Isnin, 7 Disember 2009

Motivasi Tawakal

Salam sahabat semua
Hari ni saya ingin berkongsi tentang motivasi melalui satu sifat mahmudah,atau dalam bahasa jawanya sifat yang terpuji.
Sifat yang saya ingin katakan disini adalah sifat tawakal kepada Allah S.W.T. Pernah atau tidak kita menghadapi dimana tiba satu saat kita tak mampu lagi untuk berusaha dan takde sapa yang boleh tolong kita lagi?
Apakah perasaan kita disaat itu?
Saya yakin hanya doa menjadi peneman kita disaat kekuatan itu hilang.
Perasan bertuhan semakin bertambah.
Penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah semakin kuat.
Akhirnya Allah dengan limpahan rahmatnya membantu kita mengatasi masalah yang dihadapi dengan tanpa kita terfikir.
Kadang-kadang Allah S.W.T nak bantu kita dengan cara yang kita sendiri tak terfikir.

Semoga kita akan sentiasa sedar bahawa ada yang lebih sayangkan kita melebihi sayangnya mak ayah kepada seorang anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan