Jumaat, 25 Disember 2009

Bagaimana menjadikan kerja sebagai sesuatu yang seronok

Salam motivasi buat semua

Apa khabar sahabat di luar sana. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang kerja yang kita buat hari-hari. Saya yakin dan percaya kita semua mempunyai kerjaya masing-masing. Tidak kira apa jawatan kita, atau ada juga diantara kita yang bekerja sendiri. Ini juga dikira sebagai bekerja, tapi dikira sebagai bekerja sendiri lah^_^

Ok jika kita cek semua,bermula hari bekerja adalah setelah bangun di waktu pagi. Tanda seseorang yang seronok bekerja adalah bangun awal dengan ceria. Saya yakin ramai diantara kita yang susah hendak bangun pagi kerana pekerjaan yang dilakukan setiap hari adalah kerana terpaksa. Bukan dengan sukarela. Inilah batu penghalang mengapa kita berat untuk pergi kerja.

JAdi apakah perkara yang menyebabkan kita akan bersemangat untuk pergi kerja? jawapannya adalah seperti berikut:

(1) Kita akan bersemangat jika kita melakukan kerja yang amat kita suka

(2) Sesuatu yang kita suka selalunya hobi kita

(3) Sesuatu yang kita sering terleka adalah sesuatu yang kita suka

(4) Sesuatu yang kita buat dengan suka rela tanpa meminta apa pun ganjaran

Ramai orang-orang yang berjaya menjadikan hobi mereka sebagai kerjaya. Jadikan landasan ini untuk kejayaan kita dan menjadikan diri kita jutawan.

Isnin, 7 Disember 2009

Motivasi Tawakal

Salam sahabat semua
Hari ni saya ingin berkongsi tentang motivasi melalui satu sifat mahmudah,atau dalam bahasa jawanya sifat yang terpuji.
Sifat yang saya ingin katakan disini adalah sifat tawakal kepada Allah S.W.T. Pernah atau tidak kita menghadapi dimana tiba satu saat kita tak mampu lagi untuk berusaha dan takde sapa yang boleh tolong kita lagi?
Apakah perasaan kita disaat itu?
Saya yakin hanya doa menjadi peneman kita disaat kekuatan itu hilang.
Perasan bertuhan semakin bertambah.
Penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah semakin kuat.
Akhirnya Allah dengan limpahan rahmatnya membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi dengan tanpa kita terfikir.
Kadang-kadang Allah S.W.T nak bantu kita dengan cara yang kita sendiri tak terfikir.

Semoga kita akan sentiasa sedar bahawa ada yang lebih sayangkan kita melebihi sayangnya mak ayah kepada seorang anak.

Rabu, 2 Disember 2009

Hidung dan nafas

SALAM motivasi buat semua

Tajuk kita hari ni agak berbeza dari hari yang lain. Tapi sebenarnya tajuk ni simple sahaja^_^
saya ingin membawa topik antara islam dan kehidupan.zaman terkini ramai diantara kita yang melupakan islam dalam kehidupan dengan menganggap zaman ini bukan lagi seperti zaman nabi. Tidak perlu kemajuan,tidak perlukan mencari duit siang malam pagi petang.Mereka ini bukan tidak tahu kepentingan Islam dalam kehidupan,tapi buat-buat tidak tahu tentang kepentingan Islam dalam kehidupan.

Golongan ini akan ingat dan sedar akan kepentingan Islam dalam kehidupan apabila sudah tersungkur dengan kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini.Ok contoh mudah yang saya nak sahabat semua fikirkan,sekiranya kita sedang kelemasan ditengah lautan,tiada siapa yang dapat membantu.Apakah tindakan yang akan kita lakukan?

Kita akan pasti merintih....Ya Allah....selamatkan aku Ya Allah....

Renung-renungkan......