah isterinya dan anaknya juga dibenci oleh ayahnya.Subhanallah......hati yang keras ini membuatkan putusnya tali silaturrahim antara anak dan bapa.

Diatas kesedaran anak tersebut dalam sujud selepas solat hajat dia berdoa dengan hati yang penuh harap agar bapanya dapat menerimanya kembali dan silaturrahim antara anak dan bapa kembali bertaut.

Kisah ini diteruskan lagi dengan si anak tadi pergi memberanikan diri untuk bertemu ayahnya yang terlantar di IJN kerana sakit jantung,disaat anak itu mendekati ayahnya....tangan ayahnya serta merta memegang erat tangan anaknya yang selama ini dia benci kerana pernikahannya dengan isterinya.Maha Hebat Allah taala telah memakbulkan permintaan anak tersebut, semoga bahagia menanti mereka sehingga akhir hayat.

Kisah ini adalah benar.....semoga menjadi pengajaran buat kita,apa-apa hajat mengadulah pada Allah disepertiga malam.....

Ahad, 30 Mei 2010

Imaginasi yang menjadikan anda super

Alhamdulillah kita wajib bersyukur kerana masih lagi dapat menghirup udara untuk hari yang baru dan tarikh yang baru,syukur itu akan menambahkan lagi nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita.

Baru-baru ini saya telah membeli satu cd ceramah yang berkaitan dengan motivasi dan perkara perbincangannya ialah imaginasi yang cemerlang.Saya sudah membaca tentang imaginasi ini melalui sebuah buku oleh penceramah cd tersebut alhamdulillah saya semakin faham erti imaginasi cemerlang.Rupa-rupanya imaginasi yang terurus dan positif itu akan membuatkan kita semakin power dan dapat mengecapi setiap matlamat yang kita letakkan.

Imaginasi itu apa ya?dalam kefahaman saya imaginasi adalah satu cerita yang ada permulaan dan ada akhirnya,kitalah pengarah bagi cerita tersebut.Kitalah pelakon dalam cerita tersebut. Segalanya adalah dalam perancangan kita.Kita yang mengarahkan kemana kita akan pergi.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah set kan matlamat anda samada matlamat yang jauh atau matlamat jangka masa dekat.Selepas itu tuliskan matlamat anda disehelai kertas dengan pen hitam dan dengan tulisan yang besar.Seterusnya anda tampalkan pada dinding bilik anda atau tenpat yang mudah anda lihat dan baca.Pastikan anda juga membawa salinan matlamat yang anda tulis kemana-mana untuk dibaca,makin kerap anda baca maka makin kuat keyakinan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Cubalah!

Rabu, 26 Mei 2010

Malasnye la harini

Anda sedang malas?tak bagus sifat malas ni sebenarnya,tapi tidak salah kalau nak bermalasan sekali seminggu,jangan hari-hari pulak ye.

Sudah menjadi lumrah hidup manusia sukakan perkara yang mudah-mudah,taknak sesuatu yang mencabar.Kita lebih suka lepak atas katil dan tido daripada melakukan aktiviti yang mencairkan otak kita atau mencairkan peluh kita.

Malas yang paling paling malas adalah untuk bangun solat subuh,betul atau tidak?anda sudah solat subuh?saa saya menulis di blog ini saya baru sahaja selesaikan solat fardhu subuh. Mengapa kita malas sangat nak solat subuh ni?ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan dan amalkan.Perkara pertama ialah pukul berapa anda tidur.Jika anda tido lewat sah la payah nak bangun subuh esok hari,kalau berjaya bangun pun solat tu tak berapa bagus sebab mengantuk sangat.Setiap daripada kita memang berlainan tahap waktu tidonya,ada yang perlukan 6jam,ada yang memerlukan 8jam,kalau yang 10jam tu mengarut la tu ye.Ok pastikan anda tido awal untuk memastikan anda cukup tidur.

Seterusnya ialah apa yang anda buat apa sebelum tidur?ada yang baca buku,ada yang berangan dan ada juga yang memikirkan apakah yang akan dilakukan esok pagi.Tidak salah anda untuk membaca buku terutamanya buku yang berkaitan dengan pelajaran,kerana teknik ini akan memudahkan anda mengingat apa yang anda baca malam tadi.Sesuai sangatlah untuk yang nak ambil exam.yang berangan pun tidak ada msalah asalkan berangan yang terkawal.Akan tetapi yang menjadi larangan adalah mereka-mereka yang tidur sambil dengar radio,tabiat ini akan merugikan anda,kerana apa?otak anda akan keletihan sebab sepanjang malam die akan bekerja seiring dengan lagu-lagu yang didendangkan semasa anda tidur.Perkara ini adalah pengalaman saya sendiri,tidur awal pun mengantuk,tido lewat pun mengantuk,saya mencari dimana silapnya.

Akhirnya saya sedar bahawa radio inilah yang membuatkan saya MALAS setiap pagi.Ok saranan saya pastikan anda menutup radio ketika hendak tidur dan pastikan set alarm untuk bangun subuh.Hidup mesti cargas!

Selasa, 25 Mei 2010

Jangan Lupakan Allah

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang mungkin akan bernikah pada bulan hadapan,boleh dikatakan bulan 6 ni bulan pesta dan bulan gantung periuk hehehe. Walau apa pun yang kita lakukan mestilah wasatiah(beserdahana)

Hari ini saya ingin bercakap tentang diri kita yang sering melupakan Allah s.w.t.Ok begini, kita semua mempunyai masalah yang bermacam-macam.Tidak perlu saya utarakan disini satu persatu masalah kita semua.Selalunya kepada siapa kita merujuk?saya yakin kita akan mencari sahabat paling rapat dengan kita,atau isteri kita atau saudara mara kita yang terdekat.

Sedar atau tidak ada yang lebih dekat dengan kita ianya lebih dekat dengan kita seperti urat leher?kita jarang ingin kembali kepadaNya kerana kita alpa Dia yang Maha Berkuasa.Kita lupa bahawa dialah yang mengaturkan segala apa yang berlaku kepada kita dan dunia ini umumnya.

Inilah kesilapan kita wahai sahabat-sahabat ku,kita lupakan Dia sedangkan Dia tidak pernah melupakan kita walau sesaat,bayagkan sekiranya Dia melupakan kita selama satu minit?tiada lagi denyutan jantung,tiada lagi oksigen buat kita.cuba kita bayangkan perkara ini.

betapa kita ini melupakan Allah s.w.t yang menanti2 doa dan munajat kita padaNya untuk meminta apa sahaja.

Jom kembali pada Allah s.w.t

Ahad, 23 Mei 2010

Siapa yang tidak pernah menangis

Saya baru sahaja selesai melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya pada hari sabtu yang lepas,alhamdulillah dengan rahmat Allah s.w.t segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.Banyak perkara yang saya pelajari disana terutama perkara yang berkaitan dengan sifat manusia.

Perkara pertama yang saya pelajari ialah,fitrah manusia itu pasti akan menangis.Sepanjang saya berada disana,saya perlu mengendalikan slot qiamullail dimana slot ini telah beberapa kali saya jalankan ditempat kerja saya,cuma kali ini dijalankan diluar.Sebelum program merehatkan badan berlangsung,peserta membuat persembahan dimana masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam terutamanya menerusi karaoke.saya lihat betapa manusia itu jika berhibur langsung tidak ada batasan yang membatas.Apalah daya saya untuk mengekang mereka,hanya dalam hati aku membenci perbuatan mereka.

Program yang saya kendalikan berlangsung pada pukul 4.30pagi.Setibanya saya di surau yang open tersebut peserta telah sedia ada untuk di "basuh".Dimulakan dengan solat sunat tahajjud 6 rakaat,setelah itu solat sunat taubat.Selepas salam bagi solat sunat taubat masing-masing kembali sujud dengan melafazkan tasbih nabi yunus a.s sebanyak 40kali.Disaat ini terdengar esakan beberapa peserta kerana merasakan hinanya dihadapan Allah.Termasuklah saya sendiri yang sentiasa berasa berdosa kepada Allah dan sekalian makhlukNya.

Selepas itu diteruskan pula dengan alunan zikir munajat,hati-hati mereka saya bawa menuju kepada pembersihan melalui lafaz-lafaz zikir.Sehinggalah pembersihan itu berada pada kemuncaknya.Doa munajat dilantunkan disertai dengan desiran angin subuh,bunyi unggas-unggas menambahkan lagi kesyahduan disaat itu.

Dosa-dosa yang selama ini tidak diakui telah terkeluar dengan sendiri apabila bacaan doa munajat didengarkan.Air mata tidak lagi dapat dibendung kerana hati telah hancur dihapan Allah s.w.t.Perjanjian dimetrai,agar tidak kembali membuat dosa.Ketenangan menjadi pengganti kepada kotornya hati.

Pada keesokan harinya saya didatangi oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab keatas peserta kursus dan menyatakan kepada saya bahawa,kali ini beliau telah kalah....kalah dengan dosa yang dilakukan,selama ini air mata amat payah mengalir.Tetapi malam tersebut adalah sejarah baginya apabila dosa kepada ibu bapanya menjadi penyebab kepada luluhnya hati seorang yang hebat pada fizikalnya dan hebat pada pangkatnya.

Inilah fitrah manusia,dimana dizaman bayinya dimulai dengan tangisan,dan pada zaman dewasanya tangisan juga yang diperlukan bagi membersihkan kotoran dijiwanya.....

Jumaat, 21 Mei 2010

Penyakit sebagai musibah atau sebagai nikmat

Boleh dikatakan kita semua ada penyakit,paling tak pun penyakit malas hehehe gurau je tu. Dari mana datangnya penyakit?ada yang menyatakan penyakit itu berpunca daripada perut,apa yang ada pada perut ialah makanan yang kite telan masa tengah hari tadi.

Makanan yang kita makan akan jadi penyakit jika kita mabil secara berlebihan,contohnya kita semua perlukan lemak dalam badan,ataupun gula dalam badan,akan tetapi hanya sedikit yang perlu kita sumbatkan dalam perut kita ni,jika terlebih maka akan timbullah penyakit seperti kencing manis,dan darah tinggi.

Islam telah mengajar kita tatacara bagaimana mengatur pemakanan kita,amat mudah pesanan nabi kepada kita.Berhentilah makan sebelum kenyang.Ini bermakna apa yang kita makan itu sudah pasti tidak melebihi had yang telah ditetapkan atau mengikut sunnatullah.

Cuba kita tanya ustaz-ustaz,zaman nabi dan para sahabat dulu ade ke tak yang kene penyakit lemah jantung atau darah tinggi ni.Confirm takde punyelah,kerana mereka amat menjaga pemakanan dan amat mengikut sunnah nabi berhenti makan sebelum kenyang.Lain dizaman kita kalau makan mesti kenyang-kenyang,biasa dengar....mat makan tu biar kenyang-kenyang... hahahah kite ni banyak tinggalkan sunnah,sedangkan sunnah itu banyak hikmahnya.

yang kaya ialah syarikat pengeluar makanan tambahan untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut,MLM makin laju kerana telah menjumpai cara untuk mengatasi sakit jantung atau dara tinggi,ini contoh yang mudah.Jadi sebelum anda mengalami penyakit tersebut jagalah pemakanan kita agar sihat dan sejahtera disamping keluarga.

Rabu, 19 Mei 2010

Bagaimana mengatasi tekanan hidup

Anda tertekan?atau anda di tekan?hehehe gurau je tu.Kita semua ada tekanan masing-masing, apa sebenarnya tekanan ni ye?tekanan adalah satu keadaan emosi dimana diluar dari zon ketenangan(ini fahaman saya tau)fikiran kita akan jadi tidak tenang,kalau cek tekanan darah confirm naik punye.Inilah yang dinamakan tekanan.Mengganggu emosi dan kesihatan kita. Inilah bahayanya apabila kita mempunyai tekanan.Boleh cepat mati wooo.

Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mengatasi tekanan dan kalau boleh jangan ada tekanan langsung.Sebenarnya tekanan diperlukan untuk kita ditahap yang cemerlang,inilah yang dinamakan teknik manipulasi.Bayangkan jika kita semua tidak ada tekanan.Semua rakyat malaysia kaya raya belaka.Siapa yang nak jadi pemungut sampah?siapa yang nak jadi orang gaji?anda sanggup?kalau anda sanggup memang anda seorang yang hebat.

Ok,sekarang bagaimana kita hendak atasi tekanan.pertama cuba fikirkan apakah punca kepada tekanan anda.cari jalan penyelesaiannya yang terbaik.Fokus pada jalan penyelesaian bukan pada tekanan tersebut,ingat ye fokus pada cara penyelesaian.

Jika anda rasakan tidak ada siapapun yang boleh bantu anda,jangan bersedih kerana anda sedang diperhatian oleh pencipta anda.Anda lupa Dia yang bersedia setiap saat untuk membantu anda tanpa mengharap satu sen dari anda.Dialah Allah.....serulah namaNya,99nama Allah yang Agong....serulah.....serulah.....Dia pasti membantu,jiwa yang tenang tidak akan terganggu dengan tekanan atau apa sahaja yang merosakkan jiwa manusia biasa.

Rujuk surah al-bayyinah ayat akhir......disitu ada jalan penyelesaian segala masalah.....

Selasa, 18 Mei 2010

Diantara ilmu dan iman

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ustazah yang membuat onar dengan rakan sekerjanya.Ramai yang menggaru kepala apabila membayangkan seorang yang berpakaian litup,berstokin,menjaga pergaulan tapi akhirnya terkulai di dada seorang lelaki.

Ramai yang bertanyakan hal ini kepada saya,malahan saya ada post dibeberapa forum yang membincangkan perihal ini.Mudah saya katakan ilmu yang ada pada seseorang itu tidak semestinya menjamin ketaqwaan dan keimanan seseorang.

Kita biasa dengar atau mungkin ada yang tidak biasa dengan kisah seorang guru yang hebat,mempunyai bilangan anak murid yang beratus ribu.Paling cikai anak muridnya boleh berjalan atas udara,bagaimana pula gurunya?sudah pasti lagi POWER dari anak muridnya. Akan tetapi guru ini hancur akidahnya apabila tidak ada rasa syukur dalam beribadah sehinggakan disesatkan oleh syaitan laknatullah.

Saya tidak menyatakan ilmu itu tidak penting akan tetapi ilmu itu mestilah kita seiringkan dengan pembentukan iman.Untuk membina iman kita perlu ada ilmu.Rasulullah dalam pembentukan iman para sahabatnya di didik dengan bermacam-macam ujian yang kita sendiri tidak sanggup mendengarnya.Contohnya seperti Bilal Bin Rabah,diletakkan ditengah-tengah padang pasir dan diletakkan batu di dadanya bagi menggugat imannya kepada Allah s.w.t. Akan tetapi lidahnya masih menyebut AHAD.....AHAD....AHAD....iaitu yang MAHA ESA...YANG MAHA ESA.Bagaimana dengan kita?apabila azan subuh kita tidak mampu untuk bangun kerana dihimpit dengan bantal sahaja...apalagi jika dihimpit isteri?hehehe sekadar gurauan...Salam kasih sayang buat semua.

Isnin, 17 Mei 2010

Semakin kita fikir masalah semakin banyak masalah pulak

Bagaimana anda menghadapi masalah?adakah anda berfikir dan terus berfikir tentang masalah anda?sekiranya anda hanya berfikir tentang masalah maka saya jamin masalah anda akan semakin bertambah atau semakin parah.

Mengapa perkara ini berlaku?

Kita semua perlu sedar bahawa apa yang kita fikirkan adalah doa sebenarnya.Ini bermaksud sekiranya anda terus menerus berfikir tentang masalah maka masalah anda akan semakin besar dan semakin parah.

Saranan saya pada hari ini ialah sekiranya anda ada masalah fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut.Solat dan berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian.

satu lagi yang perlu kita ambil tahu dan sematkan dalam hati ialah ujian yang Allah berikan kepada kita bertujuan untuk menjadikan kita Muslim yang hebat,Muslim yang penyabar dan hebat imannya.

Dimana pun kita,siapa pun kita ujian umpama bayang-bayang,semoga Allah pegangan kita yang utama

Nak buat kursus tapi tak reti?

Pengalaman realiti ini saya hadapi semasa berlakunya kursus di tempat saya bertugas sekarang ni.Apa yang berlaku adalah amat menyedihkan kerana program secara luarannya amat hebat, akan tetapi cara pengurusannya amat lemah.

Dalama apa juga kursus yang kita jalankan,ada beberapa perkara yang perlu kita lihat dan tidak boleh ketepikan iaitu:-

Segala yang berkaitan dengan kursus hendaklah disiapkan 3hari lebih awak dari tarikh berlangsungnya program kerana sekiranya ada terselit perkara yang tertinggal kita boleh baikinya dalam masa tiga hari itu.

Nama peserta yang menghadiri kursus mestilah lengkap dan senarai yang diberi adalah yang muktamad kerana sekiranya berlaku lebihan peserta kursus maka akan berlaku kecelaruan dari segi tempat tinggal dan makanan.Pihak penganjur terpaksa berusaha last minit menyediakan kemudahan tersebut.

Sekiranya sesebuah kursus tersebut melibatkan pihak luar,pihak penganjur hendaklah memastikan ada orang yang dilantik untuk berhubung dengan pihak luar tersebut kerana bagi mengelakkan miss communication diantara dua pihak.

Apabila berlaku sesuatu masalah pastikan ada dibuat perbincangan dan perlu diberitahu kepada semua yang terlibat.

Semoga anda dapat sesuatu hari ini.

Khamis, 13 Mei 2010

Masalah Cinta La Pulak

Kita semua pernah bercinta kan? Siapa yang tak pernah bercinta ni amat la rugi sebab bercinta ni indah sebenarnya.Akan tetapi bercinta amat berkait rapat dengan masalah.Macam-macam masalah yang akan timbul selalunya selepas 3bulan keatas(pengalaman sendiri ni hehehe) Pasangan yang bercinta ni lupa yang kita diciptakan berbeza-beza.Kesukaan pun berbeza yang menjadi kebencian pun berbeza.Perbezaan inilah yang banyak melahirkan perasaan nak bergaduh dan salah faham.Bak kata p ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,kalau couple lagi la banyaknye tergigit heheheh.

Saya ingin mengajak anda semua untuk memikirkan satu persoalan,mengapa kita perlu bercinta?mungkin ada yang jawap:

-Dah naluri manusia ingin bercinta
-Cinta kan best
-Cinta buat saya dihargai
-Cinta buat saya lagi power dalam hidup.

Sebenarnya kita bercinta adalah kerana Allah s.w.t yang memberikan cinta tersebut.Asalnya cinta tersebut adalah suci sepertimana bayi yang dilahirkan,akan tetapi tuan badan yang mencoraknya untuk dihiasi dengan maksiat atau dihiasi dengan keredhaan Allah s.w.t

Cinta yang lahir perlu disemai dengan semaian yang baik,dibaja juga dengan baja yang terbaik barulah hasilnya adalah yang terbaik.

CINTA ALLAH....CINTA RASUL.....

Jom ke surau jom ke masjid

Pastikan hari ini lebih baik dari semalam....amin

Anda seorang lelaki?dizaman nabi dan para sahabat mereka amat menitikberatkan solat di masjid-masjid atau zaman sekarang ni surau-surau.Jangan tidak tahu,dizaman Rasulullah masjid merupakan tempat untuk menuntut ilmu,tempat bermesyuarat,dan tempat membuat aktiviti-aktiviti yang lain.

apakah hikmahnya?

Pokok yang sebenar ialah kebersatuan Rasulullah dan para sahabat dimasjid itu sendiri. Apabila semua ahli masyarakat turun ke masjid maka banyak perkara yang boleh dibuat bersama. Perkara yang berat akan menjadi ringan apabila dibuat bersama.

Hari ini kita melihat masjid memang banyak tambah-tambah di malaysia.akan tetapi yang amat menyedihkan adalah jemaahnya yang kurang dari tiang masjid itu sendiri.Dimanakah silapnya?
Kita sebagai umat islam perlu sedar bahawa masjid adalah tempat turunnya rahmat Allah s.w.t. Masjid jugalah tempat umat islam bersatu dengan akidah.

Umat Islam hanya akan menang dan mengembalikan kegemilangan Islam apabila kita semua bersatu dimasjid-masjid.Inilah kekuatan kita.Siapa yang perlu membuat kerja ini?bukan jabatan agama islam,bukan imam qaryah,bukan pihak berkuasa,akan tetapi kita semua.Kita yang bergelar muslim ini.Kitalah yang akan memastikan Islam itu dimana dan sampai ke tahap mana sekarang ini.Fikir-fikirkan.......

Selasa, 11 Mei 2010

Otak yang hebat

Salam kasih sayang buat semua,

Alhamdulillah pembaca blog ini semakin bertambah,semoga ada baiknya untuk anda semua. Tahniah kerana memilih blog ilmiah disamping merehatkan minda.

Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya.Di sinilah terdapatnya segala ilmu,tidak kira yang baik atau tidak. Allah telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,minyaimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik.

Inilah yang dikatakan sebagai otak.Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur.Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen?salah satunya ialah kerap sakit kepala. Cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari,air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

seterusnya amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir oatak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

Semoga ada baiknya untuk kita semua.

Isnin, 10 Mei 2010

Kekuatan sebenar anda ada di hati

Salam power dan salam super

Bagaimana kehidupan kita pada hari ini?ada yang semakin teruk?ada yang semakin baik dan power?walau apapun jua keadaan kita pada saat ini, ianya adalah yang terbaik untuk diri kita. Kerana kehidupan berkaitan amat dengan qada dan qadar Allah kepada kita. Jika kita tidak dapat menerima akan kehidupan ini maka hancuarlah iman kerana tidak menyetujui ketentuan Allah.

Mengapa kekadang kita lihat ada manusia yang hidupnya melerat dan susah akan tetapi dia nampak tenang dan tidak ada gusar sedikit pun dengan apa yang ditanggungnya.Adakah kerana dia seorang yang gagah?atau dia seorang yang tinggi ilmunya?

Bagaimana seorang yang sedang berpuasa dapat manahan diri dari dari makan dan minum?

Bagaimana seorang yang bersolat dapat khusyuk kepada Allah?

Bagaimana seseorang itu hanya takut dan harap pada Allah?

Bagaimana seorang yang muflis dapat menjadi jutawan?

jawapannya adalah pada kekuatan yang ada pada hati.

Rabu, 5 Mei 2010

Badan Panas

Asalamualaikum

Pengalaman yang amat bermakna dalam kehidupan apabila ilmu yang kita pelajari dapat kita aplikasikan dalam kehidupan.Seorang guru yang rendah diri orangnya mengajarkan saya beberapa ilmu yang jarang didapati diluarsana dengan tanpa apa-apa bayaran.

Subhanallah
Ilmu yang ringkas dapat mengatasi masalah yang melanda.Apa yang perlu kita lakukan hanyalah yakin pada Allah...

Terasa kebesaran dan kehebatan Al-Quran apabila diringi dengan doa yang pasrah....

Jangan sekali-kali kita tinggalkan Al-Quran,jangan biarkan dia terletak diatas almari usang. Bercakap-cakaplah dengan dia semoga dialah teman kita di dalam kubur kelak

Wahai manusia....Janganlah Al-Quran dibuat sebagai tempat menguji suara,akan tetapi ujian iman dengan Al-Quran...

Salam kesejahteraan