Isnin, 30 November 2009

Diantara ilmu dan kuasa

Salam kesejahteraan kapada semua sahabat.
Semoga sihat sentiasa dan berasa bagus sentiasa.
Sejak akhir-akhir ini malaysia mengalami kejadian-kejadian yang mencemaskan.
Semalam kejadian gempa bumi berlaku di kuala pilah.Kita sebagai hamba perlu ingat bahawa semua ini adalah teguran daripada Allah untuk kita supaya sentiasa patuh dengan perintah Allah.
Ok lah itu sebagai pembuka kata je^_^sebenarnya saya ingin menyentuh tentang ilmu dan kuasa.Ilmu adalah lambang kehebatan pada seseorang begitu juga kuasa.Akan tetapi jauh perbezaan antara ilmu dan kuasa.Ilmu letaknya di dalam hati akan tetapi kuasa terletak pada zahir kita.
Sekiranya kita memandang orang yang berilmu apakah yang terfikir di benak kita?
Sekiranya kita memandang orang yang berkuasa apakah yang kita terfikir?

Semoga kita berjumpa lagi^_^

Jumaat, 27 November 2009

Motivasi korban

Selamat hari raya aidil adha kepada semua sahabat.
Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu di hari raya haji pada tahun ini.Semuanya adalah ketetapan Allah S.W.T kepada kita.Tahun ni macam biasa kita dapat tonton satu tragedi dimana lembu, kerbau dan unta tumbang sekor demi sekor kerana patuh dengan perintah Allah melalui ibadah korban.Allah S.W.T telah menetapkan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang menjalankan ibadah korban ini.Dari sudut motivasinya,kita dapat lihat bahawa banyak pengajaran yang kita dapat peroleh daripada ibadah korban ini.Yang pertama sekali ialah usaha.Untuk menjalani ibadah korban ini kita perlu berusaha untuk menyediakan dana untuk dapat membeli satu bahagian atau seekor lembu untuk dikorbankan.Bukan mudah untuk kita lekukan sedemikian kerana ibadah korban secara zahirnya tidak lah menjanjikan pulangan berbentuk zahir akan tetapi semata-mata mengharap keredhaan Allah S.W.T.

Yang keduanya ialah keikhlasan,seorang yang hendak berkorban mestilah ikhlas kerana sekiranya keikhlasan itu tidak ada,si hamba tidak akan dapat apa-apa pun melainkan korban dana untuk membeli bahagian lembu tersebut.Ini memberikan pengajaran kepada kita agar sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan ibadat kita.

Seterusnya ialah kerjasama,dalam menjalankan ibadah korban ini kita lihat ramai yang mengambil bahagian tidak kita muda atau tua semuanya ada memberikan pengorbanan dari segi tenaga atau masa.Ini menunjukkan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba saudara bayangkan sekiranya ibadah korban dilakukan oleg seorang sahaja^_^

Selasa, 24 November 2009

Pokok yang mati di tengah hutan

Salam motivasi buat sahabat semua
Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu^_^
Satu perkongsian untuk hari ini,saya terlihat sebatang pokok yang telah mati,tiada daun apatah lagi buah dikawasan tempat kerja saya ni.Lalu saya terfikir mengapa Allah jadikan pokok tersebut sebegitu,mati ditengah rimbunan pokok yang segar bugar.
Apa yang saya dapat kaitkan kehidupan kita dengan pokok tersebut ialah,kita sebagai salah satu daripada masyarakat akan sentiasa di uji oleh masyarakat sekeliling kita.Tidak kira dalam bentuk apa pun sehinggalah kita mati,sebagaimana pokok yang mati ditengah-tengah pokok yang segar.Jadi kita sama-sama fikirkan erti kehidupan ini sebenarnya.
Perlukan kita menyakiti sesama kita semata-mata tidak puas hati.
Sedangkan tujuan hidup ini bukanlah mengejar kepuasan hawa nafsu semata.
Semoga kita semua sentiasa baik untuk agama,bangsa dan negara^_^

Ahad, 22 November 2009

Tips nak kawin awal

Salam motivasi dan kebahagiaan kepada sahabat semua.
Alhamdulillah kita masih berkesempatan berjumpa di alam maya ini tapi menceritakan perihal kehidupan yang realiti.
Ramai diantara remaja masa kini yang berniat untuk kawin awal,banyak faktor yang memungkinkan seseorang itu kahwin awal.Mungkin disebabkan terlalu lama bercinta maka selepas dapat kerja terus bernikah demi menjaga syariat islam itu sendiri.Oleh itu saya akan berikan beberapa tips bagaimana menghadapi perkahwinan dengan umur yang muda.Iaitu dalam lingkungan 24 ke 26 tahun.Antara perkara yang perlu diambil berat ialah:-

(1) Kita bernikah dengan niat kerana Allah Taala,bukan cinta semata-mata

(2) Mengenali pasangan luar dan dalam(hati ye bukan benda lain^_^) dan mengenali pasangan anda melalui ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

(3) Pastikan anda mencintai pasangan anda kerana agamanya kerana ini amat dititikberatkan oleh nabi sendiri

(4) Pastikan anda mempunyai tahap kesabaran seperti para nabi^_^ kerana kawin muda ni menjamin seribu ujian terutamanya dalam proses untuk memahami.Sahabat perlu ingat bahawa saat bercinta adalah berbeza semasa kita sudah bernikah.

(5) Jangan cepat putus asa sekiranya ujian semakin kuat dalam proses pernikahan atau pertunangan kerana syaitan sememangnya tidak menyukai pernikahan anak adam

Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat semua^_^

Jumaat, 20 November 2009

Diantara basuh baju pakai tangan denan basuh baju pakai mesin

Salam kesejahteraan kepada sahabat semua.
Tajuk pada hari ni lain sket hehe sebab saya baru je lepas membasuh baju.Sambil-sambil basuh baju tu saya terfikir tajuk untuk blog saya hari ni. Ramai diantara kita sekarang ni membasuh baju guna mesin basuh,dah tak ramai yang basuh guna tangan macam orang-orang dulu. Mengapa mesin ni diciptakan?terutamanya untuk memudahkan kita membasuh baju.Tak payah lagi nak penat-penat,tak payah lagi nak sakit-sakit pinggang macam saya hehe.Inilah kebaikan teknologi zaman kini.
Tapi kita pernah tak terfikir bahawa orang dulu-dulu membasuh pakai tangan ni banyak faedahnya,kita lihat orang zaman nenek moyang kita semuanya sihat-sihat belaka.Takde penyakit yang dasyat-dasyat macam sakit jantung,sakit buah pinggang dan macam2 lagi.Kerana apa? kerana orang zaman dulu aktif sentiasa,tak macam kita.Teknologi menjadikan kita malas nak buat keje yang melibatkan tenaga.
Oleh itu untuk mengimbangkan antara teknologi dan kesihatan kita,saya anjurkan sahabat semua jangan manjakan diri sangat,jika kedai dekat tu jalan sahaja.Jangan nak naik moto atau kereta jugak hehe.Sekadar pandangan ye^_^

Ok setakat ini dahulu,semoga kita bertemu lagi.

Salam motivasi kehidupan

Rabu, 18 November 2009

Masalah sentiasa ada

Salam motivasi dan kebahagiaan kepada sahabat semua
Ramai yang merungut banyak masalah,masalah itu masalah ini. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa semua orang ada masalah,tidak kira siapa pun dia pasti ada masalah.PM kita sendiri tiap hari menghadapi masalah.Boleh dikatakan semua diantara kita menganggap masalah adalah sesuatu yang berbentuk negatif.Sebenarnya setiap masalah yang timbul akan membangkitkan potensi yang ada pada kita.Bagaimana seseorang yang tiada duit berusaha juga untuk dapatkan duit dengan pelbagai cara kerana apa?mungkin untuk menanggung makan minum keluarga atau bayar hutang yang menunggu setiap bulan^_^

Apa pun masalah yang menimpa kita,usahalah untuk mengatasinya dengan sikap yang positif,insyaalah sahabat akan lihat bahawa sahabat semua adalah seorang yang hebat.

Salam kehebatan

Isnin, 16 November 2009

Motivasi dari hujan

Salam motivasi buat sahabat semua. Hari ini merupakan hari yang paling sejuk rasanya kerana hujan turun start subuh sehingga senja.Kita sering melihat sahaja apabila hujan turun mencurah-curah ke bumi tapi tidak terfikir apakah motivasi yang terhasil dari hujan ini. Janganlah ada diantara kita yang melihat hujan dengan seribu keluhan kerana susah untuk balik kerja atau kereta kita kotor kerana hujan^_^

Perkara pertama yang boleh kita ambil dari hujan ialah hujan tidak pernah turun dari bawah ke atas tapi terus turun darji atas ke bawah dari dulu sehingga sekarang. Jika kita nak aplikasi sifat hujan ini dalam kehidupan kita,sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran kita mestilah mengikuti segala suruhan Allah S.W.T. Sedangkan hujan sentiasa taat dengan perintah Allah u tuk sentiasa turun dari atas ke bawah,inikan pula manusia yang sebaik-baik ciptaan.

Satu lagi sifat hujan yang dapat kita jadikan motivasi ialah hujan bersifat sabar. Aik mesti ada diantara sahabat yang tersenyum kerana saya katakan hujan itu bersifat sabar. Kita perasan atau tidak dengan tangan kita inilah hujan yang turus sekarang ini bersifat asid dan kotor tidak seperti dahulu yang sentiasa segar airnya.Walau apa pun yang kita lakukan pada hujan dia tidak pernah marah atau mogok lapar dengan kita^_^camtulah juga manusia,kita kena sabar walau apapun orang cakap pasal kita,janji kita buat yang betul. zaman sekarang ni dah terbalik,orang baik disangka jahat dan orang jahat disangka baik.

Salam kasih sayang buat semua^_^

Sabtu, 14 November 2009

Bagaimana membuatkan masyarakat mengenali anda walaupun anda tidak mengenali mereka

Salam motivasi buat sahabat semua.
Alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat bertemu didalam blog ini dan berkongsi sedikit ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita.Disaat artikel ini ditulis saya baru sahaja balik dari kenduri perkahwinan saudara seislam saya^_^
Masyarakat kita sekarang ini masih lagi mengamalkan budaya tegur menegur dan saling menghormati. Apa yang saya lihat pada majlis tersebut, ada diantara hadirin itu yang jarang pulang ke kampung atau ada yang sibuk dengan tugasan harian sampai lupa bergaul dengan masyarakat setempat.Apa yang menghairankan saya ialah mereka ini ada yang masih dikenali dan amat dihormati walaupun jarang bersua. Terus minda saya berfikir mengapa perkara ini boleh terjadi. Antara faktornya ialah:

(1) Pekerjaan yang disandang mempengaruhi pandangan orang lain pada kita
-Sahabat sekalian sedar atau tidak masyarakat amat memandang kerjaya, sebab itulah seseorang itu mudah diingati dan amat dihormati disebabkan oleh kerjaya mereka

(2) Faktor kedua adalah cara pergaulan mereka
-Sekiranya kita menjaga pergaulan,masyarakat akan lebih menghormati kita. Maksud saya bergini,sekiranya kita tergolong dalam ahli akademik jangan bergaul hanya dengan ahli akademik akan tetapi tetap bergaul dengan bukan ahli akademik tapi ada batasannya.Segenap masyarakat kita tegur selagi terdaya disamping wajah yang sentiasa menyejukkan mata

(3) Ketenangan
- Ketenangan yang terpancar pada wajah kita akan mempengaruhi masyarakat sekeliling kita. Semakin kita tenang semakin itu lah terpancar karisma kita.

Semoga tips kali ini dapat membantu sahabat-sahabat sekalian^_^

Jumaat, 13 November 2009

Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

Salam kasih sayang kepada semua sahabat
Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah S.W.T dapat lagi kita bertemu di blog ini. Sejak dua minggu ini saya amat sibuk dengan tugasan harian yang berkaitan dengan kerja. Alhamdulillah walaupun penat, kepuasan itu mengatasi segalanya. Pada hari rabu yang lepas saya telah menganjurkan sebuah forum di tempat kerja saya. So tibalah masa saya untuk berkongsi satu ilmu yang saya dapat dari forum tersebut iaitu bagaimana cara mudah untuk menguasai bahasa paling susah untuk umat melayu menguasainya iaitu bahasa inggeris^_^

Caranya adalah dengan membeli sebuah buku contoh karangan dalam bahasa inggeris, setelah itu anda menyalin setiap hari satu contoh karangan. Ingat ya, hanya menyalin^_^ teknik ini diamalkan oleh anak seorang pakar saikologi malaysia dan anaknya memang power bahasa inggeris walaupun ayahnya terabur dalam speaking heheh.Teknik ini amat berkesan untuk anak-anak kita yang masih belajar dan yang dah berusia^_^

Selamat beramal dan bermotivasi^_^

Rabu, 4 November 2009

Bila anda di hina

Salam sahabat semua,apa khabar pada hari ni. saya berdoa agar sahabat semua dalam keadaan yang terbaik dari segi rohani dan jasmani. Anda pernah di hina? tak kiralah anda dihina dengan sebesar-besar perkara atau dengan sekecil-kecil perkara. Saya yakin kita semua pernah dihina dan terhina^_^

Persoalan yang saya nak bincangkan adalah apakah tindakan kita semasa dihina. Ada yang melenting sampai merah padam muka apabila dihina, ada yang mengeluarkan aksi ganas dan macam-macam lagi. Adakah ini satu tindakan yang baik^_^

Bagi insan-insan yang berjiwa positif apatah lagi sebagai seorang Islam,kita ada cara yang lebih manis jika mengalami keadaan seperti ini iaitu sahabat boleh anggap penghinaan itu sebagai baja yang membuatkan kita jadi lebih baik. mesti ada yang berkata eh bukan mudah nak buat tu. Yes saya akui semua itu,tapi apa yang boleh kita lakukan adalah set minda. Bagi kata-kata rangsangan pada diri sendiri. ok contoh ( apabila saya dihina saya mesti senyum dan berterima kasih) insyaallah apabila anda dihina,secara tidak langsung anda akan senyum dan berterima kasih.

Apa yang penting set minda ANDA^_^

Selasa, 3 November 2009

Satu lagi tips

Salam motivasi buat sahabat semua.
Alhamdulillah kerana masih lagi diberi pelung untuk menulis dalam blog ni^_^
Saya nak sambung tips yang lepas,untuk memastikan kita sentiasa di respect oleh orang lain. kita perlu kehadapan disaat yang tertentu. Contohnya mudah,sekiranya anda berada dalam sesebuah meeting,cuba bersuara walaupun sedikit. Saya yakin jika anda amalkan tips ini anda akan lebih dipandang tinggi walaupun anda sememangnya rendah hehe gurau je^_^ satu lagi kalau anda berada dalam satu-satu forum cuba beranikan diri untuk bertanya kan soalan. aura anda akan makin menyerlah jika amalkan tips ni. selamat mencuba^_^

Isnin, 2 November 2009

Sambungan tips yang lepas

salam motivasi buat semua sahabat. harap semua masih kuat menghadapi apa jua dugaan dalam hidup ini^_^mungkin ada yang tak jumpa-jumpa jodoh lagi, mungkin juga ada dintara kita yang pening sebab poket dah kering hehe.pape pun releks, tenang dan fikir apa yang perlu untuk perbaiki keadaan.

Tips seterusnya untuk membuatkan orang respect dekat kita ialah pastikan apa yang ada dihati anda itulah yang keluar dari bibir anda, maksud saya disini ialah ikhlas dalam bercakap. Jangan sekali-kali kita bercakap utnuk mengampu, jangan sekali-kali bercakap atas dasar nafsu. Keikhlasan ni amat penting kerana dengan ianya akan terpancar melalui wajah kita. Anda pernah jumpe seseorang yang kalau kita lihat wajahnya kita sendiri akan rasa ketenangan dan dalam masa yang sama timbul perasaan hormat pada dia?ha.....pegi cek cepat ade tak^_^ rasenye untuk itu dulu buat masa ni,insyaalah kita sambung esok jika diizinkan^_^