Ahad, 23 Mei 2010

Siapa yang tidak pernah menangis

Saya baru sahaja selesai melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya pada hari sabtu yang lepas,alhamdulillah dengan rahmat Allah s.w.t segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.Banyak perkara yang saya pelajari disana terutama perkara yang berkaitan dengan sifat manusia.

Perkara pertama yang saya pelajari ialah,fitrah manusia itu pasti akan menangis.Sepanjang saya berada disana,saya perlu mengendalikan slot qiamullail dimana slot ini telah beberapa kali saya jalankan ditempat kerja saya,cuma kali ini dijalankan diluar.Sebelum program merehatkan badan berlangsung,peserta membuat persembahan dimana masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam terutamanya menerusi karaoke.saya lihat betapa manusia itu jika berhibur langsung tidak ada batasan yang membatas.Apalah daya saya untuk mengekang mereka,hanya dalam hati aku membenci perbuatan mereka.

Program yang saya kendalikan berlangsung pada pukul 4.30pagi.Setibanya saya di surau yang open tersebut peserta telah sedia ada untuk di "basuh".Dimulakan dengan solat sunat tahajjud 6 rakaat,setelah itu solat sunat taubat.Selepas salam bagi solat sunat taubat masing-masing kembali sujud dengan melafazkan tasbih nabi yunus a.s sebanyak 40kali.Disaat ini terdengar esakan beberapa peserta kerana merasakan hinanya dihadapan Allah.Termasuklah saya sendiri yang sentiasa berasa berdosa kepada Allah dan sekalian makhlukNya.

Selepas itu diteruskan pula dengan alunan zikir munajat,hati-hati mereka saya bawa menuju kepada pembersihan melalui lafaz-lafaz zikir.Sehinggalah pembersihan itu berada pada kemuncaknya.Doa munajat dilantunkan disertai dengan desiran angin subuh,bunyi unggas-unggas menambahkan lagi kesyahduan disaat itu.

Dosa-dosa yang selama ini tidak diakui telah terkeluar dengan sendiri apabila bacaan doa munajat didengarkan.Air mata tidak lagi dapat dibendung kerana hati telah hancur dihapan Allah s.w.t.Perjanjian dimetrai,agar tidak kembali membuat dosa.Ketenangan menjadi pengganti kepada kotornya hati.

Pada keesokan harinya saya didatangi oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab keatas peserta kursus dan menyatakan kepada saya bahawa,kali ini beliau telah kalah....kalah dengan dosa yang dilakukan,selama ini air mata amat payah mengalir.Tetapi malam tersebut adalah sejarah baginya apabila dosa kepada ibu bapanya menjadi penyebab kepada luluhnya hati seorang yang hebat pada fizikalnya dan hebat pada pangkatnya.

Inilah fitrah manusia,dimana dizaman bayinya dimulai dengan tangisan,dan pada zaman dewasanya tangisan juga yang diperlukan bagi membersihkan kotoran dijiwanya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan