Isnin, 28 Februari 2011

cinta jangan sampai ke neraka

Asalamualaikum sahabat semua

Saja saya post kan satu lagi perkongsian untuk tatapan semua kerana saya akan berkursus selama tiga hari bermula hari ini dan tamat pada hari khamis.Jadinya post kali ni untuk mengubat rindulah ya^_^

Setiap daripada kita pasti sudah mengalami zaman percintaan.Cinta merupakan satu perasaan yang lahir dari hati yang sangat dalam sehinggakan cinta itu terluah melalui perbuatan ataupun percakapan kita.Cinta juga adalah makhluk Allah s.w.t dimana ianya diciptakan untuk manusia untuk memenuhi naluri manusia itu sendiri.

Akan tetapi perasaan cinta itu ada jugak buruknya,bukan salah cinta itu tetapi salahnya adalah kepada yang bercinta.Pengemudi cinta adalah diri kita bukannya orang lain yang mengawal cinta kita.Cinta adalah kuasa besar dalam diri seseorang sehinggakan mampu mengawal sekujur badan seseorang.

Kerana cinta manusia gembira dan bersedih dan lebih teruk ada yang sanggup mati kerana cinta.Kepada siapa sepatutnya cinta itu kita curahkan?kebanyakan kita memilih makhluk sebagai tempat mencurah cinta.Jika cinta kepada manusia kita curahkan perasaan cinta itu dengan perkataan seperti I LOVE U...dan jika cinta itu kepada kereta misalannya sanggup berhabisan demi mencantikkan kereta,apalah sangat seribu dua ribu untuk kereta....

Jika anda sedang kecewa dengan cinta luahkan perasaan itu dan curahkan perasaan cinta itu kepada pencipta perasaan cinta itu...dialah ALLAH S.W.T....DIA akan membalas semua sms dari anda,dia tidak akan membiarkan anda dalam kesusahan dan penderitaan kerana cinta kita kepadaNya pasti akan terbalas.

manusia yang degil

Asalamualaikum kepada semua sahabat

Alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu untuk berkongsi sesuatu. Nikmat sungguh rasanya apabila kita dapat membantu seseorang kan?ada tak dikalangan anda yang tidak seronok apabila membantu seseorang?jika anda tidak ada perasaan seronok anda perlu cek hati anda mungkin ada masalah.Hati yang baik dan bersih salah satu tandanya adalah merasa cinta dan kasih untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja.

Menjadi fitrah manusia mempunyai sifat besar kepala atau degil.Kekadang kedegilan itu membuatkan mereka terus hanyut dengan kelekaan mereka.Sebab itulah di dalam agama Islam ada penyeru yang dipanggil daie atau pendakwah.Pendakwah ini lah yang akan menyeru kepada umat manusia kepada mengamalkan agama dan yakin dengan hari pembalasan.

Persoalannya mengapa manusia tetap berdegil apabila diseru kepada kebaikan?apabila diseru untuk melakukan solat di masjid atau surau manusia memekakkan telingan yang sebenarnya tidaklah pekak dari sudut kedoktoran tetapi menjadi pekak dari sudut batinnya.

Jika anda seorang pendakwah atau apa juga profesion anda, jangan putus asa jika anda menyeru kepada kebaikan tetapi tidak mendapat apa-apa respon.Doa adalah senjata utama bagi kita. Semoga mereka yang masih dialam kesenangan dan kerehatan mendapat petunjuk. Teruskan usaha kita dalam menyeru kearah kebaikan kerana ini adalah tugas para Rasul yang mulia.

Ahad, 27 Februari 2011

dua surau pada satu tempat

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan perkongsian yang baru, hidup anda bagaimana? jika anda enjoy dengan hidup anda bermakna anda bersyukur dengan apa yang anda ada.

Pada minggu yang lepas berlaku satu tragedi yang boleh saya katakan tidak sepatutnya terjadi di tempat yang sebegini, dan jika ianya berlaku dan diketahui pula oleh orang luar maka malulah ketua ditempat tersebut.Ianya berkaitan dengan surau,surau merupakan tempat solat yang bersaiz kecil sahaja dan tidak dilakukan solat jumaat padanya.

Di tempat saya bekerja sedang asyik berlaku perpindahan dari office baru ke office lama, begitu juga surau baru ke surau lama.Maksudnya di sini di tempat saya sekarang ini ada dua surau yang berfungsi.Arahan menyatakan aktiviti hari isnin sehingga rabu dan jumaat akan di buat di surau lama dan aktiviti di surau baru akan di buat pada malam jumaat sahaja.

Pada minggu lepas saya datang ke surau baru untuk memenuhi aktiviti surau di malam jumaat akan tetapi alangkah terkejutnya saya melihat tidak ramai yang hadir sedangkan peserta kursus amatlah ramainya.

Saya terus pergi ke surau lama selepas solat magrib dan melihat peserta kursus yang lain ada di sana sedang membaca surah yasin.Aduhai...inilah yang akan terjadi jika terdapat dua surau dalam satu te,pat.Siapa yang harus dipersalahkan?itu tidak penting,apa yang penting di sini ialah ketua atau bos di suatu tempat itu perlu memainkan peranan.Jika ada dua bos di satu tempat kerja maka terjadilah seperti yang berlaku di tempat kerja saya ni.

Pengajaran yang ke dua ialah kita perlu mengimarahkan masjid dan kurangkan pembinaan surau kerana jika surau terlampau banyak maka jemaah masjid akan berkurang.

kita jumpa lagi insyaallah....

Rabu, 23 Februari 2011

cantik tak saya?

asalamualaikum sahabat semua dan salam sejahtera kepada pembaca yang bukan muslim jika adalah^_^

Hari ini buat pertama kali sejak berminggu-minggu cuaca panas Allah s.w.t telah turunkan hujan yang mencurah-curah.Tahukah saudara semua bahawa jika tidak ada tumbuhan dan haiwan di bumi ini maka Allah s.w.t tidak akan menurunkan hujan.Dan ada juga yang mengatakan hujan turun pun atas asbab doa wali-waliNya.Manusia sekarang semakin ingkar kepada Allah s.w.t berbanding yang taat.Tetapi Allah s.w.t masih memberikan kita peluang untuk menghirup udara tanpa membayar sesen pun.Tak baik lagi ke Allah s.w.t kepada kita?

Sahabat semua pernah melihat diri kita dihadapan cermin?jika anda seorang wanita cermin adalah kehidupan anda dan sahabat anda ye kan?bagi lelaki menggunakan cermin apabila nak pecahkan jerawat atau hendak betulkan baju yang menggeleber hehehe.

Semua daripada kita akan terdetik bahawa cantik jugak aku ye.....hensem jugak aku ye.....ini adalah fitrah kita sebagai manusia.Sukakan yang cantik apatah lagi Allah s.w.t yang sememangnya menyukai yang cantik-cantik.

Kita berusaha mencantikkan diri kita,penampilan kita,suasana rumah kita dan juga kereta yang kita ada tetapi pernahkah kita terdetik untuk mencantikkan hati kita.Hati yang mana?hati yang paling dalam,hati yang batin.Hati adalah tempat Allah s.w.t menilik manusia bukan pada fizikal kita.Jadi sama-sama kita bersihkan hati melalui amal ibadat,melalui ilmu yang bermenfaat kerana tidak rugi kita bersusahpayah dalam membersihkan hati kerana ganjarannya amat besar di akhirat kelak.

Kita mulakan dengan memaafkan insan sekeliling kita......
jumpa lagi.....insyaallah....

Selasa, 22 Februari 2011

seks adalah makanan harian

Asalamualaikum sahabat semua

Lama juga kita tidak bertemu dan berkongsi tentang kehidupan,alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu.Banyak cabaran yang saya perlu hadapi dalam beberapa minggu ini yang menyebabkan kekadang saya berasa kecewa dengan sikap-sikap manusia yang menganggap diri mereka the best melangkau the best nya Allah s.w.t.

Tajuk di atas dasyat juga kan?^_^ saja saya buat begitu untuk menyegarkan minda kita yang sedang tidur pagi ini.Saya menjalankan kajian sendiri tentang seks dikalangan pekerja tempat saya dan juga masyarakat umumnya.Seks merupakan fitrah bagi semua makhluk haat haiwan juga perlu melakukan seks untuk nafsu dan juga zuriat.

Begitulah juga manusia yang memerlukan seks untuk menjaga nafsu dan mendapatkan zuriat,tapi kita juga tahu bahawa ada dikalangan masyarakat yang menggunakan seks sebagai mata pencarian.Semoga kita dilindungi Allah s.w.t.

Seks sebenarnya adalah salah satu daripada nikmat di syurga yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t ke dunia.Ini yang saya dapat dari seorang hamba Allah s.w.t yang bergiat dalam tabligh. Cuba kita bayangkan bersama satu nikmat dari syurga diturunkan menyebabkan manusia jadi haru biru.Semuanya tergila-gilakan seks yang melampau.Bagaimana pula nikmat syurga yang lain?lagi indah dan hebat bukan?

Kajian saya mendapat satu jawapan,semua komputer yang digunakan pekerja boleh dikatakan 80% ada memiliki unsur seks.Bahkan ada yang menyimpan bermacam-macam aksi seks dalam komputer yang digunakan untuk bekerja.Apa akan jadi jika ini yang sentiasa berlegar dalam minda kita sebagai pekerja?

Itu situasi di tempat kerja,bagaimana pula masyarakat di luar sana?di tempat saya ini merupakan tempat yang boleh dikatakan hulu.Akan tetapi naluri seks nya tidak lah hulu. Maklumat sampai kepada saya bahawa remaja yang bersekolah menengah tidak segan untuk memberikan khidmat seks hanya dengan harga satu kali topup RM10. Boleh meraba buah dada dengan RM15 sebelah.Anda bayangkan?ini di hulu bukan di gombak atau KL.

Jadi apa tindakan kita sekarang ya.....Islam perlu kita amalkan keseluruhannya....semoga Allah s.w.t memelihara kita dan keluarga kita dari zina...

Khamis, 17 Februari 2011

perkara yang baik pada pandangan kita tidak semestinya baik untuk orang lain

Salam kasih sayang buat sahabat semua

Alhamdulillah gema selawat masih berkumandang walaupun sudah berlalu sambutan majlis maulidur rasul.Itu bermakna kita masih ada kecintaan kepada Rasulullah,jangan sekali-kali kita lupa untuk berselawat keatas baginda kerana baginda adalah kekasih Allah s.w.t dimana baginda menjadi ketua segala Rasul.

Hari ini satu lagi pengalaman yang kita akan tempuh, semoga ianya menjadi satu episod yang gemilang buat anda.Pernahkah kita terfikir bahawa sesuatu perkara itu baik untuk kita dan mengapa tidak baik pula pada pandangan orang lain.

Contohnya mudah, ada antara kita yang lebih suka pergi bekerja dengan menaiki motor, tetapi ada juga diantara kita yang memilih menaiki kereta.Masing-masing mempunyai alasan mengapa memilih motor atau kereta.Yang bermotor ada alasan yang tersendiri,untuk jimatkan kos pergi kerja,tidak perlu membayar parking kereta dan mudah mencari tempat untuk parking.

Yang berkereta pula lebih mengutamakan keselesaan berbanding kos yang perlu ditanggung setiap kali keluar.

Contoh yang lebih jelas apabila keadaan kehidupan kita yang saling berbeza antara satu sama lain.Yang miskin mengatakan kekayaan itu terbaik untuk kehidupannya dan yang kaya mengatakan miskin itu tidak baik baginya.

tetapi perlu kita sedar bahawa Allah s.w.t boleh mengubah kehidupan kita dengan sekelip mata. Dan kita tidak berhak untuk menyatakan bahawa itu baik untuk kita dan ini tidak baik untuk kita.

Jom fikir

Rabu, 16 Februari 2011

mencari kekayaan atau mencari kecukupan

Salam maulidur rasul

Semoga kita semakin tenang dan semakin kuat dalam menghadapi api kehidupan kita yang semakin bersemarak membakar umur kita.

Sama-sama kita bersyukur diatas segala nikmat pemberian Allah s.w.t samada yang zahir mahupun yang tersirat.Semoga nikmat yang ada menambahkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya.

Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu dengan kelahiran Rasulullah s.a.w yang kita kasihi dan cintai. Perjalanan hidupnya perlu kita selusuri dan kita resapi dalam sanubari.Baginda adalah contoh untuk kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Satu perkara yang menarik minat saya untuk saya coretkan di sini ialah Rasulullah memilih jalan untuk hidup sederhana sedangkan baginda adalah pemimpin segala nabi dan Rasul, dan dikasihi oleh Allah s.w.t.Kemana sahaja Rasulullah pergi akan disambut dengan kasih sayang oleh setiap makhluk.

Rasulullah biasanya akan makan selang sehari,sehari lapar esok berbuka. Rumah baginda amat sederhana,bukan istana atau mahligai.Rasulullah tidak ada wang berjuata-juta, apatah lagi baju yang mahal-mahal. Baginda boleh mendapat emas sebesar gunung uhud tetapi baginda hanya hidup amat sederhana.

Cuba bandingkan kita dengan Baginda....lihat diri kita sedalam-dalamnya....adakah kita patut mengejar kekayaan yang sebenarnya adalah bayang-bayang....sifat cukup dan bersyukur itu adalah mahal....

Jumaat, 11 Februari 2011

kita keseorangan

Asalamualaikum sahabat semua

Semoga hari jumaat ini kita abil kesempatan untuk banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t kerana hari jumaat ada satu saat dimana Allah s.w.t mustajabkan doa.

Semua daripada kita saya yakin ada berteman, yang berkeluarga ada pasangan masing-masing sudah pasti suami isteri.Jika belum bernikah maka pasangannya ialah kekasihnya. Anda pernah terfikir bahawa asal kita adalah keseorangan?didalam berjuta-juta sperma hanya kita yang memenangi perlumbaan tersebut sehinggalah kita lahir.

Jadi jangan anda risau atau keluh kesah jika anda tiba-tiba dipinggirkan atau anda keseorangan dalam menempuh kehidupan ini kerana sememangnya asal kita adalah keseorangan apatah lagi disaat kita di dalam kubur nanti. Tidak ada siapa yang punyai teman didalam kubur melainkan amalannya yang menjadi teman.

Suami yang kehilangan anak....atuk yang kehilangan cucu....anda yang kehilangan insan yang tersayang jangan bersedih kerana itulah kehidupan yang perlu kita tempuh.Ingatlah bahawa ada yang bersama kita tetapi kita terlepas pandang....

Salam kasih sayang buat teman teman

Rabu, 9 Februari 2011

tukang masak pun ada tekanan

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah hari ini kita dapat meneruskan perjuangan kita,apa yang anda lihat dahulu selepas bangun dari tidur?mesti jam ataupun badan anda sendiri.Bayangkan jika anda tersedar saat itu anda diliputi kain putih sahaja.Itu bermakna anda sedang dialam barzakh iaitu pintu pertama sebelum masuk ke alam akhirat.

Jika sahabat yang sedang membaca tulisan saya ini seorang tukang masak atau chef baru la profesional sket^_^artikel ini untuk anda,kerana baru sebentar tadi saya bertemu seorang tukang masak di tempat kerja saya dan meluahkan perasaan dan tekanan yang dihadapinya.

Pada fikiran saya memasak adalah mudah walaupun saya tidak pandai memasak hehe. Memasak adalah satu kerjaya yang profesiaonal sebenarnya dan boleh buat duit dan bergelar jutawan.Semuanya tidak mustahil....akan tetapi kehidupan ini ada ujiannya termasuk chef yang berada di dapur. Tahukah sahabat semua bahawa tukang masak adalah antara kerja yang susah dapat cuti apa lagi jika jadi tuakng masak di restoran seafood yang sentiasa sibuk dengan pelanggan tiap malam.

Jadi mereka kurang masa dengan keluarga dan juga kurang masa untuk diri mereka sendiri, hendak menguruskan sesuatu seperti urusan bank pun terkejar-kejar untuk mengejar waktu. Inilah hakikat kita semua sebenarnya,terkejar dengan masa.Terikat dengan kerja sehinggakan tiada masa untuk diri dan keluarga.

Ujian masa....sesungguhnya manusia dalam kerugian...kita renungkan bersama

Selasa, 8 Februari 2011

jom layan lirik lagu ni

Asalamualaikum sahabat semua

Semoga anda dalam keadaan yang bersemangat pada permulaan hari rabu ni dan mempunyai matlamat yang perlu dicapai agar hidup ini lebih terarah.

Hidup ini sebenarnya hanyalah abu atau habuk yang berterbangan, begitulah nilaiannya jika sahabat semua bernar-benar beriman kepada Allah s.w.t. Ada sesuatu yang besar menanti kita dan dunia ini adalah permulaannya. Kebahagiaan kita bukan disini sebenarnya kerana kebahagiaan kita ada di sana....

Bagi menempuh perjalanan dunia kita perlu mengerah segala yang ada pada kita untuk mendapat kejayaan jika tidak,anda malas atau lemah maka anda akan tewas di sini lagi. Ayuh kita bangun bagi mendapat kejayaan pada setiap yang kita lakukan dan ingat kejayaan yang pasti di akhirat.

Buat akhir saya letakkan lirik satu lagu yang perlu kita fikir tiap bait kata-katanya....

Damasutra
Sufi

Selangkah tirai kasihmu ku buka
Enagkau serahkan cintam hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Enagkau dan dia tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa yang menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Isnin, 7 Februari 2011

kenapa banyak gagal je ni....

Asalamulaikum semua sahabat

Semoga hari selasa ini merupakan hari bahagia untuk anda dan jugak saya. Anda bahagia saya bahagia anda bersedih sila kongsikan dengan saya.Kerana saya bercita-cita menjadi lilin yang akan membakar segala kesedihan dan kepayahan anda itupun dengan izin Allah s.w.t. Orang seperti saya pastinya akan mengalami banyak kegagalan tetapi saya tahu kegagalan itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.

Setiap daripada kita akan mengalami kegagalan, saya yakin dan percaya paling tidak kita gagal untuk berlari setelah lahir ke dunia,yang kita mampu lakukan adalah menangis hehehe gurau je tu.Di sini saya ingin gambarkan kepada sahabat semua bahawa kegagalan itu adalah hak milik setiap insan.Anda tidak pernah gagal bermakna anda bukan insan berjaya.

Kegagalan yang terbesar adalah kita tidak dapat masuk ke dalam syurga Allah s.w.t. Di syurgalah menjadi pengubat segala kedukaan kita di dunia.Betapa nikmatnya disana.... dan puncak kenikmatan adalah dapat menatap wajah Allah s.w.t yang Maha Agung...Allahuakbar...

Jangan kita lalai dan kecewa apabila ditimpa ujian yang sedikit, suami pulang lewat anda marah sampai seminggu....isteri berbual dengan rakan sekerja anda jelous sampai setahun....anda gagal dalam SPM anda tak mahu belajar lagi....ini bukan sikap orang yang berjaya kerana orang yang berjaya punyai hati yang kuat dalam menghadapai apa sahaja,ingat pesanan saya HATI yang kuat...

Saya doakan anda dalam kebahagiaan yang berpanjangan ya! jumpa lagi jika ada keizinanNya

Ahad, 6 Februari 2011

saya hanya guru tadika

Asalamualaikum pembuka bicara

Doa saya semoga sahabat semua dalam keadaan yang tenang walaupun di atas meja berlambak kerja yang perlu disetelkan dalam masa 2 atau 3 jam dari sekarang. Jangan berat tangan untuk klik quranexplorer atau mainkan cd bacaan al-quran kerana impaknya bukan kecil tetapi mempengaruhi diri kita dalam tak sedar.Cuba lah^_^

Perjalanan kita berbeza platform walaupun nampak hampir sama, tetapi saya kecilkan kepada perjuangan seorang cikgu tadika.Namapun dah tadika mestilah sekolahnya kecil dan gurunya juga kecil^_^ apa yang saya mahukan dari seorang cikgu tadika ialah anda sebenarnya adalah sekolah yang paling penting dari segala sekolah terutamanya sekolah menengah.

Saya mengatakan sedemikian kerana anak-anak yang masuk tadika baru 7tahun dan baru hendak mengenal dunia, ingat ya saya katakan baru hendak kenal dunia bukannya baru hendak kenal a,b,c atau 1,2,3 tu. Disaat inilah para guru tadika perlu memainkan peranan yang besar iaitu pastikan perisai kehidupan mereka tetap utuh walaupun di bom berjuta kali kerana kehidupan ini boleh juga dikatakan panjang pada zahirnya.

Walaupun anda mengajar a,b,c selitkan juga unsur keagamaan dan selitkan unsur tauhid yang utama.Biarlah mereka nganga bila anda ceritakan tentang Allah s.w.t, asalkan mereka dapat gambaran bahawa Allah s.w.t itulah pencipta merka dan Tuhan sekelian alam sarwajagat ini.

Tahniah kerana anda seorang cikgu......Semoga pekerjaan sebagai cikgu menjadikan anda sebagai seorang jutawan diakhirat dengan syarat buat kerana Allah s.w.t dan atas tiket berdakwah

adakah kita kenal siapa musuh kita sebenar

Asalamualaikum sahabat semua

Alhamdulillah kita masih lagi bertemu setelah beberapa hari saya bercuti bersama kekasih abadi^_^Betapa seronoknya dapat menyebutNya setiap saat dan ketika.Betapa hebat cinta Allah kepada hambaNya.

Perjalanan hidup kita ini hanya akan lebih bermakna dengan kesusahan dan kepayahan, semakin banyak penderitaan kita semakin kita dekatkan diri kita padaNya insyaallah berjaya dunia akhirat.

Kita mengenali musuh kita atau tidak?sedangkan musuh telah mengenali diri kita lebih dari diri kita sendiri. Setiap saat kita diserang hendap malahan face to face dia serang kita tetapi kita tidak ada perasaan untuk melawannya.Itulah syaitan dimana Allah telah menyatakan dalam firmanNya syaitan itu adalah musuh yang jelas.Tetapi kita nampakkah?

Mudah sahaja,saya kongsikan pengalaman diri saya sendiri.Anda mesti makan setiap hari bukan?bermacam-macam lauk kita makan.Kali ini cuba makan hanya nasi yang dijadikan bubur dan tanpa sebarang perencah walaupun sedikit garam...selamat mengenali musuh anda...

Selasa, 1 Februari 2011

Keluhan seorang isteri

Salam mahabbah....

Semoga sahabat semua dalam keadaan yang baik adanya, baik dari segi kehidupan baik dari segi kerjaya baik dari segi kekeluargaan. Saya yakin bukan semua keluarga yang dalam keadaan bahagia,pasti ada masalah yang sedang melanda cuma kritikal atau tidak sahaja.

Apa yang kita sama-sama perlu sematkan dalam diri ialah masalah itu adalah pahala buat kita, ujian itu adalah pahala buat kita.Jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir yang dimana Allah s.w.t. yang menjadi pencaturnya.

Isteri zaman kini adalah isteri yang hebat.Mungkin ada yang sedang tersenyum saat membaca blog saya ni^_^Saya berkata sedemikian kerana boleh dikatakan kebanyakan isteri di zaman ini bekerjaya.Bayangkan seorang isteri perlu bangun di awal pagi untuk menyiapkan anak-anak ke sekolah, membuat sarapan pagi, mambasuh kain (mesin basuh dah skng ni) dan menyapu sampah atau menyidai kain yang telah dibasuh.

Hampir banyak tenaga yang digunakan seawal pagi hari berbanding sang suami. Aktiviti seterusnya isteri akan ke tempat kerja mungkin ada yang drive sendiri atau ada juga yang naik kenderaan awam seperti komuter. Di sini mungkin emosi isteri sedang tercalar kerana ujian-ujian seperti jem atau kesendatan dalam komuter tersebut.

Di tempat kerja lain pula kisahnya,bermacam macam kerja perlu disiapkan dan pastinya ada tekanan di situ sehinggalah saat balik dari kerja. ISteri sampai ke rumah dengan penuh kepenatan dari segi jasmani dan rohaninya.

Suami pula sedang berehat bersama anak-anak dan isteri meneruskan rutin dengan memasak sehinggakan tak dapat nak pikir apa yang perlu dimasak, jadi suami perlu mainkan peranan fikirkan menu untuk hari ini^_^

Apa yang lagi penting isteri akan meluahkan perasaan akibat tekanan dan kepenatan sepanjang hari kepada suami, jadi suami perlu dengar dengan taat luahan hati isteri dan berdoa dalam hati agar segala yang sietri tempuh pada hari tersebut mendapat pahala dan anda sebagai seorang suami pastinya meredhainya...

Hebatnya isteri.....