Jumaat, 31 Disember 2010

Sambut Azam baru bukan tahun baru

Salam tahun baru dan semangat baru,semarakkan cinta kepada Allah dan Rasul

Apa guna kita sambut tahun baru sampai ke pagi,jerit pekik calmdown tapi pagi ni tak mampu nak bangun subuh,silap-silap bangun pukul 1 tengah hari.Erti tahun baru perlu kita betulkan dan perlu kita beritahu kepada anak muda,jangan biarkan mereka jadikan tahun baru sebagai pentas untuk bersuka ria tanpa batasan.Saya yakin malam tadi bersepah anak muda yang melakukan maksiat dan mungkin juga ada yang bakal melahirkan anak luar nikah.

Alamak terseriusla pulak^_^
Bukan apa,saya amat sedih keadaan masyarakat kita yang mengutamakan hiburan daripada ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sediakan pen dan kertas,cuba kita senaraikan berapa banyak perkara yang hendak kita lakukan bukan pada diri tapi untuk agama terlebih dahulu.Apa usaha dakwah kita untuk agama dan apa tindakan yang perlu kita buat mengikut langkah-langkah yang diatur dengan teliti.

Ilmu....amal.....adalah kunci kejayaan kita di dunia ini,walaupun satu ayat quran kita amalkan itu sudah memadai,setelah itu kita sampakan pula kepada kawan-kawan...semoga pahala berterusan....


Khamis, 30 Disember 2010

TAKDIR ikut kita atau kita yang perlu ikut takdir

Salam di ambang tahun baru 2011,semoga kita lebih hebat di tahun yang baru ini.

Perjalanan hidup kita di dunia ini adalah diaturkan oleh Allah s.w.t iaitu qada dan qadar Allah s.w.t ke atas semua makhluk ciptaanNya.Sama ada yang baik atau yang buruk ianya adalah daripada Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita susah dan payah untuk menerima segala takdir Allah s.w.t sama ada yang berkaitan dengan kecelakaan, bala' atau nikmat.Kita sebagai hambaNYa yang beriman wajib menerima segala apa yang diaturkan kepada kita.Bukan mudah untuk kita lakukan dan aplikasikan rukun iman yang kelima ini.

Kemaitan adalah diantara perkara yang jarang manusia boleh terima kerana kematian tidak boleh diundur walau sesaat kerana ianya adalah ketetapan Allah s.w.t semasa kita di alam rahim lagi. Begitu juga rezeki kita.

Kekuatan kita dalam mengharungi segala kesusahan dan ujian di dunia ini adalah iman yang 100% kepada Allah s.w.t tanpa sedikitpun keraguan padaNya.

Sehinggalah kita mencapai tahap nafsu mutmainnah(nafsu yang tenang)

Kita ikhlas tak?

Salam ketenangan buat anda,ketenangan itu hanya akan datang apabila kita mengingati Allah s.w.t. Ini adalah janji Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

Setiap detik dan saat hidup kita ada berkaitan dengan dosa dan pahala,betul atau tidak? saya ingin beritahu kepada anda bahawa setiap apa yang kita lakukan ada kaitan dengan ibadah. Jika kita berdiam maka harus lah hukum nya sehinggalah ada larangan dari Al-Quran atau hadis nabi.

Ibadah kita hanya akan diterima oleh Allah s.w.t pabila ibadah kita itu ikhlas. Ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu perkara itu semata-semata kerana Allah s.w.t.Jika ibadah yang kita lakukan itu atas dasar ingin mendapat pujian daripada orang maka ibadah itu tercemar dengan sifat riya'.

Saya ada pengalaman sendiri tentang ikhlas ini, disamping saya melakukan kerja hakiki iaitu makan gaji saya ada juga melakukan kerja mengajar orang mengaji dengan niat dakwah dan mendapat tambahan pendapatan.Sehinggalah satu hari ada seorang hamba Allah sms saya untuk belajar mengaji,maka satu sesi perjumpaan dirancang untuk berbincang tentang masa untuk sesi pembelajaran.Sebelum berpisah saya bertanya kepada hamba Allah tersebut sudah bekerja atau tidak alangkah terkejutnya saya bahawa dia menyatakan belum bekerja dan baru sahaja habis STPM.

Dalam hati saya terdetik bagaimana dia hendak membayar yuran jika tidak bekerja...maka terdetik dihati saya bahawa Allah ingin menguji keikhlasan saya dalam berdakwah.

Maafkan aku tuhan...

Selasa, 28 Disember 2010

Nimat yang mengatasi kesakitan

Salam hari rabu yang sememangnya terbaik

Anda sihat hari ini?anda tidak sihat?dah makan ubat?dah jumpa doktor?
Apa yang anda rasakan disaat badan anda sihat?anda berasa semangat untuk melakukan apa sahaja bukan?anda mampu lakukan apa sahaja dengan baik dan dengan izin Allah s.w.t anda jadi yang terbaik dengan kesihatan yang baik.

Pernah anda terfikr apabila anda sedang sakit atau kini anda sedang sakit?apa yang anda rasakan disaat ini?saya yakin anda amat terasa dengan ujian kesakitan ini.Banyak perkara yang anda tidak dapat lakukan,anda tidak lagi selincah sebelum ini.Inilah nikmat yang wajib kita syukuri iaitu nikmat kesakitan.

Jika disaat ini anda tidak sihat malahan mengalami penyakit kronik teruskan aktivti yang anda mampu lakukan dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana anda masih di sini dan mampu lagi menghirup udara segar di pagi rabu ini.

Anda perlu ingat bahawa nikmat sihat ini mahal harganya,bukan sejuta atau satu bilion harga nya.Hanya orang yang sakit kritikal dapat merasai betapa pentingnya kesihatan.

Ya Allah kurniakanlah kami semua kesihatan yang baik agar mudah kami beribadat kepada Mu

Isnin, 27 Disember 2010

Emosi anda pagi ini anda yang tentukan

Salam pagi selasa yang amat menyegarkan

Anda segar?bugar?atau keletihan?sekiranya anda tido awal malam tadi tapi pagi ini anda masih lemah bermakna anda tidak dapat tidur yang cukup dan berkualiti.Saya akan ajarkan cara bagaimana mendapatkan charge yang sempurna untuk badan kita semasa tidur.

Caranya adalah dengan mengamalkan zikir yang dinamakan zikir siti fatimah sebelum tidur, zikir ini diberikan nabi kepada puterinya kerana mengadu keletihan dalam membuat kerja seharian lalu nabi mengajar zikir ini subhanallah 33kali alhamdulillah 33kali Allahuakbar 33kali. Insyaallah kita akan segar setelah bangun daripada tidur.

ok itu satu perkongsian buat anda sahabat dunia akhirat saya,tahu tak bahawa emosi kita sebenarnya boleh di kawal dan sememangnya boleh dikawal.ada atau tidak orang yang gembira tiba-tiba tanpa sebab?mesti ada bukan?sekurang-kurangnya dia gembira sebab dapat hidup lagi hari ini lalu ingin menikmatinya dengan sepenuh hati.

Ada orang yang tiba-tiba hendak marah tanpa sebab?paling tidak dia terpijak gula-gula getah semasa berjalan bukan?

Semuanya bersebab dan boleh dikawal,pastikan kita sentiasa dalam emosi yang positif. Perkara yang kita boleh sabar kita sabar dan perkara perlu marah kita marah.Lagi tepat kita marah kerana Allah dan sayangpun kerana Allah.

Anda memang hebat!

Ahad, 26 Disember 2010

Jaga perut insyaallah sihat

Salam Isnin yang penuh dengan semangat,jika tidak semangat anda perlu semangat juga kerana jika hari ini anda lembik dan tidak bersemangat sepanjang minggu ini anda akan lembik tidak bersemangat.

Syukur pada Allah s.w.t kerana pasukan Malaysia telah menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak semalam.siapa kata kita tak boleh?Malaysia memang boleh. Kata-kata semangat seperti Malaysia boleh membuatkan meremang bulu roma kita ya tak?

Perut merupakan punca segala penyakit,tak pecaya?perut adalah tempat makanan kiat diroses, jika anda masukkan makanan yang tidak berkhasiat atau makan dengan melampaui had yang sebenar maka makanan itu akan memudaratkan anda.

Islam mengajar cara makan yang amat baik,iaitu berhenti sebelum kenyang dan melaksanakan ibadah puasa sunat.Puasa banyak kebaikan pada fizikal dan spiritual kita.Bukan sahaja agama Islam,malahan agama lain juga ada gaya puasa mereka sendiri.

Jom jaga perut!

Sabtu, 25 Disember 2010

Hujung tahun yang memeningkan mak ayah

Salam hari sabtu buat anda

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu perkara yang berkaitan dengan anak-anak yang perlukan belanja yang besar di hujung tahun,ada yang baru hendak masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah ataupun masuk ke alam IPT.

Ibu bapa yang ramai anak pasti pening memikirkan budged yang perlu disediakan untuk setiap anak.Ada yang sampai terpaksa buat pinjaman semata-mata untuk anak-anak yang nak sambungkan pelajaran.

Oleh itu bagi yang baru memiliki anak yang masih kecil,sediakan tabung khusus untuk mereka bagi meringankan beban anda dimasa hadapan.

Selasa, 21 Disember 2010

Kita kekurangan idea kah?

Salam pagi rabu yang penuh dengan kesegaran dan semangat yang membara dalam menempuh kehidupan.

Kita teruskan kehidupan hari ini dengan melihat sekeliling kita, pagi ini saya melihat satu perkara yang perlu kita fikirkan bersama.Jangan la serius sangat^_^

Di taman saya tinggal ada seorang akak yang menjual nasi lemak pada waktu pagi dan pada sebelah petang menjual kuih ditempat yang sama juga.Saya pun cuba untuk merasai tahap kelazatan nasi lemak dan kuih akak tersebut.Wau! boleh tahan rasa nasi lemak dia. Boleh kata tiap minggu saya mesti beli nasi lemak akak tersebut kerana kesedapannya sehingga tidak ada sebutir nasi yang saya tinggalkan semasa makan.

Tidak sampai sebulan iaitu pada hari ini saya lihat timbul sorang lagi yang menjual nasi lemak ditambah dengan mee goreng dan bihun goreng.Aduhai apa yang saya fikirkan ialah kita sudah tidak ada idea kah untuk berniaga?

Sudah menjadi kebiasaan oraang melayu bila start sahaja sorang buat pembaharuan yang lain pasti akan ikut,malas nak fikir benda lain.Sorang jual nasi lemak semua nak jual nasi lemak. Jika di kawasan KL atau PJ tidak mengapa jika ramai kerana penduduknya memang ramai. Jika ada 100 orang yang membeli nasi lemak boleh dah untuk RM50 sehari.

Apa yang saya ingin bawakan pada hari ini ialah kita wajib berfikir luarbiasa bagus(ayat DR.TUAH ni hehe)fikirkan lain dari yang lain.Semoga kita semakin cemerlang. Cabar diri anda fikirkan sesuatu yang luarbiasa dan positif

Ahad, 19 Disember 2010

Kepentingan bersuci dalam kehidupan

Salam kasih sayang buat anda.

Bagaimana permulaan hari bekerja hari ini?jika kelam kabut cuba tenangkan dengan zikir atau perkara yang boleh buat anda tenang.

Sebelum kita melakukan apa sahaja ibadat kita perlu bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar bukan?betapa pentingnya ilmu bersuci ini sehinggakan jika cara penyucian itu salah maka ibadat kita akan ditolak oleh Allah s.w.t.

Jadi di akhirat nanti kita akan miskin dengan ibadat walaupun kita di dunia tidak pernah meninggalkan solat walaupun satu waktu.Di sinilah pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita seorang muslim

Tidak terlewat lagi untuk kita belajar,carilah guru yang dapat membantu anda dalam hal ilmu seperti ini.semoga Allah s.w.t memberikan kesempatan pada kita untuk jadi lebih baik.

Buat akhirnya guru berpesan agar berdoa didalam hati disaat kita membersihkan anggota sulit dengan doa supaya dilindungi daripada zina....

Khamis, 16 Disember 2010

Hari Jumaat Hari Melawat ayah dan Ibu

Salam hari jumaat kepada anda

Semoga hari ini anda lebih bersemangat untuk menghadapi hidup kerana hari ini adalah penghulu segala hari dan tidak akan terjadi kiamat melainkan hari jumaat.Seram kan?^_^

Satu perkongsian saya dengan anda,saudara seIslam saya dan sahabat di dalam blog ini. Guru yang saya amat kasihi berpesan bahawa lawati ayah dan ibu kita pada hari jumaat kerana hari ini adalah hari yang berkat.

Tidak kira berapa jauh mak ayah anda usahakan untuk kita sampai dan ziarahi mereka dengan penuh kasih sayang.Mengapa perkara ini saya bicarakan?kerana ayah dan ibu adalah sumber keberkatan hidup kita di dunia malah diakhirat kelak.

Selagi mereka masih ada nyawa jom kita pakat sayangi ayah ibu dan lawati mereka pada hari jumaat atau mana-mana hari dalam seminggu.Insyaallah anda rasai keberkatannya.

Rabu, 15 Disember 2010

Ketika kita menghadap makanan

Salam bulan muharram,semoga anda hari ini lebih cemerlang daripada semalam.Ini doa saya kepada anda untuk hari ini.

Perjalanan hidup kita diteruskan lagi,kali ini menyingkap satu perbuatan yang boleh dikatakan wajib dilakukan oleh kita semua tidak kira kaya atau miskin iaitu makan. Makan merupakan perkara harus sahaja dalam Islam, maksud harus adalah anda buat tidak ada pahala tinggal pun tidak ada apa-apa untuk anda di sisi Allah s.w.t. Kekadang harus ini boleh jadi sunat,makruh dan haram mengikut keadaan.Kuat makan sehingga berpenyakit maka hukumnya haram kerana memudaratkan diri,makan kerana untuk dapat tenaga bagi bekerja atau beribadah maka jadilah ia sunat.

Ketika kita mengadap apa sahaja rezeki yang Allah s.w.t hidangkan pada kita apa yang kita fikirkan?Jika anda bersyukur terlebih dahulu maka anda hamba Allah s.w.t yang baik dan jenis yang pandai bersyukur kerana dikurniakan rezeki.Bagi anda yang terus belasah makanan tersebut apa yang ada dalam fikiran anda?makan sekadar untuk menghilangkan lapar atau makan kerana hobi?

Rasulullah s.a.w merupakan contoh yang terbaik,baginda mengajar kita etika sebelum,sedang dan selepas makan.Kita disunatkan berdoa sebelum makan sebagai tanda kita mengingati yang Maha Pemberi rezeki dan ingat malaikat mana yang menyampaikan rezeki tersebut. Semasa makan nabi mengajar kita untuk berhenti sebelum kenyang.Mengapa?kerana jika kita makan berlebihan maka kita akan jadi malas,tidak ada kelazatan dalam beribadah dan banyak penyakit. Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada perut.

Rasulullah s.a.w tidak pernah memberikan komen macam-macam terhadap makanan yang dihidangkan,apa yang terhidang diterima dengan redha kerana itulah rezeki ketetapan Allah s.w.t kepada hambanya.Apabila menerima tetamu yang bertandang Rasulullah akan menghidangkan makanan yang terbaik yang baginda ada,berbeda dengan kita yang memnyorokkan makanan yang sedap daripada tetamu.Apabila makanan itu dimakan pula secara beramai-ramai maka bertambahlah berkatnya.

Mulai hari ini ubah cara kita makan,bacalah doa,makanlah ala kadar dan jangan banyak komen tentang makanan yang dihidangkan.Anda hebat jika anda buat sunnah ini.

Selasa, 14 Disember 2010

Sampai bila makan gaji

Salam semangat dan keceriaan buat anda

Alhamdulillah kita masih dapat bertemu dengan satu lagi perkongsian kehidupan dan pengalaman. Kita semua pasti sedang bekerja atau mungkin juga yang membaca blog ini sedang mencari kerja.Kita semua pasti ada kelulusan bukan?paling tidak pun di zaman ini kita ada sijil SPM.Dengan kelulusan tersebutlah kita berharap akan dapat kerja setaraf dengan kelulusan kita.

Sedarkah anda bahawa setiap tahun begitu ramai graduan yang mengganggur kerana tidak ada kerja,mereka yang keluar daripada IPTA atau IPTS sering berharap akan mendapat kerja dengan apa yang mereka ada iaitu kelulusan ataupun sijil.Sikap ini tidak lagi relevan disaat ini kerana kita perlu keluar daripada sikap mengharap dan berserah tanpa usaha mengubah sikap dan kepercayaan.

Cuba anda fikir apa kata aku cipta kerjaya aku sendiri, aku kerja sendiri, usaha sendiri. Inilah kerjaya kita yang sebenar, tidak ramai diluar sana yang suka dengan apa yang mereka kerjakan sebab itulah mereka lesu ketika memulakan hari untuk bekerja.

Kita hanya akan pergi jauh dalam kerjaya apabila kita melakukan sesuatu yang amat kita minati. Anda minat dengan kerja anda?jika tidak cuba fikirkan sesuatu yang membolehkan anda buat apa yang anda suka dan apa yang anda lakukan itu boleh membuatkan poket anda penuh^_^

Jika anda sudah bekerja cuba buat sesuatu yang anda minati, mana tahu dengan itulah anda akan bergelar jutawan satu hari nanti.Saya amat berharap perniagaan akan menjadi satu bidang kerjaya yang profesional satu hari nanti.Ayuh remaja!

Isnin, 13 Disember 2010

Kita Semua Adalah Pejuang

Salam di pagi hari selasa

Anda berpuasa sunat muharram hari ini?jika ya tahniah saya ucapkan dan jika tidak jawapan yang anda berikan maka esok masih berkesempatan.Bagi yang memang tidak boleh doa semoga dipertemukan lagi dihari yang berkat ini.

Kita semua adalah pejuang,anda sedar?jika tidak maka saya bertanggungjawab menyedarkan anda.Hidup ini adalah sebagai satu perjuangan yang sinonim apabila disebut perjuangan seperti dalam peperangan.Hari-hari kita berperang....celik sahaja mata maka kita berperang dengan perasaan malas ingin bekerja,malas hendak ke sekolah, malas hendak ke tempat berniaga. Itu juga adalah perjuangan.

Bagaimana sikap seorang pejuang dalam peperangan?mesti bersikap berani dan berjiwa kental. Kita semua wajib ada sifat seperti ini kerana apa?kerana jika kita tidak ada sikap ini kita akan cepat kecundang dalam banyak perkara.

Dalam sehari lebih sepuluh perkara yang kita perlu hadapi dengan sikap berani dan berjiwa kental.Berjiwa kental bermaksud sabar.....berani bermaksud kuat.....pejuang akan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir begitu juga kita semua,perlu berjuang sehingga ke akhir hayat. Jangan sekali-kali kita tamatkan hayat kita kerana malas berjuang.

Semakin banyak halangan yang anda tempuh semakin kuat diri kita jika berjaya menghadapinya. Jika kecundang bangkit sedikit-demi sedikit dan kembali berjuang. Kemenangan pasti akan jadi milik ANDA!

Ahad, 12 Disember 2010

Bagaimana kehidupan anda hari ini

Salam kesegaran dan salam semangat buat anda

Anda segar hari ini?anda sihat hari ini?anda putus cinta hari ini?anda dikecewakan hari ini?
apa ubat paling mujarab bagi masalah dalam kehidupan?jawapannya ialah mati^_^ sebab itu ada manusia yang tertekan dengan masalah dunia ini mengambil langkah gila dengan mematikan diri.

Anda selaku sahabat saya perlu sedar bahawa apabila kita lahir sahaja ke dunia ini maka kita akan terlibat dengan masalah,anda lahir sahaja anda perlukan tilam,lampin,pampers,susu dan sebagainya.Bukankah itu masalah?

Kita dilahirkan dengan masalah dan kita mampu mengatasinya kerana kita adalah manusia yang paling hebat,sesiapa yang berjaya lahir ke dunia adalah manusia yang hebat.Jadi jangan berputus asa dengan masalah anda kerana anda akan dapat selesaikan masalah anda satu hari nanti.Yakinlah....

Jika anda bersedih disaat ini gembirakan diri anda dengan gembirakan orang lain, jika anda kecewa dengan seseorang anda perlu ubati kekecewaan orang lain insyaallah anda akan mendapat ubat kepada kekecewaan diri anda.

Semoga hari ini adalah hari yang amat hebat untuk kita tempuhi.

Khamis, 9 Disember 2010

Tambah kebaikan kurangkan dosa

Salam tahun baru hijrah kepada sahabat yang amat saya kasihi.

Kita sudah melangkah ke tahun baru hijrah,banyak perkara yang telah kita lakukan tahun lepas dan ada juga perkara yang masih belum selesai.

Semalam saya mengikuti satu ceramah maal hijrah di tempat saya bertugas, ustaz yang di inport khas daripada Darul Quran. Apa yang menarik ustaz tersebut menyarankan kita untuk menjadi BAIK dari sudut yang amat ringan.

Katanya,zaman kini manusia banyak yang meninggalkan solat lima waktu, jadi disarankan kita sebagai umat Islam untuk menjaga perkara wajib ini terlebih dahulu bukannya melakukan transformasi yang melampau seperti buat solat sunat 20 rakaat setiap hari. Jika satu perubahan itu dilakukan secara drastik maka kembalinya kepada kejahatan juga adalah drastik.

Sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit dan pastikan ianya berkekalan,soal diri kita siapa kita didunia ini?

Siapa yang terlepas daripada kejahatan dan kemaksiatan?saya yakin dan pasti semua terlibat bukan?mulai hari ini kita kurangkan kejahatan yang kita lakukan.sedikit-demi sedikit insyaallah perkara tersebut dapat kita tinggalkan.Pesanan ustaz tersebut sebelum kita lakukan maksiat atau kejahatan cuba bayangkan bahawa segala apa yang kita lakukan tersebut ditayangkan dihadapan berbilion-bilion orang yang melihat.Inilah situasi yang akan kita alami semasa dipadang mahsyar....

Semoga kita sama-sama menjadi lebih baik.

Khamis, 2 Disember 2010

Bantu orang ikut kemampuan

Salam pagi jumaat

Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan selagi kita masih dapat menyedut udara dan merasai sejuknya air pada waktu pagi. Semalam sudah kita lalui dengan jayanya dan pada hari ini kejayaan itu pasti akan datang.

Ramai yang punyai sikap positif berbanding sifat negatif sebenarnya, mengapa saya berkata sedemikian?kerana fitrah manusia itu adalah baik.Taat pada Allah s.w.t dan berjanji akan buat baik sebelum lahir ke dunia.Begitulah sikap manusia sebenarnya inginkan kebaikan walaupun diri kita jahat.

Pernah ada seseorang minta bantuan anda?sekiranya anda benar-benar seorang yang baik anda akan membantu beliau dengan sungguh-sungguh kerana itulah kepuasan bagi anda. Akan tetapi pertolongan itu adakah semestinya kita penuhi?atau ada hadnya?

Melalui pengalaman kehidupan saya pertolongan yang kita berikan mesti ada hadnya. Yang pertama kita perlu pastikan bahawa pertolongan yang akan kita berikan adalah kita mampu lakukan dan tidak membebankan kita. Banyak perkara yang kita buat atas dasar tolong yang membebankan kita contohnya menjadi penjamin bagi pinjaman dan sebagainya.

Seterusnya pertolongan yang anda berikan itu kepada siapa?pastikan yang anda tolong adalah manusia yang kenal erti kemanusiaan.Mengapa?kerana ada manusia yang kita bagi madu tetapi dibalas dengan racun.berhati-hatilah sahabat.

Buat yang terakhir pastikan masa pertolongan itu dan tempatnya.Sekiaranya anda dalam keadaan kelam kabut dan tertekan jangan berikan pertolongan kerana dibimbangi anda membuat keputusan yang salah.Dan anda perlu pastikan dimana kawasan anda memberikan pertolongan.adakah ditempat yang sunyi.....(kes kereta rosak) atau dikawasan terbuka.

Semoga kehidupan kita semakin cerah dan berwarna warni. Anda hebat kerana Allah s.w.t jadikan anda hebat.Pecayalah!

Rabu, 1 Disember 2010

Isteri zaman kini membawa ke mana?

Salam ketenangan,syukur kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t

Perjalanan hidup kita ini diteruskan dengan teman yang akan sentiasa bersama dengan kita khususnya para suami diluar sana.Menjadi sunnatullah bahawa kehidupan ini berpasang pasangan tidak kita apa.Langit pasangannya bumi,matahari pasangannya bulan.dan nabi adam a.s pasangannya adalah hawa.

Sampai masa dan ketikanya pabila kita telah ditakdirkan berkahwin maka kita perlu menghadapinya walaupun kadang-kadang ada yang belum bersedia berkongsi hidup. Bagi seorang suami apakah yang diharapkan dari seorang isteri?layanan yang baik?akhlak yang baik?
masakan yang sedap?

Jawapan yang Islam telah Islam berikan kepada kita ialah isteri yang didambakan oleh seorang lelaki yang solah adalah isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat atau jalan untuk menuju ke syurga.Suami itu adalah sumber pahala baginya.ianya mengharapkan redha Allah s.w.t dan redha suaminya.Sentiasa taat kepada Allah dan suami selagi suami tidak menyuruh kepada perkara yang mungkar.

Contoh mudah bagaimana kita ingin menguji bakal isteri kita atau isteri kita sendiri. Apabila dia meminta sesuatu daripada kita, cuba berikan kurang dari apa yang dipinta. Apakah reaksinya? jika terima kasih yang diucapkan insyaallah itulah isteri yang solehah. Akan tetapi sekiranya rungutan yang dilemparkan kepada suami maka berhati-hatilah para suami kerana mungkin bakal isteri anda atau isteri anda kini bersama dengan anda bersebab....maksudnya mengarah kepada keduniaan....jika tidak kerana sebab tersebut maka dia tidak akan bernikah dengan kita.

Semoga ada baiknya kita bertemu dihari ini...semoga anda terus cemerlang

Selasa, 30 November 2010

Kita rasa kita dah baik

Salam kasih sayang buat anda

Kita semua adalah hamba Allah s.w.t yang terbaik manakan tidak kita antara berjuta sperma yang berjaya menjadi manusia.Didalam diri kita sudah ada ciri-ciri kehebatan dan seorang pejuang.Islam telah mengajar kita agar hari ini lebih baik dari semalam dan jangan sekali-kali buruk dari semalam.Ini adalah kata-kata motivasi yang amat ampuh buat kita dan sebagai muhasabah buat kita setiap hari.

Dalam kita mengejar kecemerlangan adakah kita sedar bahawa kita sememangnya benar-benar cemerlang atau benar-benar baik?adakah persoalan ini kita yang terbaik sebagai penjawabnya atau?jawapannya ialah kita perlukan cermin untuk menilai diri kita.Siapakah cermin itu? jika anda seorang suami cermin anda adalah isteri anda atau mak mertua anda, jika anda seorang isteri begitulah juga keadaanya.Anda sudah dapat bagaimana hendak menilai diri.Sekarang anda sudah tahu dimanakah kelemahan anda dan adakah anda sudah terbaik?

Insyaalah ada masa lagi untuk kita berubah,daripada jahat kepada baik.daripada baik kepada yang lebih baik.

Jumaat, 26 November 2010

Mengapa berubah ya?

Salam kejayaan buat anda!

Hari ini saya ingin bercerita tentang satu lagi episod dalam kehidupan, sahabat saya anuar telah berkenalan dengan seorang ustaz dengan cara tidak sengaja di sebuah R & R untuk solat fardu. Selepas melakukan solat fardu sahabat saya telah ditegur oleh seorang ustaz yang diiringi oleh anak muridnya yang berjubah dan berserban.Di dalam hatinya tergerak bahawa ustaz tersebut adalah seorang guru tahfiz. Ustaz tersebut menyatakan bahawa kamu perlu berguru! mungkin ustaz tersebut dapat MELIHAT amalan yang dilakukan oleh sahabat saya ini yang sememangnya rajin bangun malam dan berzikir. Pesananya ialah taqwa kepada Allah dan sabar.....

Pertemuan tersebut hanya berakhir disitu....sehinggalah anuar dan saya tergerak untuk menghubungi ustaz tersebut kerana berminat dengan ilmu zikir ini atau dinamakan ilmu tarekat. Alhamdulillah ustaz tersebut memberikan galakan kepada kami untuk berguru dan memberikan alamat dan nama guru nya di kawasan subang selangor. Maka saya dan anuar telah mencari tempat tersebut seterusnya berguru disana.

Panas tidak sampai ke petang apabila ustaz tersebut telah menghubungi anuar untuk mengadu satu masalahnya iaitu masalah duit.Ustaz tersebut menyatakan hendak menjalankan satu perniagaan di melaka dan memerlukan rm7000 untuk memulakan bisnes tersebut. Maka anuar telah menyatakan ingin mencuba untuk mendapatkan dana tersebut dengan meminta bantuan orang lain kerana dirinya bukanlah orang senang,hanya makan gaji.

Semakin hari ustaz tersebut terus menerus menekan anuar untuk mendapatkan dana tersebut sehingga mengganggu pekerjaan anuar.paling menyedihkan gangguan itu tidak mengenal waktu solat sehingga terdetik dalam hati anuar bahawa ustaz tersebut sudah hilang kewarasannya kerana terdesak untuk mendapatkan wang tersebut. Tekanan demi tekanan telah diberikan kepada anuar sehingga ustaz tersebut menyatakan anuar adalah munafiq kerana mungkir janji sedangkan anuar hanya ingin CUBA menbantu.

Sikap ustaz tersebut betul-betul melemahkan anuar untuk beramal ibadah...inilah ujian dalam kehidupan.apabila seseorang selalu diuji dengan ujian yang berat maka dia akan tenang dalam menghadapi apa sahaja tetapi jika ujian itu baru sekali datang dalam hidupnya terus sahaja melatah sehingga menyalahkan orang lain dan menonjolkan kelemahan diri sendiri.

sama-sama kita berfikir.....

Isnin, 15 November 2010

Belajar daripada kesibukan

Salam kasih sayang buat semua teman yang singgah di blog saya ini,
semoga jalinan kasih sayang antara kita akan semakin erat sehingga akhir hayat disamping perkongsian ilmu yang saya hamparkan di blog ini serta pengalaman dalam kehidupan dan dalam mengenali kehidupan itu sendiri.

Alhamdulillah walaupun saya semakin sibuk dengan urusan kerja, proses menambah ilmu dan juga keadaan kesihatan yang semakin meruncing Allah s.w.t tetap memberikan daya kepada saya untuk terus berhubung silaturrahim dan berkongsi pengalaman dengan anda selaku sahabat saya.

Kini pekerjaan saya semakin sibuk sehinggakan setiap minggu saya ada program yang perlu dijalankan luar daripada farmasi tempat saya bekerja sehinggakan saya mengalami penyakit tonsil ataupun ketumbuhan di tekak.Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa saya dengan penyakit yang diberikanNya ini.

Mujahadah yang kita lakukan perlu diteruskan kerana ujian seperti penyakit itu bertujuan meningkatkan kesabaran kita dan menjadikan kita semakin kuat.Itu lah falsafah kehidupan kita di dunia ini, akhir kata saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha maaf zahir batin. Sama-sama kita hayati pengorbanan nabi ismail dan nabi ibrahim.....kita belajar lagi erti kehidupan dengan satu sejarah yang meruntun kehidupan.

Isnin, 1 November 2010

Belajar dari kesusahan

Salam kasih sayang dan kecemerlangan buat anda

Kasih sayang adalah hak milik setiap insan, kecemerlangan juga adalah hak setiap insan. Mengapa saya katakan sedemikian?kerana semua itu ada pada kita.Kasih sayang ada pada kita, manakan tidak haiwan pun ada perasaan kasih sayang.Begitu juga kecemerlangan.Kita adalah satu-satunya benih yang berjaya berjuang untuk menjadi manusia.Bersyukurlah pada Allah s.w.t yang telah mengatur segalanya untuk kita.

Kita semua dalam keadaan susah bukan?selalunya apabila disebut susah bermaksud kurang duit atau tidak kaya.Itulah persepsi kita apabila menyebut tentang susah.Sebenarnya kesusahan itu hak bagi setiap insan.Walau sekaya mana pun seseorang dia masih ada kesusahan.Contohnya dia ada kereta mewah tetapi sudah tidak mampu untuk memandu dan hanya bergantung kepada orang lain iaitu driver.Maka itulah kesusahan dari sudut orang kaya.Susah untuk menjaga harta juga penyakit orang kaya.

Bukan niat saya untuk memperlekeh kekayaan itu tetapi saya ingin sedarkan kita semua bahawa setiap manusia ada ujian dan kesusahan mereka sendiri.Oleh itu cara untuk menjadikan kita kuat dalam menghadapi apa juga kesusahan dalam hidup kita adalah ingat bahawa setiap orang pasti ada masalah.

Kadang-kadang penyelesaian itu ada hanya pada hujung jari kita sedangkan kita puas mencari orang luar yang boleh membantu kita.kita sebagai umat Islam perlulah yakin bahawa setiap yang berlaku pada kita adalah ketentuan dariNya.Kita semua inginkan kebahagiaan yang berkekalan dan keamanan sepanjang hayat.Akan tetapi rancangan Allah s.w.t adalah lebih hebat daripada kita.

Yakinlah kita pasti bertemu jalan untuk mendapat kebahagiaan setelah beribu-ribu kesusahan melanda diri kita...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kawal kemarahan

Salam kasih sayang buat anda

Kita semua ada sifat marah dan semua orang berhak untuk marah atas sebab-sebab yang tertentu.Lain orang lain batas kemarahannya.Ada yang terlalu mengambil hati atas perkara-perkara yang kecil dan ada pula yang susah nak ambil hati dengan perkara-perkara kecil.

Persoalannya apabila kita marah adakah kemarahan itu bagus untuk kita?
tidak ada kemarahan yang berbentuk positif.mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. tetapi bagi saya yang kerdil ini menganggap kemarahan adalah satu perkara yang negatif.

Dengan kemarahan boleh terputusnya saudara, putusnya kawan, dan mungkin lebih besar melibatkan kecederaan kepada orang disekeliling.Kita perlu ingat bahawa kemarahan itu totally daripada syaitan dan syaitan itu dimana tempatnya?

Sama-sama kita fikirkan....

Khamis, 14 Oktober 2010

Kehebatan Zikrullah

Salam motivasi dan salam kecemerlangan

Anda adalah seorang yang beruntung kerana lahir kedunia ini.Insan yang lahir kedunia adalah insan yang hebat.

Zikir adalah satu amalan yang tidak memerlukan modal yang besar seperti amalan yang lain. contohnya solat dan bacaan Al-Quran.Zikir kita hanya perlu menggerakkan lidah atau menyebut dalam hati sahaja.Mudah sahaja bukan?amalan zikir adalah amalan yang dicintai orang-orang soleh.Apatah lagi para nabi dan kekasih-kekasih Allah.

Disaat kita lemah dan tidak bermaya siapakah yang sudi berada disamping kita?hanya Allah s.w.t yang setia pada kita disaat senang mahupun susah.Kita sangka Allah s.w.t biarkan kita padahal Allah s.w.t sentiasa perhatikan kita.

Zikir paling bail adalah kalimah LAILAHAILLALLAH...
Tasbih paling mudah SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI SUBHANALLAHILAZIM....ringan di lidah tetapi berat ditimbangan amal....

JANGAN....biarkan walau sesaat dalam hidup kita tidak zikir kepada Allah s.w.t

Rabu, 6 Oktober 2010

Berdakwah dengan pelbagai cara


Salam kesejahteraan

Dakwah merupakan kerja para nabi dan Rasul. Usaha tersebut diteruskan lagi oleh para sahabat sehinggalah kezaman ini.Perkembangan dakwah terus menerus tersebar walaupun zaman semakin mencabar.Cuma kita perlu perhatikan apakah dakawah yang sebenarnya dan cara serta kriteria sebagai seorang pendakwah.Jika kita ingin masuk ke profesion dakwah 24jam kita perlu mengikut cara nabi sepenuhnya.kita perlu mencari ilmu tentang dakwah ini melalui kitab-kitab atau guru-guru.

Jangan kita ikut-ikut sahaja kerana beramal tanpa guru maka syaitanlah yang menjadi gurunya. Kita perlu sedar bahawa syaitan lebih takut dengan seorang yang berilmu daripada ahli ibadah yang tidak mempunyai ilmu.

Sekarang ini banyak gerakan atau persatuan yang berpaksikan kepada dakwah tetapi masih banyak perkara yang bertentangan dengan quran dan sunnah.semoga kita sama-sama mencari kebenaran dengan mencari guru dan berpegang kepada quran dan sunnah.

Ahad, 3 Oktober 2010

Perjuangan Dalam Ekonomi


Salam kemakmuran dan kesejahteraan

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam, kerana jika hari ini lebih teruk dari semalam kita adalah umat Islam yang agak teruk.

Isu makanan semakin hebat diperkatakan di kala ini kerana umat Islam semakin terdedah isu seperti ini.Terimakasih kepada penyampai seperti ustaz-ustaz dan usahawan-usahawan muslim yang tidak henti-henti mendedahkan situasi terkini makanan umat Islam dan hal ehwal halal dan haram.

Kita sedar atau tidak kebanyakan makanan umat Islam dihasilkan oleh bukan Muslim. Dari makanan baby seperti susu sehinggalah makanan berat seperti tepung gandum semuanya diusahakan oleh bukan muslim. Sedangkan kita sedar bahawa Islam amat menitik beratkan tentang makanan halal dan haram. Islam menekankan bab makanan kerana makanan kita akan mempengaruhi badan kita, akhlak kita dan masyarakat kita umumnya.

Kesan makanan yang syubhah dan haram dapat kita lihat dengan keruntuhan moral anak-anak muda kita begitu juga orang-orang tua.Masyarakat kita seolah-olah sudah kembali kezaman jahiliah yang mengutamakan nafsu semata-mata.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang bercita-cita untuk memberi kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya pengusaan ekonomi bagi umat Islam.Cita-citanya mahu umat Islam berniaga barangan dari luar rumah sehinggalah barangan rumah fokusnya ialah makanan.

Semoga Allah s.w.t membatu beliau dan rakan-rakan seperjuangan. Kita perlu sedar bahawa orang bukan Muslim tidak mampu menjaga makanan orang Islam.Kitalah yang bertanggungjawab keatas makanan kita sendiri.

Khamis, 30 September 2010

Bagaimana dengar khutbah tapi tidak mengantuk


Salam luarbiasa bagus dan cemerlang sekali buat semua

Hari ini saya kongsikan tips paling mudah kepada kaum muslimin yang akan bersolat jumaat esok hari.Seperti yang kita tahu semua yang mendengar khutbah akan lena selena-lenanya kerana kesedapan suara imam membaca teks khutbah dan isi khutbah yang sangatlah menarik

Tips ini diberikan oleh seorang yang dekat pada Allah s.w.t.katanya syaitan akan duduk dimata kita disaat khatib hendak membaca teks,sebab itulah ramai yang lena daripada mendengar. Banyak menfaat yang kita dapat apabila mendengar khutbah daripada tidur.

Tips yang pertama ialah apabila khutbah dibacakan maka kita perlulah memandang khatib tersebut iaitu dengan cara memandang ke atas.Kita mengantuk kerana memandang ke bawah sehingga terlalu khusyuk. Walaupun kita tidak nampak khatib kerana duduk diluar masjid perlu juga memandang ketas kerana itulah syarat untuk tidak mengantuk.

Tips kedua ialah jangan sekali-kali bersandar pada tiang kerana tiang merupakan katil yang empuk disaat kita mendengar khutbah.

Semoga bermenfaat kepada ANDA

Rabu, 29 September 2010

Dimana Syaitan episod 2


Maka ahli nujum tersebut pulang ke rumah dengan perasaan yang gundah gulana memikirkan jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Raja. Sehinggakan ahli nujum tersebut tidak lalu untuk makan kerana terlampau berfikir.

Sehinggalah anak perempuannya perasan akan perubahan bapanya yang dikasihi, apa yang difikirkan oleh ayah sehinggakan tidak lalu makan?maka si ahli nujum menceritakan kepada anak perempuannya akan persoalan yang diberikan oleh Raja.

Anak perempuannya dengan tenang menyatakan kepada ayahnya, wahai ayah tenanglah kerana saya akan memberikan jawapannya kepada ayah. Ahli nujum seperti tidak sabar lagi hendak mendengar jawapan anak kesayangannya sehingga ditegur oleh anaknya.Bukankah Raja memberikan masa selama 7 hari kepada ayah?maka saya akan bagi jawapan kepada ayah setelah 7 hari.

Tibalah hari yang ke 7 si anak tadi mengajak ayahnya untuk pergi memancing di sungai yang terdapat di hutan berhampiran.Sebelum pergi si anak memakai pakaian yang sangat mengiyurkan seperti seorang isteri di malam pertamanya dan disarung dengan baju yang biasa. Maka berjalanlah si ahli nujum dengan anaknya menuju ke hutan.Apabila hendak sampai sahaja di tepi sungai si anak berpecah dengan ayahnya untuk menuju kepada sungai tersebut.

Disaat mereka hampir dengai sungai tersebut si anak tadi membuka pakaiannya tadi untuk memperlihatkan pakaian yang dipakainya mula-mula iaitu pakaian yang sangat nipis dan menampakkan bentuk badan.Sia anak semakin hampir dengan ahli nujum ayahnya.Sia ayah semakain rapat dengan anaknya sambil nafsu yang selama ini tidur semakin bangun dari lenanya.Si ayah hendak menyentuh anaknya....lalu anaknya menegur bapanya....wahai ayah istighfarlah pada Allah s.w.t....jawapan kepada persoalan Raja dimana syaitan sudah ada wahai ayah.....maka ahli nujum sedar....dan dapat mengetahui jawapan dari apa yang berlaku dengan anaknya di hutan....

SYAITAN BERADA DI TEMPAT YANG SUNYI DAN BERDUA-DUAAN....

Isnin, 27 September 2010

Dimana Syaitan


Salam ketenagan dan kedamaian

Alhamdulillah kaki yang menuju kepada kebaikan akan mendapat kebaikan juga akhirnya. Begitulah juga perjalanan saya sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, kadang-kadang terlajak kadang-kadang berhati-hati.

Satu perkongsian kali ini agak menarik,merupakan satu kisah yang diampaikan oleh seorang yang istimewa bagi saya. Kisahnya bermula begini.......seorang Raja telah pergi memburu bersama penggiringnya yang disertai oleh 2 pasangan kuda..apabila sampai ke tapak untuk memburu tiba-tiba Raja melihat kuda tersebut melakukan hubungan seks dengan berahi sekali.....tiba-tiba Raja memerintahkan semua penggiring untuk pulang ke istana....sampai sahaja Raja di istana raja memerintahkan ahli nujum untuk mengadap.....

Maka Raja pun bertitah....wahai ahli nujum beta ingin bertanya satu soalan kepada tuan hamba iaitu dimanakah syaitan....beta akan berikan masa selama seminggu kepada tuan hamba untuk menjawabnya....jika tidak bertemu dengan jawapan soalan tadi maka beta akan jatuhkan hukuman mati kepada tuan hamba.....BERSAMBUNG

Khamis, 23 September 2010

Ketaqwaan dan ujian


Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam yang ada pada kita

Islam tersebar keserata dunia bukanlah dengan semudah menaip sms atau semudah menyisir rambut akan tetapi Islam berkembang dengan ujian yang amat jerih.

Para Nabi dan Rasul diutus untuk menyebarkan aqidah Islam pada kaum nya dengan berlandaskan ujian yang amat payah sehinggakan nabi yunus a.s sendiri membawa diri sehingga duduk didalam perut ikan kerana merajuk dengan kerenah umatnya.

Akhirnya nabi yunus a.s kembali kepada umatnya setelah mendapat kekuatan daripada Allah s.w.t disamping memohon keampunan diatas sikapnya melarikan diri dari kaumnya.Begitulah juga kita sebagai manusia biasa apabila ditimpa ujian yang berat jangan sekali-kali lari dari keadaan kerana melarikan diri adalah tanda kelemahan kita dan kerendahan diri kita

Semakin berat ujian yang kita lalui semakin kita dekat pada Allah s.w.t inilah konsep aqidah dalam Islam.

Isnin, 13 September 2010

Kecantikan Hari Raya


Salam Hari Raya

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan kita dalam menjalani ibadah puasa.

Ramai yang mengatakan kepada saya RAYA tahun ni tidak semeriah yang lepas-lepas, suram sahaja kerana banyak perkara dan kebiasaan yang dilakukan semasa RAYA yang lepas tidak dilakukan lagi.Amalan dan kebiasaan inilah yang menghangatkan suasana RAYA kita.

Antara amalan yang dilakukan adalah takbir raya di malam raya setiap rumah di dalam kampung tidak kira rumah siapa amalan ini akan berkumandang sehinggalah lewat pagi selalunya pukul satu pagi.Amalan ini banyak kesannya kepada jiwa dan masyarakat.pertama yang diucapkan adalah membesarkan Allah s.w.t.semua yang tua atau yang muda membesarkan Allah s.w.t yang menciptakan dan memeberi peluang kepada kita untuk memneruskan ibadah kepada Allah s.w.t

Masyarakat kampung akan semakin rapat apabila ada aktiviti makan,dimana selepas takbir raya ramai-ramai makan apa yang dihidangkan tuan rumah.disinilah ukhuwah antara masyarakat akan semakin kuat.

Saya amat berharap agar amalan seperti ini dapat diteruskan kerana kesan nya amat positif kepada masyarakat.

Ahad, 12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA SAHABAT

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

SEMOGA UKHUWAH DIANTARA KITA SEMAKIN RAPAT

SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.W.T

Rabu, 8 September 2010

Ujian Orang Kurang Upaya


Salam akhir ramadhan

Semoga kita semakin kuat pada hari ini,dalam mengharungi ranjau kehidupan. semoga kita sama-sama mendapat cahaya dalam kehidupan.

Kita pasti pernah melihat golongan kurang upaya,berada di tepi jalan meminta sedekah. Ada yang menjual tisu di lorong-lorong jalan untuk mendapatkan pendapatan. Mungkin juga ada yang terserempak mereka di dala bas untuk pergi ke sesuatu tempat.

Pernah kah kita berbual dengan mereka bertanya khabar dan bertanya keluarga mereka. Kebiasaanya kita hanya menyapa golongan yang sempurna dari sudut mata kita.Mulai hari ini jika kita terserempak dengan golongan ini cubalah dekati mereka dengan bertanya khabar serta bertanyakan tentang keluarga mereka,mana tahu dia adalah mesin pahala kita.

Golongan kurang upaya ini mempunyai sifat rendah diri jika kita tidak memberi sokongan kepada mereka samaada secara meterial atau sekadar kata-kata nasihat.Jangan kita biarkan mereka berjuang dalam kehidupan dengan cacian kerana mereka juga adalah hamba Allah s.w.t dan ada tujuan mengapa mereka dijadikan sebegitu.

Kita curahkan kasih sayang kita kepada merka kerana mereka adalah saudara kita dan juga hamba Allah s.w.t.Anda hebat jika anda menjadikan mereka sebagai mesin pahala anda.

Salam lebaran untuk semua

Selasa, 7 September 2010

Kasih sayang Allah mengatasi segala ujian


Salam kecemerlangan buat anda

Walaupun saat ini anda lemah kerana puasa tapi hati perlu sentiasa kuat untuk merentasi ujian dalam hidup.

Saya yakin kita semua ada ujian yang amat menyakitkan,tapi kita perlu yakin dan sedar bahaga kasih sayang Allah itu mengatasi segala ujian yang kita sedang tempuhi.

Cuba perhatikan diri anda sekarang,walaupun anda stress dengan ujian yang berat tapi ada sesuatu yang anda tidak perasan...iaitu pertolongan Allah s.w.t

Isnin, 6 September 2010

Hari Raya Hari Kemenangan


Salam menjelang syawal

Disana sini kedengaran lagu raya berkumandang menandakan syawal semakin menjemput kita untuk diraikan.Alhamdulillah syukur kita kepada Allah s.w.t kerana kita sudah hampir mendapat kemenangan dalam perjuangan dalam bulan puasa.

Kita perlu tahu erti syawal yang sebenar kerana sekiranya hari raya kita sambut dengan membuta tuli maka akan banyaklah berlaku pembaziran.

Kemenangan kita semasa bulan puasa disambut dengan kehadiran syawal yang bakal menjelma. Membeli baju raya adalah sunat,memakai wangian bagi lelaki adalah sunat semasa menyambut syawal.

Akan tetapi yang lebih utama adalah meraikan kemenagan kita dengan takbir raya, kita membesarkan Allah s.w.t dengan takbir raya.Tanda kesyukuran kita kepada Allah s.w.t dilahirkan melalui ucapan takbir bukanlah melalui lagu-lagu raya.

Semoga raya kali ini lebih bererti buat kita semua

Khamis, 2 September 2010

Ramadhan sudah berkali-kali


Salam Ramadhan

Alhamdulillah kerana kita masih berada dibulan Ramadhan dan kini Ramadhan semakin meninggalkan kita.Diantara kita ada yang 10 kali menyambut Ramadhan dan ada juga yang sudah 30kali menyambut Ramadhan.

Apakah kita berasa bangga dengan Ramadhan yang kita lalui kali ini dan yang lepas-lepas. apakah erti ramadhan yang sebenar dan yang perlu kita dapat dari Ramadhan yang kita lalui setiap tahun.

Ramadhan adalah tarbiah direct daripada Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya tanpa kita sedari. Allah s.w.t mendidik kita dengan kelaparan,dengan mengantuk dan kepenatan.

Inilah cara Allah s.w.t mendidik diri kita supaya menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa dan terbaik.Inilah yang diamalkan oleh para kekaish Allah dalam mendidik nafsu mereka supaya taat kepada Pencipta zahir dan batin.

Semoga kita mengenal erti Ramadhan yang sebenarnya

Ahad, 29 Ogos 2010

Tips perniagaan

Salam ramadhan buat semua

Lama juga saya tidak mencoret apa-apa di laman sesawang saya ni^_^ maklumlah kerja bertambah disaat bulan ramadhan yang penuh berkat ni.

Pada bulan ramadhan ni saya lihat ramai yang berniaga,terutamanya pasar malam.Bagi saya yang berniaga di bulan puasa adalah mereka yang bijak termasuk kawan saya yang berniaga butang baju melayu hehehe

Dalam kita berniaga perlu ada strategi sepertimana peniaga di bulan puasa.Ada yang menjual baju-baju.Ambuil upah menjahit dan macam-macam lagi.Bagi anda yang berminat hendak berniaga perlu ada kajian sedikit tentang apa yang anda hendak jual dan kepada siapa anda hendak jual bukan main belasah je^_^

Perkara ini amat penting kerana sekiranya kita tidak mengkaji kepada siapa kita akan menjual barangan kita sudah pasti kerugian itu lebih utama menjengah anda daripada keuntungan kerana anda tidak pasti siapakah yang akan membeli produk anda.

Terimakasih kepada bro RK yang mengajar teknik ini^_^

wassalam

Ahad, 22 Ogos 2010

Siapa orang di sekeliling anda


Salam ramadhan.

Hari ini merupaka hari ke 12 kita berpuasa,kita sudah masuk ke fasa kedua bulan ramadhan iaitu mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Kita perlu mengambil lebih perhatian pada masa kedua ini kerana kemapunan Allah s.w.t merupakan matlamat kita sepanjang ramadhan ini.

Ada seorang hamba Allah bertanyakan kepada saya dimana sahaja dia pergi maka akan adalah hamba Allah yang baik-baik dan soleh yang akan mendekatinya.Dia bertanyakan mengapa perkara ini berlaku?saya berikan jawapan yang mudah kepadanya iaitu Allah s.w.t sekiranya menyayangi seseorang hambaNya makan Allah s.w.t akan memberikannya kefahaman agama kepadanya.

Beliau tersenyum dengan jawapan saya,kerana pada pandangannya dirinya bukanlah baik sangat jika hendak dibandingkan dengan orang yang sentiasa disisinya.Dirinya kini sedang menghadapi masalah yang besar,sehinggakan rumah tangganya kini sudah hancur. saya berpesan kepanya bahawa Allah s.w.t tidak akan memberikan ujian yang bukan mengatasi imannya.

Beliau kembali bersemangat setelah saya memberikan kata-kata seperti berikut....Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepada awak.....

Begitu juga anda yang sedang membaca coretan saya ini,kita sama sahaja melainkan ketaqwaan. Kita punyai masalah yang hampir sama.Bagaimana cara kita mengatasinya adalah berbeza-beza. Peringatan terakhir saya ialah yakinlah Allah s.w.t menyatakan kasih sayangnya melalui ujian yang diberikanNya kepada kita.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Hidangan makanan yang menyatukan hati


Salam keceriaan buat anda yang saya hormati

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan perjuangan kita sebagai manusia yang mempunyai matlamat yang jelas untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.Manusia yang tidak mempunyai matlamat hidup umpama kapal yang tidak ada nakhodanya.Tiada arah tuju melainkan mengikut rentak ombak.

Dalam kehidupan ini kita memerlukan sanak saudara untuk menceriakan kehidupan kita seharian. Akan tetapi adakalanya kehidupan kita suram kerana hubungan kita dengan sanak saudara agak longgar disebabkan oleh faktor masa dan pekerjaan.

Tidak ada masa untuk bertanya khabar,begitu juga dengan kesibukan kita dengan hal-hal kerja kita seharian.Ada cara bagaimana kita akan menyatukan sanak saudara kita dalam satu masa dan mengeratkan tali silaturrahim.

Saya sarankan anda cadangkan satu hari dimana anda dan sanak saudara membuat projek makan-makan dimana semua perlu mengambil bahagian tiada yang terkecuali.Anda akan lihat hasilnya depan mata anda.

Rabu, 18 Ogos 2010

Penyakit hati yang mematikan

Salam ramadhan dan salam ketenangan

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan perjuangan kita sebagai hamba Allah s.w.t pada hari ini.Semoga redha Allah lah yang kita tuntut bukan dunia semata-mata.

Hati merupakan tempat pandangan Allah sepertimana dalam lirik lagu kumpulan hijjaz PANDANGAN MATA SELALU MENIPU PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH...PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI KALAU HATI ITU BERSIH.....

Banyak yang kita boleh belajar daripada lirik diatas,dimana hati menjadi tempat tilikan Allah s.w.t.Mengapa hati yang menjadi pandangan Allah?kerana pandangan zahir selalunya salah.
Kita lihat berapa ramai wanita yang pada luarannya adalah baik,akan tetapi hatinya busuk seperti bangkai.

Begitu juga lelaki yang pada luarannya nampak kesolehannya akan tetapi hatinya kotor dengan titik-titik hitam.sebab itulah kita dilarang sama sekali menghukum orang hanya berpandukan kepada luaran sahaja.Maka disini menunjukkan yang layak menghukum hanyalah Allah s.w.t bukan kita manusia yang belum pasti tahap pandangannya.

Untuk menjaga hati kita yang sentiasa bebas seperti burung untuk bersangka apa sahaja bukanlah mudah melainkan kita bermuhasabah diri untuk mengenal kesilapan yang kita lakukan

Selasa, 17 Ogos 2010

Bazar kena serang angin

Salam Ramadhan

Kita dikejutkan dengan fenomena yang agak pelik di Melaka bumi Hang Tuah. Bazar diserang angin kencang sehingga mencederakan beberapa orang peniaga yang sedang mencari rezeki. Apa yang saya fikirkan adalah hikmah disebalik kejadian tersebut.

Berkemungkinan kejadian tersebut adalah bertujuan untuk mengingatkan umat manusia bahawa dalam melakukan ibadah jangan kita kotori ibadah itu dengan maksiat.

Ada diantara kita yang berpuasa tetapi tidak solat.Ada yang berpuasa tetapi masih melakukan maksiat anggota.

Puasa bukan sekadar kita menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa akan tetapi puasa segalanya demi menandakan ketaatan kita kepada Allah s.w.t. tingkatkan darjat puasa kita kepada yang lebih baik.Mana yang ada cuti panjang cuba usahakan cuti di akhir ramadhan supaya kita menjaga diri kita daripada perkara yang merosakkan pahala puasa kita

Isnin, 16 Ogos 2010

Zaman kegelapan


Salam Ramadhan

Alhamdulillah hari ini kita dapat lagi meneruskan kehidupan sebagai muslim dengan mentaati Allah s.w.t berpaksikan ibadah puasa.

Tajuk di atas merupakan tajuk yang kita belajar di zaman sekolah iaitu sejarah dimana ada negara yang pernah berada di zaman kegelapan.Akan tetapi kini zaman kegelapan itu lain tafsirannya.
Zaman ini gelap kerana telah kembali ke zaman jahiliah.Wanita kembali menjadi hamba seks sehinggakan lahirnya anak luar nikah setiap hari.

Berpunca daripada zina makan rosaklah keturunan yang dibina selama ini.Tidak sanggup rasanya mata saya menatap kaki dan tangan si comel yang dicampak di dalam sungai.Di letak dalam tong sampah apatah lagi yang dibiarkan bersemut ditempat yang tidak sepatutnya.

Zaman kegelapan ini diteruskan dengan ilmu hitam yang semakin berleluasa, semakin ramai yang terkena dan semakin ramai yang menggunakannya.Seorang jiran menyihir jiran sebelahnya.Kawan baik menyihir kawan baiknya.Malah lebih teruk isteri menyihir suaminya. Ini lah yang saya katakan zaman kegelapan.Masing-masing tidak lagi mengenal perkara yang baik atau buruk.

Kita sebagai hamba Allah yang beriman dan yakin tiada yang memberikan mudarat melain kan Allah perlu kita pegang dan pergantungan kita akan tetap mantap walau apapun ujian yang melanda diri kita.Ingatlah Allah itu Maha Pengasih kepada hambaNya.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Matlamat tidak menghalalkan cara


Salam ramadahan untuk hari yang ke 4.

Bagi saya tahun ini ramadhan agak panas,walaupun hujan turun akan tetapi bahangnya tetap kuat sepertimana maksud ramadhan itu sendiri bererti panas membakar.ada yang mentafsirkan panas cuaca kerana setiap kali ramadhan tiba suhu akan meningkat sepertimana sekarang dan ada juga yang mentafsirkan panas membakar itu adalah panas membakar dosa-dosa kita.

Pada bulan ini nafsu kita di lemahkan selemah lemahnya,pertama sekali tidak makan dan minum disiang hari,seterusnya melakukan ibadat yang banyak seperti solat sunat taraweh dan bangun sahur.Saya yakin semua yang berpuasa akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.apa yang anda fikirkan disaat anda tidak larat hendak malakukan apa sahaja kerana kekurangan tenaga.

Saya ingin sentuh sedikit tentang tajuk diatas dimana matlamat tidak menghalalkan cara.Manusia mempunyai agenda sendiri dalam kehidupan dan ada matlamat yang perlu dicapai setiap hari.Paling tidak target anda untuk dapatkan sedikit duit untuk menyara hidup. Mungkin ada juga yang tidak perlukan duit dalam kehidupannya mungkin bilangannya amat sedikit.

Akan tetapi metlamat kita yang positif itu tidak boleh dicapai dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang dan agama.Ramai yang menyangka bahawa sesuatu kebaikan itu akan dipandang baik walaupun caranya salah.Kebenaran tetap kebenaran....tidak mungkin dicampur aduk kan.....

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jangan Biasakan ke Bazar


Salam ramadhan kepada pembaca yang budiman

Hari ini merupakan hari ke tiga kita berpuasa,mungkin ramai yang sedang membeli makanan di bazar,saya pula baru hari ini hendak ke bazar.Alhamdulillah ramai yang bersungguh-sungguh untuk memenuhkan perut semata-mata dengan niat untuk beribadah kepada Allahs.w.t^_^

Perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum menjejak kan kaki di bazar setting minda untuk tidak membazir.Anda hanya kan beli makanan yang anda boleh habiskan sahaja,bukannya makanan bukan-bukan.Ramai yang saya lihat membeli bukan dengan kehendak sendiri tetapi menurut hawa nafsu sahaja.

Berjaga-jaga kerana makanan itu dibuat dan disediakan oleh orang lain,maka banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi berlaku contohnya sayur yang digunakan adalah sayur lama dan tidak dibasuh ini akan menyebabkan kita sakit dan mudarat.

Selalu ke bazar akan mengakibatkan kita malas untuk bantu membantu dalam menyediakan makanan berbuka puasa.ini akan mengurangkan kerjasama diantara ahli keluarga terutama anak-anak.

Insyaallah kita sambung lagi cerita

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan kali ini

Apa khabar anda hari ini?salam ramadhan dan salam kerahmatan

Kini sekali lagi kita menjalani ibadah puasa,tidak kira umur semuanya berpuasa demi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t.Ramadhan kali ini saya rasakan amat berbeza dari yang lepas-lepas. Masa semakin pantas berlalu sehinggakan puasa itu dirasakan amat kejap sekali.

Ujian dalam merentasi puasa juga berbeza kerana beberapa faktor,jika dizaman nabi puasa disambut dengan berlakunya peperangan untuk menegakkan agama Allah s.w.t,kini ujian umat akhir zaman adalah lebih ringan pada zahirnya akan tetapi berat pada batin.

kita semakin susah untuk mencapai makam puasa yang tertinggi iaitu khawasul khawas dimana kita kini tidak lagi mampu menjaga pancaindera daripada membuat maksiat.Hati tidak lagi berhubung dengan Allah s.w.t,yang di ingat hanyalah tentang dunia yang hanya menipu ini. Ujian semasa berbuka juga berbeza,dizaman nabi kurma dan air suman sudah cukup untuk memenuhi waktu berbuka.Akan tetapi di zaman ini meja makan di penuhi dengan bermacam juadah yang memberatkan kita untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Kepada yang putus cinta atau di kecewakan pada bulan puasa ini,kesabaran anda membuatlan anda menjadi jutawan diakhirat nanti.Kesabaran itu merupakan sebahagian daripada iman dan iman itu merupakan kunci untuk masuk ke syurga.

Isnin, 9 Ogos 2010

Kasih sayang dan cinta perlu ada limit

Salam rindu buat teman-teman yang sudi membaca blog saya ini. Sudah terlalu lama saya tidak merapu dalam blog saya ni^_^

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana kita masih boleh menghirup udara Allah s.w.t. Dan esok kita akan berpuasa,selamat berjuang di bulan puasa. Pada hari ini saya ingin kongsikan tentang kasih sayang dan cinta. Dua perasaan ini merupakan perasaan fitrah bagi manusia semenjak zaman Nabi Adam a.s dan Siti Hawa.

Sayang bermaksud perasaan kita terhadap sesuatu atau manusia yang mempunyai limitnya,ada tahapnya.Ini berbeza dengan perasaan cinta dimana kita sanggup berkorban kepada apa yang kita cintakan.Cinta banyak melibatkan pengorbanan dan banyak melibatkan pengorbanan nyawa. Terlalu ramai pasangan couple yang terkorban kerana cinta.Habis maruah,harta,masa dan tenaga terkorban demi cinta.

Tidak salah kita bercinta akan tetapi perlu ada limitnya kerana apabila cinta itu sampai ke tahap mengorbankan nyawa,cinta itu sudah menjadi haram kerana mengorbankan nyawa.Apabila kita Sayangkan seseorang simpanlah sedikit perasaan benci,cintakan seseorang simpanlah sedikit sedikit perasaan benci.Insyaallah hidup anda selamat.

Cinta paling selamat dan tidak ada limit adalah cinta kepada Pencipta,cinta Allah cinta pertama, cinta kedua cinta kepada Rasulullah dan cinta ketiga adalah cinta kepada Ayah dan ibu.

Sama-sama kita kembali kepada cinta sebenar kerana cinta yang salah amat menyakitkan

Ahad, 11 Julai 2010

Apa tujuan tolong orang?

Salam kasih sayang buat sahabat semua

Demam bola sudahpun berlalu,banyak perkara luarbiasa yang berlaku sepanjang piala dunia.
Banyak juga motivasi yang kita dapat daripada piala dunia.Pasukan yang hebat di atas kertas tidak semestinya akan menjadi juara.

Ok pada hari ini saya ingin kongsikan tentang satu perbuatan yang mulia iaitu tolong orang.
Ada hadis nabi yang menyetakan bahawa seseorang yang jalan dan terjumpa duri di tengah jalan makan dia mengalihkannya itu adalah sedekah.Cuba kita bayangkan hanya dengan sedikit pertolongan kita mendapat pahala sedekah.

Sebenarnya semua orang mampu menolong antara satu sama lain,kerana hidup kita didunia ini saling berkaitan.Si miskin perlukan yang kaya dan yang kaya perlukan si miskin.
Contohnya jika semua orang kaya siapakah yang akan menjadi pengutip sampah?pengutip botol dotepi jalan dan juga pembantu rumah?

Allah s.w.t Maha Adil kerana menjadikan kita saling berkait antara satu sama lain.Persoalan disini ialah ada segolongan daripada kita menggunakan pertolongan untuk keuntungan diri sendiri.Contohnya sahabat kita yang menggunakan teknik memberi pertolongan dengan menjual ubatan yang mahal harganya dan berkaitan pula dengan MLM.Du mulutnya mengatakan mahu membantu kita yang sakit tapi dalam hati hanya mahukan keuntungan dan mata ganjaran. Disini wujudlah perasaan tidak ikhlas,bukan kerana ingin membantu tapi inginkan keuntungan daripada pertolongan.

Saya sarankan kita bersihkan hati,jika anda seorang penjual ubat atau apa sahaja dengan alasan memberikan pertolongan ikhlaskan hati anda.Landaskan apa sahaja yang anda buat dengan TAQWA insyaallah anda akan berjaya dunia dan akhirat.

Rabu, 30 Jun 2010

Pengorbanan hari ini adalah untuk kesenangan hari esok

Salam perjuangan dan salam ke amanan

bersyukur kita pada Illahi kerana masih lagi memberi runag kepada saya untuk berkongsikan pengalaman hidup.walaupun masa membataskan saya untuk mencoretkan segala pengalaman akan tetapi saya gagahi juga bagi memberikan sedikit suntikan kepada sahabat saya yang sedang membaca blog saya ini.

Setiap kemanisan yang kita garap pada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan kita pada hari semalam atau pada tahun atau bulan yang lepas.Adakah kemanisan itu akan datang dengan sendiri?sekali-kali tidak kerana sduah ketetapan Allah s.w.t kemanisan itu pasti ada kesusahan disebaliknya.

Islam itu berkembang dengan penuh pengorbanan,kekasihnya nabi Muhammad s.a.w telah dilantik sebagai Rasul akhir zaman bagi menegakkan kalimah LAILAHAILLLALLAH....
Perjuangan baginda dimulai dengan secara senyap dan akhirnya dakwah baginda meliputi segenap penjuru peta dunia.Sehinggakan Islam itu bertapak di negara Cina. Bayangkan berapa jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh sahabat nabi Saad B Abi Waqas untuk berdakwah disana.Sehingga kini Islam semakin berkembang disana dan semakin utuh nilaiannnya.

Anda korbankan apa pada hari ini?
Jika anda berkorban sesuatu yakinlah anda menggenggam kejayaan

Isnin, 21 Jun 2010

Orang suka benda pelik

Zaman mutakhir ini kita lihat semakin banyak benda-benda pelik yang berlaku.Dalam agama sendiri dah bermacam perkara haru biru yang berlaku.Dengan ajaran sesat yang semakin bercambah ditambah pula dengan fahaman wahabi.

Itu dari sudut agama,bagaimana pula dari segi sudut bisnes?harini nak cakap pasal bisnes sikit. Zaman ini adalah zaman manusia ingin jadi jutawan.Kesian kan ramai yang taknak jadi miskin huhu sedangkan nabi Muhammad s.a.w memilih jalan hidup miskin akan tetapi memilih kaya hati dan jiwa.

Banyak dintara kita yang tercari-cari cara untuk kaya.Ada yang menggunakan cara yang syirik sperti membela jin yang boleh bagi kaya seperti pakcik toyol hahaha yang kepala besar tu lah dan yang dok ambik duit orang je tu.ini adalah salah satu cara yang salah.Kalau ada yang buka gerai atau restoran cuba sihirkan kawan tu supaya restoran beliau takda orang yang nak singgah.Mengapa ini berlaku?Kerana minda kita dah setting bahawa kekayaan itu hanya milik aku sorang sedangkan dalam Islam menerapkan konsep bantu membantu.Yang miskin bantu yang kaya dan yang kaya apatah lagi mesti bantu yang miskin.

Begitu juga jika kita melihat keadaan agama kita,sedar atau tidak semakin banyak kekeliruan yang melanda umat Islam kini ditambah pula dengan saudara kita di Palastin yang semakin dipijak oleh Zionis.Dimana kita disaat ini?

Kembalilah kepada asas kita iaitu Al-Quran dan Sunnah dituruti dengan pendapat ulama2. Zaman sekarang ada yang kurang ajar dan kurang belajar sehinggakan menolak imam 4 mazhab.Boleh pula ditanya kepada kita mengapa perlu bermazhab?ini adalah soalan berbau wahabi.....berhati2lah wahai saudaraku....

Khamis, 10 Jun 2010

Badan kita ada hadnya

Asalamualikum pembuka bicara pada kali ini,saya harapkan anda yang membaca blog saya ini semakin hebat dalam kehidupan kalaupun tak hebat jadikan minda anda hebat insyaallah anda akan jadi hebat juga satu hari nanti hanya masa nya cepat atau lambat.

Mengapa saya katakan minda?kerana apabila minda anda kata anda hebat pasti anda akan jadi hebat.Anda adalah apa yang anda fikirkan dan apa yang anda percaya terhadap diri anda.

Ok dah jauh sangat ni dah pegi hehehe.Sebenarnya saya ingin kongsikan dengan anda tentang diri kita,tubuh badan kita.Sedar tak tubuh badan kita ada kalanya dia cergas sangat sangat dan kadang-kadang lembik macam kuih lengkong.

Badan kita ni ada had nya untuk bekerja,sebab itu kita hanya bekerja 8 jam sehari secara umumnya dan ada yang bekerja lebih kerana atas perintah majikan atau nak cari duit lebih. Pada hakikatnya 8jam itu sahajalah kemampuan kita untuk bekerja.Sekiranya kita kerja lebih masa maka badan kita tidak akan mampu lagi bagi yang terbaik kerana sudah seperti bateri yang sudah kehabisan.

Sebab itu dalam Islam juga telah diatur cara untuk menjaga badan,kita tidak disuruh solat sahaja 24jam,hanya 5kali sehari yang selebihnya kita boleh rehat atau buat kerja yang sepatutnya. Pada tengah hari pula sunat kita tidur sekejap untuk memastikan badan kita segar kembali setelah beberapa jam bekerja.

Dalam pembacaan saya syarikat komputer terkenal dunia menyediakan masa khusus untuk pekerja untuk berehat diwaktu siang bagi memastikan kualiti kerja bertambah dan amat mengejutkan prestasi pekerja meningkat setelah diberi tidur tiap tengah hari.

bagaimana dengan anda?dah rehatkan diri walaupun sebentar?

Rabu, 9 Jun 2010

Anda buat apa ketika bosan?

Saya yakin dan percaya ada waktu dan ketika kita kan rasa amat bosan walaupun kerja berlambak depan mata.Bosan terjadi kerana kita terlalu lama membuat sesuatu ataupun kita tidak ada idea langsung untuk buat apa-apa.

Saya akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang boleh kita isi semasa boring. Tidak semestinya semua perkara anda perlu buat cuma ambil yang sesuai sahaja dengan situasi anda.

Pertama: cuba ambil apa-apa buku,jangan majalah mangga dah la ye hehehe.Saya syorkan membaca kerana minda akan bekerja disaat anda membaca buku tersebut walaupun satu muka surat yang anda baca.

Kedua: Join apa-apa forum di internat. Kita paling suka kalau bertukar tukar pengalaman dan ilmu bukan?so forum lah tempat paling sesuai nak mencurah ilmu.Bergerak la sket minda anda tu^_^

Ketiga: Cuba fikir-fikirkan apa perkara yang dapat menambah pendapatan anda. Cuba buat rangka dan gerak kerja ringkas.Saya yakin anda semua inginkan pendapatan tambahan bukan? oleh itu menfaatkanlah masa yang ada untuk berfikir cara untuk menambah pendapatan anda.

Keempat: cari kawan untuk berbual benda-benda yang positif bukan mengumpat ye

Kelima: membaca artikel di blog-blog yang terkenal

Keenam : membaca al-quran,senang-senang je dapat pahala free kan?

Semoga kita tidak sia-siakan masa yang diberi oleh Allahs.w.t kepada kita kerana masa itu merupakan amanah kepada kita....

Perjuangan yang sebenarnya

Alhamdulillah umat islam kini sedang bangkit oleh kerana isu saudara kita di palastin yang kini semakin hebat diperkatakan.Seluruh dunia mengecam perbuatan zionis yang semakin zalim dan bertambah-tambah zalim.

Semua umat Islam yang prihatin telah bersama-sama membuat solat hajat untuk keselamatan saudara seIslam kita yang pergi menghantar bantuan disana,malahan Qunut Nazilah juga dibaca setelah solat fardhu bagi permohonan untuk perlindungan dan bagi permohonan untuk dihancurkan Zionis ini.

Satu perkara yang kita lupakan,kemenangan itu hanya akan kita dapat setelah semua umat Islam di seluruh dunia kembali kepada Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya.Solat berjamaah itu didirikan seperti mana solat Jumaat secara mingguan.Pada solat jemaah lah kekuatan umat Islam,tapi kita lupa itu semua.

Ingatkan diri kita,ingatkan ahli keluarga kita,ingatkan rakan-rakan kita agar bersama-sama membanjiri mana-mana masjid dan surau bagi menyatakan kehambaan kita pada Allah s.w.t dan penyerahan diri kita kepadaNya.

Kita perlu bersatu dibawah satu aqidah,bukan berpecah belah oleh kerana masalah furu' yang semakin menular tidak lupa juga kepada masalah politik yang semakin kacau bilau.Kasihanilah orang-orang kampung yang semakin pening.

Perjuangan itu sememangnya menyakitkan,bukan mudah untuk kita mendapat kemanisan iman,keharmonian,ketenangan melainkan dengan sedikit pengorbanan.

Jumaat, 4 Jun 2010

Disebalik ujian ada yang lebih indah

Ramai manusia yang jadi down bila berlaku masalah dalam hidup mereka kerana masalah itu bukanlah kehendak kita semua.Siapa yang nakkan masalah kan?tapi ianya hadir kerana telah diaturkan oleh Allah s.w.t untuk kita.Apa yang perlu kita tahu ialah setiap masalah adalah berpunca daripada diri kita sendiri bukan orang lain.

Banyak buku yang berada dipasaran yang menceritakan tentang cara mengatasi masalah dalam hidup kita,yang terkenal ialah buku jangan bersedih karangan Dr Aidh Al-Qarni seorang pakar motivasi dan juga pakar rohani.

Allah s.w.t akan sentiasa membantu hambanya walaupun hambaNya itu selalu menyalahkannya. Berapa ramai yang menyalahkan takdir mereka?berapa ramai yang cuba keluar dari kehidupan ini dengan cara mencari kematian?sehinggakan bayi yang kecil itu pun menjadi mangsa kepada mereka yang tidak mahu menerima takdir daripada Allah s.w.t.

Ayuh saya menyeru kepada semua untuk kembali kepada Allah s.w.t,tidak kira apa masalah anda,kewangan?putus cinta?suami lari?kembalilah pada Allah.....

Pecayalah kita adalah kuat....Allah cipta kita dengan kebijaksanaanNya....

Isnin, 31 Mei 2010

Pesanan dari solat hajat

Satu berita yang paling terharu saya dapat semalam berkaitan tentang program yang saya jalankan pada hujung minggu yang lepas.Seorang pegawai dimana saya dapat meruntuhkan egonya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang pegawai pada hari qiamullail itu telah berjumpa dengan saya menyampaikan satu berita yang amat merobek hati seorang hamba seperti saya.

Pegawai tersebut menceritakan kepada saya tentang seorang dari para peserta kursus yang terlibat dengan qiamullail tersebut.Dimana peserta kursus tersebut telah jumpa pegawai tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah malam qiamullail.

Katanya selama ini dia dibenci oleh ayahnya sendiri kerana berkahwin tanpa keredhaan ayahnya,dia telah berkahwin di siam tanpa pengetahuan ayahnya.Perkara ini menyebabkan die dibenci oleh ayahnya,bukan dia sahaja dibenci malah isterinya dan anaknya juga dibenci oleh ayahnya.Subhanallah......hati yang keras ini membuatkan putusnya tali silaturrahim antara anak dan bapa.

Diatas kesedaran anak tersebut dalam sujud selepas solat hajat dia berdoa dengan hati yang penuh harap agar bapanya dapat menerimanya kembali dan silaturrahim antara anak dan bapa kembali bertaut.

Kisah ini diteruskan lagi dengan si anak tadi pergi memberanikan diri untuk bertemu ayahnya yang terlantar di IJN kerana sakit jantung,disaat anak itu mendekati ayahnya....tangan ayahnya serta merta memegang erat tangan anaknya yang selama ini dia benci kerana pernikahannya dengan isterinya.Maha Hebat Allah taala telah memakbulkan permintaan anak tersebut, semoga bahagia menanti mereka sehingga akhir hayat.

Kisah ini adalah benar.....semoga menjadi pengajaran buat kita,apa-apa hajat mengadulah pada Allah disepertiga malam.....

Ahad, 30 Mei 2010

Imaginasi yang menjadikan anda super

Alhamdulillah kita wajib bersyukur kerana masih lagi dapat menghirup udara untuk hari yang baru dan tarikh yang baru,syukur itu akan menambahkan lagi nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita.

Baru-baru ini saya telah membeli satu cd ceramah yang berkaitan dengan motivasi dan perkara perbincangannya ialah imaginasi yang cemerlang.Saya sudah membaca tentang imaginasi ini melalui sebuah buku oleh penceramah cd tersebut alhamdulillah saya semakin faham erti imaginasi cemerlang.Rupa-rupanya imaginasi yang terurus dan positif itu akan membuatkan kita semakin power dan dapat mengecapi setiap matlamat yang kita letakkan.

Imaginasi itu apa ya?dalam kefahaman saya imaginasi adalah satu cerita yang ada permulaan dan ada akhirnya,kitalah pengarah bagi cerita tersebut.Kitalah pelakon dalam cerita tersebut. Segalanya adalah dalam perancangan kita.Kita yang mengarahkan kemana kita akan pergi.

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah set kan matlamat anda samada matlamat yang jauh atau matlamat jangka masa dekat.Selepas itu tuliskan matlamat anda disehelai kertas dengan pen hitam dan dengan tulisan yang besar.Seterusnya anda tampalkan pada dinding bilik anda atau tenpat yang mudah anda lihat dan baca.Pastikan anda juga membawa salinan matlamat yang anda tulis kemana-mana untuk dibaca,makin kerap anda baca maka makin kuat keyakinan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Cubalah!

Rabu, 26 Mei 2010

Malasnye la harini

Anda sedang malas?tak bagus sifat malas ni sebenarnya,tapi tidak salah kalau nak bermalasan sekali seminggu,jangan hari-hari pulak ye.

Sudah menjadi lumrah hidup manusia sukakan perkara yang mudah-mudah,taknak sesuatu yang mencabar.Kita lebih suka lepak atas katil dan tido daripada melakukan aktiviti yang mencairkan otak kita atau mencairkan peluh kita.

Malas yang paling paling malas adalah untuk bangun solat subuh,betul atau tidak?anda sudah solat subuh?saa saya menulis di blog ini saya baru sahaja selesaikan solat fardhu subuh. Mengapa kita malas sangat nak solat subuh ni?ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan dan amalkan.Perkara pertama ialah pukul berapa anda tidur.Jika anda tido lewat sah la payah nak bangun subuh esok hari,kalau berjaya bangun pun solat tu tak berapa bagus sebab mengantuk sangat.Setiap daripada kita memang berlainan tahap waktu tidonya,ada yang perlukan 6jam,ada yang memerlukan 8jam,kalau yang 10jam tu mengarut la tu ye.Ok pastikan anda tido awal untuk memastikan anda cukup tidur.

Seterusnya ialah apa yang anda buat apa sebelum tidur?ada yang baca buku,ada yang berangan dan ada juga yang memikirkan apakah yang akan dilakukan esok pagi.Tidak salah anda untuk membaca buku terutamanya buku yang berkaitan dengan pelajaran,kerana teknik ini akan memudahkan anda mengingat apa yang anda baca malam tadi.Sesuai sangatlah untuk yang nak ambil exam.yang berangan pun tidak ada msalah asalkan berangan yang terkawal.Akan tetapi yang menjadi larangan adalah mereka-mereka yang tidur sambil dengar radio,tabiat ini akan merugikan anda,kerana apa?otak anda akan keletihan sebab sepanjang malam die akan bekerja seiring dengan lagu-lagu yang didendangkan semasa anda tidur.Perkara ini adalah pengalaman saya sendiri,tidur awal pun mengantuk,tido lewat pun mengantuk,saya mencari dimana silapnya.

Akhirnya saya sedar bahawa radio inilah yang membuatkan saya MALAS setiap pagi.Ok saranan saya pastikan anda menutup radio ketika hendak tidur dan pastikan set alarm untuk bangun subuh.Hidup mesti cargas!

Selasa, 25 Mei 2010

Jangan Lupakan Allah

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang mungkin akan bernikah pada bulan hadapan,boleh dikatakan bulan 6 ni bulan pesta dan bulan gantung periuk hehehe. Walau apa pun yang kita lakukan mestilah wasatiah(beserdahana)

Hari ini saya ingin bercakap tentang diri kita yang sering melupakan Allah s.w.t.Ok begini, kita semua mempunyai masalah yang bermacam-macam.Tidak perlu saya utarakan disini satu persatu masalah kita semua.Selalunya kepada siapa kita merujuk?saya yakin kita akan mencari sahabat paling rapat dengan kita,atau isteri kita atau saudara mara kita yang terdekat.

Sedar atau tidak ada yang lebih dekat dengan kita ianya lebih dekat dengan kita seperti urat leher?kita jarang ingin kembali kepadaNya kerana kita alpa Dia yang Maha Berkuasa.Kita lupa bahawa dialah yang mengaturkan segala apa yang berlaku kepada kita dan dunia ini umumnya.

Inilah kesilapan kita wahai sahabat-sahabat ku,kita lupakan Dia sedangkan Dia tidak pernah melupakan kita walau sesaat,bayagkan sekiranya Dia melupakan kita selama satu minit?tiada lagi denyutan jantung,tiada lagi oksigen buat kita.cuba kita bayangkan perkara ini.

betapa kita ini melupakan Allah s.w.t yang menanti2 doa dan munajat kita padaNya untuk meminta apa sahaja.

Jom kembali pada Allah s.w.t

Ahad, 23 Mei 2010

Siapa yang tidak pernah menangis

Saya baru sahaja selesai melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya pada hari sabtu yang lepas,alhamdulillah dengan rahmat Allah s.w.t segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.Banyak perkara yang saya pelajari disana terutama perkara yang berkaitan dengan sifat manusia.

Perkara pertama yang saya pelajari ialah,fitrah manusia itu pasti akan menangis.Sepanjang saya berada disana,saya perlu mengendalikan slot qiamullail dimana slot ini telah beberapa kali saya jalankan ditempat kerja saya,cuma kali ini dijalankan diluar.Sebelum program merehatkan badan berlangsung,peserta membuat persembahan dimana masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam terutamanya menerusi karaoke.saya lihat betapa manusia itu jika berhibur langsung tidak ada batasan yang membatas.Apalah daya saya untuk mengekang mereka,hanya dalam hati aku membenci perbuatan mereka.

Program yang saya kendalikan berlangsung pada pukul 4.30pagi.Setibanya saya di surau yang open tersebut peserta telah sedia ada untuk di "basuh".Dimulakan dengan solat sunat tahajjud 6 rakaat,setelah itu solat sunat taubat.Selepas salam bagi solat sunat taubat masing-masing kembali sujud dengan melafazkan tasbih nabi yunus a.s sebanyak 40kali.Disaat ini terdengar esakan beberapa peserta kerana merasakan hinanya dihadapan Allah.Termasuklah saya sendiri yang sentiasa berasa berdosa kepada Allah dan sekalian makhlukNya.

Selepas itu diteruskan pula dengan alunan zikir munajat,hati-hati mereka saya bawa menuju kepada pembersihan melalui lafaz-lafaz zikir.Sehinggalah pembersihan itu berada pada kemuncaknya.Doa munajat dilantunkan disertai dengan desiran angin subuh,bunyi unggas-unggas menambahkan lagi kesyahduan disaat itu.

Dosa-dosa yang selama ini tidak diakui telah terkeluar dengan sendiri apabila bacaan doa munajat didengarkan.Air mata tidak lagi dapat dibendung kerana hati telah hancur dihapan Allah s.w.t.Perjanjian dimetrai,agar tidak kembali membuat dosa.Ketenangan menjadi pengganti kepada kotornya hati.

Pada keesokan harinya saya didatangi oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab keatas peserta kursus dan menyatakan kepada saya bahawa,kali ini beliau telah kalah....kalah dengan dosa yang dilakukan,selama ini air mata amat payah mengalir.Tetapi malam tersebut adalah sejarah baginya apabila dosa kepada ibu bapanya menjadi penyebab kepada luluhnya hati seorang yang hebat pada fizikalnya dan hebat pada pangkatnya.

Inilah fitrah manusia,dimana dizaman bayinya dimulai dengan tangisan,dan pada zaman dewasanya tangisan juga yang diperlukan bagi membersihkan kotoran dijiwanya.....

Jumaat, 21 Mei 2010

Penyakit sebagai musibah atau sebagai nikmat

Boleh dikatakan kita semua ada penyakit,paling tak pun penyakit malas hehehe gurau je tu. Dari mana datangnya penyakit?ada yang menyatakan penyakit itu berpunca daripada perut,apa yang ada pada perut ialah makanan yang kite telan masa tengah hari tadi.

Makanan yang kita makan akan jadi penyakit jika kita mabil secara berlebihan,contohnya kita semua perlukan lemak dalam badan,ataupun gula dalam badan,akan tetapi hanya sedikit yang perlu kita sumbatkan dalam perut kita ni,jika terlebih maka akan timbullah penyakit seperti kencing manis,dan darah tinggi.

Islam telah mengajar kita tatacara bagaimana mengatur pemakanan kita,amat mudah pesanan nabi kepada kita.Berhentilah makan sebelum kenyang.Ini bermakna apa yang kita makan itu sudah pasti tidak melebihi had yang telah ditetapkan atau mengikut sunnatullah.

Cuba kita tanya ustaz-ustaz,zaman nabi dan para sahabat dulu ade ke tak yang kene penyakit lemah jantung atau darah tinggi ni.Confirm takde punyelah,kerana mereka amat menjaga pemakanan dan amat mengikut sunnah nabi berhenti makan sebelum kenyang.Lain dizaman kita kalau makan mesti kenyang-kenyang,biasa dengar....mat makan tu biar kenyang-kenyang... hahahah kite ni banyak tinggalkan sunnah,sedangkan sunnah itu banyak hikmahnya.

yang kaya ialah syarikat pengeluar makanan tambahan untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut,MLM makin laju kerana telah menjumpai cara untuk mengatasi sakit jantung atau dara tinggi,ini contoh yang mudah.Jadi sebelum anda mengalami penyakit tersebut jagalah pemakanan kita agar sihat dan sejahtera disamping keluarga.

Rabu, 19 Mei 2010

Bagaimana mengatasi tekanan hidup

Anda tertekan?atau anda di tekan?hehehe gurau je tu.Kita semua ada tekanan masing-masing, apa sebenarnya tekanan ni ye?tekanan adalah satu keadaan emosi dimana diluar dari zon ketenangan(ini fahaman saya tau)fikiran kita akan jadi tidak tenang,kalau cek tekanan darah confirm naik punye.Inilah yang dinamakan tekanan.Mengganggu emosi dan kesihatan kita. Inilah bahayanya apabila kita mempunyai tekanan.Boleh cepat mati wooo.

Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mengatasi tekanan dan kalau boleh jangan ada tekanan langsung.Sebenarnya tekanan diperlukan untuk kita ditahap yang cemerlang,inilah yang dinamakan teknik manipulasi.Bayangkan jika kita semua tidak ada tekanan.Semua rakyat malaysia kaya raya belaka.Siapa yang nak jadi pemungut sampah?siapa yang nak jadi orang gaji?anda sanggup?kalau anda sanggup memang anda seorang yang hebat.

Ok,sekarang bagaimana kita hendak atasi tekanan.pertama cuba fikirkan apakah punca kepada tekanan anda.cari jalan penyelesaiannya yang terbaik.Fokus pada jalan penyelesaian bukan pada tekanan tersebut,ingat ye fokus pada cara penyelesaian.

Jika anda rasakan tidak ada siapapun yang boleh bantu anda,jangan bersedih kerana anda sedang diperhatian oleh pencipta anda.Anda lupa Dia yang bersedia setiap saat untuk membantu anda tanpa mengharap satu sen dari anda.Dialah Allah.....serulah namaNya,99nama Allah yang Agong....serulah.....serulah.....Dia pasti membantu,jiwa yang tenang tidak akan terganggu dengan tekanan atau apa sahaja yang merosakkan jiwa manusia biasa.

Rujuk surah al-bayyinah ayat akhir......disitu ada jalan penyelesaian segala masalah.....

Selasa, 18 Mei 2010

Diantara ilmu dan iman

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ustazah yang membuat onar dengan rakan sekerjanya.Ramai yang menggaru kepala apabila membayangkan seorang yang berpakaian litup,berstokin,menjaga pergaulan tapi akhirnya terkulai di dada seorang lelaki.

Ramai yang bertanyakan hal ini kepada saya,malahan saya ada post dibeberapa forum yang membincangkan perihal ini.Mudah saya katakan ilmu yang ada pada seseorang itu tidak semestinya menjamin ketaqwaan dan keimanan seseorang.

Kita biasa dengar atau mungkin ada yang tidak biasa dengan kisah seorang guru yang hebat,mempunyai bilangan anak murid yang beratus ribu.Paling cikai anak muridnya boleh berjalan atas udara,bagaimana pula gurunya?sudah pasti lagi POWER dari anak muridnya. Akan tetapi guru ini hancur akidahnya apabila tidak ada rasa syukur dalam beribadah sehinggakan disesatkan oleh syaitan laknatullah.

Saya tidak menyatakan ilmu itu tidak penting akan tetapi ilmu itu mestilah kita seiringkan dengan pembentukan iman.Untuk membina iman kita perlu ada ilmu.Rasulullah dalam pembentukan iman para sahabatnya di didik dengan bermacam-macam ujian yang kita sendiri tidak sanggup mendengarnya.Contohnya seperti Bilal Bin Rabah,diletakkan ditengah-tengah padang pasir dan diletakkan batu di dadanya bagi menggugat imannya kepada Allah s.w.t. Akan tetapi lidahnya masih menyebut AHAD.....AHAD....AHAD....iaitu yang MAHA ESA...YANG MAHA ESA.Bagaimana dengan kita?apabila azan subuh kita tidak mampu untuk bangun kerana dihimpit dengan bantal sahaja...apalagi jika dihimpit isteri?hehehe sekadar gurauan...Salam kasih sayang buat semua.

Isnin, 17 Mei 2010

Semakin kita fikir masalah semakin banyak masalah pulak

Bagaimana anda menghadapi masalah?adakah anda berfikir dan terus berfikir tentang masalah anda?sekiranya anda hanya berfikir tentang masalah maka saya jamin masalah anda akan semakin bertambah atau semakin parah.

Mengapa perkara ini berlaku?

Kita semua perlu sedar bahawa apa yang kita fikirkan adalah doa sebenarnya.Ini bermaksud sekiranya anda terus menerus berfikir tentang masalah maka masalah anda akan semakin besar dan semakin parah.

Saranan saya pada hari ini ialah sekiranya anda ada masalah fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut.Solat dan berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian.

satu lagi yang perlu kita ambil tahu dan sematkan dalam hati ialah ujian yang Allah berikan kepada kita bertujuan untuk menjadikan kita Muslim yang hebat,Muslim yang penyabar dan hebat imannya.

Dimana pun kita,siapa pun kita ujian umpama bayang-bayang,semoga Allah pegangan kita yang utama

Nak buat kursus tapi tak reti?

Pengalaman realiti ini saya hadapi semasa berlakunya kursus di tempat saya bertugas sekarang ni.Apa yang berlaku adalah amat menyedihkan kerana program secara luarannya amat hebat, akan tetapi cara pengurusannya amat lemah.

Dalama apa juga kursus yang kita jalankan,ada beberapa perkara yang perlu kita lihat dan tidak boleh ketepikan iaitu:-

Segala yang berkaitan dengan kursus hendaklah disiapkan 3hari lebih awak dari tarikh berlangsungnya program kerana sekiranya ada terselit perkara yang tertinggal kita boleh baikinya dalam masa tiga hari itu.

Nama peserta yang menghadiri kursus mestilah lengkap dan senarai yang diberi adalah yang muktamad kerana sekiranya berlaku lebihan peserta kursus maka akan berlaku kecelaruan dari segi tempat tinggal dan makanan.Pihak penganjur terpaksa berusaha last minit menyediakan kemudahan tersebut.

Sekiranya sesebuah kursus tersebut melibatkan pihak luar,pihak penganjur hendaklah memastikan ada orang yang dilantik untuk berhubung dengan pihak luar tersebut kerana bagi mengelakkan miss communication diantara dua pihak.

Apabila berlaku sesuatu masalah pastikan ada dibuat perbincangan dan perlu diberitahu kepada semua yang terlibat.

Semoga anda dapat sesuatu hari ini.

Khamis, 13 Mei 2010

Masalah Cinta La Pulak

Kita semua pernah bercinta kan? Siapa yang tak pernah bercinta ni amat la rugi sebab bercinta ni indah sebenarnya.Akan tetapi bercinta amat berkait rapat dengan masalah.Macam-macam masalah yang akan timbul selalunya selepas 3bulan keatas(pengalaman sendiri ni hehehe) Pasangan yang bercinta ni lupa yang kita diciptakan berbeza-beza.Kesukaan pun berbeza yang menjadi kebencian pun berbeza.Perbezaan inilah yang banyak melahirkan perasaan nak bergaduh dan salah faham.Bak kata p ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,kalau couple lagi la banyaknye tergigit heheheh.

Saya ingin mengajak anda semua untuk memikirkan satu persoalan,mengapa kita perlu bercinta?mungkin ada yang jawap:

-Dah naluri manusia ingin bercinta
-Cinta kan best
-Cinta buat saya dihargai
-Cinta buat saya lagi power dalam hidup.

Sebenarnya kita bercinta adalah kerana Allah s.w.t yang memberikan cinta tersebut.Asalnya cinta tersebut adalah suci sepertimana bayi yang dilahirkan,akan tetapi tuan badan yang mencoraknya untuk dihiasi dengan maksiat atau dihiasi dengan keredhaan Allah s.w.t

Cinta yang lahir perlu disemai dengan semaian yang baik,dibaja juga dengan baja yang terbaik barulah hasilnya adalah yang terbaik.

CINTA ALLAH....CINTA RASUL.....

Jom ke surau jom ke masjid

Pastikan hari ini lebih baik dari semalam....amin

Anda seorang lelaki?dizaman nabi dan para sahabat mereka amat menitikberatkan solat di masjid-masjid atau zaman sekarang ni surau-surau.Jangan tidak tahu,dizaman Rasulullah masjid merupakan tempat untuk menuntut ilmu,tempat bermesyuarat,dan tempat membuat aktiviti-aktiviti yang lain.

apakah hikmahnya?

Pokok yang sebenar ialah kebersatuan Rasulullah dan para sahabat dimasjid itu sendiri. Apabila semua ahli masyarakat turun ke masjid maka banyak perkara yang boleh dibuat bersama. Perkara yang berat akan menjadi ringan apabila dibuat bersama.

Hari ini kita melihat masjid memang banyak tambah-tambah di malaysia.akan tetapi yang amat menyedihkan adalah jemaahnya yang kurang dari tiang masjid itu sendiri.Dimanakah silapnya?
Kita sebagai umat islam perlu sedar bahawa masjid adalah tempat turunnya rahmat Allah s.w.t. Masjid jugalah tempat umat islam bersatu dengan akidah.

Umat Islam hanya akan menang dan mengembalikan kegemilangan Islam apabila kita semua bersatu dimasjid-masjid.Inilah kekuatan kita.Siapa yang perlu membuat kerja ini?bukan jabatan agama islam,bukan imam qaryah,bukan pihak berkuasa,akan tetapi kita semua.Kita yang bergelar muslim ini.Kitalah yang akan memastikan Islam itu dimana dan sampai ke tahap mana sekarang ini.Fikir-fikirkan.......

Selasa, 11 Mei 2010

Otak yang hebat

Salam kasih sayang buat semua,

Alhamdulillah pembaca blog ini semakin bertambah,semoga ada baiknya untuk anda semua. Tahniah kerana memilih blog ilmiah disamping merehatkan minda.

Dalam badan kita ada satu ciptaan dimana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya.Di sinilah terdapatnya segala ilmu,tidak kira yang baik atau tidak. Allah telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,minyaimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik.

Inilah yang dikatakan sebagai otak.Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur.Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen?salah satunya ialah kerap sakit kepala. Cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu amalkan minum air kosong 8 gelas sehari,air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

seterusnya amalkan zikir,selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir oatak kita akan memberikan riaksi yang amat baik,secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

Semoga ada baiknya untuk kita semua.

Isnin, 10 Mei 2010

Kekuatan sebenar anda ada di hati

Salam power dan salam super

Bagaimana kehidupan kita pada hari ini?ada yang semakin teruk?ada yang semakin baik dan power?walau apapun jua keadaan kita pada saat ini, ianya adalah yang terbaik untuk diri kita. Kerana kehidupan berkaitan amat dengan qada dan qadar Allah kepada kita. Jika kita tidak dapat menerima akan kehidupan ini maka hancuarlah iman kerana tidak menyetujui ketentuan Allah.

Mengapa kekadang kita lihat ada manusia yang hidupnya melerat dan susah akan tetapi dia nampak tenang dan tidak ada gusar sedikit pun dengan apa yang ditanggungnya.Adakah kerana dia seorang yang gagah?atau dia seorang yang tinggi ilmunya?

Bagaimana seorang yang sedang berpuasa dapat manahan diri dari dari makan dan minum?

Bagaimana seorang yang bersolat dapat khusyuk kepada Allah?

Bagaimana seseorang itu hanya takut dan harap pada Allah?

Bagaimana seorang yang muflis dapat menjadi jutawan?

jawapannya adalah pada kekuatan yang ada pada hati.

Rabu, 5 Mei 2010

Badan Panas

Asalamualaikum

Pengalaman yang amat bermakna dalam kehidupan apabila ilmu yang kita pelajari dapat kita aplikasikan dalam kehidupan.Seorang guru yang rendah diri orangnya mengajarkan saya beberapa ilmu yang jarang didapati diluarsana dengan tanpa apa-apa bayaran.

Subhanallah
Ilmu yang ringkas dapat mengatasi masalah yang melanda.Apa yang perlu kita lakukan hanyalah yakin pada Allah...

Terasa kebesaran dan kehebatan Al-Quran apabila diringi dengan doa yang pasrah....

Jangan sekali-kali kita tinggalkan Al-Quran,jangan biarkan dia terletak diatas almari usang. Bercakap-cakaplah dengan dia semoga dialah teman kita di dalam kubur kelak

Wahai manusia....Janganlah Al-Quran dibuat sebagai tempat menguji suara,akan tetapi ujian iman dengan Al-Quran...

Salam kesejahteraan

Jumaat, 30 April 2010

Monolog Seorang Suami Buat Isteri

Wahai isteriku,aku menikahimu kerana Allah dan Rasul
Demi memenuhi kehendak agama yang ku junjung sejak dari lahir
Dimana aku berpijak disitulah ku junjung Islam
Sampai saat ini aku masih seorang muslim dan mukmin

Wahai Isteriku
Seorang suami yang soleh tidak mahu isteri seorang model atau pelakon
Akan tetapi mengharapkan seorang isteri yang solehah
Dalam fikirannya menyatakan bahawa suamiku adalah pahala bagi ku
Bukan suami ku tempat aku memenuhi hajat dunia ku.

Wahai isteriku
Tanggungjawab seorang suami amat besar berbanding dirimu
Disinilah perlu tolak ansur dan bukannya paksaan
Memang benar seorang suami perlu memenuhi kehendak isterinya
Akan tetapi sedarkah kamu akan keadaan suami mu?

Wahai isteriku
Seorang sumai yang soleh tidak pernah menjadikan kemarahan sebagai hobi
Sekiranya hati nya terguris dengan kata-katamu dia akan hanya simpan di satu sudut hatinya
Dia pasti memafkanmu akan tetapi adakah Allah memaafkan mu?
Ingatlah wahai isteri,syurga mu dibawah keredhaan suami bukan pada ibu bapa mu lagi

Wahai isteriku
Suami yang soleh tidak mengharapkan layanan seperti saidatina fatimah kepada suaminya saidina ali karamallahuwajhah.
Akan tetapi cukuplah dirimu menjaga tutur kata mu setiap saat bersama dengan suami mu.
Akhlak yang baik adalah lebih mulia dari seorang ahli ibadah yang tidak ada akhlak.

Wahai isteriku
Seorang sumai yang soleh pasti memahami diri mu
Dia akan cuba memehami dirimu sehinggakan dia mengorbankan kehendaknya sendiri.
Adakah disimu sedar wahai isteri?
Seorang suami adalah seperti seorang ayah yang berkorban secara senyap
Redha Allah yang dicari.

Wahai Isteriku
Seorang suami wajib mendoakan isterinya sesudah solat
Ya Allah ampunkan dosa-dosa isteriku
Adakah kamu mendoakan suami mu?

Ya Allah,aku tahu aku lemah.aku bukanlah seorang suami yang soleh.Akan tetapi aku sedang berusaha menuju ke arah itu.Pinpinlah tangan ku Ya Allah.......

Isnin, 26 April 2010

Kita mencari apa?

Salam kasih sayang

Dalam kehidupan kita ini kita berbeza-beza dari segi matlamat dan mungkin juga ada yang mempunyai persamaan.Dunia ini sebenarnya adalah pencarian.Setiap makhluk Allah di muka bumi ini ada pencarian masing-masing.Pelajar ada pencariannya,bermula dengan peperiksaan UPSR sehinggalah kepada DR.Begitu juga manusia yang bergelar sufi,dimana pencarian mereka hanya lah Allah.Perjalanan yang mereka tempuh semuanya hanya kerana Allah sehinggakan ada diantara mereka yang menolak syurga dan hanya hendak Allah.

Perjalanan seorang yang hendak jadi jutawan melalui bermacam-macam kepahitan dan kejatuhan. Setelah menggenggam title jutawan itulah saat paling manis kerana usaha yang dilaksanakan menghasilkan buahnya.Akan tetapi inikah matlamat sebenar kita?

Perjalanan seorang ahli politik merupakan perjalanan yang menyakitkan sebenarnya kerana depan tepi dan belakang ada sahaja musuh yang ingin menikam.Pantang berbuat salah itulah yang akan dijadiakan modal untuk menjatuhkan.Jika bernasib baik bolehlah memerintah di sesuatu tempat dalam beberapa penggal selepas itu apa kesudahannya?

Apakah perjalanan seorang muslim?
Perjalanan seorang muslim ialah tidak lekang dari ingat kepada Allah dan sentiasa patuh dan taat kepada Allah Taala.

Anda mencari apa?

Jumaat, 23 April 2010

Apa yang mempengaruhi emosi kita

Salam kasih sayang

bersyukur kita kepada Allah yang masih memberi kita pelung untuk bertemu di blog ini, satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah perkara-perkara yang mempengaruhi emosi kita.

Apa dia emosi?emosi boleh jadi mood,perasaan,seperti gembira,sedih,kecewa dan sebagainya. Persoalannya ialah mengapa berlaku situasi beremosi seperti ini.

Banyak perkara yang boleh kita perhatikan.Pertama ialah emosi sebenarnya atas kawalan kita. Betul atau tidak?ok begini,apabila anda bangun dari tidur anda berasa malas dan tidak segar. ini adalah permulaan emosi anda akan tetapi anda sebenarnya boleh ubah emosi tersebut kepada GEMBIRA.bagaimana? anda sendiri yang perlu lakukan bukan orang lain.Anda perlu katakan bahawa anda mesti gembira dan segar semasa bangun daripada tidur.Insyaallah anda akan berjaya dengan syarat anda mesti HENDAK gembira dan segar.

Kemahuan akan membuatkan kita kuat dan power,jika anda lapar tapi tidak ada kemahuan hendak makan anda pasti tak makan.tapi bila ada kemahuan anda akan terus usahakan untuk mendapatkan makanan untuk dimakan.

RAHSIA kejayaan mereka yang berjaya salah satunya mesti ada KEMAHUAN.

SALAM POWER

Isnin, 5 April 2010

Kadang kala kita perlu bersendirian

salam kasih sayang

semoga hari ini kita lebih kuat dan hebat,kalau tak hebat kena la hebat jugak hehehe.
kita semua adalah manusia yang saling memerlukan untuk melengkapkan putaran hidup kita di dunia.tanpa bantuan dari yang lain mungkin kita tak mampu untuk meneruskan putaran roda kehidupan.akan tetapi manusia juga perlu bersendirian apabila tiba ketika yang tertentu kerana memang fitrah manusia itu sebenarnya keseorangan.dalam perut ibu kita bersendirian, dan dalam kubur nanti sudah pasti kita bersendirian.sendiri sebenarnya memberikan ketenangan apatah lagi diselubungi dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.membesarkanNya pada setiap kali bersendirian apatah lagi menangis mengenangkan dosa-dosa.

Sendirian juga boleh membuatkan kita selamat dari manusia yang mempunyai virus hati. maksudnya adalah sifat negatif dan perbuatan negatif manusia.manusia sifatnya adalah menerima apa sahaja,dan Allah S.W.T menciptakan penapis alami untuk manusia membanteras sifat-sifat negatif tersebut.Benteng yang paling kuat adalah ingat kepada pencipta kita,setiap saat setiap tempat dan ketika.Dia lah yang mengatur segalanya,Dialah yang perlu kita dekati dan cintai sehingga akhir hayat.

Saya menyeru kepada semua agar bersendirian bagi menambahkan kecintaan kepada Allah S.W.T dan menjauhi kecelaruan manusia.

Salam kebahagiaan

Selasa, 30 Mac 2010

Fadhilat ayat akhir surah at-taubah

Salam kasih sayang buat semua

Alhamdulillah saya dapat menyambung amalan ayat Al-Quran yang saya kongsikan semalam, walaupun ayatnya agak pendek,akan tetapi beristiqamahlah kerana Allah.

Diantara kelebihan ayat ini ialah pembacanya tidak akan mati sehinggalah ditakdirkan oleh Allah untuk lupa membaca ayat tersebut.Ini bermakna selagi kita beramal dengan ayat ini maka kita tidak akan mati pada hari kita masih lagi ingat dan amal ayat tersebut(apa-apa pun semuanya dalam kekuasaan Allah)

Pengalaman saya yang membuatkan saya tidak mahu tinggalkan amalan ini ialah berkenaan nenek saya yang tersayang,saya tidak mengetahui bahawa nenek saya mengamalkan ayat tersebut.Sehinggalah satu hari nenek saya berwasiat kepada anak-anaknya.keesokan harinya nenek saya meninggal....apabila ditanya kepada yang pakar tentang ilmu ayat Al_quran, memang benar bahawa amalan ini membolehkan kita tahu bila kita kan mati.


Allah Maha Mengetahui

Ahad, 28 Mac 2010

Mari beramal

Salam kasih sayang kepada semua sahabat yang saya sayangi, semoga Allah sentiasa merahmati kita walaupun kita kadang-kadang lebih sayangkan pakwe atau makwe dari Allah. gurau je tu ye^_^

Alhamdulillah dikesempatan ini saya ingin kongsikan satu amalan yang telah sekian lama saya amalkan,dan amalan ini saya tidak mahu tinggalkan kerana ianya mempengaruhi dunia dan akhirat kita.

Setiap dari kita berkewajipan menyembah dan patuh kepada Allah setiap saat dan tenpat,dalam apa jua keadaan.Jangan kita sempitkan masalah ibadah itu ye.Kerana ibadah terlalu luas untuk kita perbincangkan.

Ok lah fokus utama kita pada hari ini ialah amalan untuk kita buat setiap hari,amalan yang saya ingin kongsikan ialah amalan berupa wirid ayat Al-Quran surat At-Taubah ayat akhir (128-129)
Ayat ini elok diamalkan setiap hari 7kali pagi dan 7kali petang,niatkan semata-mata kerana Allah,semata-mata kerana redha Allah.

Akan datang saya akan kongsikan fadhilatnya,jika ada sahabat-sahabat yang terus beramal maka sila kongsikan pengalaman sahabat sepanjang beramal dengan ayat ini.

Salam motivasi buat semua