Isnin, 27 Februari 2012

Layakkah aku menjadi tetamu MU

Asalamualaikum sahabt ku semua

Kumulai kehidupan ini dengan esak tangis dan sendu dikala mengalunkan al-fatehah dan qunut di hening pagi,apa yang dapat kurasakan saat ialah DIA sedang menugguku dan aku sudah sangat hampir kepadaNya.

Penulisan saya pada pagi ini mungkin banyak perbezaannya kerana hati saya pada pagi ini pun sangat berbeza dari hari yang lepas, entah mengapa mudah sangat air mata mengalir semenjak saya dinobatkan untuk menjadi tetamuNya pada 23/3/2012 ini.

YA Allah semoga aku bertemu denganMu dalam keadaan yang bersih keran aku takut segala kesilapan ku yang telah lepas mendapat balasannya disana....

Sahabatku sekalian marilah kita hidup dengan rasa kecintaan yang sangat mendalam kepadaNya kerana dialah siti khadijah mewaqafkan dirinya untuk agama, kerana Dialah juga Rasulullah yang kita kasihi berdarah gusinya kerana menyatakan Tauhid kepadaNya.

Jadikan setiap kasih sayang dan cinta sesama kita untuk mendapat keredhaanNya, hidup ini hanya seketika cuma yang kekal abadi adalah akhirat yang sangat banyak nikmatnya. Semoga bertemu lagi wassalam

Ahad, 26 Februari 2012

bekalan untuk kita...sila sebarkan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t diatas segala nikmat yang tidak terhitung dan tidak dapat kita bayar segalanya kepada Rabb kita semua.

Oleh itu jangan kita bangga apatah lagi takabbur dengan segala nikmat ini kerana semuanya adalah milik DIA. Hari ini saya ingin kongsikan satu ilmu yang saya dapat daripada yang berbahagia ustaz shahrin salah seorang perawat islam yang amat saya hormati kerana sentiasa berkongsi ilmu kerohanian yang membawa kita berjaya di dunia dan akhirat.

Saya pernah berkursus dengan ustaz selama sehari untuk mendalami ilmu kerohanian, alhamdulillah disini saya kongsikan satu amalan yang dinamakan ilmu zikir istinjak, maksud intinjak adalah penyucian diri daripada najis dosa. Zikirnya sangat simple, semua orang boleh amlakan walaupun sambil memandu atau sambil bersenam di tepi tasik. Khasiat zikir ini boleh dirasakan sendiri oleh anda yang beramal dengannya.

zikirnya adalah seperti berikut (1) Astaghfirullahalazim 100 kali sambil munajat kepada Allah s.w.t Ya Allah ampunkanlah segala dosa zahirku,dosa mata,dosa mulut,dosa kaki dan sebagainya. (2) Allahummasollialamuhammad 100kali sambil munajat Ya Allah ampunkanlah segala dosa batin ku dan dosaku kepada RAsulullah dan (3) Lailahaillallah 100kali sambil munajat Ya Allah ampunkanlah dosa syirikku kepadaMu, amalkan 2kali sehari selepas subuh dan magrib selama 40 hari. Saya ijazahkan kepada sesiapa yang hendak beramal, jika ada apa-apa pertanyaan dan pengalaman sila sms saya ditalian 0132736649

Selasa, 21 Februari 2012

perjalanan hidup orang soleh memang pelik

Asalamualaikum shabat semua

Alhamdulillah diatas nikmat iman dan kehidupan kita pada hari ini. Sama-sama kita mulakan hari ini dengan perasaan bersyukur dan penuh dengan kasih sayang bukan dengan kebencian.

Hari ini saya ingin membawa sahabat semua untuk melihat satu sudut yang jarang untuk kita lihat sedangkan di sudut kecil itulah mengajar kita tentang perjuangan dalam kehidupan. Perjalanan orang yang soleh sentiasa kita lupakan, apakah erti soleh?atau solehah? ianya bermaksud hamba Allah s.w.t yang perjuangan hidupnya adalah mengharapkan redha Allah s.w.t sahaja tidak ada satu pun yang dilakukan kerana nafsu dan emosi.

Diantara contoh yang menjadi kontroversi ialah seorang kiyai yang sangat alim dan soleh malahan sudah dikenali sebagai seorang murabbi yang sangat hebat, akan tetapi perkembangan terbarunya beliau telah mengahwini seorang model yang sangat hebat di tempatnya. Maka ramai yang mencemuhnya kerana mengahwini seorang yang buta agama malahan ditambah lagi cemuhan itu apabila beliau menceraikan isteri yang pertama.

Apakah yang kita fikir apabila menerima cerita kehidupan seperti ini? jika dilihat pada sudut emosi dan nafsu kita akan menghukum kiyai tersebut sebagai kuat seks dan sebagainya akan tetapi lihat pula dari sudut agama. Pemikiran semua wanita yang berada di lembah kegelapan akan terbuka apabila melihat perkahwinan seorang kiyai yang soleh dengan seorang model. Difikiran mereka mengatakan kiyai pun boleh menerima mereka sebagai isteri apatah lagi Allah s.w.t yang Maha Pengampun.

Bagi isteri tuanya perlulah sedar penceraian itu bukan beerti benci tetapi untuk menyelamatkan dia daripada dosa terhadap suami.Jom berfikir cara iman bukan dengan cara emosi dan nafsu

Isnin, 20 Februari 2012

kita lupa siapa musuh kita

Asalamualaikum sahabat dunia akhirat ku sekalian

Alhamdulillah diatas segalanya YA Allah...sesungguhnya jika dihitung segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami maka terjawablah persoalan bahawa manusia itu semuanya miskin dan faqirdisisiMu melainkan mereka yang bertaqwa.

Wahai sahabat...sesungguhnya kita perlu sentiasa sedar bahawa musuh kita tidak pernah lupa dengan kita sedangkan kita sentiasa lupa dengan mush kita. Siapa musuh kita? di dalam Al-Quran banyak menyebut siapa musuh kita, jawapan yang mudah dan tepat musuh kita adalah syaitan.

Siapa diantara kita yang sentiasa sedar akan gerak geri musuh kita ini? saya amat yakin sangat sedikit yang memikirkannya.Kita perlu sedar bahawa dengan melupakan musuh kita ini maka kita akan sesat bahkan mensyirikkan ALlah s.w.t disaat kematian kita nanti.

Bersiap sedialah kita dengan ilmu,iman dan amal agar kita berjaya dalam peperangan dengan mush yang jelas...iaitu syaitan....semoga kita kembali kepada ALlah s.w.t dalam keadaan hati yang tenang. amin....

Khamis, 16 Februari 2012

murtad lagi

alaikum sahabat semua

Salam keimanan, salam kepatuhan kepada Allah s.w.t. Semoga hubungan kita dengan Allah s.w.t akan semakin kuat dari sehari ke sehari sehinggalah kita hanya ada Allah s.w.t di bumi ini.

Tadi seseorang telah memberitahu kepada saya tentang isu murtad, ntah berapa ramai yang telah murtad kerana beberapa sebab antaranya ialah cinta dengan pasangan yang bukan Islam, atas faktor duit, masuk agama lain dapat duit, dan ada juga yang di aniaya sehingga masuk agama lain.

Masalah ini adalah masalah aqidah dimana kita perlu serius dalam menanganinya. Jangan kita biarkan individu tertentu sahaja yang berjuang menentang murtad,tetapi kita sama-sama bangun gunakan pentas kita sendiri dalam menentang murtad ini. Jangan biarkan saudara seagama kita hanyut dengan kegelapan yang disangka cahaya.

Isnin, 13 Februari 2012

didiklah hati kita

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah diatas nikmat iman yang kita kecapi sehingga saat ini, semoga dengan iman senipis ini mampu untuk kita kecapi nikmat syurga walaupun kita tidak layak sbenarnya

sepanjang perjalanan kita mengharungi kehidupan kita perlu berpegang dengan beberapa perkara yang sangat penting iaitu hukum Allah s.w.t, dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah, ijma ulama dan qias ulama.

Tapi sedarkah kita bahawa kita belum sepenuhnya mengamalkan setiap hukum yang allah tetapkan di dalam Al-Quran?malahan ada yang menentang hukum ALlah tanpa sedar kerana mengikut hawa nafsu dan emosi semata. Kita perlu ingatkan diri kita bahawa biar kita kecewa, biar kita terguris asalkan Allah s.w.t meredhai kepatuhan kita kepadanya.

Ahad, 12 Februari 2012

manusia yang bongkak jika terlambat...

asalamualaikum sahabat semua

alhamdulillah bersyukur kita kepada allah s.w.t kerana dengan rahmatnya kita dapat bersama di lapangan kehidupan. pastikan kapal yang kita naiki adalah kapal yang selamat dan kita tahu kemana arah tujunya.

Manusia ada pelbagai sifat,tetapi yang pasti ialah manusia punyai sifat yang hampir sama, yang membezakan adalah ketaqwaan,ilmu dan amal. beberapa hari ini saya terdedah dengan ,manusia yang merasakan dunia tidak akan berakhir. kerjanya sentiasa menzalimi orang disekelilingnya dan begitu bongkak dengan ilmu yang ada padanya.

saya merujuk kepada manusia yang bertuhankan jin dan syaitan, bagi merealisasikan matlamat hidupnya iaitu "janji aku puas" manusia seperti ini susah untuk menerima nasihat, yang dapat merubah mereka hanya lah dengan kesakitan musibah yang terjadi keatasnya. jika anda ada berjumpa insan seperti ini, nasihatilah mereka dan katakan malaikat izrail sentiasa melihat kamu...berlindunglah kita dengan allah s.w.t agar kita termasuk diantara hambanya yang sentiasa mengharap rahmat dan redhanya walaupun berkorban segalanya...tidak mengapa jika keranaNya....

Khamis, 9 Februari 2012

kita leka dengan perkara remeh

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana masih dapat berpijak di bumiNya ini untuk kita menyemai seberapa banyak benih dan kita tuai pada hari akhirat kelak.

Hari ini adalah hari jumaat yang penuh keberkatan, saya mulakan pagi ini dengan sedikit lemah kerana tugasan yang sangat menghimpit semalam.tetapi saya tetap bersyukur kerana diberi kekuatan untuk menyelesaikannya.

Saya sangat tersentuh dengan bacaan qunut nazilah yang dibacakan imam pada solat jumaat tadi, apabila disebut sahaja Ya Allah selamatkanlah pejung-pejuang Islam, hancurkanlah kuffar, maka berjujuran air mata saya kerana mengenangkan mereka yang sedang berjuang dan mengenangkan keadaan kita disini.

Mereka yang sedang berperang mempertahankan aqidah Islam dalam keadaan yang sangat tidak selesa,disaat ini mereka solat diatas tanah,minum hanya beberapa teguk air, tidur hanya beberapa minit,makan hanya sekali sehari, bagaimana kita disini sahabat? kita solat diatas karpet yang empuk,makan 3kali sehari,tidur diatas katil yang sangat enak, minum bermacam-macam jenis air tetapi apakah kita berjuang untuk Islam? kita adalah lemah berbanding mereka yang sedang bermujahadah mempertahankan aqidah mereka.

Kita kalah dengan mainan politik,kita kalah dengan mainan emosi,kita kalah dengan kasih sayang dan cinta,dan kita kalah dengan kemanisan dunia.Kita memang tidak layak untuk mendapat kemenangan di akhirat sana.Ayuh bangunlah untuk bersedia melukakan hati dan perasaan mu semata-mata kerana Allah....Allah.....Allah....